
Zaman sekarang semuanya mahu cepat.
Iyalah, masa cukup berharga. Begitu juga dengan cara bagaimana kita menonton drama bersiri kegemaran. Berbeza dengan suatu ketika dahulu kita terpaksa menantikan tayangan pada waktu tertentu di televisyen.
Kini dengan servis penstriman seperti Netflix, kita boleh menonton pelbagai content secara streaming di mana saha dan bila-bila masa.
Bagaimana pula dengan senaman? Sebenarnya anda boleh melakukan senaman sambil menonton Netflix!
Berikut 5 jenis senaman baring yang boleh anda lakukan. Semua senaman ini khususnya boleh memantapkan otot abdomen. Barulah pertu jadi sasa!
1. Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke atas. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan hasil yang paling cepat kelihatan.
2. Crisscross
Senaman ini dilakukan dengan berbaring dan meluruskan kaki ke hadapan dan mengangkatnya sedikit, kemudian kedua belah kaki digerakkan atas ke bawah berulang-ulang. Ia dapat menghilangkan lemak bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut.
BACA: 10 Teknik Sit Up Yang Boleh Anda Cuba, Barulah Perut Tu Jadi Six Pack!
3. Cross Crunch
Senaman yang mengutamakan kekuatan atas perut dan sisi bahagian perut dengan cara mensilangkan satu kaki pada lutut kaki yang di gunakan sebagai sokongan dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke arah silang kaki tersebut.Senaman ini hampir sama dengan knee crunches tetapi ada sedikit penambahan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas.
4. Legs Lower
Senaman yang mengutamakan kekuatan bawah dan tenga perut. Pelbagai cara kaedah senaman legs lower ini boleh di lakukan. Dengan cara kita bergantung dan kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita, dengan cara berbaring kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita sehingga 90 darjah ataupun dengan cara berbaring kemudian mengangkat hanya sebelah kaki sahaja.
5. Flutter Kicks
Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ianya mudah sebagai permulaan bagi mengerakkan pergerakan keseluruhan otot perut boleh di kategorikan sebagai “Mudah/Easy”.Dengan membangunkan sedikit badan ke atas kemudian angkat kaki seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidaklah perlu laju atau terlalu perlahan, cukup seperti anda berenang sudah memadai.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jenis Kesalahan Biasa Orang Lakukan Bila Push Up, Silap Teknik Sendi & Otot Boleh Cedera

Melakukan push up dengan teknik yang salah akan membuatkan aktiviti senaman anda tidak mendapat hasil yang baik dan efektif. Malah ia boleh mengakibatkan kecederaan serius seperti kecederaan oto, ligamen dan patah tulang.
Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?
Jarak tangan terlalu lebar
Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.
Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.

Siku dibuka terlalu lebar
Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.
Tidak melakukan secara penuh
Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.
Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.
Bentuk badan salah

Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Kuat Berpeluh Nampak Gagah

Peluh ialah cecair dihasilkan dari kalenjar peluh yang terdapat pada kulit manusia (mamalia). Manusia dewasa boleh mengeluarkan peluh sehingga 2-4 liter sejam atau 10-14 liter sehari.
Anda yang kerap berpeluh pasti merasa rimas, tidak selesa dan kurang berkeyakinan bila ingin berhadapan dengan orang ramai. Kawasan leher, bawah lengan, belakang dan dada baju menjadi basah dan berbekas. Ada juga sesetengah dari anda terpaksa membuang baju kesayangan kerana ia mula meninggalkan bekas peluh.
#1 Mengurangkan risiko batu karang
Berpeluh adalah cara efektif mengeluarkan benda asing seperti garam dan mengekalkan kalsium dalam tulang anda. Cara ini mengehadkan pengumpulan garam dan kalsium dalam buah pinggang dan air kencing yang membentuk batu karang.
#2 Tidak mudah jatuh sakit
Ia dapat melawan kuman seperti tuberculosis dan banyak lagi pathogens merbahaya. Peluh mengandungi cas positif anti-mikrobi yang melawan virus, bakteria dan kulat. Jadi anda yang kerap berpeluh jauh dari peluang untuk sakit seperti demam, selsema dan sebagainya.
#3 Mendetoks badan
Berpeluh juga salah satu cara efisien untuk mendetoks badan dengan membuang bahan alkohol, kolesterol dan garam. Sebagaimana mengeluarkan toksin badan secara semulajadi. Kajian pada tahun 2011 dari jurnal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menjumpai banyak elemen toksik dikeluarkan dari peluh.’
#4 Antibiotik percuma
Tahukah anda peluh mempunyai tinggi kandungan antibiotik sama seperti krim anti-bakteria. Jika kulit anda mempunyai sebarang luka atau gigitan serangga, ejen antibiotik dari peluh iaitu dermcidindapat mengubati dan melawan jangkitan kuman.
Namun tidak semua orang boleh menerima keadaan peluh yang menyebab rasa melekit tidak selesa. Terdapat pelbagai teknik dan pilihan untuk anda mengurangkan peluh.
- Mandi dengan air sejuk. Kaedah ini dapat mengurangkan suhu dalaman badan yang secara tidak langsung memperlahankan pengeluaran peluh.
- Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam. Kalenjar peluh akan bekerja dengan lebih kerap jika terdapat lebihan benda asing didalam badan.
- Guna produk anti-peluh atau deodoran. Pakai deodoran juga semasa tidur dan selepas mandi.
- Pembuangan bulu ketiak secara laser. Bulu ketiak yang lebat menyebabkan bahagian bawah lengan mengeluarkan peluh secara berlebihan. Dapatkan pembuangan bulu secara laser bagi mengurangkan peluh malah ia juga mengatasi masalah bau badan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jerawat Batu? Aduh Sakitnya! Jom Ikut 16 Cara Yang Mudah Ini. Confirm Hilang Dalam 1 Hari!

Sesiapapun tidak patut hidup dengan kulit berjerawat terutama sekali jika anda bakal menghadapi hari yang istimewa tidak lama lagi. Dengan produk dan teknik yang betul, anda boleh mula menghilangkan noda kulit yang muncul tiba-tiba dengan secepat yang boleh. Walaupun selalunya adalah mustahil untuk menghapuskan jerawat sepenuhnya dalam masa satu malam, banyak yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan saiz dan kerengsaan jerawat anda dengan segera.
Bahagian 1 dari 4: Menyediakan Muka Anda
Cara 1: Basuh muka
Untuk menghilangkan jerawat, anda perlu mulakan dengan membersihkan muka anda. Jerawat mengandungi bakteria yang telah menawan liang pori muka anda dan langkah pertama ialah dengan melawan balik menggunakan pembersih jerawat yang lembut tetapi berkesan.
- Setengah orang menggunakan tuala kecil apabila membersihkan muka mereka tetapi tangan juga berkesan malah tidak merengsakan. Ambil jumlah pembersih jerawat seperti yang diarahkan, campurkan dengan air suam dan dengan lembut, gosokkan pada muka anda dalam gerakan membulat.
Cara 2: Kelupas kulit anda
Biasakan diri untuk mengelupas kulit dengan skrub jerawat setiap minggu, ya setiap minggu! Pengelupasan bermaksud menanggalkan dengan lembut lapisan atas sel kulit mati yang terkumpul di atas epidermis seterusnya membuka laluan untuk lapisan kulit baharu yang berseri dan bebas jerawat. Apabila anda membasuh muka anda dengan pengelupas yang lembut, berhati-hati untuk tidak menggosok terlalu kuat.
Cara 3: Bilas secukupnya
Gunakan air sejuk dan bilas muka anda secukupnya sambil menggosok dengan lembut.
- Air hangat akan membuka liang pori dan membenarkan pembersih jerawat untuk membersihkan pori dengan secukupnya manakala air sejuk pula akan menyempitkan saluran darah dan menyebabkan pori dan kulit di sekitarnya menjadi ketat.
Bahagian 2 dari 4: Menggunakan Astringen
Cara 4: Gunakan astringen pada bahagian kulit yang terlibat
Astringen ialah agen yang menyebabkan kulit mengecut atau mejadi lebih kecil. Sesetengah rawatan jerawat komersil menggunakan pelbagai agen anti bakteria, antimikrob dan sebatian astringen untuk melawan jerawat dan melicinkan kulit. Walau apapun yang anda rancang untuk guna bagi membersihkan kulit anda, astringen adalah cara paling cepat dan paling berkesan untuk melakukan semua itu sekiranya anda mempunyai masa yang terhad.
Cara 5: Cuba sedikit benzoil peroksida
Benzoil peroksida digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Benzoil peroksida boleh didapati dalam beberapa kepekatan namun tahap keberkesanan benzoil peroksida dengan kepekatan 2.5% sama sahaja seperti larutan dengan kepekatan 5-10% malah ia kurang merengsakan kulit. Benzoil peroksida juga membantu mengelupas lapisan-lapisan kulit mati dan meninggalkan kulit baharu yang lebih cerah dan lebih muda di tempatnya.
Cara 6: Gunakan asid salisilik
Seperti benzoil peroksida, asid salisilik membunuh bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan jerawat tumbuh. Ia juga menyebabkan sel kulit untuk bersalin dengan lebih cepat lalu menggalakkan tumbuhnya kulit baharu. Sapukan sedikit asid salisilik pada kawasan kulit yang terlibat sebelum anda masuk tidur iaitu selepas anda selesai membasuh muka anda.
Cara 7: Cuba astringen semula jadi
Anda mungkin mempunyai sesuatu di dalam almari makanan atau peti sejuk anda yang mempunyai kualiti astringen yang anda boleh guna tanpa perlu pergi ke kedai. Jika anda sedang cuba menghilangkan jerawat secepat yang mungkin, bagaimana jika anda gunakan salah satu daripada bahan-bahan semula jadi yang berikut:
- Kulit pisang amat membantu dalam merawat gigitan serangga dan nyamuk dan boleh membantu mengurangkan saiz jerawat. Gosok kulit pisang pada kawasan kulit yang berjerawat dengan lembut. Juga cuba kisar kulit pisang bersama secubit garam, satu sudu teh cuka dan satu sudu besar sirap mapel di dalam pengisar. Sapukan pada muka dan biarkan selama 7 minit. Basuh dengan pembersih muka dan keringkan.
- Gunakan witch hazel. Satu lagi astringen yang bagus dengan banyak kegunaan. Cari witch hazel yang tidak mengandungi alkohol. Sapukan sedikit pada bahagian yang berjerawat dan biarkan kering.
- Teh hijau ialah sejenis astringen yang penuh dengan antioksidan yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan melawan radikal bebas. Rendam satu beg teh dalam sedikit air panas, keluarkan beg teh bersama semua air dan letakkan di atas bahagian kulit berjerawat sekejap.
- Buah tomato mempunyai asid yang akan memecahkan jerawat dan mengecilkannya. Asid ini menutup liang pori dan melawan bakteria. Sapu setengah biji buah tomato pada sebelah muka anda dan setengah biji pada sebelah yang satu lagi.
Bahagian 3 dari 4: Menggunakan Remedi Rumah
Cara 8: Sapukan kiub ais pada jerawat yang sedang membengkak
Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Apabila muka anda rasa kebas, berhenti. Biarkan muka anda sehingga ia kembali hangat.
- Ais akan membantu mengecilkan saiz pori dengan menyempitkan saluran darah di bawah kulit. Jika jerawat anda menyakitkan, ais juga dapat melegakan kesakitan.
- Jika terdapat banyak jerawat di muka anda, lakukan mengikut bahagian. Apabila satu bahagian merasa kebas, beralih ke bahagian yang seterusnya.
- Ini ialah satu-satunya remedi ‘di rumah’ yang telah terbukti dapat mengurangkan saiz dan jumlah jerawat. Lain-lain kaedah untuk mengecutkan jerawat mempunyai rekod kejayaan yang terhad atau tidak disahkan.
Cara 9: Cuba minyak pokok teh
Minyak pokok teh ialah minyak pati yang anti bakteria dan boleh menghapuskan mikrob yang telah menetap dalam liang pori anda. Dengan menggunakan penitis, titiskan sedikit minyak pokok teh ke atas putik kapas dan sapukan pada jerawat apabila diperlukan. Berhati-hati agar anda tidak meletakkan terlalu banyak.
- Minyak pokok teh mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membuat kesan merah dan saiz jerawat menjadi kurang ketara.
Cara 10: Hancurkan beberapa biji aspirin
Hancurkan sebiji tablet aspirin dan campurkan air secukupnya untuk membuat pes. Dengan mengunakan putik kapas, sapukan pes aspirin tadi pada jerawat dengan perlahan-lahan, pastikan anda menutup keseluruhan kawasan berjerawat. Biarkan kering. Aspirin ialah satu lagi bahan anti radang. Maksudnya ia akan membantu kulit melawan keradangan, membuat jerawat menjadi kurang ketara. Biarkan pes aspirin melawan jerawat semalaman.
Cara 11: Cuba gunakan ubat gigi
Ubat gigi mengandungi silika yang merupakan agen pengeringan yang boleh kita dapati dalam daging salai, antara contohnya. Secara teori, ubat gigi boleh membantu mengeringkan jerawat anda dalam masa semalaman, mengurangkan saiznya walaupun ini bukan cara berkesan untuk membersihkan kulit anda.
- Pastikan anda menggunakan ubat gigi semula jadi apabila anda menyapunya pada kulit anda. Sesetengah ubat gigi mengandungi natrium lauril sulfat yang boleh merengsakan kulit. Perhatikan dahulu label sebelum menggunakannya.
Bahagian 4 dari 4: Mencari Penyelesaian Jangka Panjang
Cara 12: Tidur
Kurang tidur dan tekanan boleh menyebabkan perubahan hormon, dan ini boleh membuat muka anda lebih mudah ditumbuhi jerawat. Pastikan anda cukup tidur selama lapan jam setiap malam.
Cara 13: Hilangkan tekanan daripada hidup anda
Para doktor tidak pasti sepenuhnya kenapa tetapi mereka tahu bahawa terdapat perkaitan di antara tekanan dan masalah kulit, terutamanya tekanan dan jerawat. Atas sesuatu sebab, sel-sel yang menghasilkan sebum iaitu bahan yang akhirnya menyebabkan jerawat, menjadi tidak teratur apabila seseorang itu mengalami tekanan yang tinggi.
- Cari ruang untuk lepaskan tekanan secara kreatif. Sesetengah orang menjauhkan diri daripada keadaan yang penuh tekanan dengan pergi bersiar-siar. Yang lain pula luahkan tekanan mereka ke atas kanvas dengan melukis. Walau apapun yang anda lakukan untuk melegakan perasaan, lakukan awal dan lakukan selalu.
- Cuba teknik meditasi. Jadi seorang yang sedar akan kewujudan tubuh anda, fokus pada pernafasan anda dan dengan perlahan-lahan tolak kesedaran anda itu ke arah batas luar tubuh anda dan hapuskan sama sekali semua yang ada dalam fikiran. Meditasi mengambil masa tetapi ia berbaloi.
Cara 14: Selalulah mensyampu rambut anda
Minyak daripada rambut anda boleh menyebabkan jerawat. Selain daripada itu, tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak yang berpindah ke sarung bantal daripada muka dan rambut anda selalunya adalah kotor dan merengsakan. Lebih baik ia dielakkan.
Jika anda berambut panjang, ikat di belakang, jauh daripada muka anda.
Cara 15: Bersenam
Bagi kebanyakan penyakit, selain daripada kerosakan otot dan tulang, bersenam adalah penyelesaiannya. Bersenam ialah pilihan yang bagus untuk peredaran darah dan apa-apa sahaja yang menggalakkan peredaran darah yang baik juga akan membuat kulit anda sihat dan kelihatan berseri. Dua perkara yang perlu diingat apabila anda membuat senaman:
- Sentiasa pakai krim pelindung matahari jika bersenam di luar rumah. Kebaikan menggerakkan peredaran darah boleh diatasi oleh keburukan kerosakan kulit oleh matahari jika anda tidak berhati-hati. Pakailah krim pelindung matahari yang ringan dan tidak merengsakan atau memedihkan kulit anda.
- Mandi atau bersihkan diri anda selepas anda bersenam. Apabila anda berpeluh, liang pori anda boleh tersumbat dengan sisa yang kotor dan masin hasil daripada senaman anda. Pastikan anda bersihkan badan terutamanya muka anda selepas bersenam.
Cara 16: Ambil ubat jerawat secara oral
Ini telah dibuktikan dapat mengurangkan atau menghapuskan jerawat dalam pelbagai cara. Berbincanglah dengan doktor atau pakar kulit anda tentang ubat-ubatan yang mungkin paling berkesan untuk anda.
- Bagi wanita, kadang-kadang ubat perancang keluarga yang diambil secara oral digunakan untuk merawat jerawat. Ubat perancang keluarga mengatur hormon yang dihasilkan oleh tubuh dan mengurangkan jumlah jerawat tumbuh.
- Lain-lain antibiotik yang diambil secara oral menyerang bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia boleh membantu dalam mengurangkan jumlah jerawat tumbuh dan juga melawan keradangan. Pesakit selalunya diberi dos yang lebih tinggi terlebih dahulu sebelum beralih ke dos yang lebih rendah.
- Bagi kes-kes yang lebih serius, isotretinoin atau Accutane boleh diambil melalui preskripsi. Isotretinoin ialah sejenis derivatif vitamin A yang mengecutkan kelenjar yang menghasilkan sebum. Ia mempunyai pelbagai risiko dan kesan sampingan, yang mana anda patut benar-benar fahami sebelum memulakan rawatan ini.
- Singkirkan produk tenusu. Disebabkan kandungan hormon dalam produk tenusu, banyak kajian telah menunjukkan ada perkaitan antara penggunaan produk susu dan jerawat. Ini mendorong sebuah jurnal dermatologi terkenal untuk menerbitkan sebuah editorial berkenaan “pemakanan tanpa tenusu”, bagi mengurangkan pengambilan produk tenusu untuk sesiapa yang berjerawat kepada sifar.
sumber: zolace.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI