Orang lelaki jangan buat ‘derk’ dengan tanda-tanda fizikal pada badan korang yang mungkin menjadi petunjuk awal penyakit-penyakit berbahaya. Ikuti 5 tanda-tanda mudah ini demi kesihatan korang.
1. Kadar Denyutan Nadi
Untuk lelaki dewasa yang sihat, kadar denyut nadi normal adalah sekitar 70-75 denyutan sesaat. Cara nak ukur senang je. Letakkan dua jari di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Kemudian darabkan jumlah denyutan yang korang dapat tadi dengan 4 untuk mendapatkan nilai per minitnya.
2. Amati Warna & Bau Urin
Ads
Yang ini senang je. Jika pengambilan air kosong cukup, air kencing akan bewarna putih jernih. Sebaliknya jika korang asyik minum air manis atau kurang minum air, warna air kencing kuning pekat atau gelap. Kalau dah kuning bertukar semakin pekat ke warna kemerahan dan bau yang agak kuat, baik korang lekas pergi jumpa doktor.
3. Perhatikan Kuku
Ads
Jika kuku korang sihat, ia akan bewarna merah muda. Untuk kuku ini korang tak perlu risau sangat. Sesetengah lelaki kukunya bewarna kuning yang mungkin menandakan masalah pernafasan. Tapi kalau kuku berlekuk hati-hati kerana ia mungkin simptom awal penyakit diabetis. Jadi, rajin-rajinglah periksa kuku korang bila ada masa.
4. Kuantiti Air Mani
Ads
Untuk lelaki normal, korang mampu menghasilkan cairan air mani kira-kira 2-5ml ketika ejakulasi. Tepi kena ingat juga semakin korang berusia, air mani akan berkurangan. Jika muda-muda lagi air mani tak sampai 2ml itu mungkin tanda penyakit hypersermia yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Selain itu, korang kena check juga warna air mani. Air mani lelaki yang sihat biasanya bewarna putih dan pekat. Kalau air mani korang cair sangat atau mengandungi darah, kena cepat berjumpa doktor.
5. Kulit Yang Sihat
Yang ni pun senang juga. Kulit yang sihat bersifat elastik dan kembali normal, contohnya bila dicubit. Kalau badan korang kekurangan air, dah lama cubit pun kulit masih tak kembali kepada posisi asal. Baik korang test cubit tangan korang sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
b. Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau) bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.
c. Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN kerana kandungan gula yang sangat tinggi.
Ia boleh menyebabkan paras gula menjadi tidak terkawal dan boleh menyebabkan ‘Ketoacidosis’ dan sangat merbahaya.
d. Durian kaya POTASSIUM. untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang kronik, (End stage renal failure ESRF) dan perlu dialysis tak boleh makan banyak atau baik tidak payah makan langsung!
Kandungan Potasium yang tinggi ini boleh menyebabkan pesakit buah pinggang mendapat sesak nafas, sakit dada dan rentak jantung (ECG) menunjukkan sinus arrest dengan kadar denyutan jantung bawah 40 perminit – Haemodialysis kecemasan perlu dilakukan atau pesakit boleh mati mengejut akibat kegagalan jantung!
e. Kepada pesakit yg mengalami masalah jantung dan sedang mengambil ubat-ubatan spt Frusemide dan Slow K juga tidak patut mengambil durian kerana kandugan Potasium yang tinggi dalam durian boleh menyebabkan jantung pesakit berdenyut tidak normal dan boleh menyebabkan mati mengejut!
f. Elak makan durian bersama paracetamol @ alhohol dan minuman bergas seperti coca-cola kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik kepada badan.
g. Sakit kepala lepas makan durian.
1. orang yg memang ada sejarah migraine – durian boleh ‘trigger’ serangan migraine.
2. Org yg ada darah tinggi yg tidak terkawal – semasa makan durian denyutan jantung akan bertambah dan ini menyebabkan sakit kepala.
tetapi sekiranya darah tinggi terkawal, perkara ini tak akan terjadi.
3. Durian mengandungi kolesterol dan lemak yg tinggi..
sekiranya diambil terlalu banyak, paras kolesterol akan naik mendadak dan akan menyebabkan pening dan sakit kepala.
Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.
Kpd pesakit kencing manis, kpd yg menghidap masalah jantung dan kepada pesakit buah pinggang kronik (sama ada yang sudah kena dialysis atau belum) boleh terus lupakan durian dlm hidup anda!
Dr. Rosli Abd Jalil.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Meskipun sudah berusia 56 tahun, vokalis kumpulan rock Spring, Ameng masih kekal aktif dengan bersenam setiap hari.
Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail beliau mampu menguatkan semangat untuk kekal disiplin bersenam setiap hari demi menjaga kesihatan semampunya.
“Satu hari nanti bila kita dah sakit, bila kita ke hospital, doktor pasti suruh kita bersenam,” katanya kepada Maskulin.
Lambat laun, pasti dirinya juga akan dinasihatkan untuk bersenam sama ada dilakukan sendiri ataupun melalui rawatan fisiologi di hospital, ujarnya.
“Jadi saya fikir sebelum orang suruh, baik saya buat dulu”.
Tambah Ameng, sekurang-kurangnya beliau sendiri sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan diri dari pelbagai sudut kemampuannya.
Jika ditakdirkan ditimpa sebarang penyakit kelak, itu semua di luar batas kemampuannya dan bukannya gara-gara beliau tidak berusaha.
Ameng yang ditemui Maskulin di sidang media Konsert Rock Legenda Berzaman itu juga berkongsi yang pada awalnya beliau mula aktif bersenam bersama Datuk Awie.
“Masa tu Awie kan membina badan. Saya ikut dia masa itu,” kongsinya.
Bagaimanapun, Datuk Awie tidak meneruskan aktiviti itu selepas mengalami masalah kesihatan.
“Tapi saya masih teruskan. Bersenam ini sudah menjadi rutin hidup saya,” katanya lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Definisi lelaki sejati bukan sahaja diukur melalui akhlak, tetapi juga atas segak keperibadiannya. Tidak hanya berbekalan raut kacak, tubuh sihat dan tegap memberikan ‘markah tambahan’ kepada jejaka ini.
“DULU BERAT SAYA 109KG…”
“Aspek kecergasan dan kesihatan tubuh badan memang dititikberatkan. Walaupun sudah bekerjaya, mana mungkin saya tangguhkan urusan yang melibatkan fizikal”, itu pembuka bicara Faruq kepada penulis.
“ Sewaktu belajar dahulu, saya boleh dikatakan sangat gemuk. Berat badan saya pula hampir 109 kg. Serik dan asyik menjadi bahan sindiran, saya tetapkan pendirian, kuatkan azam dan segera turunkan berat badan”.
Namun, kejayaan tidakkan bertanda jika tiada diduga. Ujar Faruq, usaha kerasnya berjaya namun malangnya hasilnya pula terlampau ketara.
“ Akibat terlalu teruja ingin menurunkan berat badan, tubuh saya pula menjadi tersangat kurus sehingga mengundang perlian. Pernah juga saya dituduh rakan mengambil dadah dan sebagainya. Tanpa menoleh ke belakang, saya tetapkan semula sasaran, kembali bersenam, menjaga pemakanan dan hasilnya tubuh saya semakin sihat, cergas dan mula membentuk”.
Puas hati dengan bentuk tubuh sekarang? Usik penulis, lantas Faruq menjawab, “Mana mungkin. Pastinya saya akan teruskan usaha untuk mendapatkan tubuh lebih berstamina dan berotot. Sehingga kini, tidak, saya masih belum berpuas hati”, ujar Faruq.
AKTIF DENGAN AKTIVITI LUAR SELEPAS BERGELAR AYAH Melihat pada trend masa kini, Faruq antara golongan muda yang menjadikan gim tempat untuk memperkasakan tubuhnya.
“Menjadi kebiasaan, sementelah tamat bertugas pastinya saya akan ke gim. Selain itu, saya juga tidak lokek menjalani pelbagai aktiviti outdoor yang terbukti menyihatkan. Antaranya berjoging, berenang dan bermain ragbi. Walaupun kini sibuk menguruskan keluarga, saya tetap akan meluangkan sedikit masa untuk bersenam.
Saya juga turut menggunakan kelebihan teknologi kini dalam mempelajari selok-belok penjagaan badan melalui tutorial video di Internet. Secara peribadi, saya sering menjadikan video ScottHermanFitness dan RJ Riches Fitness sebagai rujukan. Saya mengakui majalah Maskulin sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup saya sehingga sekarang”, jelas Faruq lagi.
“Apa pula nasihat mahupun tip dari Faruq buat mereka yang berazam miliki tubuh persis Faruq?”, tanya penulis.
‘Bagi saya, motivasi itu penting. Semangat kenalah kuat dan janganlah sekadar ingin mencuba. Tetapkan sasaran dengan usaha berterusan pasti menjamin hasil diinginkan”, ujar Faruq yakin.
PERUBAHAN SELEPAS BERGELAR AYAH
Perubahan hidup itu lebih kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk membentuk dan mendidik anak. Di samping mahu mencari rezeki demi menyara keluarga. Tak boleh nak selfish lagi sebab whatever happen, family comes first. Rasa macam lebih energetic untuk cari sumber pendapatan and fullfill keperluan. Dari segi emosi tu rasa macam lebih bahagia sebab ada someone else yang valuable selain isteri.
RUTIN KESIHATAN?
Dari segi rutin kesihatan tu masih maintain seperti selalu. At least 3 to 4 times / week dekat gym. Sibuk tu memang lah sibuk dengan kerja dan belajar fulltime. Tapi saya full utilize my free time waktu kerja untuk selit-selit masa ke gimnasium.
MASA BERSENAM?
biasanya lunch hour sebab time ni gym tak ramai.
RAMAI LELAKI LEPAS KAHWIN TAK JAGA PENAMPILAN DIRI, PANDANGAN ANDA?
Pandangan saya benda ni tak sepatutnya berlaku. Sebab ia macam satu kerugian. Kalau dulu gigih bertahun-tahun workout dan dapat hasil badan idaman, spend masa dan duit. Then lepas kawin kita abaikan usaha macam itu sahaja. Tambahan bila dah jadi seorang suami dan bapa kita kena kekal cergas dan sihat especially untuk cari rezeki demi keluarga. And one most important things, takkan suami je nak isteri cantik untuk anda kan? Suami juga harus berusaha untuk maintain penampilan macam masa bercinta dulu.
Lelaki ni bila dah kahwin pun ramai yang malas nak jejak gym, sebabnya mungkin mereka rasa bila dah kahwin ni tak perlu untuk jaga penampilan sebab dah ada isteri yang mungkin tak kisah penampilan diorang. Kalau dulu masa single kena sentiasa look fit and attractive sebab nak dapatkan perhatian org. Tapi bila dah kahwin ni mungkin pada pandangan mereka ” siapa je nak tengok aku sekarang?” And lagi satu mungkin juga faktor masa dan penat. So macam biasa alasan “tiada masa nak ke gym” tapi hakikatnya homeworkout pun terbukti berkesan kalau konsisten.
JADI DADDY HOT, LEBIH BANYAK POSITIF ATAU NEGATIF?
pada saya ia lebih kepada positif sebab ia boleh dijadikan faktor penyumbang untuk kekalkan keyakinan diri. Di samping boleh jadi contoh ikutan pasangan dan anak. Kalau bab negatif tu, mungkin individu tu ada niat yang lain kot.
PROFIL
Nama penuh: Faruq Fadhullah B Kamal Baharom
Adik beradik: Sulung dari 4 orang adik beradik
Tempat lahir: Klang
Tarikh lahir: 25 Julai
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni dan Sains Sosial Universiti Malaya
Idola bidang kecergasan: Scott Herman
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.