Lemak memang mudah berkumpul di lengan, paha, perut dan punggung. Bila badan penuh dengan lemak, lengan anda akan menggelebeh, paha besar dan perut buncit ke depan.

Selain mengganggu penampilan, lemak-lemak ini sukar untuk disorokkan sehingga anda hilang keyakinan diri. Mesti anda tertanya-tanya kenapa lemak hanya ‘melekat’ di bahagian tertentu sahaja?

Menurut Doktor Kosmetologi, Dr Dennis Wolf di The Private Clinic of Harley Street, Inggeris, ini adalah 7 bahagian di mana lemak paling suka berkumpul. Kalau anda nak kurus, pastikan anda tahu cara nak menyingkirkannya.

BACA: 6 Cara Tingkatkan Kadar Metabolisme Badan Agar Mudah Bakar Lemak & Cepat Kurus!

1. Lengan

7 Bahagian Ini Lemak Paling Suka Berkumpul. Kalau Nak Kurus, Kena Tahu Cara Nak Buang!

Punca: Kurang bersenam dan faktor penuaan. Ini menyebabkan kulit hilang keanjalan dan tubuh mula mengumpul lemak sehingga lengan menggelebeh.

Cara nak buang:

  • Lakukan olahraga dan latihan kecergasan secara konsisten.

2. Lemak sekitar pinggul

7 Bahagian Ini Lemak Paling Suka Berkumpul. Kalau Nak Kurus, Kena Tahu Cara Nak Buang!

Punca: Lemak ini berkumpul akibat pengambilan gula secara berlebihan. Timbunan lemak pada bahagian ini biasanya terjadi kerana tubuh mengalami resistensi insulin sehingga membentuk lemak di sekeliling pinggang dan pinggul.

IKLAN

Cara nak buang:

  • Lakukan senaman aerobik, berjalan, berlari atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Kurangkan pengambilan gula.
  • Lakukan olahraga secara teratur.

3. Lemak pada punggung

7 Bahagian Ini Lemak Paling Suka Berkumpul. Kalau Nak Kurus, Kena Tahu Cara Nak Buang!

Punca: Tekanan, depresi dan juga kerisauan yang melampau (bahasa saintifiknya anxiety).

Cara nak buang:

  • Elakkan rasa stres dan belajar untuk relaks. Hormon stres membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut, jadi adalah lebih baik kalau korang buat medisasi atau buat senaman pernafasan.
  • Minum teh hijau. Tapi bukan teh hijau yang bercampur susu. Teh hijau herba adalah cara terbaik untuk bertenang apabila korang memerlukannya.

BACA: Patutlah Susah Nak Buang Lemak Kat Perut, Rupanya 5 Perkara Ini Penyebabnya!

IKLAN

4. Lemak di bahagian paha dan ke bawah

7 Bahagian Ini Lemak Paling Suka Berkumpul. Kalau Nak Kurus, Kena Tahu Cara Nak Buang!

Punca: Salah satu punca kenapa paha anda besar adalah disebabkan lebihan gluten didalam diet.

Cara nak buang:

  • Berjalan turun naik tangga. Aktiviti tersebut boleh membakar lemak yang terkumpul pada bahagian paha anda.
  • Jangan skip sarapan pagi. Kalau anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan rasa sangat lapar apabila sampai waktu tengahari atau petang anda akan makan lebih banyak.

5. Perut

7 Bahagian Ini Lemak Paling Suka Berkumpul. Kalau Nak Kurus, Kena Tahu Cara Nak Buang!

Punca: Penimbunan lemak di perut terjadi ketika berlakunya peningkatan kortisol yang tinggi. Kortisol merupakan hormon yang terlibat dalam respons stres dan meningkatkan tekanan darah serta kadar gula darah. Stres juga salah satu penyebab utama tingginya sekresi kortisol. Ketika ini terjadi, kortisol akan memecahkan otot dan memasukkannya ke dalam penyimpanan lemak di daerah perut. Stres akan menjadi lebih parah apabila anda mengambil pola pemakanan yang salah.

IKLAN

Cara nak buang:

  • Untuk menyikirkan lemak di perut, anda perlukan 80% diet sihat. Kurangkan pengambilan kalori dengan mengambil makanan yang kaya dengan protein, sayur-sayuran, bijian dan menggantikan kebiasaan buruk makan makanan kecil dengan makanan yang lebih sihat.
  • Pengambilan vitamin C juga penting dalam membantu menyeimbangkan lonjakan kortisol pada tubuh anda.
  • Paling penting lakukan latihan kardiovaskular yang mempercepatkan denyutan jantung sehingga kalori lebih banyak terbakar seperti joging, senam aerobik atau muay thai.

BACA: 10 Cara Buat Air Detoks Buah-buahan Untuk Pecah Lemak, Buang Toksin & Awet Muda!

6. Lemak pada bahagian kaki

7 Bahagian Ini Lemak Paling Suka Berkumpul. Kalau Nak Kurus, Kena Tahu Cara Nak Buang!

Punca: Masalah ini sering dihadapi oleh perempuan yang mempunyai masalah urat atau sewaktu mengandung, apabila ketika itu kaki mereka membengkak.

Cara nak buang:

  • Kurangkan makanan masin kerana makanan masin boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
  • Jangan duduk tanpa sebarang gerakan untuk lebih 30 minit. Cuba untuk berdiri dan berjalan secara kerap.

7. Dagu

7 Bahagian Ini Lemak Paling Suka Berkumpul. Kalau Nak Kurus, Kena Tahu Cara Nak Buang!

Punca: Lemak di dagu biasanya disebabkan oleh faktor genetik dan penuaan. Seiring dengan penambahan usia, kulit akan kehilangan keanjalan dan otot sehingga ia menurun dan kendur. Dagu yang berlipat menjadi semakin jelas jika anda mengambil terlalu banyak makanan berlemak.

Cara nak buang:

  • Lakukan olahraga.
  • Amalkan diet yang sihat untuk menghilangkan lemak berlebihan. Diet sihat yang rendah kalori merupakan cara yang cukup efektif.
  • Kurang pengambilan makanan olahan terutamanya yang tinggi kadar gula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI