
Di antara perkara yang paling kita takuti bila melakukan aktviti senaman ialah berlakunya kecederaan serius pada mana-mana anggota badan.
Contohnya senaman yang dilakukan di gimnasium. Ramai orang ingat melakukan senamanm ini umpana aktviti yang biasa dan sukar mendapat kecederaan. Walhal senaman yang tak melibatkan penggunaan alatan berat juga boleh menyebabkan kecederaa.
Sejak dari dulu sampai sekarang, push up merupakan antara teknik senaman yang sangat popular. Ia dilakukan oleh semua pengamal senaman tidak kiralah sama ada untuk membina tubuh, atlet, ahli beruniform atau kegiatan jasmani pelajar sekolah.
Namun sehingga kini masih ramai yang tidak menggunakan teknik yang betul semasa melakukan push up.
Melakukan push up dengan teknik yang salah akan membuatkan aktiviti senaman anda tidak mendapat hasil yang baik dan efektif. Malah ia boleh mengakibatkan kecederaan serius seperti kecederaan oto, ligamen dan patah tulang.
Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?
Jarak tangan terlalu lebar
Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.
Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.
Siku dibuka terlalu lebar
Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.
BACA: Tip Lakukan Push Up Dengan Sempurna Agar Anda Dapat Hasil Maksima
Tidak melakukan secara penuh
Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.
Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.
Bentuk badan salah
Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Untung Kalau Suka Makan Ikan Sardin. Bukan Je Kulit Flawless, Otot Pun Boleh ‘Solid’!

Sebenarnya ikan sardin mempunyai 1001 khasiat yang mungkin kita tidak ketahui. Ada yang merasakan menu ikan sardin adalah juadah waktu kecemasan, apatah lagi ia mudah untuk dimasak.
Namun siapa sangka, rupanya ikan sardin mempunyai banyak khasiat untuk anda dapatkan otot ‘solid’. Selain itu, ada 8 lagi khasiat lain kenapa ikan sardin perlu ada dalam menu anda.
BACA: Sebelum Ke Gym, Kenali Dulu Bentuk Tubuh. Baru Mudah Badan Jadi Sado!
1. Jadikan otot ‘solid’
Ikan sardin adalah salah satu sumber makanan yang kaya dengan protein. Protein tersebut dapat membantu dalam pembentukan otot, selain menjadikan otot ‘solid’.
2. Sihatkan kulit
Jika anda inginkan kulit yang sihat, cantik dan bersinar, amalkan makan ikan sardin kerana ia kaya dengan lemak Omega 3. Lemak penting ini berperanan untuk meningkatkan sel-sel kulit, mengurangkan peradangan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.
3. Tingkatkan ketahanan badan
Antibodi badan dapat ditingkatkan dengan mengamalkan makan ikan sardin kerana kajian menunjukkan selenium dalam ikan sardin dapat menghindari radikal bebas, meningkatkan sel-sel sistem antibodi dan melindungi organ dari kerosakan.
4. Lindungi penyakit jantung
Ikan sardin kaya dengan lemak Omega-3 yang berperanan penting dalam membantu mencegah dan melindungi jantung daripada pelbagai penyakit. Penelitian telah menunjukkan bahawa asam lemak Omega-3 seperti EPA atau Eicosapentaenoic Acid dan DHA atau Docosahexaenoic Acid dapat memecahkan kolesterol jahat LDL dalam tubuh dan membantu dalam mencegah penyakit jantung. Omega-3 juga sangat baik untuk memecah plak pada arteri yang menyumbat arteri dan meningkatkan tekanan darah. Dengan membersihkan plak, asam lemak ini juga akan membantu mengawal tekanan darah.
BACA: Amalkan 10 Jenis Buah-Buahan Ini Kalau Nak Badan Berotot Lebih Cepat & Mantap!
5. Tingkatkan tumpuan & kuatkan memori
Lemak Omega 3 sangat diperlukan dalam jumlah besar untuk perkembangan otak. Ia dapat menguatkan memori dan meningkatkan daya tumpuan.
6. Bantu pertumbuhan & kuatkan tulang
Vitamin D yang terkandung dalam ikan sardin dapat membantu menyerap kalsium di dalam badan, sekali gus membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat malah mencegah osteoporosis.
7. Cegah pembekuan darah
Gumpalan darah dalam arteri sangat berbahaya untuk sistem jantung. Jadi, lemak Omega-3 yang ditemui dalam ikan sardin baik untuk jantung kerana ia dapat mencegah pembekuan darah daripada berlaku.
8. Kurangkan risiko degenerasi makula
Degenerasi makula terkait usia (AMD) adalah satu kondisi yang biasanya dilihat pada mereka yang berusia 50 atau lebih, makula dan degenerasi retina adalah kehilangan daya penglihatan. Kajian menunjukkan bahawa makan ikan terutama ikan sardin dapat mengurangkan risiko pengembangan AMD. Dari sisi lain pula, makan lemak biasa atau lemak jenuh dapat meningkatkan risiko mengembangkan AMD.
9. Bersifat anti-kanser
Penelitian tentang kanser telah menunjukkan bahawa khasiat kalsium dan vitamin D dapat membantu dalam mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser kolorektal. Ikan sardin adalah salah satu sumber terbaik kalsium dan vitamin D.
Reaksi alahan jika makan ikan sardin berlebihan:
Ikan sardin juga dapat menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang. Kajian menunjukkan terdapat beberapa senyawa organik yang dikenali sebagai amina vasoaktif seperti tyramine, serotonin, typtamine, phenylethylamine dan histamin ditemukan dalam ikan sardin. Ini dapat menyebabkan reaksi alahan seperti penyempitan otot-otot usus, peningkatan denyutan jantung, sakit kepala, asma, penyempitan pembuluh darah, peningkatan hipertensi dan lain-lain. Dalam kebanyakan kes, pengambilan ikan sardin yang sangat tinggi dapat mengakibatkan gejala ini. Jadi makanlah berpada-pada.
Sumber: tipscaramanfaat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lupakan Terus ‘Nasi’, Kalau Itu Pun Tak Boleh Buat, Memang Susahlah!_Izzat Zin

“Diet adalah Bedah Plastik Terbaik”_ IZZAT ZIN
Masyarakat sering menjadikan topik berat badan sebagai isu terpenting dalam kehidupan. Walau apa pun tanggapan kita terhadap bentuk tubuh yang kurus dan fit itu nampak cantik dan sihat. Cuba singkirkan fikiran negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain kerana setiap manusia punya cara tersendiri untuk tampil cantik, sihat dan hebat.
Suatu ketika Izzat Zin pernah mencapai berat badan mencecah sehingga 140 kg, seluar size 46 dia sendiri mengakui betapa sukarnya untuk dia menjalani kehidupan ketika itu. Berfikir panjang mengenang nasib sekiranya dia tidak mahu berubah juga bertindak, mungkin dia kekal seperti itu tanpa ada yang menghiraukan kewujudannya. Dia juga mahu menerima kemesraan serta layanan istimewa seperti mereka yang memiliki raut wajah yang tampan, mahu menyarungkan pakaian indah dari label berjenama serta mendapat pekerjaan yang baik seperti orang-orang lain yang menganggap penampilan fizikal sebagai tunjang utama untuk berjaya.
Apa salahnya menjadi orang yang gemuk? “Ya, saya dahulu juga sering menganggap perkara itu normal, namun masyarakat memandang saiz fizikal yang besar ini sebagai satu isu yang sangat besar bagi mereka serta meletakkan yang gemuk sebagai entiti yang lambat, malas, busuk dan tidak boleh melakukan lebih dari luar keupayaan, lebih menyakitkan bila ada yang melabelkan individu bersaiz besar ini sebagai bahan jenaka yang tiada perasaan. Saya menerima setiap kata-kata orang dengan senyuman, sehingga satu ketika ada sahabat yang berkata, sampai bila saya hendak jadi begini, gemuk, berkulit gelap dan nampak busuk. Kata-kata itu cukup menangkap ke dalam hati sanubari, sangat menusuk dan sedikit mengguris. Itu semua ada benarnya dan dari situlah saya tekad mahu berubah.
Dua tahun berdiet
Saya mula menyusun rencana diet, ketika itu saya berusia 24 tahun dan target pertama saya adalah untuk turun sehingga 100 kg. Apa yang saya lakukan? Saya elak dari mengambil nasi, roti dan segala jenis karbohidrat seperti mee kuning dan mee hun. Saya menikmati oat dan buah-buahan sahaja untuk tempoh itu. Hanya berdiet dan tiada sebarang rutin senaman saya lakukan, hasilnya memang kurus, tetapi kurus yang tidak sihat. Sejak itu barulah saya mula melakukan senaman dan mengatur kembali sistem pengambilan diet agar lebih seimbang. Saya mula mengamalkan pengambilan protein dalam setiap hidangan harian, bersenam secara kerap bagi mendapatkan bentuk tubuh yang lebih fit.
Cabaran
Ketika pertama kali berdiet, cabaran paling sukar untuk dilalui adalah berhadapan dengan orang di sekeliling. Pada mulanya mereka kurang memberi sokongan dan menganggap apa yang saya lakukan sekadar angan-angan kosong, setelah melihat hasilnya barulah mereka memberi lebih sokongan dan dorongan. Bukan mudah untuk mengawal nafsu makan, jadi saya harus disiplin setiap hari agar tidak tergelincir daripada matlamat. Selain itu, cabaran untuk mengekalkan bentuk tubuh dan menjadi lebih baik adalah lebih sukar, jadi tetapkan matlamat dan jangan sesekali kembali semula ke sikap lalu. Ubah segala-galanya dan jadilah orang baru yang lebih positif dan sihat.
Motivasi
Saya pernah kembali gemuk semula, ketika itu saya terlalu selesa sehingga alpa dengan diet dan rutin senaman yang saya amalkan selama ini. Namun pengalaman itu mengajar saya erti diet yang seimbang dan memahami tubuh sebaiknya. Apa menu yang boleh menyebabkan badan mudah naik dan sebaliknya, kini berat saya sekitar 82 kg dan sedang berusaha untuk menjadi lebih fit dan sihat. Banyak faktor yang memotivasikan untuk terus kekal sihat, antaranya melihat orang-orang di bawah jagaan saya mendapat bentuk tubuh seperti yang mereka idamkan. Saya tidak boleh gemuk kerana saya sendiri mengajar dan memberi ilmu mengenai kesihatan, di samping perlu kekal aktif dan mengatur pemakanan yang lebih sihat. Saya sering mengingatkan pelajar saya bahawa kita memang perlu hidup secara sihat, tetapi janganlah sehingga mengabaikan corak hidup yang ceria dan membebankan. Diet secara sederhana dan jadikan diet sebagai satu rejim yang menggembirakan bukan menyiksakan.
Perubahan
Sejak mengalami perubahan fizikal ini, rezeki datang melimpah ruah, selain kesihatan lebih terpelihara. Keyakinan diri juga semakin meningkat dan corak komunikasi saya semakin diterima. Selain itu, badan menjadi lebih ringan dan sangat aktif dalam beriadah, jika dahulu saya seorang yang sangat malas untuk bersenam, kini aktiviti seperti mendaki gunung dan marathon adalah rutin senaman yang kerap kali saya lakukan.
Menu yang saya amalkan
Kini, menu diet yang saya amalkan adalah pengambilan protein dalam setiap hidangan. Selain itu saya juga akan minum minuman protein setiap kali bangun tidur kerana ia bagi memulihkan kembali struktur muscle kita setiap pagi. Tengah hari pula saya akan mengambil sayuran bersama ayam dan malam saya lebih kepada siakap stim ataupun sup ayam kurang minyak dan garam. Saya juga mengambil supplement seperti fat burner, vitamin c, magnesium, teh hijau dan black coffee untuk meningkatkan lagi tahap metabolisme dalam badan.
Tip kurus dan sihat
1.Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, manakala 20% senaman akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.
2.Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Jika rasa hampir mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan.
3.Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stres. Bila stres proses penurunan berat akan terganggu.
4.Lupakan pengambilan nasi, kerana jika disiplin paling mudah ini pun sukar untuk anda amalkan, langkah seterusnya akan menjadi lebih susah kerana nasi adalah karbohidrat yang paling mudah kita dapatkan setiap hari, jadi elakkan dari mengambilnya terus.
5.Baca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
6.Banyakkan senaman kardio yang diselang dengan latihan berat bagi mengelakkan badan menjadi terlalu kurus.
- Jangan berfikir negatif; “Everybody have their own struggles”
Tugas sebagai jurulatih
Kini saya bertugas sebagai seorang jurulatih Zumba juga jurulatih kecergasan di The Bossters Johor Baharu. Di sana saya mengajar mereka untuk berdiet dan bersenam dengan cara yang betul. Akan datang saya akan mewujudkan satu program sendiri iaitu Battle Body Project Malaysia juga Fitness Tour yang mengetengahkan perihal diet dan teknik senaman di rumah yang harus dipraktikkan setiap di antara kita. Saya mahu orang di luar sana jadikan saya sebagai idola, bagaimana saya boleh kurus dan turunkan berat badan, begitu juga anda.
Nasihat
Diet, diet diet dan bersenam untuk hidup yang lebih sihat, jangan terlalu obses sehingga tidak mahu makan. Amalkan diet mengikut piramid makanan yang seimbang serta lakukan senaman. Untuk permulaan, tetapkan niat dan terus lakukan, jika tiada langkah mula mula, ia akan kekal sebagai angan-angan selamanya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Tidak Sedar Mereka Juga Menopaus

esetengah lelaki mengalami simptom ‘menopaus lelaki’ seperti kemurungan, kehilangan nafsu seks, mati pucuk dan simptom fizikal serta emosi yang lain apabila mereka mencapai usia 40-an hingga awal 50-an.
Simptom lain yang biasa berlaku pada lelaki dalam usia ini ialah:
- Perubahan mood dan cepat marah
- Kehilangan jisim otot dan kurang kemampuan untuk bersenam
- Pengagihan semula lemak, seperti perut boroi atau buah dada lelaki (gynaecomastia)
- Kurang keghairahan atau tenaga
- Kesukaran tidur (insomnia) atau cepat penat
- Sukar menumpukan perhatian dan cepat terlupa
Simptom-simptom ini dapat mengganggu kehidupan seharian dan kualiti hidup, jadi penting untuk mencari sebab dan mengenalpasti apa yang boleh dilakukan untuk menyelesaikannya.
Mitos menopaus lelaki
Testosteron adalah hormon yang dihasilkan dalam testis lelaki. Ia lebih daripada sekadar memacu nafsu seks anda. Ia juga menimbulkan perubahan semasa akil baligh, memberikan tenaga mental dan fizikal anda, mengekalkan jisim otot anda, mengawal tindak balas kecemasan anda, dan pelbagai fungsi lain.
Disebabkan testosteron diperlukan untuk pelbagai fungsi yang disebutkan, ramai yang menyangka simptom yang berlaku dengan penuaan adalah disebabkan penurunan testosteron. Istilah menopaus lelaki digunakan secara berlebihan untuk merujuk kepada kumpulan simptom yang dialami lelaki yang berusia.
Istilah ini mengelirukan kerana ia menunjukkan simptom-simptom tersebut adalah hasil penurunan kadar testosteron secara mendadak pada usia tua, seperti yang berlaku dalam menopaus wanita. Ini tidak benar. Walaupun paras testosteron menurun dalam lelaki berusia, penurunan tersebut stabil iaitu kurang daripada 2% setahun sekitar usia 30-40 dan ini tidak mungkin menyebabkan masalah yang ketara.
Sebaliknya, simptom-simptom yang berlaku kebiasaannya berpunca daripada faktor gaya hidup atau masalah psikologi. Krisis pertengahan umur juga mungkin memainkan peranan. Tekanan, kemurungan, kebimbangan, diet tidak sihat dan merokok merupakan antara faktor yang boleh menyebabkan simptom tersebut.
Apa itu menopaus lelaki
Pun begitu, tidak dinafikan, terdapat lelaki yang mengalami ‘menopaus lelaki’ yang sebenar atau andropaus. Berbeza daripada menopaus wanita tidak semua lelaki mengalaminya dan ia mungkin berkait rapat dengan masalah hipogonadisme.
Andropaus melibatkan penurunan pengeluaran testosteron pada lelaki berusia 50 tahun ke atas dan menyebabkan masalah fizikal, seksual dan psikologi. Ia biasanya bertambah teruk dengan penuaan. Ini termasuklah:
- Rendah tenaga
- Kemurungan atau kesedihan
- Motivasi menurun
- Keyakinan diri menurun
- Kesukaran menumpukan perhatian
- Insomnia atau kesukaran tidur
- Lemak badan meningkat
- Pengurangan jisim otot dan rasa lemah fizikal
- Ginekomastia atau perkembangan payudara
- Kepadatan tulang menurun
- Mati pucuk
- Libido menurun
- Kemandulan
Apa itu hipogonadisme
Apabila masalah gaya hidup atau psikologi telah ditangani dan simptom masih berlaku, keberangkalian hipogonadisme perlu diambil kira. Hipogonadisme berlaku apabila testis menghasilkan sedikit atau tidak menghasilkan hormon.
Hipogonadisme kadangkala berlaku sejak lahir yang boleh menyebabkan simptom seperti akil baligh lewat dan testis kecil.
Hipogonadisme juga kadangkala berlaku pada usia dewasa, terutamanya pada lelaki yang obes atau mempunyai diabetes jenis 2. Ini dikenali sebagai hipogonadisme lewat dan ia boleh menyebabkan simptom ‘menopaus lelaki’ yang disebutkan di atas. Walau bagaimanapun, ini adalah keadaan perubatan yang jarang berlaku dan bukanlah sebahagian daripada proses penuaan biasa.
Diagnosis hipogonadisme lewat biasanya boleh dibuat berdasarkan simptom dan keputusan ujian darah yang digunakan untuk mengukur tahap testosteron anda.
Diagnosis dan rawatan menopaus lelaki
Jenis rawatan yang paling biasa untuk simptom menopaus lelaki adalah membuat pilihan gaya hidup sihat. Contohnya, doktor anda mungkin menasihati anda untuk:
- Makan makanan yang sihat
- Bersenam secara teratur
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Mengurangkan tekanan anda
Doktor anda boleh mengambil sampel darah anda untuk menguji tahap testosteron anda. Jika anda benar-benar mengalami kekurangan testosteron, anda mungkin disarankan untuk mengambil pengganti hormon. Walau bagaimanapun, ia sangat kontroversi. Seperti steroid yang meningkatkan prestasi, testosteron sintetik boleh menyebabkan kesan sampingan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kanser prostat, ia boleh menyebabkan sel kanser anda berkembang. Sekiranya doktor anda mencadangkan terapi penggantian hormon, timbangkan aspek positif dan negatif sebelum membuat keputusan.
Teks : Helma Hassan
Sumber : (https://hellodoktor.com/)
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI