Wanita memang tidak bisa memilih, tapi wanita juga berhak menolak pinangan lelaki yang sekitar tidak akan membawa kebaikan dunia akhirat setelah menikah dengan lelaki tersebut. Berikut adalah ciri lelaki yang wajar dihindari oleh para muslimah
Tiada Pendapatan dan Boros
Lelaki yang tidak mempunyai pendapatan tidak layak untuk dijadikan suami. Mereka tidak mampu untuk menyara hidup anda. Kalau ada pun diantara mereka yang punyai pendapatan, mereka boros dengan hasil pendapatan mereka. Mereka tidak tahu membahagikan hasil pendapatan mereka.
Sentiasa Bergantung Pada Orang Lain
Apa mungkin seorang lelaki yang bakal memberi nafkah kepada anda, hidup dengan masih bergantung pada orang tuanya? Itukah calon yang sesuai untuk dijadikan suami? Silap haribulan, wang anda yang disapu habisnya nanti.
Pemalas
Pemalas disini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.
Berfikiran Negatif dan Membuat Anda Rasa Buruk
Seorang lelaki loser sentiasa berfikiran negatif. Mereka menganggap apa yang mereka hendak lakukan semuanya tidak boleh. Wanita yang bercinta dengan lelaki ini pasti akan sentiasa diburuk-burukan.
Ads
Kaki Control
Ini merupakan lelaki paling bahaya dan patut wanita jauhi dan hindari. Kalau dibenarkan untuk bunuh, sila bunuh beramai-ramai. Lelaki jenis ini akan menghalang anda dari berinteraksi dengan dunia luar hingga menyebabkan anda begitu tertekan.
Pengotor
Ads
Bila lelaki pengotor mereka memang susah nak berubah, kalau pengotor sekadar sikit-sikit tidak mengapa, ni kalau lepas makan malas basuh pinggan, malas basuh baju dan segalanya malas, lebih baik anda tak payah kahwin, nanti anda dijadikan bibik pula.
Lelaki Yang Berani Meninggalkan Solat Orang yang berani meninggalkan solat, bererti telah berani mengkhianati Allah, apalagi amanah manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, beerrti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)Bagaimana engkau dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika datang kepadamu orang yang kau sukai agamanya…”, padahal solat adalah tiang agama.
Dayus
Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada isteri, dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam maksiat. Dengan kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berhijab kerana hal ini dianggapnya kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan tertawa dengan lelaki lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tuah ayam nampak kaki, tuah manusia siapa yang yang tahu. Itulah pepatah yang boleh kita gunakan buat 8 orang jutawan di malaysia ini. Benarlah kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Jawatan: Pengerusi rantaian Shangri-La Hotels and Resorts
Robert Kuok merupakan pengerusi rantaian Shangri-La Hotels and Resorts. Mungkin sukar untuk dipercayai bahawa ahli perniagaan dan pelabur ini bermula sebagai seorang ‘office boy’. Beliau kemudiannya memulakan perniagaan dengan sokongan saudara-mara.
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai kerani di jabatan perdagangan beras bagi konglomerat perindustrian Jepun, Mitsubishi Shoji Kaisha ketika pendudukan Jepun, iaitu antara tahun 1942 dan 1945, di Singapura. Kuok tidak lama kemudian dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan di syarikat berkenaan. Selepas perang, beliau menggunakan kemahiran yang dipelajari di sana menerusi perniagaan keluarganya di Johor.
Beliau adalah seorang yang pemalu dengan media. Kebanyakan perniagaan miliknya dipegang secara peribadi oleh beliau atau keluarganya. Selain mempunyai pelbagai perniagaan di Malaysia, syarikatnya juga mempunyai pelaburan di banyak negara di seluruh Asia.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Teh Hong Piow merupakan pengasas dan pengerusi Public Bank Berhad. Beliau memulakan kerjaya perbankannya pada tahun 1950 hanya sebagai seorang kerani bank di Overseas-Chinese Banking Corporation Ltd. Beliau naik pangkat kepada pegawai dalam tempoh 5 tahun. Teh menyertai Malayan Banking Berhad sebagai pengurus pada tahun 1960. Kemudian pada tahun 1964, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar pada usia semuda 34 tahun. Teh kemudian meninggalkan Malayan Banking pada tahun 1966 untuk menubuhkan Public Bank.
Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng adalah seorang ahli perniagaan, pelabur dan dermawan. Beliau bertindak sebagai pengerusi eksekutif IOI Corporation Berhad, atau lebih dikenali sebagai IOI Group. IOI tersenarai di Bursa Malaysia dan merupakan konglomerat yang menguruskan ladang kelapa sawit, menghasilkan lemak khusus dan oleokimia, dan membangunkan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.
Lee dibesarkan di timur laut Kuala Lumpur di sebuah ladang getah, dimana bapanya menjalankan perniagaan di kedai makanan Cina yang kecil. Beliau meninggalkan sekolah pada usia 11 tahun untuk membantu keluarganya dengan menjual ais krim menggunakan basikal. Setelah 4 tahun, beliau kembali ke sekolah menengah. Lee kemudiannya mencari pekerjaan dengan syarikat perladangan kelapa sawit, Dunlop Estate sebagai penyelia. Akan tetapi, beliau tidak diterima bekerja atas alasan tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih. Ini kerana pada masa itu, orang Eropah masih memiliki kebanyakan ladang.
Bagaimanapun, Lee yang hanya berusia 22 tahun ketika itu, tidak ambil pusing dengan penolakan tawaran kerja tersebut. Beliau meneruskan perjuangan untuk merebut peluang bekerja sebagai penyelia lapangan dengan sebuah syarikat minyak sawit yang lain. Selepas 20 tahun kemudian, Lee membeli Dunlop Estate. Ia sekaligus menjadi penanda aras kepada kejayaan yang dimiliki beliau sekarang.
Syed Mokhtar Albukhary adalah seorang ahli perniagaan, usahawan dan dermawan. Beliau adalah pengasas Yayasan Albukhary, iaitu sebuah organisasi amal antarabangsa yang bukan berasaskan keuntungan. Ia memfokuskan kepada pembangunan sosial. Beliau mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan. Hari ini, Syarikat Kumpulan Albukhary adalah kumpulan perniagaan yang terdiri daripada DRB-Hicom, MMC dan Tradewinds.
Syed Mokhtar pernah menanam sayur-sayuran bersama-sama ibunya untuk menambah pendapatan keluarga. Kemudiannya, beliau juga pernah menjual nasi lemak di pasar Jalan Telok Wan Jah. Selain itu, beliau menolong bapanya menternak lembu dan kerbau, namun diduga dengan wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua ternakan petani mati begitu sahaja. Sejak itu, beliau meninggalkan bidang ternakan dan menjadi pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970. Pada masa itu, Syed Mokhtar baru berumur 19 tahun. Beliau membeli lebihan daging lembu yang dijual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling merupakan pengasas dan pengerusi Sunway Group, sebuah konglomerat yang beroperasi dalam 12 cabang industri, dengan perniagaan utama dalam hartanah dan pembinaan. Jeffrey Cheah merupakan Canselor Yayasan Universiti Sunway di Malaysia. Beliau juga merupakan pemegang amanah pengasas Yayasan Jeffrey Cheah.
Selepas tamat belajar, Jeffrey Cheah kembali ke Malaysia untuk bekerja sebagai akauntan di sebuah pelantar pemasangan motor. Beliau kemudiannya meninggalkan kerja tersebut. Pada tahun 1974, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, syarikat perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan dengan modal permulaan sebanyak RM100,000. Hari ini, Sunway Group merupakan salah satu konglomerat pembinaan hartanah yang terulung di Malaysia.
Jawatan: Pengerusi dan ketua eksekutif Berjaya Group
Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun atau lebih dikenali sebagai Vincent Tan, merupakan seorang ahli perniagaan dan pelabur. Beliau adalah pengasas Berjaya Corporation Berhad atau juga dikenali sebagai Berjaya Group, konglomerat yang tersenarai di bursa saham Malaysia.
Perniagaan utamanya termasuk pemasaran pengguna dan jualan langsung, pelaburan hartanah dan pembangunan, hotel dan resort, pembangunan rekreasi, pengurusan permainan dan loteri, makanan dan minuman, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan alam sekitar dan pelaburan teknologi bersih, perdagangan dan pengedaran motor, serta telekomunikasi dan perkhidmatan, penyelesaian dan produk yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah AirAsia Berhad, Pengasas Tune Group Sdn Bhd, dan Pengerusi Queens Park Rangers
Pada usia muda, Fernandes akan mengikuti ibunya menjual bekas plastik di pesta jualan barangan itu. Selepas berjaya memperoleh ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987, beliau bekerja buat sementara waktu dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit. Dari tahun 1987 hingga 1989, beliau bertugas sebagai pengawal kewangan di Virgin Records, sebuah syarikat milik Richard Branson yang terletak di London. Fernandes telah diperkenalkan sebagai ahli bersekutu bagi Persatuan Akauntan Bertauliah Yang Diiktiraf (ACCA) pada tahun 1991. Beliau kemudian menjadi rakan ahli pada tahun 1996. Beliau kini merupakan ahli Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW).
Setelah pulang ke Malaysia, Tony Fernandes yang ketika itu berumur 27 tahun telah menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Dari tahun 1992 hingga 2001, beliau menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Warner Music Group. Sewaktu Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meletakkan jawatan demi merealisasikan cita-citanya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia pada masa itu.
Pada bulan September 2001, Fernandes membeli AirAsia dan menjadi ketua eksekutifnya. Pada tahun 2013, beliau menjadi pengacara The Apprentice Asia, rancangan realiti dimana sekumpulan ahli perniagaan muda yang bercita-cita tinggi bersaing untuk mendapatkan peluang bekerja dengan Fernandes.
Jawatan: Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Kumpulan MD, Eversendai Corporation Berhad
Pada zaman remajanya, Tan Sri A K Nathan pernah bekerja sebagai penjual surat khabar, iaitu pada umur 15 tahun. Malah, beliau juga memegang jawatan operator mesin pencetak dan penjual insurans.Pada tahun 1984, Nathan mengasaskan Eversendai Corporation Berhad dan berkhidmat sebagai pengerusi dan pengarah urusan kumpulan syarikat berkenaan. Beliau telah menjadi pengarah eksekutif bagi Eversendai Corporation Berhad sejak 12 Ogos 2004. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif bagi Technics Oil & Gas Limited dari 1 April 2013 hingga 21 Julai 2014.
Nathan telah menerima banyak penghargaan. Antaranya ialah Anugerah Pembinaan Emas 2008 dari Kelab Pemimpin Perdagangan di Madrid, Sepanyol; Usahawan Malaysia Tahun 2008 dari Ernst & Young; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik Tahun 2008 oleh CIDB; dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk Kepimpinan dalam Industri Pembinaan oleh Forum Ekonomi Cina Dunia pada tahun 2015.
Sumber : Iluminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi penggemar muzik dan hiburan pentas berprofil tinggi, Mei 2025 menjanjikan sesuatu yang istimewa di Miri, Sarawak.
Bandaraya petroleum ini bakal menjadi saksi penganjuran dua konsert mega yang menampilkan barisan artis ternama, dan yang lebih menarik, ia terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran masuk.
Inisiatif membawakan Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Berkat Gawai Kaamatan ini merupakan kolaborasi strategik antara TVS dan Astro, disokong penuh oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, serta Majlis Bandaraya Miri.
Penganjuran ini bukan sekadar acara hiburan, bahkan signifikan dalam meraikan ulang tahun Miri yang ke-20 serta menyemarakkan sambutan Gawai dan Kaamatan.
Konsert MeleTOP TVS bakal membuka tirai pada 17 Mei 2025 di Stadium Tertutup Miri. Konsert ini menandakan kerjasama sulung antara dua jenama hiburan gergasi, TVS dan Astro, selain menjadi penampilan perdana MeleTOP di Bumi Kenyalang.
Barisan artis yang akan memanaskan pentas termasuk nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie, dan ramai lagi.
Gabungan bakat ini dijangka membawakan persembahan yang menggabungkan elemen kontemporari dengan sentuhan budaya Borneo. Konsert ini boleh disaksikan secara langsung di TVS (Saluran 122 Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE, dan platform Sooka.
Tidak terhenti di situ, kemeriahan bersambung dengan Konsert Berkat Gawai Kaamatan pada 21 Mei 2025, bertempat di lokasi sama.
Konsert ini dimeriahkan dengan kehadiran ratu rock negara, Ella, sebagai tunjang utama. Turut sama berkongsi pentas adalah Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, serta artis dari Kalimantan, Marina Jara.
Konsert yang bermula jam 7:30 malam ini akan disiarkan oleh TVS pada 31 Mei 2025, jam 9 malam.
Penganjuran dwikonsert ini menzahirkan komitmen dalam menyebarkan keceriaan dan hiburan berkualiti kepada masyarakat.
Menurut Sardon Zainal, Ketua Kandungan Tidak Berskrip & Kreatif di Gen Next Astro, “Kami mahu menyebarkan kegembiraan ke seluruh Sarawak. Miri, sebagai pintu masuk ke utara Sarawak, Brunei dan Kalimantan adalah lokasi yang tepat untuk sambutan ini.
“Dengan ulang tahun Miri yang ke-20 semakin hampir, tiada masa yang lebih baik untuk menganjurkan konsert ini. Kami teruja untuk menawarkan hiburan percuma dan berkongsi pengalaman ini dengan semua orang!”
Elyna Bidol, Ketua Pegawai Operasi TVS, turut berkongsi sentimen yang sama. “Kami berbangga dapat menyatukan dua jenama hiburan utama untuk malam yang tidak dapat dilupakan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan TVS dalam Konsert MeleTOP TVS.
“Jutaan terima kasih kepada MTCP, TVS, Majlis Bandaraya Miri, serta penduduk Sarawak dan Sabah atas sokongan luar biasa mereka. Muzik menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah contoh sempurna bagaimana kita meraikan perpaduan itu.”
Kedua-dua konsert ini menawarkan peluang keemasan untuk menikmati persembahan bertaraf bintang secara percuma.
Tiket boleh didapatkan melalui tvsarawak.my/kejutan-tvs selagi stok masih ada. Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada sambutan muzik, budaya, dan perpaduan yang epik ini di Miri Mei depan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Sometimes life chooses you”, itulah yang boleh digambarkan oleh CJ See yang merupakan Pengarah Eksekutif Kucingko iaitu sebuah syarikat pereka animasi digital.
Bernaung di bawah syarikat Inspedia Sdn Bhd, ia pada asalnya dibangunkan CJ See bersama tiga individu lain pada 2002, demikian lapor Digital News Asia.
Menurut CJ, dia pada asalnya merupakan seorang Penganalisis Kewangan namun Krisis Kewangan Asia 1997 mengakibatkan ramai individu kehilangan kerjaya, dimana CJ juga tidak terkecuali.
“Dalam tahun 1998 sampai 1999, ada krisis kewangan di Malaysia. Dari situ saya kehilangan kerjaya,” ujarnya kepada Maskulin.
“Situasi saya memang kehidupan yang memilih saya lah,” tambahnya.
Untuk rekod, Malaysia merupakan salah satu negara yang terjejas akibat Krisis Kewangan Asia 1997.
Memetik laporan Ekonomi Rakyat, kadar pengangguran meningkat sehingga tahun 1998 apabila seramai 102,728 individu dibuang kerja ekoran krisis itu.
Bagaimanapun, ekonomi negeri mulai pulih pada tahun 1999.
Ditanya mengapa memilih untuk menceburi bidang animasi, CJ memaklumkan yang semuanya kerana minatnya yang mendalam terhadap kartun dan mendapat inspirasi melalui sebuah saluran khusus kartun di televisyen.
“Saya menonton banyak kartun sejak kecil. Jadi inspirasi saya biasanya memang dari Cartoon Network.
“Dalam (saluran) itu ada satu animasi berjudul Samurai Jack yang saya memang minat, saya tonton setiap episod,” kongsinya.
CJ juga percaya yang lebih baik bagi seseorang untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu perkara yang diminati kerana ia akan membangkitkan suatu semangat untuk berusaha sehabis baik.
“Saya rasa mungkin ada 3P. Passion, Perseverance and Persistance (Semangat, Ketabahan, Kegigihan),” demikian nasihatnya mengakhiri temubual bersama Maskulin.
Ikuti saluran Youtube dan saluran media sosial Maskulin untuk lebih banyak kandungan video.
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.