Tidak lama lagi umat islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Ahad 11 Ogos 2019 bersamaan 10 Zulhijjah 1440 Hijrah.
Pada waktu itu, ada yang pergi menunaikan haji di tanah suci Mekah dan jika tidak, mereka akan menyambut perayaan korban di mana haiwan ternakan akan disembelih serta diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Fokus kali ini adalah kepada Jemaah haji yang menghidapi diabetes jenis 1 & 2. Apabila pergi ke sana, mereka pasti akan membawa bekalan suntikan insulin.
Seorang Ahli Farmasi, Fahmi Hassan berkongsikan melalui laman facebooknya tentang bagaimana untuk menyimpan serta membawa stok Insulin ke tanah suci buat Jemaah haji yang mempunyai diebetis jenis 1 dan 2.
Musim menunaikan haji ini, terdapat banyak persoalan berkaitan ubat-ubatan. Bagi ubat-ubatan biasa, sebenarnya mudah saja caranya.
Ads
1. Bawa preskripsi atau salinan preskripsi.
2. Pastikan ubat dibawa cukup untuk sepanjang tempoh di Tanah Suci. Jangan bawa terlalu banyak stok ubat.
3. Simpan ubat-ubatan di dalam pek asal. Jangan keluarkan dari pek blister.
4. Pastikan label ubat jelas dan boleh dibaca.
5. Bawa ubat di dalam ‘hand luggage’ yang dibawa bersama ke dalam pesawat.
Ads
Bagaimana pula dengan insulin?
Secara amnya, insulin yang disimpan di suhu bilik akan tahan selama 30 hari. Sekiranya tempoh menunaikan ibadah kurang dari 30 hari, anda hanya perlu bawa stok insulin yang mencukupi bersama-sama ubat-ubatan lain.
Namun begitu, sekiranya tempoh di Tanah Suci melebihi 30 hari, beberapa langkah tambahan perlu diambil.
1. Cari ‘cold box’ atau bekas penyejuk dengan saiz bersesuaian.
2. Dapatkan ‘dry ice’ atau ‘ice pack’ pada hari penerbangan atau sehampir mungkin dengan hari penerbangan.
3. Bawa bersama ‘cold box’ yang telah diisi dengan insulin dan ‘dry ice’ atau ‘ice pack’ di dalam ‘hand luggage’ yang dibawa bersama ke dalam pesawat.
Ads
4. Apabila tiba di hotel, keluarkan insulin dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Dapatkan bantuan pegawai farmasi bertugas sekiranya tiada peti sejuk di hotel atau mengalami masalah lain.
6. Gunakan ‘cold box’ yang diisi dengan ‘ice pack’ sekiranya perlu membawa stok insulin untuk perjalanan jauh.
Diharapkan sedikit panduan ini dapat membantu jemaah yang bakal menunaikan haji. Semoga dikurniakan kesihatan dan kekuatan serta memperoleh haji yang mabrur.
Fahmi Hassan
Pharmacist
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ajal maut adalah ketentuan Allah S.W.T tapi kita sebagai makhluknya harus sentiasa ada daya usaha serta ikhtiar bagi memberikan kesihatan yang terbaik buat diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Sejak kebelakangan ini masyarakat hangat memperkatakan pelbagau isu kesihatan seperti isu tanggungjawab mevaksinkan anak-anak dan juga keselaatan ibu bersalin.
Sebagai badan bertanggungjawab memantau segala isu tentang kesihatan global, World Health Organization (WHO) sentiasa memainkan peranannya bagi mengenal pasti apakah ancaman kesihatan global yang boleh mengancam nyawa.
Dan baru-baru WHO telah menyenaraikan sebanyak 10 ancamn kesihatan dunia. Menerusi perkongsian dari Facebook Public Health Malaysia, mereka telah mengenal pasti Malaysia mempunyai 6 daripada 10 ancaman tersebut!
Ancaman-ancaman tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan dunia seperti peningkatan kes kematian, kos perubatan dan mampu melumpuhkan sistem kesihatan negara.
Foto: Public Health Malaysia
Berikut merupakan 6 daripada 10 ancaman kesihatan yang terdapat di Malaysia disenaraikan oleh WHO
Pencemaran Udara dan Perubahan Climate
Kilang, pembakaran terbuka, penjanaan kuasa elektrik menggunakan arang batu, pelepasan asap daripada kenderaan, bauksit di Pahang adalah contoh daripada pencemaran Udara. Pencemaran Udara yang mikroskopik ini boleh menembusi sistem pernafasan dan darah kita menyebabkan penyakit jantung, paru-paru, dan jantung. Ianya juga menyebabkan kematian melalui penyakit kanser, strok, sakit jantung, dll. 90% kematian ini dilaporkan di negara mundur dan sedang membangun.
Penyakit tidak berjangkit
Kita menduduki tangga no 1 prevalen obesiti di Asia. Maka tidak hairanlah kalau negara kita mempunyai penyakit diabetes,darah tinggi dan sakit jantung tertinggi dunia. 70% kematian adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit. Peningkatan ini disebabkan oleh 5 faktor risiko utama iaitu, 1) merokok, 2) tidak aktif, 3)diet yng tidak baik, 4) alkohol dan 5) pencemaran udara.
Kerintangan antibiotik
Sepanjang 20 tahun yang lepas, perkembangan kajian antibiotik sangat Perla Han. kita tidak lagi menemukan antibiotik baru yang lebih baik. Antibiotik yang ada sekarang ini adalah antibiotik yang wujud berpuluh tahun yang lepas.
Kerisauan adalah, bakteria semakin bijak beradaptasi dengan ubatan yang ada. Maka ubatan-ubatan yang ada mempunyai masalah untuk membunuh bakteria yang bijak ini. Lebih malang adalah mereka yang perlukan ubat seperti di ICU dan HDU.
Terdapat satu ubat legend (wujud pada tahun 1947) yang sebelum ini telah dibuang daripada senarai ubat dan hanya digunakan oleh doktor verterinar – Polymixin. Polymixin mempunyai satu masalah iaitu boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ubat ini terpaksa digunakan balik disebabkan kerintangan yang tinggi terhadap ubat-ubat yang lebih baru. Ubat ini sekarang adalah ubat terakhir di hospital dan lebih merisaukan, ubat ini juga mempunyai masalah kerintangan terhadap bakteria tertentu. Sedihkan.
Kesedaran tentang penggunaan antibiotik secara meluas perlu dilakukan agar kerintangan antibiotik tidak menjadi sangat teruk.
Antivaksin/penolak vaksin
Baru-baru ini kematian akibat batuk kokol/difteria meningkat dan telah membunuh anak yang tidak divaksinkan. Tahun ini saja terdapat lagi satu kes kematian di komuniti yang sama iaitu tidak memberikan vaksin kepada anak mereka.
Imunisasi adalah perlu untuk perlindungan bersama mengekang wabak yang boleh membunuh anak-anak kita bahkan diri kita juga. Kadar liputan vaksin kita telah turun sekitar 80% dan ada juga melaporkan sesetengah Negeri mempunyai liputan sekitar 50% sahaja. Tentunya peningkatan kes-kes yang boleh dicegah dengan vaksin ini disebabkan peningkatan kes yang menolak vaksin. Bila peningkatan kes ini meningkat, dikhuatiri ianya sukar dikawal seperti di US dan akan juga merebak pada anak-anak yang tidak menerima vaksin akibat faktor kesihatan seperti leukemia dll. Ianya juga akan meningkatkan kos kesihatan negara yang mana kos berubat lebih mahal beratus kali ganda berbanding vaksin tersebut.
Satu polisi atau undang2 kerajaan perlu diwujudkan bagi membanteras isu Antivaksin ini.
Denggi
Belum pernah Denggi dipromosi sebegitu rupa oleh WHO. Pernah satu ketika dahulu, Malaysia mencadangkan agar Denggi dijadikan satu fokus WHO yang perlu dilihat semula iaitu salah satu penyakit dalam neglected tropical disease. Sehingga sekarang masih tiada penawar penyakit Denggi. Vaksin Denggi baru pula masih lagi belum selamat digunakan oleh masyarakat secara keseluruhannya.
20% daripada pesakit yang menghidap Denggi tahap teruk meninggal dan dianggarkan 390 juta kes denggi setiap tahun di seluruh dunia.
Salah satu faktor yang selalu disebut penyebab Denggi adalah Sikap komuniti itu sendiri. Kurangnya kesedaran untuk bekerja bersama mengekang denggi. Ketua komuniti dan masyarakat perlu bergerak bersama-sama dengan agensi kesihatan dan pihak berkuasa tempatan dalam mengekang wabak Denggi.
HIV
Perkembangan kajian dan perubatan HIV sangat memberangsangkan. Merawat kes HIV menjadi mudah dengan harga kos ubat yang murah dan pesakit HIV sekarang mempunyai jangka hayat yang sama seperti manusia yang tidak mempunyai HIV dengan ubat HIV.
Salah satu cabaran adalah aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit HIV. Walaupun peningkatan kes masih lagi dilihat daripada saringan, dikhuatiri masih lagi banyak pesakit HIV yang belum atau tahu status mereka sebagai HIV.
Di tambah dengan stigma masyarakat dan kerisauan pesakit untuk mendapatkan rawatan secara sulit menyukarkan target
Masyarakat memandang serong golongan seperti pelacur, sex lelaki dan lelaki, transgender/lgbt yang menyukarkan lagi keadaan untuk pihak kesihatan mendekati mereka untuk melakukan program pencegahan dan menyaring HIV.
Sumber: Public Health Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Larian atau berbasikal boleh dilakukan sama ada di dalam gelanggang balapan, trek, jalan raya dan juga denai alam semula jadi.
Secara umumnya ramai yang faham bahawa aktviti larian membakar lebih banyak kalori berbanding berbasikal. Namun dalam masa yang sama ia memberikan impak lebih besar dan keras kepada otot dan juga sendi.
Jadi memilih jenis activiti yang sesuai untuk diri sendiri sangatlah penting. Satu perkara anda harus ingat, sama ada berlari atau berbasikal. Jangan ikut trend semata.
PEMBAKARAN KALORI
Sebenarnya jumlah kalori yang dibakar bergantung kepada intensity dan juga tempoh ia dilakukan. Tapi secara umumnya berlari membakar lebih banyak kalori kerana ia lebih banyak menggunakan pergerakan otot. Berbanding basikal yang sifatnya lebih ‘lembut’ kepada badan dan juga boleh dilakukan lebih lama berbading larian.
Pembakaran kalori juga akan jadi lebih banyak sekiranya anda melakukan pendakian bukit. Faktor usia, berat badan, jantina dan juga beberapa faktor luaran lain juga boleh menentukan jumlah pembakaran kalori.
Dri segi kesihatan kardiovaskular kedua-dua aktiviti memberikan manfaat yang sangat baik. Senaman jenis aerobik mampu membantu jantung menjadi lebih kuat dan melatihnya untuk pam lebih banyak oksigen ke dalam badan. Jadi tiada masalah sama ada larian atau berbasikal. Masing-masing beri manfaat kepada kesihatan.
MEMBINA OTOT
Berbasikal mampu membantu bahagian bawah badan seperti paha, kaki, bontot dan juga betis menjadi lebih besar. Manakala berlari pula tidak akan membuatkan otot kaki membesar seperti berbasikal. Larian pula menggunakan hampir semua otot badan dalam waktu yang sama. Jadi ada banyak beza penggunaan otot untuk dua aktiviti popular ini.
TURUNKAN BERAT BADAN
Tidak dinafikan ramai yang mula aktif berbasikal atau berlari kerana ingin menurunkan berat badan. Untuk menurunkan berat badan pertama sekali anda perlu mencari keseimbangan dalam pengambilan dan pembakaran kalori.
Larian boleh menurunkan berat badan lebih cepat berbanding basikal. Namun jika melakukan aktiviti berbasikal dengan lama, kalori yang dibakar akan lebih kurang sama dengan larian.
Kesimpulannya, tidak kiralah aktviti berbasikal atau berlari. Selagi ia sesuai dan memberikan manfaat kepada kesihatan anda lakukanlah dengan bersungguh-sungguh. Pilih mana yang sesuai dengan usia serta gaya hidup anda. Malah anda juga boleh bergilir-gilir melakukan kedua-dua aktiviti ini.
Tetapkan sasaran dan cuba capai, pasti anda akan puas hati bila sudah berjaya nanti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya selama dua minggu lamanya bermula esok majoriti daripada kita perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi memerangi penularan wabak Covid-19.
Sepanjang tempoh ini kita semua dinasihatkan untuk tinggal di rumah dan hanya keluar bila perlu sahaja.
Jadi bagaimana dengan rutin senaman anda terutamanya yang memiliki keahlian gym yang semestinya diwajibkan tutup.
Usah risau kerana anda sebenarnya boleh lakukan senaman di rumah sambil tengok TV!
Berikut merupakan 5 jenis senaman yag mudah dan boleh anda amalkan secara berbaring. Belum cuba belum tahu, kalau sudah cuba pasti boleh buat diri rasa terharu!
1. Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
2. Crisscross
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
4. Cross Crunch
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan. Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
5. Legs Lower
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara. Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.