Bersenam dan jaga pemakanan merupakan kunci untuk anda kempiskan perut. Namun nak lakukan dua perkara ini punyalah susah. Jangan bimbang kerana air lemon madu juga berkhasiat untuk kempiskan perut.
Banyak petua menggunakan air lemon madu untuk tujuan menurunkan berat dan mengempiskan perut. Namun bagaimana cara nak buat air lemon madu ini agar khasiatnya dapat anda manfaatkan untuk kempiskan perut anda?
Perkongsian Eka Zahra ini boleh anda jadikan panduan. Nak membuatnya juga mudah. Paling penting selepas mengamalkan air lemon madu ini, beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 1 kilogram dan perut juga nampak makin kempis.
Hari ni akak nak kongsi resipi minuman yang boleh kurangkan selera makan.
Perkongsian dari seorang sister dari Indonesia yang ada bisnis kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.
Atas nasihat doktornya yang dah ada 4 orang anak tapi badan tetap slim meskipun doktor itu keturunan obese (berat badan berlebih) maka sister itu mengamalkan minuman ini.
Sister tu minum 2 hari dah turun 1 kg. Akak pon cubalah dan memang boleh kawal selera makan sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih-muih ? Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg.
* 1 liter air
* 2 batang serai diketuk
* 2 batang kulit kayu manis
* 4 inci halia diketuk
* 5 kuntum bunga cengkih
* 1 biji lemon dihiris
* madu
Cara nak buat:
1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
3. Masak selama 5 minit
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengah hari dan sebelum tidur ?
Di sebalik perjuangan barisan hadapan berdepan dengan segala macam dugaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19, terselitkisah-kisah kontrversi melibatkan artis dan individu berpengaeruh di laman media sosial.
Sejak semalam beberapa orang artis serta selebriti perniagaan laman media sosial dihentam oleh netizen dengan cukup hebat kerana mereka dikatakan tidak sensitif serta kurang prihatin terhadap nasib orang yang lebih memerlukan.
Antara isu yang hangat diperkatakan ialah tentang rayuan beberapa orang artis dan sekebriti untuk mendapatkan bantuan khusus buat mereka selepas kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin.
Apa yang pelik beberapa artis ini menuntut untuk diberikan bantuan khusus dan istimewa untuk artis. Mungkin itulah yang menyebabkan ramai warganet tidak senang dan mula mengkritik mereka di laman media sosial.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian pendapat daripada Dr. Say Shazril.
—————————–
Tergerak hati nak buat topik ni sebab ade yg mesej sy bertanya macam mana pandemic ni mempengaruhi pendapatan sy sebab katanya sy tergolong dalam geng2 retis. Bila PM umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PREP) 27 Mac lepas, satu je yg sy dapat nikmati yakni diskaun bil elektrik & owh satu lagi free internet. Memandangkan sy doktor bukan di bahagian hadapan maka sy tidak layak untuk menerima elaun khas RM600/sebulan to medical staff.
Tambahan topik ni dikeluarkan sebab ada beberapa artis yg menyuarakan kesedihan mereka tak dapat bantuan kerajaan. Tak dinafikan being in entertainment industry pendapatan kami bergantung mostly daripada show/ performance/ lakonan. Apabila PKP berkuatkuasa segala2nya tertangguh/ dibatalkan maksudnya no job = no income. Persoalannya sekarang patutkah diwujudkan “bantuan khas” kepada artis2 tanah air kita ni?
Pada pendapat sy, SEMESTINYA TIDAK PERLU. Atas satu sebab je yakni ARTIS ATAU TIDAK, KITA SEMUA RAKYAT BIASA. Walaupun seseorang itu berstatus “artis” tapi sekiranya pendapatannya tergolong dalam kumpulan B40/ M40 dia tetap akan dapat menikmati PREP yg diumumkan kerajaan. Jadi atas sebab ni tak perlu nak wujudkan bantuan khas sebab bagi sy Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin TERSANGAT ADIL & SAKSAMA kepada seluruh rakyat jelata.
Bagi sy pada saat genting ini lah kita perlu ketepikan segala “status” & utamakan mereka yg memerlukan. Kalau baru sekarang kita nak merasa kehidupan kais pagi makan pagi, bayangkan nasib golongan yg sebelum ini sudah kais pagi makan pagi? Pastinya kehidupan mereka ibarat HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU. Cukuplah berdebat isu ni instead apa kata kita berganding bahu bantu mereka yg memerlukan melalui pelbagai tabung/ funds yg ditubuhkan di luar sana untuk kebaikan kita bersama.
Cukup menarik lontaran pendapat yang dikongsika oleh Dr. Say di laman Instagram kendaliannya. Secara jujurnya, MASKULIn juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau. Kita semua adalah rakyat Malaysia tidak kiralah apa jua latar belakang atau kerjaya. Dari segi bantuan itu pula jika berkelayakan sesiapa sahaja boleh memohonnya.
Semoga Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memberikan kelegaan buat mereka yang memerlukan terutamanya golongan B40.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Daniella Sya pelakon yang kini semakin mencuri perhatian terutama daripada audiens penggemar drama-drama Melayu. Di sebalik jelitanya wajah si tinggi lampai ini tersimpan seribu satu kisah perjalanan seni yang cukup mencabar dan mampu memberikan inspirasi kepada generasi baharu.
Siapa sangka gadis tinggi lampai berwajah ayu ini mempunyai latar belakang yang kaya dengan ilmu persilatan. Daniella sudah aktif dalam seni silat sejak 10 tahun yang lalu.
Dan ia bermula dengan seni silat gayung dipelajarinya di Petaling Jaya. Dengan pengetahuan dalam seni silat itulah yang menjadikan Daniella sebagai seorang pelakon berpotensi tinggi untuk filem aksi.
Selain itu, Daniella juga pernah berguru dengan pakar silat yang juga pelakon aksi terkenal Indonesia, Cecep Arif Rahman. Dia merupakan bintang aksi yang pernah muncul dalam filem hebat seperti ‘The Raid’, dan ‘Star Wars: The Force Awakens’.
“Ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri ‘Dosa’, Cecep dapat tangkap yang gerak-geri saya ada basic silat. Lalu dia tanya dan mengajak saya untuk mengunjungi kelas Pencak Silat di Indonesia.
Cecep Arif Rahman
“Jadi saya terbang ke Indonesia untuk belajar sedikit sebanyak tentang silat di sana. Ia merupakan pengalaman yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” tambahnya lagi.
Ikuti temu bual lengkap MASKULIN bersama Daniella Sya menerusi isu Oktober – Disember majalah MASKULIN di pasaran sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiada kejayaan yang datang bergolek, lagi-lagi apabila melanjutkan pelajaran di peringkat Phd. Semuanya perlukan usaha yang gigih.
Bagi Muhammad Syahmeer How bin Mohd Firdaus How, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini bertuah kerana dapat menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usianya 27 tahun.
Guru yang pernah mendidik beliau, Dr. Zulkifli Hussain berbangga dengan anak muridnya ini dan dia sendiri membuat perkongsian tentang Syahmeer di laman Facebooknya.
Menurut Dr. Zulkifli, Syahmeer menuntut di MRSM Transkrian, Pulau Pinang sewaktu Tingkatan 1 hingga 3 dan memperoleh keputusan 8A dalam PMR 2008. Tingkatan 4 dan 5 pula, Syahmeer berpindah ke MRSM Tun Ghadar Baba, Melaka dan meraouh keputusan 6A+ 3A bagi SPM 2010.
Menggunakan keputusan percubaan SPM di MRSM TGB, dia berjaya mendapatkan tempat di Kolej MARA Kuala Nerang untuk peringkat foundation (2011), sebelum menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Kimia) di UniKL MICET untuk tahun pertama (2012) dan tahun kedua-keempat di Massey University, New Zealand (2013-2015) dengan tajaan MARA.
Selepas menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda, Syahmeer diberi tawaran oleh Professor di Massey University untuk menjalani pengajian PhD dengan tajaan geran penyelidikannya sendiri. kajian PhD tersebut adalah tentang menggunakan konsep dan teori asas dalam kejuruteraan kimia untuk memahami impak proses pengunyahan makanan terhadap deria rasa dan aroma.
Syahmeer telah berjaya menghabiskan pengajian PhD dan bakal pulang ke tanah air untuk bekerja sebagai pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia.
Tip perkongsian berkaitan pengajian PhD
Setiap kejayaan yang dikecapi, sudah tentu ada tip dan amalan yang dilakukan bagi memudahkan setiap urusan. Dr. Zulkifli juga turut berkongsi antara tip yang dilakukan oleh Syahmeer bagi menamatkan pengajian PhD sewaktu usia muda.
1. Kerap berjumpa dengan penyelia (supervisor).
Syahmeer akan bertemu dengan keempat-empat supervisor seminggu sekali untuk membincangkan tentang struktur dan hasil kajian. Penting untuk memastikan kajian kita ada kemajuan setiap minggu walaupun sedikit.
Sering berinteraksi dengan pelajar yang lain disebabkan pengajian PhD adalah perjalanan yang sunyi, mudah untuk hilang motivasi terutamanya apabila hasil kajian kita ‘gagal’ atau tidak seperti yang dirancangkan. Tip beliau adalah untuk sentiasa kongsikan masalah kajian bersama rakan-rakan PhD yang lain kerana lebih senang untuk menghadapi masalah itu bila kita tahu orang lain pun sudah melalui masalah yang sama.
Semasa di tahun kedua PhD, kerja penyelidikannya tergendala untuk seketika apabila dia diujia dengan dugaan besar di mana ayahnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Disebabkan itu, walaupun sudah berada di tahun ketiga, Syahmeer tidak lagi mempunyai hasil yang cukup, ditambahkan pula dengan peralatan yang diperlukan untuk eksperimen tidak ada di universiti.
Kebetulan juga pada masa itu, dia diberi peluang untuk membentang sebahagian dari penyelidikannya di konferens antarabangsa di Nottingham, United Kingdom. Melalui konferens tersebut, dia sempat berjumpa dengan beberapa penyelidik terkemuka di dalam bidang kajiannya yang kebetulan juga mempunyai peralatan tersebut di makmal mereka.
Hasil daripada perjumpaan itu, dia ditawarkan untuk menjalani kajian di Paris, Perancis selama tiga bulan di mana hasil kajian tersebut memberi impak yang besar dalam kejayaan PhDnya itu.
4. Kehidupan yang seimbang
Amalkan kehidupan yang seimbang PhD memerlukan penjanaan dan perkembangan idea yang berterusan, terutamanya apabila sudah sampai tahap penulisan tesis. Bagi Syahmeer, idea lebih mudah untuk keluar dengan fikiran tenang dan segar. Cara paling mudah ialah dengan bersukan dan sering mengambil percutian yang jauh dari tempat belajar.
Semasa menjalani pengajian, Syahmeer akan mengambil masa untuk bersukan (skuasy) sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan sering bercuti di luar negeri pada hari minggu.
Tip terakhir yang dikongsi adalah untuk menganggap PhD ini seperti suatu pekerjaan kerana ia tidak sama seperti Ijazah Sarjana Muda di mana jadual harian kelas sudah diberi oleh universiti.
Semasa menjalankan pengajian, Syahmeer selalunya berada di kampus jam 8 pagi dan hanya akan pulang selepas jam 5 petang, Isnin sampai Jumaat. Baginya suasana pekerjaan itu penting untuk memastikan kita serius semasa menjalani kajian.
Begitulah antara kisah dan tip yang dikongsikan tentang kejayaan Syahmeer How yang memperoleh PhD pada usia 27 tahun. Ya, bukan mudah untuk kita mengecap sebuah kejayaan, semuanya perlu diiringi dengan doa dan usaha.
Semoga kisah perkongsian ini dapat memberi inspirasi buat korang semua untuk terus berjaya dalam bidang akademik.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.