Seakan satu kepuasan apabila setelah 28 tahun barulah dapat merasa BMI normal seperti orang lain. Dari 124kg hingga 77kg, lelaki ini berjaya turunkan 47kg dengan hanya mengamalkan Intermittent Fasting (IF) bermula 1 September 2019 sehingga ke hari ini.
Menurut Ahmad Firdaus, dia mengamalkan “one-meal-a-day” atau OMAD serta gaya hidup yang sihat. Sekiranya dia tidak larat, barulah dia akan membuat 16:8 dan memastikan yang dia berpuasa 16 jam dan lebih.
“Ada orang makan tapi tidak mengamalkan workout. Ada orang pula tidak menjaga makan tetapi workout. Bagi saya kedua-dua itu penting namun yang lebih penting adalah jaga makanan.
“Semua saya buat, maksud saya IF ni. 16:8, 18:6, 20:4 dan OMAD. Jika ditanya apakah yang paling kerap saya buat, saya akan cakap OMAD. Namun sekiranya saya benar-benar tidak larat, saya akan pastikan yang saya berpuasa lebih daripada 16 jam.
Sekiranya saya makan tidak mengikut seperti yang dijadualkan, saya akan ‘menghukum’ diri saya dengan mengamalkan OMAD keesokan harinya,” katanya kepada MASKULIN.
Apabila ditanya, apakah dia turut bersenam, jawapannya ya. Dia akan melakukan senaman seperti Push Up, Plank dan Leg Raise setiap hari tanpa gagal. Malah, dia turut mengamalkan joging seminggu dua tiga kali.
Katanya, dia sedar orang berbadan besar sering diserang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan lebih teruk adalah sakit jantung. Jadi, kerana itulah timbulnya kesedaran untuk dia menurunkan berat badan.
Ads
Menurutnya lagi, dia menghadapi masalah obesiti sejak kecil namun dia kuatkan semangat dan terus mengamalkan IF. Dia juga akan memastikan yang dia tidak mengambil lebih daripada 1500 kalori sehari.
“Antara sebab saya mahu kurus adalah orang gemuk mudah kena penyakit, lebih-lebih lagi 3 penyakit serangkai (Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Jantung). Malah lebih tragis, orang gemuk susah nak mencari saiz bila nak beli pakaian. Saya nak ‘grow old’ dengan keadaan sihat tubuh badan.
“Malah, Saya merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang anak. Saya jadikannya inspirasi untuk saya fit demi menjaga keluarga saya. Saya hendak menjadi inspirasi kepada orang ramai bahawa nak turunkan berat badan, ada harapan.
“Sebenarnya saya mendapat insiprasi dan semua ini kerana saya sering melihat update-update daripada Azril Nizam Jamaludin. Abang Azril ini sering post di group IF dan sering berkongsi tip untuk kurus dan turunkan berat badan.
Ads
“Malah, Abang Azril juga rajin berkongsi beberapa tip tentang pemakanan dan turut recommend makanan terbaik untuk orang ‘seperti saya’. Abang Azril ni agak berumur dan orang sering memanggilnya dengan gelaran ‘pokcik’.
“Sungguhpun begitu, Abang Azril sentiasa fit. Jadi di situlah saya terfikir, jika dia boleh melakukannya kenapa saya yang muda ni tidak boleh melakukannya,” kata Firdaus lagi.
Firdaus sempat berkongsi tip agar kita semua dapat mengawal pemakanan dan ‘menolak gula’ ketika makan.
Ads
“Segala jenis gula saya cut kecuali stevia tapi itu pun sekali sekala. Pagi makan thosai dan tengah hari saya makan pesto pasta. Kalau snacking pula saya minum juice dari juiceworks or boost. Malam memang saya tak makan sebab feeding period 8am – 4pm,” tulis Firdaus di Facebooknya.
Ini adalah antara menu yang sering saya amalkan:
Menu 1:
Nasi perang
Ayam dada grill
Lemon juice tanpa gula
Menu 2:
Chapati
Ayam Tandoori bahagian dada
Lemon juice tanpa gula
Menu 3:
Whole wheat pasta aglio olio
Lemon juice tanpa gula
Menu 4:
Whole wheat pesto pasta
Lemon juice tanpa gula
Favourite kedai saya yang sihat:
The Humble Food
Naan Lounge
Kenny Rogers
Orang ramai boleh mengikuti weight lost journey Fierdaus Fourheart di Facebook atau Instagramnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan penyerang kebangsaan, Faisal Halim dalam sebuah video iklan makanan yang kelihatan makin ceria, sudah cukup mengubat rasa rindu buat para peminatnya setelah sekian lama tidak beraksi.
Malah menerusi sebuah video yang dimuat naik, Faisal yang lebih mesra disapa Mickey turut berkongsi beberapa perkara yang boleh menjatuhkan seorang pemain bola sepak.
Menurutnya, punca utama kejatuhan seorang pemain bola sepak adalah dari diri sendiri dan tiga perkara yang mempengaruhinya ialah duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan.
“Yang menjatuhkan pemain bola sepak diri mereka sendiri lah, yang pertama, duit, kedua; injury; ketiga; jangan salah pilih isteri.
“Yang tak kahwin lagi; girlfriend la, orang Penang kata cinggey,” katanya.
Dalam pada itu, netizen menitipkan doa agar diberikan kesembuhan buat Faisal, selain berharap dapat melihat pemain kebangsaan itu beraksi kembali.
Terdahulu, bapa seorang cahaya mata itu telah mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah, pada 5 Mei lalu.
Tuah berkulit hitam, People Magazine baru saja mengumumkan siapakah artis lelaki yang berhak menyandang gelaran lelaki terseksi. Selepas Blake Shelton, kini giliran aktor Idris Elba yang berjaya merampas gelaran itu menjadi Sexiest Man Alive 2018.
Idris Elba dinilai layak menjadi lelaki terseksi kerana pesona dan juga prestasinya selama ini. Di usianya yang sudah menginjak angka 46 tahun, aktor berasal dari England ini sama sekali tak pernah kehilangan daya tarikannya jika dibandingkan dengan bintang-bintang yang lebih muda.
Namun, khabar sedih untuk para wanita. Lelaki terseksi di dunia itu tak lama lagi akan mengakhiri zaman bujangnya. Elba dikhabarkan bakal bernikah dengan Sabrina Dhowre, 29.
Tahun lalu, ramalan ‘Sexiest Man Alive’ oleh Majalah People mungkin pada penyanyi country, Blake Shelton. Shelton merupakan satu dari empat lelaki terseksi pilihan People sejak 1985 yang bukan berasal dari dunia filem. Tiga lainnya ialah John F Kennedy Jr, Adam Levine, dan David Beckham.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi korang yang lahir era 90an, pasti membesar dengan sitkom komedi Mr Bean.
Watak Mr Bean telah dilakonkan dengan jayanya oleh seorang lelaki yang bernama Rowan Sebastian Atkinson sinonim dengan watak lucu dan kebudak-budakkan. Namun, jangan tak tahu Rowan Sebastian Atkinson ini bukanlah lelaki biasa-biasa.
Image via NPR
Dia merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penulis skrin England yang terkenal dengan hasil karyanya dalam sitkom Blackadder dan komedi, Mr Bean.
Kreativiti beliau mula terserlah menerusi sitkom komedi Mr Bean dan selepas itu beliau menjadi semakin terkenal. Beliau telah mencapai kemashyuran menerusi rancangan komedi sketsa BBC Not the Nine O’Clock News pada tahun 1979 sehingga 1982 dan turut menerima Anugerah BAFTA 1981 untuk Persembahan Hiburan Terbaik dan melalui penyertaannya di The Secret Policeman’s Ball dari 1979.
Beliau juga telah disenaraikan sebagai pelakon paling lucu dalam komedi British.
Cerita Sedih Dan Semangat Yang Kental
Namun, di sebalik kejayaan yang diperoleh Rowan sehingga kini, ada cerita sedih yang mungkin ramai tidak tahu. Betapa kuatnya semangat Rowan untuk terus berdiri teguh sampai hari ini.
Rowan Atkinson dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan dan melalui kesukaran bertutur atau gagap ketika waktu kecil.
Dia juga pernah diusik dan dibuli di sekolah kerana paras rupanya. Ramai yang mengejek dan menggelar dirinya yang dikatakan seperti makhluk asing. Dia juga turut digelar sebagai pelik serta menjadi seorang kanak-kanak yang sangat pemalu, pendiam serta tidak mempunyai ramai kawan.
Oleh yang demikian, dia lebih gemar menyelami dunia sains, jelas salah seorang gurunya. Tidak ada sesiapa yang menganggapnya sebagai luar biasa dan tiada sesiapa yang menyangka dia boleh menjadi seorang saintis yang cemerlang, tetapi dia telah membuktikan semua orang salah.
Ketika menuntut di Universiti Oxford, dia mula jatuh cinta dengan dunia lakonan tetapi tidak berupaya membuat persembahan dengan baik kerana kesukarannya bertutur.
Dia berjaya mendapat Master dalam bidang Kejuruteraan Elektrik sebelum muncul dalam mana-mana filem atau rancangan TV.
Selepas menamatkan pengajian, dia memutuskan untuk sekali lagi mengejar impiannya menjadi seorang pelakon.
Oleh yang demikian, dia mengambil keputusan untuk mendaftar dalam satu kumpulan komedi tetapi sekali lagi, kegagapannya menjadi menghalang.
Image via Amazon
Banyak rancangan TV menolaknya dan dia berasa hancur seolah-olah berputus asa selepas menemui kegagalan demi kegagalan.
Namun, dia tidak pernah berhenti mempercayai dirinya. Dia mempunyai semangat yang tinggi untuk membuat orang ketawa dan tahu bahawa dia sangat mahir dalam bidang itu.
Dia kemudiannya mula memberi tumpuan yang lebih pada sketsa komedi yang diciptanya sendiri dan tidak lama kemudian menyedari bahawa dia boleh bercakap dengan fasih setiap kali dia memainkan beberapa watak tersebut.
Image via Pinterest
Dia akhirnya menemui cara untuk mengatasi kegagapannya dan dia juga berhasrat untuk menggunakan inspirasi tersebut dalam lakonannya. Maka lahirlah watak aneh yang dikenali sebagai Mr. Bean.
Meskipun dia juga akhirnya turut berjaya dalam beberapa rancangan yang lain, Mr. Bean menjadikannya terkenal di seluruh dunia.
Di sebalik banyak halangan dan rintangan yang dihadapinya terutama sekali dari segi penampilan dan gangguan pertuturannya, Rowan Atkinson berjaya buktikan bahawa meskipun tanpa berbadan sasa atau berwajah Hollywood, sesiapa pun boleh menjadi salah seorang pelakon yang paling disayangi dan dihormati di seluruh dunia.
Kisah kejayaan motivasi Rowan Atkinson ini telah memberi inspirasi dan mengajar orang ramai bahawa untuk berjaya dalam hidup, perkara yang paling penting ialah semangat, kerja keras, dedikasi dan tidak pernah berputus asa, tanpa mempedulikan apa jua halangan dan kelemahan.
Ingat tidak ada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.