Meskipun ada diantara mereka menggalas tanggungjawab memimpin sesebuah negeri ataupun jajahan, ianya bukanlah alasan untuk mereka berkecimpung dalam bidang yang diminati. Lasak dan berbakat! Ketiga-tiga kerabat diraja ini menjadi perhatian dunia kerana penglibatan mereka dalam bidang sukan serta turut menjadi contoh yang baik untuk rakyat jelata.
1. Putera Abdul Mateen
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah atau juga dikenali sebagai Putera Mateen merupakan seorang putera raja yang begitu terkenal di seluruh dunia. Selain memiliki wajah yang kacak, Putera Mateen juga begitu aktif dalam bidang sukan terutama sukan berkuda sama seperti DYMM Sultan Mizan.
Namakan sahaja mana-mana sukan lasak seperti bola sepak, boxing, sky diving, scuba diving segala-galanya telah diceburi putera kesepuluh ini. Lebih membanggakan, Putera Mateen menyimpan rekodnya sendiri kerana mempunyai lesen untuk menyelam ke dasar laut sedalam 18 meter!
2. DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin
Ads
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 hari bulan Januari, 1962 di Bandar Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah putera sulung daripada tujuh bersaudara.
Bergelar seorang Sultan apatah lagi pernah menjadi Agong suatu ketika dahulu bukanlah penghalang buat Sultan Mizan untuk aktif dalam bidang sukan. Selain menunjukkan minat dalam sukan bola sepak dan goilf, Sultan Mizan juga tampil mengharumkan nama negara menerusi sukan berkuda khususnya Endurance.
Baginda banyak terlibat dalam menyertai pertandingan Endurance Ride yang dianjurkan sama ada di dalam negara atau di luar negara. Terbaru, kejayaan Baginda sultan yang begitu manis untuk dikenang adalah apabila berjaya merangkul pingat emas dan memecah rekod baharu dalam di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.
Ads
3. Putera Sheikh Nasser
Ads
Siapa sangka di sebalik kemewahan keluarga mereka, Putera Sheikh Nasser atau nama sebenarnya Sheikh Nasser bin Hamad Al Khalifa memilih untuk bergiat aktif dalam bidang sukan. Putera raja Bahrain ini juga gemarkan sukan berkuda serta mencatat pelbagai rekod kecemerlangan peribadi dalam bidang sukan. Terbaru, Putera Nasser menjadi bualan hangat netizen apabila rekod pencapaiannya dalam sukan berbasikal benar-benar mengagumkan!
Berenang sejauh 3.8KM selama 1 jam 3 min (1:39/100m), berbasikal 180 Kilometer selama 4 jam 40 mi dan berlari sejauh 42 Kilometer, rekod tersebut benar-benar tidak masuk di akal dan ianya pula telah dicipta oleh seorang putera raja. Hebat!
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila sebut menu diet, ramai yang sanggup menolak nasi kerana bimbang sumber karbo ini boleh melambatkan lagi proses penurunan berat badan.
Namun lain pula dengan cara pemain ragbi amatur bernama Muhammad Fikri Hakim bin Ramli atau mesra dipanggil Akim ni mengamalkan pemakanan untuk kurus.
Menurut pemilik Instagram akim.back ini kepada MASKULIN, proses dietnya tidak mengehadkan dia untuk mengambil segenggam nasi bersama segenggam protein dan segenggam sayur-sayuran.
Malah cara yang diamalkannya ini bersama rutin senaman dan suplemen memberikan hasil apabila dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram dalam masa 12 minggu.
“Berat badan saya mula naik mendadak selepas terlibat dalam satu kemalangan kira-kira dua tahun yang lalu sehingga ia membataskan pergerakan saya.
Tambahan lagi selepas pelaksanaan PKP tempoh hari, setiap hari saya hanya makan, minum dan tidur yang diulang-ulang setiap hari serta langsung tidak mengamalkan senaman dan gaya hidup yang sihat sehingga berat badan saya naik mencecah 134 kilogram,” ujar lelaki berasal Terengganu ini ketika ditemu bual oleh MASKULIN.
Disebabkan saya mempunyai masalah kesihatan lutut dan telah menjalani beberapa siri pembedahan di bahagian lutut kiri, doktor pakar ortopedik mengesyorkan agar saya ‘lose weight’. Jika saya ingin kembali ke padang untuk bermain ragbi seperti sediakala, saya perlu ‘in shape’ agar stamina dan prestasi saya berada di tahap yang terbaik. Orang sekeliling juga pernah mengejek dan mengutuk saya dengan gelaran ‘Gergasi’, ‘Si Besar’ dan sebagainya. Namun, saya tidak pernah mengambil hati mahupun terasa dengan sindiran sebegitu. Malah, saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri saya ‘improve’ dan bawa diri saya ke tahap yang seterusnya.
Saya mulakan diet dengan mengurangkan portion karbohidrat sedikit demi sedikit setiap hari tapi bukan tak ambil karbohidrat secara mendadak dalam pengambilan diet seharian saya. Saya menggunakan konsep nasi segenggam, protein segenggam dan sayur segenggam dalam gizi pemakanan diet saya. Dan sifu saya iaitu Safwan Othman banyak memberikan kata-kata semangat dan tunjuk ajar yang sangat berguna kepada saya setiap hari.
“Teguran dalam bentuk sindiran adalah perkara biasa kerana saya menerimanya secara positif dan berfikiran terbuka setiap masa”
Antara yang paling ketara adalah bahagian dada dan paha kerana seluar dan baju harian yang saya pakai mulai longgar dan berubah saiz. Mulanya saya terkejut kerana seluar dan baju-baju lama saya yang dahulu sudah boleh dipakai seperti mula-mula saya beli. Ada juga di antara rakan-rakan dan ahli keluarga yang mula menegur perubahan fizikal saya terutamanya di bahagian muka. Kata mereka, muka saya nampak agak cengkung dan ‘jawline’ mula terbentuk.
Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang soalan ini. Apa yang saya boleh kongsi adalah kita perlu kembali kepada asas dan mengawal apa yang kita makan dan perlu melihat balik banyak mana portion yang kita ambil setiap hari. Saya kira berapa pengambilan kalori saya setiap hari agar tidak terbabas dari target saya yang sebenar.
Pemakanan sepanjang 12 minggu diet:
1. Ayam bakar bersama broccoli grill + segenggam nasi (Beras Perang) ataupun segenggam nasi (Beras Basmathi).
2. Menu seterusnya saya tukar dengan ikan kembung bersama bayam kukus + segenggam nasi beras perang ataupun segenggam nasi beras Basmathi.
** Tip pemakanan untuk ‘weight loss’ yang ketara – elak makan daging berwarna merah.
Fokus saya adalah untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal – tidak terlalu kurus ataupun tidak terlalu muscular. Untuk latihan rutin senaman, saya fokuskan pada bahagian muscle secara specific. Maksudnya, rutin senaman dada jangan dicampuradukkan dengan rutin senaman bahu ataupun rutin senaman kaki kerana ia akan mengganggu proses untuk memastikan lemak yang berada di bahagian otot dapat dibakar secara sekata melalui senaman yang kita lakukan.
** Sebelum melakukan senaman, buat regangan dahulu untuk mengurangkan risiko kecederaan. Memadai hanya 10-12 minit regangan.
Perjalanan saya masih jauh kerana selepas ini saya perlu mendapatkan semula stamina dan kekuatan otot yang telah hilang agar saya boleh kembali ke padang seperti sediakala. Selepas proses yang telah saya lalui dalam 12 minggu in, saya mula menunjukkan minat dalam bidang MMA dan Crossfit kerana bidang ini adalah cabang baharu untuk diri saya. Ia lebih mencabar ketahanan mental dan fizikal yang mana ia boleh menimbulkan perasaan teruja apabila mencubanya buat kali pertama.
Saya sentiasa set dalam minda, sampai bila saya hendak berada di takuk yang lama? Kenapa saya tak nak jadi lebih baik dan upgrade diri ke next level? Kalau tidak sekarang, bila lagi? Di situlah saya menanam azam di awal pagi setiap kali saya bangun tidur dan sebelum tidur kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Kita pasti boleh lakukan kalau kita berusaha dengan cara yang betul dan konsisten. Saya meletakkan ejekan dan cacian sebagai pembakar semangat untuk saya menjadi lebih baik lagi dan lagi. Saya buat semua ini bukan kerana saya ingin membalas dendam atau ingin memuaskan hati sesiapa tetapi demi diri saya sendiri dan menganggapnya sebagai satu bentuk kepuasan. Saya bangga dengan pencapaian saya setakat ini.
1. Penting ambil suplemen untuk tenaga kepada tubuh badan. Saya sendiri mengamalkan dua biji I’nur Slimming sebelum melakukan rutin senaman.
2. Pastikan tidur secukupnya kerana waktu itulah badan kita melalui proses recovery yang sangat penting.
3. Pengambilan air kosong penting untuk memastikan badan tidak kering dan dehidrasi lebih-lebih lagi dengan musim cuaca yang tidak menentu.
4. Sentiasa belajar dan belajar daripada orang yang lebih arif dan jangan kekok untuk sentiasa bertanya.
Jika anda mengalami masalah berat badan sehingga mengganggu tugas-tugas harian, boleh jadikan perkongsian Akim ini sebagai inspirasi untuk anda mencapai berat badan ideal.
Betullah kata orang, usia hanyalah sekadar nombor. Walaupun berusia 40 tahun, ia bukan alasan untuk anda mencapai impian miliki berat dan tubuh ideal.
Itulah antara pandangan Muhammad Ashaari yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14kg dalam tempoh masa 4 bulan.
Detik kesedarannya bermula apabila dia terkejut melihat perubahan rakan lamanya di Instagram. Lalu Ashaari menghubungi rakannya itu untuk mengetahui rahsia perubahan badan yang dilaluinya.
“Sewaktu scroll Instaragm, saya terlihat gambar rakan lama saya iaitu Jenna dengan six packnya. Saya terinspirasi dengan kejayaannya. Kemudian, saya terus menghubunginya dan dia memperkenalkan saya dengan Coach Wai Ling,” tulisnya di Facebook.
Bermula dari itu, Ashaari telah memasuki program diet dan berjaya ke season 10 Body Transformation Challenge (BTC). Lapan minggu yang penuh dengan kesungguhan, disiplin dan kekuatan, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan seorang diri.
Menurutnya, Coach Wai Ling banyak memberikannya tunjuk ajar serta nasihat untuk dia meneruskan impian dietnya.
“Saya mula dari bawah dan Coach Wai Ling sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar sepanjang BTC ini,” katanya ketika dihubungi MASKULIN.
Ashaari sempat berkongsi dengan MASKULIN, bagaimana dia menukar cara pemakanannya dan ternyata ia berjaya.
Saya mengambil roti bersaiz satu tangan, daging bersaiz tapak tangan, segengam sayur-sayuran, nasi, pasta atau buah-buahan dan satu fingertip butter.
Malah Ashaari juga sempat berkongsikan sedikit pelan pemakanannya.
Menurutnya, dia sentiasa mengamalkan minum air kosong dengan membahagikan serta tahu berapa litter yang diperlukan. Jadi dia tidak akan terlebih minum air.
“Saya rasa seperti tidak percaya yang saya telah menurunkan 14kg, Body Fat turun sebanyak 9.2%, Visceral Fat turun sebanyak 6 lapisan daripada 13 turun ke 7 dan badan saya kini berusia 19 tahun!
“BTC telah menukarkan kehidupan saya kerana kini saya berjaya menamatkan 5km berjalan dalam masa 38 minit, menyelesaikan 21km & 44km berbasikal tanpa sebarang kerumitan dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan go-card kerana ini adalah percubaan pertama dalam hidup saya,” tulisnya lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia muzik kontemporari yang sering dipenuhi dengan tema hiburan dan ekspresi emosi, kemunculan Syed Muhammad Iqbal Jamalulleil, atau lebih dikenali sebagai Syed Iqbal, hadir sebagai angin segar.
Anak muda berusia 24 tahun ini membawa satu pendekatan yang unik dan signifikan: menggunakan muzik sebagai medium untuk menyebarkan dakwah dan terapi spiritual.
Melalui pelancaran single sulungnya berjudul Basstamam, Syed Iqbal membuktikan bahawa seni suara bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, tetapi mampu menjadi wadah untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan ketenangan jiwa.
Lagu ini dicipta oleh Amir Hufaz dan Wan Saleh, dengan lirik yang ditulis oleh Abdulkarim Al Ali dan Wan Saleh. Menariknya, dalam masa hanya 11 hari selepas pelancaran, Basstamam telah meraih lebih 250,000 tontonan di YouTube dan 80,000 pendengar di pelbagai platform digital.
Apa yang membezakan Syed Iqbal daripada artis-artis lain bukan sekadar gaya persembahannya yang berbeza, tetapi juga komitmennya dalam menyampaikan mesej dakwah secara halus dan mendalam.
“Kita perlukan muzik sebagai terapi. Memetik kata penyair Jalaluddin Muhammad Rumi, manusia tanpa muzik hidupnya akan hancur,” ujar beliau memetik satu temubualnya bersama Mstar.
Kenyataan ini mencerminkan falsafah beliau yang melihat muzik sebagai satu elemen penting dalam menjaga kestabilan emosi dan spiritualiti manusia.
Dengan menandatangani kontrak bersama label Masyhur, Syed Iqbal kini membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya. Beliau turut merancang untuk melancarkan versi penuh Basstamam dalam bahasa Arab, sebagai usaha memperluas penyampaian mesej kepada khalayak lebih luas, khususnya di rantau Timur Tengah.
Kehadiran Syed Iqbal dalam arena muzik tanah air memberi nafas baharu, khususnya dalam mengangkat peranan lelaki moden dalam konteks spiritualiti.
Dalam era di mana maskuliniti sering diukur melalui kekuatan fizikal atau kejayaan material, Syed Iqbal tampil dengan pendekatan yang lebih seimbang: menampilkan sisi lelaki yang mendalam, introspektif dan terhubung dengan nilai-nilai kerohanian.
Lagu Basstamam bukan sahaja merangsang pendengaran, tetapi juga menyentuh dimensi jiwa. Ia membawa pendengar menyelami makna kehidupan dan peranan insan dalam hubungan mereka dengan Yang Maha Esa.
Dalam dunia yang semakin bising dengan distraksi digital dan tekanan sosial, karya seperti ini memberi ruang untuk renungan dan ketenangan.
“Saya hadir bukan untuk berhibur kosong, tetapi nak sebarkan sesuatu yang bermanfaat melalui muzik,” jelas Syed Iqbal.
Karya-karya seperti Basstamam memberi isyarat bahawa muzik boleh berfungsi sebagai jambatan antara seni dan spiritualiti.
Syed Iqbal, dengan semangat dan idealismenya, membuka satu ruang baharu untuk lelaki moden menghayati makna sebenar kejantanan yang tidak terpisah daripada nilai-nilai rohani dan intelektual.
Sumber: Mstar
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang