PERKONGSIAN DARI FACEBOOK DR ZUBAIDI MENGENAI PENYAKIT SCURVY, SEMOGA IA BERMANFAAT KEPADA KITA SEMUA.
BENARKAH VITAMIN C DAPAT MERAWAT PENYAKIT SCURVY?
Benar, sejarah perubatan moden membuktikan bahawa penyakit scurvey dapat dirawat dengan sempurna dengan pemberian vitamin C. Malah penyakit scurvey ini sebenarnya adalah berpunca dari kekurangan vitamin C dalam tubuh.
GUSI MUDAH BERDARAH
Ads
Pesakit yang mengalami penyakit scurvy akan mengalami tanda coklat pada kulit, dan gusi yang mudah berdarah. Tanda ini banyak terdapat pada kuit di bahagian peha dan kaki. Ini berpunca dari pembentukan darah beku yang semakin mencair. (mula-mula darah beku akan membentuk tanda berwarna merah gelap dan kemudian menjadi coklat).
PUCAT
Ads
Pesakit juga kelihatan pucat, rasa kemurungan dan tidak dapat banyak bergerak. Jika tidak diberikan rawatan, lama kelamaan pesakit akan mengalami luka yang membusuk, kehilangan gigi dan akhirnya menyebabkan kematian.
Ads
PERLUKAN VITAMIN C
Tubuh manusia hanya mampu menyimpan sebahagian kecil vitamin C. Jika ia tidak ditambah dengan pengambilan makanan, penyimpanan ini akan berkurangan. Oleh kerana kebanyakan sumber vitamin C adalah dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan, mereka yang tidak suka mengambil kedua-dua jenis makanan ini (terutama mereka yang mengambil makanan yang segera dan berproses) akan mengalami masalah penyakit scurvy di peringkat subklinik. Tanda-tandanya ialah pesakit akan berasa mudah penat, gusi mudah berdarah, banyak lebam bila terlanggar dinding atau perabut dan tidak berdaya untuk bergerak.
Untuk mencapai tahap penyakit yang lebih jelas, ia mengambil masa antara 6-12 bulan. Ini bergantung kepada penyimpanan vitamin C yang sedia ada dalam tubuhnya dan kadar pengambilan vitamin (yang selalunya terlalu sedikit) dalam pemakanan.
SUMBER : Facebook DR Zubaidi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
1) Mengurangkan risiko sakit kronik
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
2) Merawat artritis
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
3) Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
4) Menurunkan kadar kolestrol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
5) Menguatkan tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
6) Merehatkan minda
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Bagaimana saya ingin bermula ?
Sebaik-baiknya bermulalah dengan aktiviti yang mendatar, jalan yang mana kenderaan yang melaluinya adalah minima. Jalan yang berbukit boleh dijadikan jalan tambahan untuk meningkatkan tahap kecergasan.
Untuk kesemua aktiviti berbasikal , mulakan aktiviti dengan laluan yang tidak terlalu senang atau terlalu susah. Anda boleh bertanyakan kedai basikal atau rakan-rakan yang selalu berbasikal kawasan yang baik untuk aktiviti ini.
Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RAMAI yang beranggapan bahawa usia 30-an adalah usia yang telah terlewat untuk berkahwin dan bagi segelintir masyarakat, meraka akan berhadapan dengan tekanan melebihi apabila sering ditanya soal perkahwinan oleh makcik-makcik bawang.
Di sini kami kongsikan 5 kebaikan dan keuntungan jika berkahwin pada usia 30-an:
Menurut kajian, setiap individu akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan invididu untuk menghargai cinta dan akan lebih fokus.
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puasa berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai, sudah tentu bila berkahwin akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat yang kuat dan kebiasaanya akan dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
Individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan mungkin ada yang sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan tidak menjadi masalah utama.
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an pasti menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka mmemberik kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan perkara yang asing lagi bila kita melihat wanita muda memilih lelaki yang berusia sebagai teman hidupnya. Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan. Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita. Apatah lagi kebanyakan golongan lelaki berusia ini nampaknya kedudukan ekonomi, kesihatan dan sosialnya lebih kukuh dan stabil.
Dan bagi wanita memilih untuk berada di samping lelaki yang lebih dewasa, tua dan berpengalaman merupakan momen yang menyenangkan.
Mahu tahu apa lagi kelebihan dan istimewanya lelaki ‘matang’ dan berusia ini. Nah baca ni.
Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki yang penyabar.
Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya.
Mereka juga akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain memiliki fizikal yang gagah, lelaki yang berusia matang antara 27 hingga 35 ialah lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin serta stabil kewangannya.
Faktor usia yang sudah matang , lelaki ini mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain.
Ia juga telah banyak belajar dari kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.
Lelaki yang berusia matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang-orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat.
Lelaki ini akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman juga keluarga.
Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga sentiasa menjadi pendamping yang menyenangkan, menyayangi dengan penuh kasih dan berlaku dewasa.
Tegas dan disiplin merupakan sifat bawaan dari setiap lelaki yang sudah matang. Tidak suka pada suatu yang remeh, selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha membuatkan orang yang disayangi merasa selesa dan dihargai.
Tidak semua lelaki yang lebih berusia daripada anda adalah yang terbaik dan bersifat dewasa daripada anda.
Ramai juga lelaki berusia muda telah memiliki pemikiran yang dewasa dan matang. Hal ini bergantung bagaimana corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya.
Semoga memberi manfaat.
sumber: kitablelaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang