Dalam dunia laman media sosial sekarang istilah ‘makcik bawang’ sering kita dengar. Itulah gelaran untuk orang yang suka bergosip, mencerca dan ada saja benda negatif yang hendak diperkatakannya.

Paling terdedah dengan serangan mereka tak lain tak bukan artis dan instafamous yang pantang buat silap saja pasti akan merasa bahananya.

Tapi dalam pada itu, gerakan ‘membawang’ ini juga ada perkara positifnya (walaupun tak banyak, tapi okaylah). Sebagai contoh dalam kes negara kita ditarik balik hak sebagai tuan rumah untuk satu kejohanan Paralimpik baru-baru ini kerana pendirian tegas terhadap Israel.

Keluar sahaja berita tersebut ‘rejimen-rejimen’ tentera bawang ini menyerang dan memenuhi ruang komen sebuah porsting International Paralympic Comimttee (IPC).

Jika anda anggap kaum wanita sahaja suka ‘membawang’, ternyata anda silap. Lelaki pun sama naik juga! Hehe.

Adakah anda seorang pak cik bawang? Jika ada ciri-ciri di bawah memang betullah tu!

Cakap Besar

IKLAN

Diam–diam ubi berisi. Pepatah itu cukup tepat untuk menyedarkan individu yang gemar bercakap besar dalam apa sahaja keadaan. Apa guna anda berpura hebat sedangkan anda juga tidak arif mengenai hal yang dibincangkan? Jadi baik berhenti sajalah bercakap yang bukan-bukan kerana jika berlagak ia hanya menunjukkan kelemahan sendiri. Lebih baik dengar dan belajar sesuatu yang dibincangkan, setidak-tidaknya ia memberi manfaat.

Mengalahkan Orang Agama

Bercakap mengenai agama pula, digalakkan untuk beramal ibadat dan saling mengingati. Cuma janganlah anda kerap sering menyindir seseorang atau rakan-rakan dengan dengan cara kasar dan hilang rasa hormat. Menegur itu biarlah kena pandai dan rujuklah pakar-pakar agama yang terpelajar dan lihat bagaimana pendekataan mereka. Jangan ilmu di dada kosong tetapi bila nak mengata orang nombor satu.

BACA: Media Sosial Salah Satu Punca Depression Di Kalangan Anak Muda 

IKLAN

Suka Cakap ;Jangan Sentap’

Bila bergurau atau menegur perilaku seseorang dan anda menggunakan ayat ‘tolong jangan sentap’ pada permulaan perbualan, itu secara tak langsung boleh mendatangkan banyak masalah di sini. Apa ditutur di mulut sebenarnya sangat berbeza dengan apa yang terbuku di hati. Apabila rakan menerima ayat tersebut mereka terasa seperti dipermainkan, dihina dan emosi mereka akan turut berubah dari bersahaja kepada terasa hati.

Gemar Tegur Rupa Orang 

IKLAN

“Weh, kenapa pakai baju warna itu, nampak hodohlah!” Itu merupakan contoh satu teguran yang tak kena dan mungkin boleh menyebabkan orang yang dikatka itu menjadi bahan umpatan. Jika rasa cita rasa fesyen anda baik, ya silakan berfikiran begitu tetapi elakkan menegur penampilan individu lain kerana semua orang bebas memiliki gaya fesyen yang disukainya.

Suka Memangkah

“Ingat kau hebat sangat ke?” Anda familiar dengan ayat ini? Ini biasa terjadi jika semua sikap orang anda tegur dan mengatakan salah dan tidak hebat. Ish, jangan lah begitu bro. Kadang kala apa yang anda rasakan salah, itulah yang terbaik perlu dibuat. Ingat ya, lelaki budiman adalah lelaki yang boleh menerima pendapat orang lain juga. Jika anda tetap ego dan rasa hebat, maka bersedialah untuk diumpat.

Perkongsian di atas ini bukanlah satu hal yang serius. Kepada yang terasa, minta jangan sentap ya… eh? Hehe.