Sekarang kerajaan sudah membenarkan kedai gunting rambu dan juga salon kecantikan untuk dibuka. Maka berbondong-bondonglah kita semua mendapatkan servis mereka selepas hampir tiga bulan ‘membela’ rambut.

Ramai ingin lepaskan kerinduan mendapatkan potongan rambut serta memcuci rambut di salon. Namun beberapa hari lalu timbul kerisauan apabila terdapat kes seorang tukang gunting rambut didapatipositif Covid-19.

Namun siasatan awal mendapati tukang gunting rambut tersebut positif sebelum dia sempat bekerja di premis majikannya.

Jika anda masih risau mungkin boleh tangguhkan dahulu niat. Buat masa sekarang apa kata terus lakukan di rumah sahaja dahulu. Selepas semuanya tenang boleh lembali ke salon kegemaran.

Kalau guna teknik betul hasilnya juga tidak kalah dengan cucian di salon! Ikuti beberapa tip menarik di bawah.

1

JANGAN LAKUKANNYA TERLALU KERAP

Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.

IKLAN

2

LARASKAN SUHU AIR

Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.

3

JIMATKAN SYAMPU

Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.

4

URUT PERLAHAN-LAHAN

Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.

5

BERI PERHATIAN KEPADA PERAPI

Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.

6

INGAT, KURANG ADALAH LEBIH BAIK

Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.

7

BILAS RAMBUT ANDA DENGAN SEMPURNA

Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!

8

AKTIFKAN PEREDARAN PADA AKAR

Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.