Rata-rata pengguna iPhone memilih peranti dari Apple tersebut kerana kestabailan serta kelancaran sistem operasi iOS yang ditawarkan. Namun dalam tempoh beberapa tahun lalu timbul isu bahawa Apple segaja memperlahankan telefon pintar mereka terutamanya model terdahulu.

Dakwaan tersebut dikatakan dilakukan oleh Apple kerana ingin memaksa penggunanya membeli telefon pintar baru atau menukar bateri.

Menurut Reuters, Apple Inc telah diarahkan untuk membayar pampasan lebih USD500 juta (RM2.09 bilion) bagi menyelesaikan kes tersebut.

IKLAN

MENAFIKAN

Walau bagaimanapaun Apple menafikan pihaknya melakukan kesalahan dan berkata ia merupakan langkah untuk mengelak bebanan seterusnya serta kos lebih tinggi berkaitan dengan kos litigasi.

Disebabkan itu Apple kini terpaksa membayar kira-kira USD25 (RM104) untuk setiap iPhone dengan kos keseluruhan bayaran pampasan berjumlah USD300 juta (RM1.29 bilion).

IKLAN

Pampasan tersebut yang mula diumumkan pada Jumaat lalu masih perlu mendapat kelulusan daripada Hakim Edward Davila dari Perundangan Daerah di San Jose, California.

IKLAN

MODEL TERLIBAT

Antara model telefon pintar yang terlibat dalam kes ini ialah iPhone 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, 7, 7 Plus atau SE yang menggunakan iOS 10.2.1 atau seterusnya dan iPhone 7 yang menggunakan iOS 11.2 atau yang selepasnya iaitu sebelum 21 Disember 2017.

Masalah ini berbangkit selepas pengguna Apple melahirkan rasa tidak puas hari dengan prestasi telefon pintar yang semakin perlahan selepas melakukan updates. Lalu membangkitkan rasa curiga bahawa telefon pintar mereka sengaja diperlakukan begitu.

Ini juga bukan kes pertama yang dihadapai oleh Apple. Pada Februari yang lalu, Apple turut disaman sebanyak USD27 juta oleh kerajaan negara Peancis di atas isu yang sama.