Audi Malaysia secara rasmi memperkenalkan Audi Q5 generasi ketiga ke pasaran tempatan dengan dua varian berbeza yang menyasarkan karakter pemandu moden berbeza.
Hadir menerusi Audi Q5 Advanced dan Audi Q5 Sportback S line, SUV premium ini tampil dengan gabungan reka bentuk progresif, teknologi digital terkini dan prestasi yang lebih dinamik berbanding generasi sebelumnya.
Audi Q5 Advanced
Menurut Pengarah Urusan PHS Automotive Malaysia, Renate Noessler, keluarga Audi Q5 baharu ini menjadi simbol kepada evolusi jenama Audi dalam segmen SUV premium.
“Inilah kemajuan yang boleh anda lihat dan rasa. Dua varian berbeza, dengan satu janji yang sama: untuk tampil mengagumkan dalam setiap detik,” katanya.
Audi Q5 Sportback
Beliau turut menjelaskan bahawa model ini bukan sekadar tampil dengan reka bentuk baharu, tetapi juga membawa visi masa depan Audi.
“Ia mencerminkan visi kami terhadap kemajuan, serta komitmen kami dalam menawarkan yang terbaik dari segi reka bentuk, prestasi dan teknologi. Kami yakin keluarga Q5 baharu ini akan menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV premium di Malaysia,” tambah beliau.
Rekaan Lebih Premium Dan Lebih Agresif
Dari sudut visual, Audi Q5 baharu jelas tampil lebih matang dan premium.
Q5 Advanced membawa karakter elegan dengan siluet SUV moden bersama rim 19 inci rekaan 10 Arm Aero serta kemasan gril khas yang memberikan imej sofistikated dan versatile untuk kegunaan harian.
Bagi Q5 Sportback S line pula, Audi memberikan pendekatan lebih agresif dan sporty menerusi bentuk coupé yang lebih dramatik.
Garis bumbung melandai, rim Audi Sport 20 inci, angkup brek merah serta kemasan S line menjadikannya kelihatan lebih atletik walaupun ketika tidak bergerak.
Ads
Audi Q5 Digital Light Signatures
Kedua dua model turut menerima teknologi Matrix LED bersama Digital Light Signatures dan sistem pencahayaan Coming Home serta Leaving Home yang menambahkan lagi aura premium.
Prestasi Dinamik Dengan Kuasa TFSI
Di bawah bonet, kedua dua model menggunakan enjin 2.0 liter TFSI bersama transmisi klac berkembar S tronic tujuh kelajuan.
Q5 Advanced menghasilkan kuasa 199PS yang sesuai untuk keseimbangan antara keselesaan dan penggunaan harian.
Namun bagi mereka yang mahukan pengalaman pemanduan lebih agresif, Q5 Sportback S line hadir dengan output 272PS bersama talaan suspensi lebih sporty untuk tahap pengendalian lebih tajam dan engaging.
Sistem pacuan semua roda quattro pula terus menjadi tunjang utama dalam memastikan kestabilan dan cengkaman optimum dalam pelbagai keadaan jalan.
Kabin Digital Yang Lebih Pintar
Masuk sahaja ke dalam ruang kabin, Audi jelas mahu membawa pengalaman pemanduan premium ke tahap lebih moden.
Ads
Audi Q5 baharu dilengkapi paparan panorama OLED MMI melengkung bersaiz 14.5 inci yang menjadi pusat kawalan utama kokpit digital. Ia dipadankan dengan Audi Virtual Cockpit Plus bersaiz 11.9 inci yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pemandu.
Antara ciri paling menarik adalah kehadiran Audi Assistant yang kini dikuasakan oleh ChatGPT. Sistem ini membolehkan kawalan suara lebih natural dan pintar untuk membantu navigasi, maklumat masa nyata serta pelbagai fungsi keselesaan lain sepanjang pemanduan.
Audi turut melengkapkan model ini dengan fungsi Digital Key, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta pengecas pantas Type C.
Audi Q5 Digital Key
Keselesaan Premium Untuk Cuaca Malaysia
Audi turut memberi perhatian khusus terhadap keselesaan pengguna tempatan.
Q5 Sportback S line misalnya menerima fungsi ventilasi tempat duduk yang cukup relevan dalam cuaca panas Malaysia. Kedua dua model juga hadir dengan cermin penebat haba bagi membantu mengurangkan bahang luar.
Ads
Untuk pengalaman audio lebih premium, sistem bunyi Bang & Olufsen 3D turut ditawarkan bagi menghasilkan suasana pemanduan lebih immersive.
Walaupun tampil sporty dan premium, Audi Q5 masih mengekalkan elemen praktikaliti harian.
Q5 Advanced menawarkan kapasiti ruang bagasi sehingga 520 liter manakala Sportback S line pula sehingga 515 liter. Ruang ini boleh diperluaskan lagi apabila tempat duduk belakang dilipat.
Dari sudut keselamatan, kedua dua model dilengkapi sistem bantuan pemandu moden seperti Adaptive Cruise Control, Blind Spot Monitoring, Lane Departure Warning serta kamera Surround View 360 darjah.
Turut menarik perhatian ialah fungsi Rear Occupant Detection yang boleh memberi amaran sekiranya terdapat penumpang masih berada di tempat duduk belakang selepas pemandu keluar dari kenderaan.
Audi Q5 Advanced ditawarkan pada harga bermula RM352,990 manakala Audi Q5 Sportback S line pula bermula RM421,990.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skuter merupakan pengangkutan ideal di kawasan urban. Mudah dikendalikan dan sesuai untuk golongan wanita. Memeriahkan lagi pasaran skuter tempatan, Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Piaggio di Malaysia memperkenalkan model Piaggio Medley S 150 ABS. Pada majlis yang sama, pihak Naza tidak ketinggalan menawarkan model Vespa S125 i-Get.
Pengenalan model berkenaan sempena Naza Merdeka Autofair 2017 yang akan berlangsung hujung minggu ini. Medley dibangunkan buat mereka yang ingin tampil berbeza dengan penampilan elegan dan tidak ketinggalan digabungkan bersama praktikaliti, teknologi dan keselamatan tertinggi.
Spesifikasi Piaggio Liberty ABS dan Piaggio Medley ABS memiliki spesifikasi hampir sama yang mana kedua-duanya menampilkan gaya klasik, sporty dan mewah.
ENJIN: Namun, terdapat perbezaan pada bahagian jana kuasanya. Meskipun Liberty ABS dan Medley ABS masih menggunakan enjin 149cc SOHC i-Get empat lejang silinder tunggal tetapi Medley S 150 ABS dilengkapi dengan sistem start & stop.
Enjin berkenaan dipadankan dengan sistem transmisi CVT automatik yang mampu menghasilkan kuasa 11kW pada 7,750 rpm dan tork maksimum mencapai 14.4 Nm pada 6,400rpm. Enjin berkenaan juga dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi pancitan bahan api yang menyumbang kepada kemampuan memecut pada kelajuan tinggi tetapi masih cekap bahan api.
CIRI PERALATAN: Sementara ciri keselamatan yang dipadankan pada produk asal Itali ini tidak perlu diragukan lagi kerana ia dilengkapi dengan ciri ABS dua saluran. Dengan sistem brek tersebut meningkatkan lagi keselamatan pengguna.
Selain itu, Medley S 150 ABS dilengkapi dengan soket USB yang diletakkan pada ruang simpanan depan. Ini memudahkan operasi mengecas telefon pintar. Bahkan, ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 36.2 liter cukup luas yang boleh memuatkan dua helmet muka penuh.
Untuk keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork bersaiz 33mm di depan. Manakala gandar belakang dilengkapi dengan penyerap hentak bersama gegelung spring dengan preload boleh laras lima peringkat.
Pengendalian menjadi lebih mudah kerana saiz rim depan lebih besar iaitu 16 inci bersama balutan tayar 100/80 dan belakang pula dipadankan dengan rim bersaiz 14 inci bersama tayar 110/80.
Keyakinan menghentikan skuter dengan berat 132kg itu ditugaskan kepada cakera tunggal bersaiz 260mm di depan dan cakera 240mm di belakang.
REKAAN: Dari segi rekaan kurang menarik sebenarnya. Skuter tersebut masih mempertahankan gaya rekaan Eropah dengan sentuhan klasik yang begitu kental. Ia dipadankan dengan lampu utama bersama lampu nyalaan siang LED yang kelihatan lebih tajam dan terpasang secara simetri. Kemudian lampu isyarat membelok dipasang pada badan depan iaitu di bahagian sisi kiri dan kanan dengan rekaan lebih elegan.
Bahagian sisi Piaggio Medley S150 ABS diserlahkan dengan lekukan halus. Ia dilengkapkan dengan rekaan pelana yang mengikut lekukan pada sisi badan skuter itu. Bahagian belakangnya memiliki persamaan dengan Liberty ABS. Rekaan lampu belakang sedikit lebar yang disatukan dengan lampu isyarat membelok.
HARGA: Harga jualan Piaggio Medley S150 ABS: RM17,000 seunit (tidak termasuk GST).
Sempena Naza Merdeka Autofair, 33 orang pembeli pertama akan menerima karier belakang, kotak meletakan barangan, perehat belakang, pelapik kaki dan dua tahun servis percuma selain waranti kilang dua tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia moden yang pantas dan penuh tuntutan, lelaki hari ini memerlukan lebih daripada sekadar kenderaan. Mereka perlukan gaya, kuasa dan praktikaliti yang bergabung sempurna. Menyahut keperluan ini, BMW Motorrad Malaysia melancarkan dua model skuter premium bersaiz sederhana yang cukup menggoda untuk penunggang urban yang berkarakter, BMW C 400 X dan BMW C 400 GT.
Reka bentuk kedua-dua model ini bukan sekadar cantik dipandang. Ia adalah simbol kebebasan mobiliti urban moden yang dipenuhi teknologi canggih dan prestasi jitu.
Sesuatu yang sangat dihargai oleh lelaki aktif yang sentiasa bergerak dari mesyuarat ke gim, dari kota ke destinasi percutian.
BMW C 400 X tampil dengan aura maskulin melalui varian “Rugged” yang serba garang – warna Kalamata metallic matt, rim merah, tayar gaya offroad dan angkup brek emas.
Bagi yang dambakan elegan dan keselesaan maksimum, BMW C 400 GT dalam varian “Exclusive” pasti menarik perhatian. Dengan warna Diamond White metallic dan pencahayaan lantai, ia menyerlahkan rasa sofistikated seorang lelaki urban berkelas.
Namun, keindahan visual hanyalah sebahagian cerita. Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 350cc yang menghasilkan 34hp dan tork maksimum 35Nm.
Indikasi cukup bertenaga untuk menelusuri kesesakan kota atau nikmati perjalanan jarak jauh dengan penuh keyakinan. Transmisi CVT serta set kuasa ayun berketahanan tinggi memastikan tunggangan lancar dan responsif.
BMW tidak main-main dalam hal keselamatan. Dengan BMW Motorrad ABS Pro, anda boleh membrek dengan lebih yakin di selekoh.
Dynamic Brake Control dan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) memastikan kestabilan ketika membrek mengejut atau memecut di permukaan licin.
Kawalan Tork Seretan Enjin (MSR) pula membantu mencegah tunggangan yang tidak stabil ketika menurunkan kelajuan mendadak — ciri yang sangat berguna dalam trafik tidak menentu.
BMW C 400 X turut hadir dengan paparan TFT 6.5 inci, manakala C 400 GT pula menerima skrin 10.25 inci dengan fungsi split screen dan navigasi.
Semua ini boleh diintegrasikan dengan aplikasi BMW Motorrad Connected untuk pengalaman lebih lancar.
Tambahan ruang simpanan dengan 3 liter di bawah tempat duduk C 400 X dan 12 liter untuk C 400 GT. Ia cukup luas untuk simpanan topi keledar, jaket atau beg kerja. Kotak penyimpanan tambahan 43.5 liter juga tersedia untuk mereka yang mahukan lebih.
Sistem tanpa kunci dan port USB disediakan sebagai standard, memberikan sentuhan futuristik yang memudahkan gaya hidup harian.
Bermula dari RM47,500 untuk BMW C 400 X dan RM53,500 untuk C 400 GT, pemilikan boleh dimulakan serendah RM668 sebulan.
Ditambah dengan pelan servis menyeluruh dan waranti tiga tahun, pelaburan ini bukan sekadar untuk gaya — ia adalah pelaburan untuk mobiliti pintar, selamat dan bergaya.
Jentera bukan sekadar skuter — ia adalah kenyataan gaya hidup lelaki moden. Sama ada anda seorang eksekutif kota atau penjelajah hujung minggu, dua model ini menawarkan keselesaan, teknologi dan keupayaan yang serasi dengan kehidupan maskulin penuh gaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebaik model Yamaha NVX 155 dilancarkan ke pasaran tempatan, ramai pengguna kecewa dan sedikit marah. Dalam keterujaan menunggu model skuter berkenaan tiba, ia dimusnahkan dengan pengumuman harga yang agak mahal. Ramai peminat dua roda melontarkan ketidakpuasan hati di laman Facebook Sinar Turbo.
Pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan harga NVX 155 ialah RM10, 500 seunit (termasuk GST). Menurut penulis, sebaik model ‘panas’ dari HLYM itu tiba ke pusat jualan, harga NVX 155 mampu mencecah RM13, 000 seunit.
Jika di Indonesia ditawarkan dengan tiga varian iaitu standard, varian R dan varian S. Malaysia hanya menawarkan spesifikasi tertinggi sahaja. Maka pengguna tempatan tiada pilihan lain.
Di sini penulis senaraikan sebab kenapa harga NVX 155 lebih mahal berbanding Yamaha NMAX:
1) SISTEM ABS
Jelas sekali NXV 155 di Malaysia ditawarkan dengan sistem ABS. Ciri ABS sebenarnya agak mahal dan menyumbang kepada peningkatan harga NVX 155. Anda perlu menambah kira-kira RM1000+ untuk motosikal yang dilengkapi dengan sistem ABS berbanding tanpa ABS.
2) SISTEM KUNCI PINTAR (KEYLESS)
Sistem ini sudah banyak digunakan pada kereta. Sistem tanpa kunci tidak memerlukan anak kunci untuk menghidupkan motor. Cukup anda menyimpan kunci pintar di dalam beg dan hanya memutar tombol penghidup yang disediakan pada kanan hendal. Sistem ini juga dilengkapi dengan immobiliser.
3) SISTEM STOP & START
Sistem stop dan start menyumbang kepada penjimatan bahan api. Ia akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
4) SISTEM PENJANA MOTOR PINTAR
Ciri ini mempunyai kaitan dengan sistem stop dan start yang mana ia akan memastikan enjin motosikal dihidupkan kembali secara lembut dan senyap dengan hanya sedikit putaran pada pendikit motosikal.
5) CIRI ANSWER BACK
NVX 155 dilengkapi dengan ciri Answer Back yang mana memudahkan pemilik mengesan motosikal di kawasan parkir. Dengan hanya menekan butang pada kunci pintar anda akan mendengar bunyi beep sekiranya berada berhampiran dengan motosikal.
6) SOKET KUASA 12V
Soket mengecas telefon diletakkan di ruang simpanan mini yang terletak pada sebelah kiri hendal.
7) SKRIN DIGITAL LCD 5.8 INCI
Model skuter supersport Yamaha didatangkan dengan skrin besar digital sepenuhnya. Sehingga informasi speedometer, odometer, baki minyak, takometer dan lain-lain mudah dibaca oleh pengguna.
8) TEKNOLOGI VVA
Dari segi mekanikal, NVX 155 dilengkapi enjin bersesaran 155cc SOHC , 4-lejang yang dipadukan dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan sistem penyejukan cecair. Teknologi VVA itu mampu meningkatkan tindak balas enjin sehinggakan motosikal mampu memecut secara maksimum ketika pada kelajuan rendah hingga tinggi. Paling penting, skuter itu dilengkapi teknologi Blue Core.
1) HARGA
Nah…tentunya kekurangan pertama soal masalah harga. Hal ini kerana harga NVX 155 dianggap mahal oleh pengguna Malaysia. Dan…mungkin anda di antara pembeli akan berfikir terlebih dahulu sebelum membelinya. Mahar yang perlu dibayar itu sememangnya sudah dinilai sesuai jika dibandingkan dengan spesifikasi dan teknologi yang ditawarkan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada pengguna.
Jika anda menganggap harga berkenaan tidak berbaloi, masih banyak pilihan skuter lain di pasaran. Apa yang penting pengguna harus bijak membuat pilihan menepati bajet dan keperluan sendiri.
Secara peribadi, penulis berpendapat di Malaysia pengguna bukan bergantung kepada satu pengeluar, masih banyak lagi opsyen jenama yang lain. Tepuk dada, tanya selera.
2) MATERIAL PELANA
Posisi tempat duduk yang kurang selesa buat penumpang belakang dan material pelana yang sedikit licin di belakang akan menyebabkan pembonceng meluncur ke depan ketika penunggang membrek.
3) RUANG KAKI TERHAD
NVX 155 kurang selesa buat mereka yang tinggi terutamanya 180 sentimeter ke atas kerana bahagian lutut begitu rapat dengan ruang simpanan mini yang terletak di sebelah kiri hendal. Ini kerana penunggang tidak dapat melunjurkan kaki ke depan seperti gaya tunggangan santai NMAX. Sementara, NVX 155 lebih kepada gaya tunggangan skuter supersport. Tentunya kedua-dua skuter itu menawarkan sensasi tunggangan yang berbeza kerana memiliki konsep desain yang berlainan.
4) RUANG SIMPANAN
NVX 155 memiliki ruang simpanan yang terhad pada bahagian depan yang cukup berbeza dengan motor skuter yang lain.
Pelakon terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin mencipta kejayaan membanggakan dalam bidang sukan.Mewakili Kontinjen Selangor di Kejohanan Olahraga...