Nampaknya RODA PANAS 2 sudah sampai ke episod ke-9. Pelbagai tema serta jenis kenderaan yang telah ditampilkan dan mendapat jumlah tontonan cukup memberangsangkan.
Ini membuktikan ramai penggemar automotif di Malaysia cukup dahagakan kandungan eksklusif seperti dipaparkan menerusi RODA PANAS 2.
Aoabila kita membicarakan tentang tentang hobi permotoran automotif, secara tidak langsung kita tidak akan dapat lari daripada membincangkan topik modifikasi. Bukan sahaja di Malaysia malah penggemar automotif di seluruh dunia memang cukup fanatik dengan aspek mofifikasi.
Menerusi modifikasi inilah mereka bukan sahaja dapat meningkatkan kemampuan prestasi kereta tetapi menyerlahkan personaliti masing-masing. Di negara kita sendiri pelbagai jenis kereta tampil dengan modifikasi hebat unik serta sentuhan tersendiri.
Inilah tema yang akan dibawa pada episod ke-9 RODA PANAS 2 pada minggu ini! Bersama hos Fizo Omar, ‘RODA PANAS 2’ menampilkan dua buah kereta yang telah melalui modifikasi mantap iaitu Toyota Supra dan Mitsubishi Lancer Evolution.
Ads
Dalam episod kali ini pakar dan jemputan pada minggu ini, Nim Azath akan berkongsi tip serta info menarik tentang modifikasi kereta. Selain berkongsi tentang jenis-jenis modifikasi yang telah dilakukan pelbagai tip serta panduan menarik akan turut dipersembahankan menerusi episod ini.
Ads
Buat anda yang ingin tahu apakah jenis modifikasi tersebut jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS 2’ pada 13 Mac 2022 jam 6 petang di saluran Astro RIA dan platform Astro GO!
Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila bercakap tentang kereta, motosikal atau kenderaan lain secara amnya pasti kita tidak dapat lari dari perlindungan insurans. Ia merupakan satu kewajipan yang perlu kita ada dengan melanggan perlindungan insurans.
Namun perlindungan insurans biasa tidak termasuk dengan perlindungan peril khas atau bencana alam.
Melihatkan dua kejadian pokok tumbang menghempap kereta kerana faktor cuaca dan bencana alam telah membuatkan ramai mula sedar akan kepentingan perlindungan khas peril ini.
Apatah lagi dengan faktor pemanasan global sekarang yang menyebabkan situasi cuaca semakin tidak menentu – hujan boleh turun dengan lebat secara tiba-tiba!
Sebagai pengguna dan pemilik kenderaan pastinya kita sebagai lelaki perlu lebih cakna dan memahami pentingnya melindungi aset berharga.
Di Malaysia, walaupun perlindungan insurans bencana alam sudah lama ditawarkan, pengambilannya masih rendah. Ini mungkin kerana persepsi bahawa Malaysia kurang terdedah kepada bencana alam berbanding negara lain.
Namun, realitinya menunjukkan bahawa bencana seperti banjir besar boleh berlaku dan membawa impak yang serius.
Menurut laporan Allianz General, hanya 11 peratus daripada pelanggan memilih perlindungan khas dari bencana alam dalam polisi mereka pada tahun 2021.
Namun, selepas banjir besar yang melanda, kadar pengambilan telah meningkat kepada 22 peratus. Ini membuktikan bahawa kesedaran mengenai perlindungan ini meningkat, tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan.
Special Perils Coverage merupakan satu pelan perlindungan insuran yang membolehkan anda berdepan dengan bencana alam tanpa perlu risau tentang kewangan.
Dengan perlindungan ini, sekiranya kenderaan anda rosak akibat banjir, tanah runtuh, atau pokok tumbang, anda tidak perlu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk perbaikan. Ini adalah satu nilai tambah yang besar, kerana kos perbaikan boleh menjadi sangat tinggi.
Di Malaysia, syarikat insuran seperti Alliance, Zurich, Etiqa Takaful, Axa Affin, AM by Ambank, dan RHB Insurance menawarkan pelan ini dengan premium tambahan yang sangat rendah.
Misalnya, jika nilai semasa kenderaan anda adalah RM50,000, premium untuk Special Perils Coverage hanya sekitar 0.2%, atau RM100. Ini adalah jumlah yang kecil berbanding dengan kelegaan dan perlindungan yang diberikan jika berlaku bencana.
Perlindungan ini tidak hanya terbatas pada kenderaan, tetapi juga untuk rumah anda. Insurans bencana alam untuk rumah melindungi bangunan dan harta benda di dalamnya, memastikan bahawa anda dapat pulih dari kehilangan tanpa beban kewangan yang besar.
Secara keseluruhannya, mengambil Special Perils Coverage adalah langkah bijak untuk setiap lelaki yang ingin melindungi asetnya dan memastikan kestabilan kewangan dalam menghadapi kejutan bencana alam.
Industri insurans telah menerima tuntutan berkaitan bencana yang bernilai antara RM2 hingga RM3 bilion pada penghujung tahun 2021.
Oleh itu, jelaslah bahawa pelaburan kecil dalam perlindungan ini bisa membawa ketenangan pikiran dan keamanan jangka panjang. Jadi, sebagai lelaki yang bertanggungjawab, pertimbangkan untuk melindungi aset berharga anda hari ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aston Martin secara rasminya memperkenalkan jentera hebat terbaru mereka, V12 Speedster. Menurut mereka, kereta kelas supercar ini dihasilkan dari inspirasi jet pejuang.
Melihatkan warna dan bentuk aeordinamiknya memangtidak syak lagi bahawa model Aston Martin ini merupakan antara model moden yang paling ‘elegan’ pernah dikhasilkan mereka.
Jentera hebat ini memuatkan saiz enjin yang sangat besar ke dalam ‘tubuhnya’ yang sedikit kecil. Dilengkapi enjin 5.2 liter twin-turbo V12, ia mampu menjana kuasa sebanyak 700hp atau kuasa kuda pada kadar 752Nm torque.
Dengan kuasa hebat dialirkan oleh enjin berkuasa besar, kereta yang menggabungkan rear-wheel-drive disokong oleh sistem transmisi ZF eight-speed.
Kuasa pecutannya tidak kurang hebat dengan mencatatkan dari 0 hingga 60mph dalam tempoh 3.5 saat sahaja dengan kelajuan maksima mencecah 186mph atau 300kmj!
Aston Martin V12 Speedster ini dibangunkan oleh Aston Martin dengan kolaborasi bersama Boeing yang mempunyai kepakaran dalam jet enjin pesawat.
Ia datang dalam pakej tanpa sebarang bumbung dan cermin hadapan. Manakala tempat duduk hadapan pula terdedah dan dipisahkan dengan crossbar yang besar dengan rekaan seolah-olah seperti kabin peswat pejuang.
Kereta hebat ini juga menggunakan bahan futuristik seperti satin karbon fiber dan getah 3D-printed.
Lebih menarik ia hanya dihasilkan sebanyak 88 unit sahaja di seluruh dunia dan diletak pada harga USD950 ribu (RM3.54 juta). Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri menerusi laman web rasmi Aston Martin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beberaoa hari lalu telah tular satu kes kemalangan melibatkan sebuah kereta di ibu kota yang berlaku disebabkan pemandu hilang kawalan.
Kejadian malang yang berlaku di Kuala Lumpur tersebut didakwa oleh pemandunya akibat kondisi stereng lock atau terkunci hingga menyebabkan hilang kawalan dan menghentam penghadang jalan.
Namun dia bernasib baik kereta tidak mendapat kecederaan yang teruk. Ini bukan kejadian pertama yang dilaporkan. Malah pada awal bulan ini seorang wanita maut akibat kemalangan yang disebabkan oleh faktor yang sama.
Walaupun ia jarang berlaku namun sebagai pemilik kereta dan pengguna jalan raya ada beberapa perkara perlu kita ambil tahu dengan serius.
Pertama sekali kita perlu tahu bahawa jika dapati stereng itu longgar sebelum dipandu ia sebenarnya sangat tidak selamat. Memetik satu artikel dari laman sesawang carfromjapan.com, mereka menjelaskan stereng kereta lock yang berlaku ketika pemanduan boleh mengakibatkan kemalangan serius.
Terdapat beberapa yang mungkin boleh menjadi punca kegagalan ini berlaku. Apabila ia berlaku apa perlu pemandu lakukan dalam masa singkat ialah bertindak pantas!
Berikut 3 punca yang biasa berlaku mengakibatkan stereng lock.
Pam power stereng boleh bocor dan mengakibatkan stereng lock. Kereta lama-lama tidak ada masalah ini kereta ia tidak dilengkapi pam seumpamanya. Pam power stereng dicipta untuk membantu pemanduan menjadi lebih mudah.
Namun apabila berlaku kerosakan atau bocor ia boleh menyebabkan stereng lock. Untuk atasi masalah ini anda perlu peka dengan kondisi semasanya dan lakukanlah pemeriksaan servis dari semasa ke semasa.
Salah satu punca yang boleh mengakibatkan stereng lock ialah melakukan pusingan dengan terlalu tajam. Tabiat memandu seperti ini boleh menjejaskan sistem transmisi kereta. Ia juga boleh ‘menyakitkan’ enjin dan menjadi punca kepada stereng lock ketika memandu.
Pusingan secara mengejut juga boleh menyebabkan pam power stereng melekat. Untuk elak perkara ini, memandulah dengan lebih berhemah dan lakukan pusingan dengan tidak tergesa-gesa. Ia mampu merendahkan risiko stereng lock berlaku di masa akan datang.
Ya, sistem penyalaan atau ignition juga boleh terkunci. Kondisi ini berlaku di mana kunci kereta tidak boleh menghidupkan atau mematikan enjin. Di kalangan mekanik kondisi ini juga dikenali sebagai ‘sudden lock up’ dab sangat bahaya jika berlaku ketika kereta dipandu pada kelajuan tinggi.
Sudden lock up atau penguncian secara tiba-tiba merupakan kegagalan kepada sistem penyalaan. Jadi jika anda perasan ada sesuatu yang tidak kena pada ignition contact, pergilah ke bengkel dengan segera.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan manfaat untuk anda.
Kredit: carfromjapan.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang