Awas Gatal-gatal Di Sekitar Pipi, Ini Antara 5 Jenis Masalah Kulit Kerana Lama Pakai Topeng Muka!

 

Ada sesetengah individu yang boleh mendapat iritasi atau keradangan pada kulit wajah mereka apabila mengenakan topeng muka.

Apatah lagi jika topeng muka yang dipakai itu digunakan dalam jangka masa yang agak panjang.

Mungkin kita juga pernah memakainya dengan kadar waktu yang lama seperti sewaktu menaiki kenderaan awam atau ketika di tempat kerja.

Antara punca mengapa keradangan kulit ini boleh berlaku adalah disebabkan kurangnya laluan udara pada wajah, yang menyebabkan kelembapan berkumpul pada kulit muka.

Selain itu, geseran antara topeng muka dan juga kulit wajah juga boleh menyebabkan keradangan.

Berikut adalah 5 jenis keadaan atau masalah kulit yang boleh berlaku disebabkan oleh pemakaian topeng muka:

#1. Topeng muka sebabkan kulit yang kering, gatal

Awas Gatal-gatal Di Sekitar Pipi, Ini Antara 5 Jenis Masalah Kulit Kerana Lama Pakai Topeng Muka!

Pemakaian topeng muka secara berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan juga menggelupas.

Jika topeng muka tersebut diperbuat daripada kapas atau sebarang bahan yang boleh menyerap kelembapan, kulit muka akan menjadi bertambah kering.

Ini kerana kain topeng muka tersebut menyerap minyak semula jadi pada muka anda.

IKLAN

Cara rawatannya:
– Gunakan pencuci wajah yang bersifat lembut.
– Selepas selesai mencuci wajah, lapkan muka anda dengan menggunakan kain yang lembut sehingga kering. Jangan sesekali menggosoknya.
– Setelah itu, gunakan krim pelembap untuk melembapkan kembali wajah anda. Gunakan krim yang mempunyai kandungan ceramide, gylcerin dan hyaluronic acid kerana sebatian ini mampu mengekalkan kelembapan kulit.

#2. Jerawat

Awas Gatal-gatal Di Sekitar Pipi, Ini Antara 5 Jenis Masalah Kulit Kerana Lama Pakai Topeng Muka!

Bagi mereka yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat, pemakaian mask muka boleh menyebabkan jerawat bertambah dengan lebih banyak.

Ini kerana, bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik mask muka yang dipakai itu.

Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan menjadi lebih mudah terbentuk.

Cara rawatannya:
– Bagi merawat jerawat yang muncul, gunakan pencuci muka bukan komedogenik (non-comedogenic), iaitu jenis produk penjagaan kulit wajah yang berfungsi menghalang penyumbatan liang pori. Gunakannya sebanyak 2 kali sehari
– Kurangkan penggunaan mask muka dengan cara mengurangkan pergerakan keluar rumah tanpa keperluan mendesak.

IKLAN

#3. Rosacea berlaku disebabkan pemakaian topeng muka

Awas Gatal-gatal Di Sekitar Pipi, Ini Antara 5 Jenis Masalah Kulit Kerana Lama Pakai Topeng Muka!

Rosacea adalah satu keadaan di mana saluran darah pada wajah menjadi mengembang atau membesar, lalu menyebabkan pipi, dahi, hidung dan juga dagu menjadi kemerah-merahan.

Antara punca yang menyebabkan rosacea berlaku adalah disebabkan haba atau kepanasan.

Apabila anda memakai topeng muka, bahagian wajah yang terlindung boleh menyebabkan suhu kulit meningkat dan menyebabkan rosacea berlaku.

Cara rawatannya:
Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi bagi merawat rosacea. Tetapi ia memerlukan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu sebelum membelinya. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian berkenaan masalah kulit yang sedang dialami. Selain itu, anda boleh cuba menyejukkan kulit anda dengan merenjis sedikit air sejuk pada kulit kemerahan tersebut.

#4. Dermatitis

Awas Gatal-gatal Di Sekitar Pipi, Ini Antara 5 Jenis Masalah Kulit Kerana Lama Pakai Topeng Muka!

IKLAN

Pemakaian mask muka yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang disebut sebagai dermatitis.

Ia biasanya menyebabkan kegatalan, kekeringan, kerengsaan malah kemerahan pada kulit.

Kulit juga mungkin menjadi bersisik atau menggelupas bahkan boleh membengkak.

Cara rawatannya:
– Bagi kes dermatitis yang sederhana dan tidak serius, anda boleh mengambil ubat antihistamin seperti Benadryl
– Boleh juga menggunakan krim steroid topikal seperti krim dengan kandungan hydrocortisone sebanyak 1%
– Gunakan juga jenis pencuci muka yang lembut dan tidak merengsakan kulit

#5. Rasa sakit pada kawasan tertentu di telinga dan juga hidung

Awas Gatal-gatal Di Sekitar Pipi, Ini Antara 5 Jenis Masalah Kulit Kerana Lama Pakai Topeng Muka!

Anda pasti boleh bayangkan jika memakai mask muka dalam tempoh yang lama.

Anda akan berasa sedikit sakit atau tidak selesa pada bahagian telinga iaitu tempat di mana tali topeng tersebut disangkut selain pada hidung.

Rasa sakit yang dialami tersebut disebabkan oleh geseran antara topeng dan juga kulit wajah anda.

Cara rawatannya:
Rehatkan wajah anda daripada memakai topeng muka buat seketika. Jika anda berada di kawasan yang agak selamat, tanggalkan sebentar mask muka untuk memberikan kelegaan pada telinga dan hidung anda.

Sumber: HelloDoktor

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI