Gula penambah rasa setiap masakan. Tetapi dengan pengambilan gula secara berlebihan ia akan membahayakan kesihatan.

Di Facebook milik Mohamad Faizal Bin Saedon ada menerangkan tentang bahayanya pengunaan gula dalam harian kita.

“Sejak awal saya berkongsi pengalaman saya berjaya turunkan berat badan dari 135kg ke 70kg, saya difasa pertama hanya tinggalkan minuman manis atau gula. Ya hanya itu yang saya buat untuk langkah pertama. Ramai yang kongsikan dengan saya dengan langkah ini saja mereka mampu turun 20kg.

Ramai yang tak sedar keinginan mereka kepada air manis banyak menyebabkan mereka bertambah besar. Kenapa gula menggemukkan? Saya beri sedikit penjelasan dalam bahasa mudah, bukan secara saintifik sebab ianya bukan bidang saya.” Tulisnya di Facebook

Menurutnya gula bukan saja gula mempunyai kepadatan kalori yang tinggi malah ianya tidak mempunyai sebarang nutrisi. Gula putih adalah hanya satu bahan yang menambah perisa manis dan tinggi kalori.

“Maksudnya, ia tidak memberi sebarang impak positif kepada kesihatan selain tenaga yang kita boleh perolehi dari sumber yang lebih baik.

“Malah gula menambah risiko penyakit yang berisiko tinggi seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi, gout dan banyak lagi, malah ada kaitan gula putih dengan 13 jenis kanser.” Jelasnya lagi.

IKLAN

Malah, dirinya juga tidak menolak gula juga memberi kesan ketagih pada tubuh. Malah ada yang berkongsi mereka akan rasa pening dan ketar tubuh sebab tinggalkan gula.

Dalam penjelasan saintifik ianya lebih jelas apa yang gula lakukan pada otak kita. Malah gula juga menambahkan nafsu makan yang akan merosakan diet anda.

“Gula juga saya kategorikan sebagai pembaziran kalori. Sepatutnya kita hanya minum air kosong yang tiada kalori tapi kerana keinginan kita nak manis kita minum teh tarik yang punya sekitar 100 kalori segelas. Membazirkan? Sepatutnya 0 tapi jadi 100 hanya sebab minuman. Teh tarik juga tidak mengenyangkan, hanya memuaskan ketagihan sahaja.

“Gula akan menambah nafsu makan kita kepada benda manis yang lain. Ini antara fungsi gula, kerana ianya tidak mengenyangkan dan ada efek ketagih. Kita terdorong meminum dan mengambil makanan lain setelah minum minuman manis.” Jelasnya.

IKLAN

Bercerita dari pengalaman, dia mesyorkan semua orang untuk tinggalkan gula dalam minuman dan gantikan dengan air kosong.

“Secara beransur ansur tinggalkan kesemuanya bila kalian dah mampu. Jika kalian dah kuat, kalian boleh tinggalkan juga kuih muih atau dessert yang manis manis.

“Jika anda tidak mampu untuk tinggalkan gula secara drastik, cuba kurangkan dulu pengambilan gula secara berperingkat. Atau guna pemanis lain yang jauh lebih baik dan selamat.

IKLAN

“Jadi saya sarankan anda kepada alternatif pemanis dalam minuman atau makanan anda. Saya hanya kumpulkan 2 item yang bagi saya sihat dan amat bagus di gunakan. Walaupun sebenarnya banyak lagi jenis dan jenama lain diluar sana yang ada.” Katanya lagi.

#1: Lakanto – Pemanis yang dibuat dari Monk Fruit

#2: Stevia – pemanis dari daun stevia ni amat bagus sebagai pengganti gula putih (Klik sini untuk dapatkan gula Stevia baik untuk kesihatan)

Malah Faizal juga turut memberi beberapa tip pada orang ramai panduan untuk ‘potong gula’ secara perlahan seperti apa yang diamalkan olehnya.

1. Ganti gula putih dengan makan buah buahan yang manis seperti tembikai.
2. Cuba guna stevia atau lakanto sbg pemanis dalam minuman.
3. Bila anda craving makanan manis, ambil air kosong dan minum. Bagi saya ianya amat membantu.
Untuk Fasa pertama ini saya ingin kalian ambil tindakan tegas. Samada berhenti terus atau kurangkan secara berperingkat. Saya faham ianya cabaran besar nak tinggalkan teh tarik, nescafe beng, tapi tindakan tegas kalian bakal memberi impak positif pada diri kalian, sama ada kalian semakin sihat dan kalian dapat berat badan idaman kalian.

Sumber: Faizal Saedon