Pasti ramai menanti-nantikan filem Tombiruo Penunggu Rimba yang khabarnya pertaruhkan badan sado dan aksi Zul Ariffin dalam filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang sedai maklum merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia.
Menariknya filem ini, PELAKON Zul Ariffin akui beliau terpaksa menurunkan berat badan 13KG untuk watak Ejimatau Tombiruo. Bukan sahaja perlu sesuaikan diri, selebriti berusia 31 tahun ini juga melalui proses diet ekstrem selain alami pelbagai kecederaan kerana melakukan aksi lagak ngeri.
“Sebenarnya, agak sukar saya terjemahkan watak Ejim. Lagi pula, watak ini terlalu misteri dan ia hanya bercakap apabila perlu.
“Jadi, untuk melaksanakannya saya bukan saja baca novel, tetapi juga buat rujukan pada penulisnya, Ramlee.
“Saya cuba bawa watak yang dah ada peminat sejak 20 tahun lalu dan karakter ini sangat mencabar,” katanya.
Ads
Lantaran itu, Zul berhempas-pulas dapatkan susuk tubuh tegap demi hidupkan karakter tersebut di layar perak.
“Terpaksalah saya ‘jual’ badan bagi mengisi imaginasi pembaca novel Tombiruo atau sekurang-kurangnya hampir menepati ciri-ciri Ejim yang bermain dalam minda khalayak.
“Saya pun tak naklah lari sampai bergegar-gegar badan, tapi hanya nak nampak nice dan fit. Semua itu saya lakukannya sendiri dalam tempoh lima minggu,” katanya.
Pada masa sama, Zul akui ralat apabila tidak dapat melakukan aksi lagak ngeri sepenuhnya lantaran kecederaan slipped disc.
Ads
“Watak saya banyak melibatkan babak pertarungan, tetapi mungkin kerana terlalu teruja saya cedera.
“Ralat juga kerana seboleh-bolehnya saya ingin lakukan sendiri aksi lagak ngeri, tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melupakan hasrat itu.
“Akibat kejadian itu juga saya terpaksa berehat selama lapan bulan dan melakukan fisioterapi bagi memastikan kecederaan itu benar-benar pulih,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% ini menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran pada masa hadapan agar lebih berhati-hati dan membuat persediaan awal sebelum melakukan aksi berbahaya.
Ads
Selain Zul, Tombiruo: Penunggu Rimba turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar serta akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan.
Sinopsis Filem
Filem Tombiruo mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.
Sumber : Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan figura bernama Khairy Jamaluddin (KJ) dalam dunia politik tanah air. Beliau yang sebelum ini merupakan mantan Menteri Kesihatan telah menjadi salah satu watak penting dalam negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang melanda selama beberapa tahun.
Populariti KJ terutamanya di kalangan anak muda sememangnya tidak dapat dipertikaikan. Disebabkan itulah walaupun selepas dipecat daripada partinya, UMNO baru-baru ini masih ramai yang mengikuti perkembangan beliau terutamanya di laman media sosial.
Foto: Astro Awani
Kini, seorang bernama KJ tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Menarik untuk kita sama-sama saksikan ke manakah arah tuju karier politiknya selepas ini. Dalam pada masa yang sama hari ini KJ telah membuat kemunculan pertama sebagai penyampai radio Hotfm selepas menerima lamaran mereka baru-baru ini.
Kemunculan KJ yang hadir sebagai salah seorang DJ bersama dalam segmen ‘Bekpes Hot’ di Hotfm bermula jam 6 hingga 10 pagi hari ini ternyata telah mencuri perhatian ramai. Bergandingan bersama Johan dan AG ramai warganet berpendapat trio ini mampu menjadi gandingan mantap untuk program radio tersebut.
Pada kemunculan pertamanya hari ini, KJ sedikit sebanyak turut memperkatakan tentang keterbukaan hatinya untuk mencuba sesuatu yang baharu selepas tewas di kerusi Sungai Buloh pada PRU yang lalu.
Selain itu, KJ turut berkongsi bagaimana dia juga turut menerima pelbagai tawaran termasuklah daripada pasukan bola sepak Selatan Tanah Air, JDT.
Foto: NST
Penampilan KJ di segmen Bekpes Hot juga mengejutkan ramai pihak yang menyaksikan sisi lebih spontan daripada figura politik berpengaruh sepertinya. Menerusi komen-komen dari video yang dimuat naim oleh Hotfm, ramai netizen cukup terhibur dan kagum dengan kebolehan dan kepetahan KJ.
Antara komen menarik, “Memang susah la rakyat nk lupa makin teringat-ingat kalau dah setiap hari setiap pagi dengar suara KJ mana maunya nak lupa… hamek kau! Dia tanam dri dia dalam memori semua org”.
Tidak kurang juga ada yang memuji KJ di atas kesediaannya menyahut cabaran yang berbeza seperti ini.
“Dia sebenarnya lebih bijak dari ahli politik yang lain.. dia gunakan medium radio ini sebagai salah satu cara dia untuk ‘berkempen dalam diam’ & lebih mendekati rakyat.. all the best KJ”, jelas satu komentar warganet.
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada KJ. Semoga kerjaya politiknya terus memberikan sinar baharu dan berguna kepada rakyat Malaysia di masa akan datang.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bahaya juga akibat terlalu obses dengan aktiviti ber swafoto ini. Kejadian ini berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.
Hal ini merupakan detik menyedihkan bagi seorang remaja, Vishwas G. Ketika dia tergapai-gapai dalam air, kawan-kawannya pula sedang sibuk berswafoto, tanpa menyedari rakan mereka itu sedang kelemasan.
Menurut salah seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan berenang di sebuah kuil. Selepas habis berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan tanpa menyedari kehilangan Vishwas.
“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,’’ katanya yang kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof, Girish yang bertugas memantau pelajar terbabit.
Mereka menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil terbabit yang berusia 300 tahun. Keluarga Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ. Keluarga mangsa mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak lama kemudian menarik balik gesaan terbabit. Ia selepas pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pihak yang cuai. Vishwas merupakan anak kepada seorang penarik beca.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tepat tarikh 30 Januari 2024, maka tamatlah tempoh lima tahun pemerintahan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang di-Pertuan Agong.
Tampuk kepimpinan negara kini diambil alih oleh Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk tempoh lima tahun ke hadapan.
Memetik laporan Sinar Plus, ini antara 10 fakta menarik mengenai Yang di-Pertuan Agong ke-17 ini.
Baginda diputerakan pada 22 November 1958 dan merupakan anakanda ketiga dan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah.
Baginda mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan untuk pegawai muda di Fort Benning, Georgia USA dan latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder. Ketika itu baginda telah membuat 19 terjunan payung terjun yang mana lapan darinya pada waktu malam.
Pemerintah berjiwa rakyat ini juga dipilih dan ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai seorang komando dan anggota pasukan SEAL.
Tuanku pernah dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri dan menjalani latihan juruterbang helikopter dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hingga dikurniakan dan menerima sayap pada 26 April 1982.
Selain itu, Sultan Ibrahim juga juga menyertai selama tiga bulan latihan tentera laut di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia Lumut, sekali gus melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara.
Bagi mengimbangi latihan ketenteraan dan untuk menjadikan Raja yang berwibawa dan dihormati, baginda meneruskan pelajaran di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Tuanku menyertai dan melengkapi dua kursus, Southeast Asian Strategic Studies dan International Laws of the Seas.
Tuanku berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian untuk mempelajari selok belok pengurusan dan pentadbiran negeri.
Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja semasa ayahanda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong.
9. Sultan Ibrahim juga merupakan kakanda kepada Raja Permaisuri Agong terdahulu, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga Tengku Puan Pahang. Maka, pelantikannya kali ini menggantikan kakanda iparnya sendiri sebagai Yang di-Pertuan Agong.
10. Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. Baginda mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Keluarga diraja ini dikurniakan lima putera dan puteri iaitu
a) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor b) Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim c) Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor d) Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor e) Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor f) Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.