Ramai lelaki inginkan lengan yang kemas, tidak menggeleber dan lebih berotot. Namun, tidak semua tahu cara terbaik untuk mencapainya.
Salah satu alat paling asas namun efektif adalah dumbbell. Persoalannya, berapa berat dumbbell yang sesuai untuk mereka yang ingin mengecilkan lengan dan bukan membesarkannya?
Kenapa Pilih Berat 1kg atau 2kg?
Jika matlamat utama anda adalah untuk menurunkan saiz lengan atau membuang lemak di kawasan tersebut, bukan untuk membina otot besar, maka dumbbell ringan antara 1kg hingga 2kg sudah mencukupi. Ini kerana:
Ads
Fokus pada pembakaran lemak: Dumbbell ringan membolehkan anda melakukan senaman dengan lebih banyak ulangan (reps) dan lebih lama, yang membantu meningkatkan kadar pembakaran kalori.
Mengelakkan otot terlalu besar: Berat yang ringan membantu anda menegangkan otot tanpa menyebabkan pertumbuhan otot yang besar.
Sesuai untuk senaman toning: Ia sesuai digunakan untuk senaman seperti arm circles, tricep kickbacks, dan bicep curls dengan banyak ulangan.
Teknik dan Konsistensi Lebih Penting dari Berat
Berat dumbbell hanyalah alat bantu. Kejayaan untuk mendapatkan lengan yang lebih kecil dan kemas banyak bergantung kepada:
Konsistensi latihan: Lakukan rutin senaman lengan sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.
Pengulangan tinggi: Sasarkan 15-20 ulangan bagi setiap set dan lakukan 3-4 set untuk setiap pergerakan.
Rehat yang cukup: Berikan otot masa untuk pulih dan membina semula.
Padankan dengan Pemakanan Sihat
Senaman sahaja tidak mencukupi. Untuk melihat perubahan pada lengan, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang:
Ads
Kurangkan makanan tinggi gula dan lemak tepu.
Lebihkan protein seperti ayam, ikan, telur dan kekacang untuk sokong pertumbuhan otot.
Minum air secukupnya dan elakkan minuman manis.
Jangan Lupa Latihan Kardio
Latihan kardio seperti berlari, berenang atau berbasikal perlu dimasukkan dalam rutin mingguan. Ia membantu membakar kalori secara keseluruhan dan menyokong proses mengecilkan lengan.
Tak perlu angkat berat yang besar untuk kecilkan lengan. Dengan dumbbell seberat 1kg atau 2kg, rutin senaman konsisten, pemakanan sihat dan sedikit latihan kardio, anda mampu mendapatkan bentuk lengan yang diidamkan. Ingat, yang penting bukan seberat mana beban anda, tapi sejauh mana anda berdisiplin dengan rutin anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila membicarakan mengenai penjagaan tubuh badan yang ideal, masih ramai yang beranggapan ianya bertujuan untuk menjaga penampilan semata-mata.
Bagaimanapun, pelakon Amir Ahnaf mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai perkara tersebut.
“Kebanyakan daripada kita selalu fikir yang badan cantik seronok nak tunjuk dekat orang. Apa kata kita tukar pemikiran kita kepada kalau badan cantik, otak cantik?”
Kecergasan tubuh badan akan mempengaruhi kecerdasan otak, seterusnya meningkatkan tahap keyakinan seseorang, demikian ulas Amir ketika ditemui MASKULIN.
Ditanya mengenai sama ada mempunyai perancangan membina badan dalam masa terdekat, pemegang watak Kahar dalam siri Project: High Council ini berkata dia sudah selesa dengan bentuk tubuhnya sekarang.
“InsyaAllah suatu saat mungkin akan pergi gym lah. Tetapi untuk masa sekarang, saya banyak fokus kepada Latihan MMA (Mixed Martial Arts),” jelasnya.
Hand sanitizer juga punyai keburukan tersendiri buat si pemakainya.
Antibiotik sangat berkesan membunuh bakteri tetapi jika digunakan secara berlebihan, ia sebenarnya akan membunuh bakteria yang baik juga. Kesihatan kamu pasti lebih berisiko terganggu andai bakteria baik turut dibunuh dan ini akan menggalakkan bakteria jahat untuk bermaharajalela.
Menurut penelitian yang dilakukan pakar, “triclosan” yang lazimnya terkandung dalam hand sanitizer sangat membahaykan sistem daya ketahanan tubuh (imune system). Fungsi sistem imunisasi adalah untuk melindung tubuh dari terkena sebarang penyakit.
Penelitian lain turut menemukan, kanak-kanak atau remaja yang terdedah terhadap “triclosan” ini akan mudah dijangkiti demam serta pelbagai alergi.
FDA di Amerika Syarikat menyatakan, ada penelitian menunjukkan bahawa kandungan “triclosan” bisa menyebabkan gangguan hormon sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak elok -bertidak mengubah cara kerja organ dalaman tubuh.
Jika kamu memiliki hand sanitizer yang berbau wangi, kemungkinan besar produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia beracun. Pewangi sintetik (buatan manusia) ternyata mengandungi ftalat. Ia akan menggangu endokrin tubuh sekaligus meniru hormon. Ini akan mengubah perkembangan genital.
Selain itu, kandungan paraben pada produk juga sangat berisiko untuk menggangu kesihatan biarpun penggunaannya dalam produk kosmetik adalah untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah produk itu.
Sumber elemen bahan aktif dalam cairan hand sanitizer biasanya adalah dari jenis antibakteria beralkohol yang bertindak untuk membunuh kuman.
Dalam sebuah kes yang berlaku sekitar Mac 2012, seorang remaja dari California telah dilarikan ke hospital gara-gara keracunan alkohol yanng dipercayai terkandung dalam hand sanitizer!
Sebagai peringatan, sila berhati-hati dalam penggunaan hand sanitizer. Mungkin hari ni kamu mendapat kelebihannya tetapi, jangan terlalu obses dengannya kerana ia mampu menjejaskan kesihatan tubuh kita semua.
Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.
Sumber : wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TIDAK SEMUA HIDANGAN YANG DIJUAL DI TEPI JALAN TIDAK BERSIH, ADA KALANYA HIDANGAN YANG DIJUAL DI TEPI JALAN LEBIH ENAK DAN MURAH. DISEBABKAN ITULAH IA MENJADI RAMAI PILIHAN MASYARAKAT KITA KHUSUSNYA. NAMUN SEJAUH MANA TAHAP KEBERSIHANNYA TERJAMIN. JANGAN AMBILMUDAH MENGENAI APA YANG KITA MAKAN KERANA IA BOLEH MEMUDARATKAN SEKIRANYA TIDAK DIPELIHARA SEBAIKNYA.
1.MAKANAN DIBIARKAN TERBUKA DI UDARA BEBAS DALAM WAKTU YANG LAMA
Pelanggan mungkin tidak dapat mengetahui sudah berapa lama sebuah makanan dibiarkan terbuka menunggu pembeli. Kondisi jalanan yang jelas dipenuhi polusi udara dapat mempengaruhi kondisi makanan. Akhirnya, makanan disajikan dalam kondisi suhu yang boleh menarik lalat dan hama.
2.BAHAYA INFEKSI GASTROINTESTINAL
Kuman penyebab infeksi pencernaan dapat tanpa sengaja tercampur di dalam makanan pinggir jalan. Jenis infeksi inilah yang akan menyebabkan cirit birit atau muntah. Orang dewasa cenderung memiliki sistem imun yang lebih kuat jika dibandingkan dengan anak-anak dan orang berusia lanjut.
3.BAHAYA MAKAN SAMBIL BERJALAN
Teknik menikmati makanan yang betul adalah makan secara duduk. Banyak jenis makanan pinggir jalan sudah diolah sehingga dapat dimakan di mana sahaja, namun begitu menikmati makanan sambil duduk adalah cara yang terbaik bagi membantu proses pencernaan berjalan lancar!
MAKANAN MENGANDUNGI BAKTERIA BERBAHAYA, VIRUS, PARASIT ATAU BAHAN KIMIA MENJADI PUNCA KEPADA LEBIH 200 PENYAKIT DARIPADA CIRIT-BIRIT KEPADA KANSER. KERACUNAN MAKANAN YANG TIDAK SELAMAT JUGA MENJADI KAITAN KEPADA KEMATIAN KIRA-KIRA DUA JUTA MANUSIA, TERUTAMA KANAK-KANAK, DI SELURUH DUNIA SETIAP TAHUN.
Dari semasa ke semasa, ada saja ancaman baru kepada tahap keselamatan makanan. Bermula daripada perubahan pengeluaran makanan, pengedaran dan penggunaan, perubahan persekitaran, kemunculan patogen baru dan kerintangan anti mikrob yang menjadi cabaran kepada sistem keselamatan makanan sedunia.
Ditambah dengan peningkatan aktiviti perdagangan dan kembara pelancongan menjadikan pencemaran terhadap makanan meluas hingga ke pelosok dunia.
Keselamatan makanan tanggungjawab bersama dan sangat penting mengambil tahu mengenai rangkaian pengeluaran makanan, bermula daripada petani hingga kepada pengeluar, penjual dan pengguna.
Makanan perlu dipastikan sentiasa bersih, asingkan makanan mentah dan siap dimasak, masak makanan dengan sempurna, simpan makanan pada suhu selamat dan guna air dan bahan mentah yang selamat.
Masalah keselamatan makanan bermula di peringkat tempatan boleh bergerak pantas menjadi isu antarabangsa dan contoh makanan tidak selamat, termasuk makanan mentah membabitkan daging haiwan, buah-buahan dan sayuran yang dicemari najis, manakala makanan laut berkerang mengandungi biotoksin marin.
Beberapa hasil kajian mendapati jangkitan pada perut berpunca daripada virus, bakteria dan protozoa yang memasuki tubuh melalui penghadaman makanan yang tercemar.
Hasil awal kajian itu yang bermula pada 2010 mendapati, anggaran 582 juta kes akibat 22 jenis penyakit jangkitan perut bawaan makanan membabitkan 351,000 kematian. Agen penyakit jangkitan perut yang bertanggungjawab menyebabkan kematian adalah Salmonella Typhi (52, 000 orang), E. coli (37, 000 orang) dan Norovirus (35,000 orang).
Negara Afrika merekodkan kadar penyakit jangkitan perut bawaan makanan tertinggi, diikuti Asia Tenggara dan lebih 40 peratus pesakit yang menderita penyakit jangkitan perut disebabkan makanan tercemar adalah kanak-kanak berusia kurang lima tahun.
Menurutnya, makanan tidak selamat mendatangkan risiko besar kepada ekonomi negara seperti Jerman yang berdepan wabak E.coli pada 2011, menyebabkan kerugian kira-kira RM4.6 bilion kepada petani dan industri pertaniannya.
Usaha mencegah kes sedemikian diperkukuhkan menerusi pembangunan mantap sistem keselamatan makanan yang memandu tindakan kerajaan dan awam menentang pencemaran makanan membabitkan bahan kimia dan mikrob.
Di peringkat pengguna, mereka boleh memainkan peranan penting menggalakkan keselamatan makanan dengan mengamalkan panduan makanan selamat dan bersih, panduan memasak makanan berisiko tercemar, membaca label makanan ketika membeli atau menyediakan makanan.
Bakteria seperti Salmonella, Campylobacter dan E.coli adalah patogen bawaan makanan paling kerap menjejaskan kesihatan jutaan manusia setiap tahun dan kadangkala menyebabkan kematian.
Jangkitan virus seperti Norovirus menyebabkan loya, muntah-muntah, cirit-birit dan sakit sendi, manakala Hepatitis A pula menyebabkan penyakit hati akibat makanan laut yang mentah atau kurang masak.
Parasit seperti Echinococcus, Ascaris, Cryptosporidium, Entamoeba histolytica atau Giardia mencemari makanan menerusi air atau tanah.
Bahan kimia boleh mencemari makanan menerusi persekitaran dan toksin semula jadi seperti mikotoksin, biotoksin marin, glikosida cyanogenic yang ada dalam cendawan beracun. Makanan ruji seperti gandum atau bijirin juga mengandungi tahap mikotoksin seperti aflatoksin dan ochratoxin.
Bahan pencemar organik berterusan (POPs) terkumpul dalam alam sekitar dan tubuh badan manusia. Contoh yang diketahui adalah dioksin dan biphenyls bifenil (PCB) wujud hasil sampingan yang tidak diingini daripada proses perindustrian dan pembakaran sisa serta turut ditemui dalam rantaian makanan haiwan.
Dioksin sangat toksik dan boleh menyebabkan masalah pembiakan dan pertumbuhan, merosakkan sistem imun, mengganggu hormon dan menyebabkan kanser, manakala logam berat seperti plumbum, kadmium dan raksa menyebabkan kerosakan saraf dan buah pinggang. Pencemaran logam berat dalam makanan berlaku, terutama melalui pencemaran udara, air dan tanah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang