Mungkin sekarang bila kita kembali semula ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan demi megawal penularan wabak Covid-19, aktiviti berbasikal dilihat sekadan sedikit reda. Sebelum ini kita boleh lihat betapa banyaknya jumlah basikal terutama di hujung minggu di lokasi-lokasi popular.
Bagi mereka yang tidak aktif dalam aktiviti ini mungkin tidak tahu sebenarnya banyak sekali kelebihan dari sudut kesihatan dan kecergasan bila berbasikal.
Ingin tahu betul atau tidak betapa banyaknya kelebihan berbasikal untuk kesihatan, ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!
KURANGKAN RISIKO PENYAKIT KRONIK
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
RAWAT ARTRITIS
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Terutamanya di bahagian lutut. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Ads
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
BANTU TURUNKAN KADAR KOLESTROL
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
BEBASKAN TEKANAN
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Buat anda yang mungkin beginner, sebelum mulakan kayuhan sila rujuk beberapa panduan ketika melakukan latihan seperti di bawah.
Ads
Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berjalan kaki adalah senaman yang paling mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia juga merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan masyarakat tidak mengira umur.
Tahukah anda, menurut salah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terhadap persoalan yang diutarakan tentang yang mana 1 lebih afdhal antara berjalan kaki & menaiki kenderaan menuju ke masjid.
Antara jawapan yang diutarakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah sebuah potongan hadi yang berbunyi:Selain itu terdapat juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Maksudnya: Sesiapa yang membersihkan dirinya (berwuduk) di rumahnya kemudian dia berjalan kaki menuju ke satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk dia menunaikan satu kefardhuan dari kefardhuan-kefardhuan kepada Allah, maka setiap langkahnya itu salah satunya memadamkan dosa dan selangkah lagi mengangkat darjatnya.
Riwayat Muslim (666)
Selain itu, mari kita lihat perkongsian seorang Pelatih Kecergasan serta Pakar Pemakanan, Kevin Zahri tentang kebaikan berjalan kaki ke masjid.
Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.
2) Jimat masa
Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu masuk masjid – ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau anda park kereta lebih jauh dari kesesakan dan berjalan kaki, lebih mudah untuk merancang masa.
3) Ketenangan mental
Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing – umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.
Kalau masa berjalan ke masjid adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam 30min? Mungkin 130-180 kalori.
5) Lebih baik untuk alam sekitar
Dengan berjalan kaki, kita dapat kurangkan carbon footprint untuk alam sekitar. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dinafikan nasi merupakan makanan utama yang diambil oleh rakyat Malaysia setiap hari. Bahkan ada di antara kita yang pagi, tengahari dan malam sekalipun makan nasi.
Nasi adalah makanan ruji yang memang sudah sebati dengan kehidupan kita di Malaysia. Pada waktu pagi sahaja pun tengoklah berapa benyak jenis juadah nasi yang boleh kita beli dan makan.
Begitu juga dengan makan tengahari. Pelbagai lauk-pauk yang menjadi hidangan santapan makan yang disertakan dengan nasi. Dan malam pula usah ceritalah, memang meriah dengan pelbagai menu nasi.
Tapi sejak kebelakangan ini ramai orang terutamanya yang ingin menurunkan berat badan mula menjauhi nasi. Tak keterlaluan MASKULIN katakan mereka juga anggap nasi ini sebagai ‘musuh’ utama yang membuatkan berat badan naik sebelum itu.
NASI TAK SALAH
Ada betul dan ada salahnya. Yang betulnya ya, nasi boleh mengakibatkan berat badan naik tetapi jika ia diambil dengan berlebihan. Dan salah jika anda nak anggap nasi itu sebagai musuh. Nasi tak pernah salah. Anda boleh makannya setiap hari cuma perlu ambil dalam kuantiti yang mencukupi sahaja.
Seperti MASKULIN pernah kongsi sebelum ini, gunakan formula makan suku-suku-separuh. Suku nasi, suku lauk dan separuh sayur dan buah.
Selain makan dalam kuantiti atau jumlah yang tak kerterlaluan anda juga perlu menjaga bila masa sesuai untuk makan nasi. Jom ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
Masa terbaik untuk anda makan nasi ialah pada waktu siang. Ini kerana pada waktu siang metabolisme badan berada pada tahap paling aktif dan mampu menyerap nutirisi daripada makanan seperti nasi. Tubuh juga boleh mencerna semua makanan yang anda nmakan dengan baik.
Makanan paling penting dalam diet harian anda ialah sarapan. Dan jika anda ingin makan nasi pada waktu pagi, pastikan anda berhenti makan sebelum kenyang.
Sebagai contoh pastikan posrtion nasi yang anda makan itu tak lebih segenggam sahaja. Untuk lengkapkan sarapan sertakan dengan sayur dan juga sedikit buah.
JANGAN MAKAN SELEPAS WAKTU INI
Sebaiknya waktu makan malam terbaik ialah sebelum masuknya waktu maghrib atau sebelum pukul 8. Jika anda makan pada waktu malam ia merupakan tempoh masa yangh sangat dekat dengan waktu tidur. Dan bila ini berlaku fungsi perncernaan akan bekerja lebih lambat semasa anda sedang tidur dan berehat.
Lalu lama-kelamaan boleh menjadi punca berat badan anda naik dan perut juga mula jadi boroi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa menyangka selebriti popular kini dan bergelar superstar ini merupakan seorang atlet dahulunya. Patut la mereka-mereka ini tak kekok dan nampak ‘real’ kalau berlakon dalam filem aksi kan.
Sumber gambar: PicsOfCelebrities
#5 Jason Lee
Jason Michael Lee ialah pelakon dan pelawak Amerika yang terkenal dengan wataknya sebagai Dave Seville dalam filem Alvin and the Chipmunks. Beliau juga merupakan pengalih suara untuk watak Buddy “IncrediBoy” Pine dalam filem The Incredibles. Sebelum memasuki dunia lakonan, Jason Lee merupakan seorang pemain skateboard profesional. Reputasi terkemukanya adalah pada lewat 1980an dan awal 1990an. Beliau ialah antara pengasas Stereo Skateboards bersama Chris “Dune” Pastras pada tahun 1992.
#4 Terry Crews
Terry Alan Crew ialah pelakon Amerika yang berasal daripada Michigan. Beliau menjadi popular disebabkan watak dalam Everybody Hates Chris dan juga iklan komersial seperti Old Spice. Terry menerima diploma daripada Flint Southwestern High School di Interlochen Center for the Arts, Michigan yang berprestij dibiayai oleh Chrysler. Pencapaian ini diikuti dengan biasiswa Art Excellence dan biasiswa penuh sukan sebagai pemain bola sepak di Western Michigan University. Terry diberi penghargaan atas sumbangannya dalam pasukan WMU Broncos yang memenangi Mid-American Conference Championship pada tahun 1988.
#3 Dean Cain
Dean Cain dikenali dengan wataknya sebagai Superman dalam siri televisyen Amerika, Lois & Clark: The New Adventures of Superman. Sebelum aktiviti dalam siri Superman, beliau mula bermain besbol. Chad dan Rob Lowe dan Charlie Sheen, yang berada dalam satu pasukan dengannya ialah rakan sekolahnya. Sewaktu tamat sekolah pada tahun 1984, Dean ditawarkan bisiswa ke 17 univesiti, tetapi beliau memutuskan untuk ke Universiti Princeton. Kerjaya sukan profesional beliau terpaksa dihentikan selepas mengalamai kecederaan lutut. Cain kemudian menjadi hos untuk rancangan Ripley’s Believe It or Not.
#2 George Clooney
George Clooney membuat kejayaan ‘box office’ untuk filem Gravity. Selain kemahiran lakonan, beliau juga seorang pengarah, penerbit, dan penulis skrip yang memenangi tiga Golden Globe Award dan dua Academy Award. George Clooney juga tersenarai sebagai The Sexiest Man Alive. Sebelum berlakon, beliau cuba menjadi pemain besbol. Beliau ialah ‘pitcher’ di Augusta High School, Kentucky. George malangnya tidak ditawarkan kontrak dan terkeluar daripada kem selepas pusingan pertama penyingkiran. Beliau juga gagal menamatkan pelajaran di kolej. Sementara berlatih gigih untuk besbol, dan selepas beberapa watak sampingan, beliau akhirnya mencapai kemasyuran sebagai Dr. Doug Ross dalam ER, yang menjadikan beliau pemenang Emmy Award.
#1 Jason Statham
Jason Statham yang terkenal dalam filem Transporter sebagai lelaki jahat ialah pelakon dan penerbit Inggeris. Beliau juga merupakan seorang ahli martial arts. Sebelum terkenal sebagai pelakon, beliau ialah penyelam untuk pasukan kebangsaan England. Beliau pernah menyertai beberapa percubaan Olimpik dan pernah bertanding dalam Sukan Komanwel 1990 dan menamatkan Kejuaraan Dunia 1992 di tempat ke-12. Pertama kali menjadi perhatian media adalah apabila Statham menarik perhatian agensi Sports Promoter sewaktu sedang berlatih di Crystal Palace National Sports Centre, London. Selepas itu, Jason menjadi model jenama pakaian French Connection. Seperti bapanya, beliau pernah menjadi jurujual pasar gelap sebelum berjaya dalam uji bakat untuk watak debut sebagai Bacon dalam Lock, Stock and Two Smoking Barrels.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.