Bekas pemain Kelantan The Red Warriors suatu ketika dahulu iaitu Dickson Nwakaeme menarik perhatian orang ramai yang hadir di Stadium Sultan Muhammad IV malam baru-baru ini ketika momen beliau sedang menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat dan jelas masih ingat setiap liriknya.
Apa yang menarik, meskipun sudah bertahun meninggalkan Liga Malaysia, beliau kembali membuat penampilan khas sempena perlawanan persahabatan antara Ex-Kelantan dan Ex-Selangor, sekaligus mengimbau memori zaman kegemilangannya dalam saingan tempatan.
Momen penuh emosi tersebut turut dirakam dan menjadi tular di TikTok menerusi akaun Akademi Kelantan (PAGERO JR).
Dalam video tersebut, Dickson berdiri tegap, menyanyikan Negaraku dengan penuh semangat.
Gaya tubuh dan gerak bibirnya menyatakan yang dia memang hafal dan benar-benar menghormati lagu kebangsaan Malaysia.
Jejak Karier Dari Kota Bharu ke Kuantan
Dickson Nwakaeme mula menyinar di Malaysia pada Februari 2013 ketika menyertai Kelantan FA selepas menjalani sesi percubaan.
Tidak lama selepas itu, beliau berpindah ke Pahang FA pada Disember 2013, dan menjadi tonggak utama pasukan.
Ads
Beliau mencipta nama apabila menjaringkan gol kemenangan di final Piala FA 2014 dan membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia tahun yang sama.
Malah, beliau muncul penjaring terbanyak kejohanan tersebut dengan 8 gol prestasi yang menobatkan namanya sebagai antara penyerang import terbaik Liga Malaysia.
Foto : Berita Harian
‘Orang Besi’ yang Sukar Dilupakan
Dikenali sebagai ‘Orang Besi’ oleh peminat, Dickson bukan sahaja memiliki fizikal yang tegap, tetapi gaya permainan agresif dan kekuatannya menjadikannya nadi serangan yang digeruni.
Tahun 2016, beliau mencuba nasib di Eropah bersama kelab Perancis Angers SCO dalam saingan Ligue 1.
Namun, Malaysia tetap dekat di hati apabila beliau kembali ke Sri Pahang pada Januari 2019 dan terus menyinar dengan 10 gol dalam Liga Super musim tersebut.
Ads
Sumbangannya tetap konsisten, sekaligus mengekalkan popularitinya di kalangan penyokong.
Foto : Stadium Astro
Tamat Karier, Tapi Bukan Cinta Pada Malaysia
Menurut laman Transfermarkt, Dickson secara rasmi bersara pada 1 Januari 2021.
Sebelum itu, beliau sempat beraksi bersama kelab Korea Selatan, Daejeon Korail. Sejak bersara, beliau jarang muncul di arena bola, menjadikan kemunculannya pada malam Sabtu itu sangat istimewa.
Meskipun tidak lagi bermain secara profesional, semangat dan kasihnya terhadap Malaysia masih terserlah.
Perlawanan antara Ex-Kelantan vs Ex-Selangor bukan sekadar aksi nostalgia.
Ia juga menjadi pentas menyatukan kembali bekas-bekas bintang bola sepak negara.
Lebih 20,000 penyokong membanjiri stadium meskipun hujan lebat melanda Kota Bharu sejak petang.
Dan paling mengesankan, adalah momen Dickson Nwakaeme menyanyikan Negaraku.
Dalam dunia bola sepak, jarang kita lihat pemain import yang masih menyimpan memori sebegitu dalam tentang negara tempat dia pernah mencari rezeki dan lebih jarang lagi bila dia masih ingat lirik lagu kebangsaan selepas bertahun-tahun.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara peralatan senaman yang selalu digunakan dengan kerap oleh lelaki ialah menggunakan dumbbell. Namun kalau ada dumbbell sampai lengkap setiap berat pun tak guna juga kalau tak pandai guna.
Jangan gundah atau gulana. MASKULIN ada untuk membantu anda melakukan senaman lengkap menggunakan dumbbell.
Kali ini MASKULIN paoasrkan senaman 20 minit bahagian dua iaitu ‘muscular endurance’. Muscular endurance merupakan kebolehan otot atau kumpulan otot untuk melakukan senaman dalam masa yang lama.
Senaman dalam masa yang singkat perlu melibatkan keseluruhan tubuh badan dan otot-otot utama seperti deltoid, quadriceps, hamstring, pectoralis major, latissimus dorsi. Ini kerana menggerakkan otot utama dalam masa yang sama otot kecil juga akan terlibat. Masa rehat di antara set atau senaman perlulah dikurangkan pada 30 saat.
Lakukan senaman ini dengan pengulangan di antara 15 hingga 30 kali. Matlamat atau fokus utama adalah melakukan senaman yang melibatkan keseluruhan tubuh badan dengan meningkatkan tahap intensiti menggunakan beban seperti dumbbell.
Pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri yakin barisan pemain Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang kerap menyertai perlawanan di seluruh dunia mampu merealisasikan impian untuk memartabatkan bola sepak negara melalui ilmu serta pengalaman yang diperoleh.
Jelasnya, usaha dilakukan PPBN adalah langkah bijak dan tepat dalam usaha memberi keyakinan dan pengalaman berguna yang akan membantu pemain itu sendiri.
“Ia sangat bagus melihat semua anak-anak muda ini mempunyai semangat untuk bermain bola sepak dan sentiasa memperbaiki diri mereka untuk lebih maju.
“Melihat mereka sekarang, saya boleh mengatakan bahawa mereka pasti akan mempunyai masa depan yang cerah dalam bola sepak dan bakal mewakili negara yang tercinta ini satu hari nanti,” ujar bekas pemain T-Team, Kelantan dan kini menyarung jersi Harimau Kumbang pada majlis berbuka puasa Adidas bersama pemain (PPBN) di One World Hotel, Petaling Jaya, semalam.
Majlis berbuka puasa ini memberikan ruang dan peluang kepada pemain muda negara untuk memperoleh inspirasi, terutamanya 25 pemain PPBN yang terpilih ke Clairefontaine, Perancis bagi menghadapi perlawanan persahabatan.
Pasukan akan berlepas ke Perancis pada 5 Jun untuk menentang pasukan B-15 Clairefontaine dan pasukan B-15 Paris Saint-Germain (PSG). Selepas itu, mereka akan terbang pula ke Amsterdam pada 11 Jun untuk perlawanan persahabatan dengan Feyenoord (13 Jun), SBV Vitesse (20 Jun) dan akan mengambil bahagian dalam kejohanan B-15 yang disertai pasukan Liga Belanda seperti AZ Alkmaar, FC Copenhagen, PSV Eindhoven dan SBV Vitesse.
Adidas selaku penaja rasmi pakaian PPBN juga menyerahkan but Dust Storm Pack (Ace, Nemeziz & X) kepada 25 pemain B-15 pasukan elit itu. Ia adalah satu cara bagaimana adidas menunjukkan sokongan terhadap sukan bola sepak dengan memastikan pemain muda harapan negara dilengkapi dengan kasut terbaik.
Dust Storm Pack mengandungi Nemeziz, but terkini dari adidas sebagai salah satu item utama di samping Ace dan X. Nemeziz stadium, jalanan dan “cage” memperkenalkan beberapa reka bentuk baru seperti AGILITYKNIT 2.0 dan teknologi TORSIONTAPES untuk fit terbaik dan rasa ringan bagi ketangkasan pemain dalam perlawanan. But – dilancarkan dengan warna bold black dan putih – sudah berada di outlet runcit adidas seluruh negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPBN, Safirul Azli Abu Bakar berkata, majlis ini adalah sangat bermanfaat untuk pasukan kami terutamanya kepada pemain muda dan kami berterima kasih kepada adidas atas peluang ini yang hadir tepat pada masanya sebelum pasukan berlepas ke Perancis.
“Ini adalah satu rangsangan besar dan pemain pastinya teruja untuk menerima but terbaru adidas, Dust Storm Pack, “jelasnya yang turut memaklumkan pada majlis tersebut sesi soal-jawab pemain PPBN dengan Faiz turut diadakan untuk membolehkan pemain berpengalaman tersebut berkongsi suka duka dalam perjalanan kariernya.
Terletak di pinggir bandar Petaling Jaya, Taman Hutan Bukit Gasing mempunyai pelbagai laluan mendaki yang sering dikunjungi oleh penduduk. Walaupun tiada papan tanda, enam laluan yang berbeza akan membawa anda ke kuil Hindu atau menara pengawal. Anda akan melihat pemandangan indah di bahagian atas bukit (sekitar 160m yang mengambil masa kira-kira satu jam 45 minit untuk sampai ke puncak). Laluan mendaki adalah curam tetapi terdapat banyak tanda dan langkah yang ditinggalkan oleh pejalan kaki lain. Anda boleh berehat kerana bangku disediakan di antara laluan.
Bukit ini menyediakan pejalan kaki untuk kagum dengan pemandangan perbandaran dan dedaunan yang indah di Semenyih. Terdapat tiga puncak untuk mendaki di Bukit Broga. Puncak pertama dan kedua adalah tempat yang sesuai untuk anda melihat matahari terbit. Ia mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke puncak. Berjalan melintasi ladang kelapa sawit dan hutan (dengan dua laluan) yang akan membawa anda mendaki bukit curam. Puncak ketiga adalah yang paling mencabar kerana anda perlu memanjat batu besar. Mencabar diri sendiri untuk sampai ke Gunung Tok Wan (3.1km dari Bukit Broga) dan mengagumi flora dan faunanya.
Terdapat 14 laluan mendaki, mulai dari mudah kepada yang sukar, yang mengelilingi Tanah Rata dan Brinchang, Bandar Cameron Highlands. Setiap laluan menawarkan pemandangan yang berbeza termasuk Hutan Mossy, hutan hijau yang indah yang mana anda boleh mendaki ke menara untuk menikmati pemandangan indah Perak dan Pahang. Anda boleh berhenti untuk melawat ladang strawberi di ladang teh Raju’s Hill dan ladang BOH, yang menarik untuk dinikmati sebelum meneruskan perjalanan anda. Perhatikan pelbagai flora dan fauna sambil menikmati udara segar alam. Kebanyakan laluan ditutup semasa musim tengkujuh. Ambil panduan atau peta tempatan kerana tidak terdapat banyak papan tanda di laluan.
Rainbow Falls adalah salah satu daripada air terjun yang paling indah di Malaysia. Ia sesuai untuk menangkap pemandangan air terjun pada 9 hingga 10 pagi. Untuk ke sana, anda perlu mengikuti pemandu pelancong tempatan. Trak pikap 4 × 4 akan membawa anda ke puncak bukit berpasir untuk melihat matahari terbit. Kemudian, anda akan dibawa ke hutan yang mengambil masa kira-kira 45 minit. Tambahkan lagi 45 minit di seberang jalan hutan dan berbatu (kira-kira 1km dengan tali disediakan untuk keselamatan). Anda akan nampak pelangi yang indah di air terjun. Berenang dengan air terjun yang sejuk dan nikmati pemandangannya yang indah.
Kembara di Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia, adalah salah satu laluan paling sukar untuk dilalui tetapi memuaskan apabila anda mencapai puncak. Ia mengambil masa dua hari dan satu malam untuk naik ke Gunung Kinabalu. Ranau Trail dan Laluan Kota Belud adalah beberapa laluan yang diambil untuk mencapai puncak. Bersedia secara fizikal dan mental untuk mendaki ke puncak. Mendapatkan panduan gunung tempatan adalah satu kemestian kerana anda akan diberikan nasihat dan sokongan sepanjang perjalanan mendaki. Anda akan kagum dengan pelbagai flora dan fauna di ketinggian yang berbeza dari laluan mendaki.
OLEH : FARAH AZIZ
SUMBER : https://hellodoktor.com/
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas Originals x BAPE Football Collective menyatukan bola sepak dan streetwear global menerusi koleksi epik 2026 yang diinspirasikan era 90-an Jepun serta detik bersejarah Johor Bahru.