Dalam era gaya hidup minimalis dan bajet friendly, membeli baju thrift atau ‘bundle’ menjadi pilihan ramai.
Sama ada untuk berjimat atau mencari pakaian unik yang sukar didapati di kedai biasa, trend ini semakin mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia.
Namun, di sebalik keunikan dan harga berpatutan ini, ada risiko kesihatan yang perlu diberi perhatian.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @onenevertwhoo, berkongsi pengalaman dijangkiti penyakit kulit yang dikenali sebagai moluskum kontagiosum selepas memakai baju thrift tanpa mencucinya terlebih dahulu.
“Sebenarnya beli baju thrifting tu tak salah, salahnya aku yang tak cuci dulu. Sampai kena moluskum,” katanya dalam video yang kini viral di TikTok.
Pengalaman ini menjadi peringatan kepada semua pencinta bundle supaya tidak memandang ringan soal kebersihan pakaian terpakai.
Apa Itu Moluskum Kontagiosum?
Moluskum kontagiosum (MCV) ialah jangkitan kulit yang disebabkan oleh virus.
Ads
Ia menyebabkan kemunculan bintik-bintik kecil berwarna merah, biasanya dengan lekuk di bahagian tengah.
Walaupun kelihatan tidak berbahaya, jika digaru atau disentuh, bintik ini boleh merebak ke bahagian lain badan.
Virus ini mudah berjangkit melalui sentuhan kulit ke kulit, perkongsian barang peribadi seperti tuala atau alat cukur, serta pakaian terpakai yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
Risiko Memakai Baju Bundle Tanpa Mencuci
Baju bundle mungkin nampak bersih di mata kasar, namun ia masih berpotensi membawa bakteria, kuman, parasit, atau hama.
Tanpa langkah pembersihan yang betul, risiko jangkitan kulit seperti moluskum kontagiosum, kudis buta, dan jangkitan kulat boleh meningkat.
Ads
Langkah-Langkah Keselamatan Sebelum Memakai Baju Bundle
Foto : VOCKET
Bagi memastikan pakaian bundle selamat dipakai, ikuti langkah keselamatan berikut:
1. Jangan Pakai Terus
Walaupun baju nampak baru dan bersih, elakkan memakainya terus. Kuman dan bakteria mungkin masih tersembunyi dalam gentian kain.
2. Rendam Dalam Air Panas
Rendam pakaian dalam air panas sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit. Suhu tinggi membantu membunuh kuman, hama dan parasit.
3. Tambah Cuka Putih atau Antiseptik
Untuk perlindungan tambahan, masukkan sedikit cuka putih atau antiseptik seperti Dettol ke dalam air rendaman. Ini membantu membasmi bakteria yang lebih degil.
4. Jemur Di Bawah Sinar Matahari
Selepas mencuci, jemur pakaian di bawah cahaya matahari terik. Sinar UV mampu membunuh sisa kuman yang masih melekat pada pakaian.
Seterikalah pakaian menggunakan suhu panas untuk memastikan hama atau kutu yang mungkin masih tertinggal dihapuskan sepenuhnya.
6. Elakkan Membeli Pakaian Dalam Terpakai
Kurangkan risiko jangkitan dengan mengelakkan pembelian pakaian dalam terpakai seperti seluar dalam, bra dan stokin, kerana ia lebih mudah menjadi medium jangkitan kulit.
Baju bundle menawarkan peluang untuk bergaya dengan kos rendah, tetapi jangan abaikan aspek keselamatan.
Dengan mengikuti langkah-langkah pembersihan yang betul, anda bukan sahaja boleh tampil stailo, malah kekal sihat dan bebas jangkitan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin kebiasaannya pasti akan ada keninginan untuk menimang cahaya mata. Begitu juga dengan pelakon asal Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan.
Miller Khan atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan yang kini berusia 38 tahun berkongsi bahawa dia dan isterinya, Farina Rebecca sedang berusaha mendapatkan zuriat pertama mereka dengan menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Jelasnya, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga ini masa yang sesuai untuk mereka mencuba mendapatkan anak.
“Kami sudah tiga tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Jadi, kami merancang untuk mencuba kaedah IVF.
“Doakan segalanya dipermudahkan. Ini percubaan pertama kami dan prosedur akan dilakukan di Jakarta, Indonesia,” katanya.
Malah jelasnya lagi, mengambil kira factor usianya sendiri, dia dan isteri berbincang an sama-sama bersetuju untuk melakukan rawatan IVF.
“Kami bukan lagi pasangan muda. Sebelum membuat keputusan ini, kami berbincang secara mendalam dan mencapai kata sepakat.
“Kami juga berkongsi serta mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga masing-masing.
“Mudah-mudahan ada rezeki untuk cahaya mata pertama ini. Buat masa ini, proses masih di peringkat awal dan kami sedang mendapatkan khidmat nasihat,” tambahnya lagi yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Larrie di Hyatt Centric KL.
Tiada apa yang mustahil, seperti penurunan berat badan sebanyak 114kg pempengaruh YouTuber terkenal Nikocado Avocado, atau digelar ‘Raja Mukbang’.
Lelaki ini berjaya menurunkan berat badan daripada 186 kilogram (kg) kepada 71kg.
Penampilan terkini Nikocado Avocado
Nikocado atau Nicholas Perry, 32 tahun, mendedahkan bahawa penurunan berat badan drastiknya itu telah dilakukan secara rahsia sejak dua tahun lalu.
Bagi memastikan ‘rahsia’ tersebut kekal tersembunyi, pempengaruh yang berasal dari Ukraine itu kerap memuat naik video-video lamanya secara konsisten di salurannya sambil memberi tumpuan kepada dietnya.
Dalam video bertajuk ‘Dua Langkah ke Depan’, Perry menceritakan bagaimana dia berdedikasi menurunkan berat badan daripada 186kg kepada berat asalnya ketika mula menceburi dunia YouTube.
Video berdurasi 25 minit itu telah mendapat lebih daripada 20 juta tontonan dalam beberapa hari sejak dilancarkan di saluran YouTube.
“Ini adalah percubaan sosial paling hebat dalam hidup saya. Walaupun terdapat sedikit kebimbangan, ia masih menarik dan seperti mimpi kerana saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 114kg,” katanya.
Pendedahan Perry ini kini menjadi tular dan telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya terkejut dengan perubahan fizikal Perry.
“Perry hanya selangkah lagi untuk menjadi YouTuber kecergasan,” kata seorang netizen.
Adakah Menambah Air Kosong Boleh Mengurangkan Gula?
Ramai yang percaya bahawa menambah air kosong ke dalam minuman manis boleh mengurangkan kandungan gula dan menjadikannya lebih sihat.
Namun, adakah ini benar atau sekadar mitos? Ramai yang beranggapan bahawa dengan mencairkan minuman, kandungan gulanya akan berkurang dan menjadi lebih selamat untuk diminum.
Tetapi hakikatnya, jumlah gula yang masuk ke dalam badan tetap sama, walaupun rasa manisnya mungkin berkurangan.
Foto : mStar
Air Kosong Hanya Mencairkan, Bukan Menghilangkan Gula
Apabila anda menambah air kosong ke dalam minuman manis, ia hanya mencairkan kepekatannya, menjadikan rasanya kurang manis.
Namun, kandungan gula sebenar dalam minuman tersebut tidak berubah.
Jika segelas teh tarik mengandungi tiga sudu gula, walaupun ditambah air, jumlah gula dalam minuman itu masih sama.
Tubuh kita memproses gula berdasarkan jumlah sebenar yang masuk ke dalam badan, bukan kepekatan rasa manis dalam minuman.
Oleh itu, menambah air tidak menjadikan minuman itu lebih sihat kerana jumlah gula yang diserap oleh badan tetap sama.
Kesan Pengambilan Gula Berlebihan
Pengambilan gula berlebihan boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada kesihatan. Ia boleh menyebabkan obesiti, yang berpunca daripada lebihan kalori tanpa nutrien yang mencukupi.
Selain itu, gula yang berlebihan juga boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2 kerana ia menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah secara mendadak.
Malah, gula yang tinggi dalam diet juga dikaitkan dengan masalah jantung seperti tekanan darah tinggi dan keradangan yang boleh membawa kepada penyakit kronik.