Gejala kanser di kalangan masyarakat sememangnya tidak mengenali faktor usia, latar belakang, status dan betapa aktifnya gaya hidup seseorang itu.
Tidak ramai lelaki yang terbuka untuk bercerita tentang kanser, apatah lagi melibatkan kanser prostat. Selepas diberi ‘peluang kedua’ sebaik bebas kanser prostat, Dato’ Sri Mohamed Nazir Razak tekad membantu orang lain lebih-lebih lagi kaum lelaki agar tidak malu berkongsi cerita seandainya menghidap kanser prostat.
NAZIR RAZAK Lawan KANSER PROSTAT, Bertuah Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup
Dari seorang lelaki yang sangat aktif bersukan dan terlalu kuat bekerja di zaman mudanya, Dato’ Sri Nazir juga menjelaskan ketidak seimbangan ini mungkin menjadi penyebab ‘hadirnya’ kanser dalam tubuh. Niat untuk membeli produk insurans akhirnya membawa kepada satu berita yang memeranjatkan beliau dan seluruh ahli keluarga.
“Dek kerana tertarik dengan satu produk insurans yang diperkenalkan, salah satu syarat yang perlu dilakukan adalah pemeriksaan keishatan. Jadi dari situ keputusan diterima menunjukkan paras bacaan sangat tinggi pada cancer marker. Dari situ, doktor menyarakan agar saya melakukan ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan diketahui memang ada tumor pada prostat. Selepas itu, saya melalui ujian biopsi dan tumor yang dikesan adalah kanser yang agresif.
Kanser Prostat Stage 2
Mendengar perkataan kanser, tentunya saya sangat terkejut. Saya bertemu doktor sekali lagi untuk mengesahkan keseluruhan ujian. Dua perkara yang dikatakan doktor; pengesahan kanser prostat dan sifat agresif kanser tersebut.
Bersama anak kembar beliau, Arman & Marissa yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana di United Kingdom. Sumber Foto: Instagram Nazir Razak.
Memang benar, kanser prostat bukan penyakit yang mudah untuk diuar-uarkan. Dato’ Sri Nazir sendiri sukar menyampaikan berita ini kepada anak-anak, apatah lagi keluarga dan teman-teman. Hanya teman rapat diberitahu, itupun dengan syarat untuk menyimpan rahsia.
Ads
“Kanser prostat yang saya alami masih di stage 2. Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Oleh kerana saya melalui pemeriksaan awal, kanser tersebut masih dalam keadaan terkawal dan terhad pada kawasan prostat. Jadi barah tersebut dapat dikeluarkan. Dalam masa beberapa bulan, saya pulih sepenuhnya,”katanya lagi.
Ubah Gaya Hidup
Menurut peminat kelab bola sepak Chelsea ini,, tentunya kanser mengubah gaya hidup beliau.
Ads
“Saya mengambil keputusan untuk berhenti merokok dan lebih kerap bersenam. Saya cuba mengambil makanan lebih berkhasiat dan mengurangkan makanan berlemak tinggi. Saya juga bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, tidak kira di rumah ataupun di luar apabila bermain golf.
Kanser prostat ini sangat berbahaya kerana ia tidak mempunyai simptom. Saya hanya tahu kehadiran kanser ini apabila hendak membeli insurans. Bila sudah pulih sepenuhnya, saya rasa saya patut tolong orang lain terutamanya lelaki. Ada teman saya yang menghidap penyakit sama merahsiakannya daripada pengetahuan keluarga.
Bertuah Diberi Peluang
Ads
Saya bertuah diberi peluang kedua untuk hidup dan saya harap ramai lagi orang yang bertuah seperti saya. Kanser ini sangat mudah untuk dirawat jika dikesan awal. Kita perlu keluar dan bercakap mengenainya kerana jika dibandingkan di UK, mereka lebih terbuka berbicara tentang kanser prostat.”katanya.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Masalah buang air kecil
Kerap buang air kecil
Kurang tekanan ketika membuang air kecil
Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
Kaki menjadi bengkak
Rasa tid-ak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
Sakit ketika mengalami ejakulasi
‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak
Semoga dengan pendedahan ini, rakyat Malaysia dapat dididik dan disedarkan mengenai kanser prostat, risiko dan gejalanya.
Rosyam Nor, bukan nama asing dalam industri seni Malaysia. Figura dengan nama asal Mohamed Noor bin Shamsuddin, adalah seorang pelakon, penerbit, dan usahawan terkenal di Malaysia.
Meniti usia 57 tahun, pelakon popular, Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatannya untuk sentiasa kekal cergas dan cerdas.
Menurut laporan Gempak, Rosyam Nor berkata dia mengawal ketat pengambilan makanannya serta mengelakkan diri dari mengambil gula dengan berlebihan.
Pemakanan perlu dijaga. Apabila metabolisme badan mula berkurang pada usia begini, saya terpaksa jaga pemakanan dengan lebih ketat
Saya elakkan pengambilan gula yang berlebihan kerana gula merupakan salah satu punca utama penyakit yang membunuh manusia
Rosyam Nor turut berkata dia bimbang akan keadaan rakyat Malaysia yang mungkin akan berdepan masalah kencing manis kerana makanan yang dibeli di luar kebanyakkan terlalu manis.
Pelakon Memoir Seorang Guru itu turut menambah dia menjaga tubuh badannya dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti mencuci kereta demi menjaga kesihatannya.
Apa-apa pun kesihatan perlu dijaga selain bersenam. Pastikan badan sentiasa berpeluh, walaupun seminggu sekali. Buatlah apa-apa kerja seperti mencuci kereta asalkan berpeluh. Itulah yang saya sering lakukan untuk menjaga kesihatan
Minggu hadapan, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan dan keinsafan. Sepanjang tempoh berpuasa, salah satu aspek kesihatan yang tidak boleh diabaikan ialah tahap gula dalam darah.
Pemahaman mengenai bacaan gula dalam darah yang normal dapat membantu mengelakkan risiko hiperglisemia (gula tinggi) dan hipoglisemia (gula rendah), sekali gus memastikan kesihatan kekal terjaga.
Mengapa Tahap Gula Dalam Darah Penting?
Tahap gula dalam darah mencerminkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa, yang merupakan sumber tenaga utama bagi sel-sel badan.
Bacaan gula yang stabil dan dalam julat normal amat penting bagi individu yang ingin mengekalkan kesihatan optimum, terutama ketika berpuasa.
Bacaan Gula Normal Mengikut Umur
Setiap peringkat umur mempunyai tahap gula yang berbeza berdasarkan keperluan tenaga dan sistem metabolisme badan. Berikut adalah julat normal tahap gula dalam darah:
Kumpulan Umur
Tahap Gula Berpuasa (mg/dL)
Selepas Makan (mg/dL)
0 – 5 tahun
80 – 180
Lebih dari 200
6 – 12 tahun
80 – 180
Lebih dari 180
Remaja (13 – 19 tahun)
70 – 150
90 – 180
Dewasa (20 – 39 tahun)
70 – 99
90 – 140
Dewasa (40 – 59 tahun)
70 – 100
90 – 140
Warga Emas (60 ke atas)
80 – 120
90 – 150
Bacaan Gula Normal Semasa Puasa
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tahap normal semasa berpuasa adalah antara 70 mg/dL hingga 100 mg/dL. Sementara itu, bacaan selepas 2 jam berbuka puasa boleh meningkat kepada 200 mg/dL atau lebih.
Kategori
Tahap Gula Berpuasa (mg/dL)
Selepas Makan (mg/dL)
2 Jam Selepas Makan (mg/dL)
Normal
70 – 100
170 – 200
< 140
Pra-Diabetes
101 – 126
190 – 230
140 – 200
Diabetes
> 126
230 – 300
> 200
Bacaan Gula Normal Individu Sihat
Bagi individu tanpa diabetes, tahap gula dalam darah yang normal adalah seperti berikut:
Keadaan
Tahap Gula (mg/dL)
Berpuasa
< 100
1 jam selepas makan
90 – 130
2 jam selepas makan
90 – 110
Lebih 5 jam selepas makan
70 – 90
Bacaan Untuk Pesakit Diabetes
Pesakit diabetes perlu lebih berhati-hati dalam mengawal tahap gula mereka, terutama ketika berpuasa. Berikut adalah tahap gula dalam darah yang disarankan bagi mereka yang menghidap diabetes:
Umur
Berpuasa (mg/dL)
Selepas Makan (mg/dL)
1-2 Jam Selepas Makan (mg/dL)
Sebelum Tidur (mg/dL)
Bawah 6 tahun
80 – 180
100 – 180
~ 180
110 – 200
6 – 12 tahun
80 – 180
90 – 180
Lebih dari 140
100 – 180
13 – 19 tahun
70 – 150
90 – 130
Lebih dari 140
90 – 150
20 tahun ke atas
< 100
70 – 130
< 180
100 – 140
Mengetahui tahap gula dalam darah dan memahami bagaimana ia berubah mengikut usia dan status kesihatan adalah penting bagi memastikan kesejahteraan tubuh, terutama ketika berpuasa di bulan Ramadan.
Dengan memantau bacaan gula secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat mengurangkan risiko komplikasi kesihatan serta mengekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.
Bagi individu yang mempunyai risiko diabetes atau yang sudah didiagnosis dengan penyakit ini, pastikan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan puasa.
Dengan perancangan yang baik dan pemantauan kesihatan yang berterusan, ibadah puasa dapat dilakukan dengan lancar tanpa menjejaskan kesihatan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya vape semakin meningkat naik sehinggakan golongan muda termasuk wanita tanpa segan silu vape di hadapan khalayak ramai kerana menyangka menghisap rokok elektronik itu tidaklah bahaya.
Malah, industri vape terus berkembang saban tahun dengan menjana berbilion ringgit.
Namun, penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja kain membimbangkan.
Penggunaan rokok elektronik atau vape
Terbaru, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik atau turut dikenali ramai sebagai vape untuk diharamkan sepenuhnya. Ia turut ditekankan yang mana rokok elektronik merosakkan kesihatan, selain menjadi antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah.
Untuk makluman, mengikut agama Islam, JAKIM sedia berkongsi mengatakan hukum penggunaan rokok elektronik adalah haram. Disamping itu, sejumlah lokasi juga mengharamkan penggunaan rokok elektronik di Malaysia.
Sultan Pahang bertitah akan menyuarakan berkenaan pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape secara sepenuhnya ini kepada kerajaan.
Ingin larian jarak jauh terasa lebih mudah dan efisien? Ketahui 10 langkah strategi long run yang membantu pelari beginner dan profesional berlari lebih jauh tanpa cepat penat.