Jika pandai cari, anda boleh beli kereta ‘second hand’ atau terpakai yang baik. Malah jika anda benar-benar tahu boleh dapatkan nilai kereta yang mempunyai nilai milik yang baik.

Membeli kereta terpakai tidaklah seteruk seperti yang disangka. Dan tidak salah untuk anda memiliki kereta terpakai asalkan ia dalam kondisi baik dan sesuai pada harga yang anda keluarkan.

Namun terdapat beberapa risiko yang perlu anda tahu agar wang yang anda keluarkan untuk membelinya tidak terasa rugi. Usah nilai sesebuah kereta itu pada bahagian luaran sahaja. Dan paling penting jangan jadi terlalu teruja dan tergopoh-gapah dalam menguruskan urusan jual beli.

MASKULIN ingin kongsi beberapa tip berguna kepada anda yang mahu beli kereta second hand.

BAJET

Antara tujuan utama anda beli kereta terpakai semestinya sebab ia lebih murah, bukan? Jadi perkara pertama anda perlu lakukan ialah tetapkan bajet sendiri dahulu. Sebagai contoh kalau bajet anda hanyalah kereta Myvi terpakai janganlah pula senaraikan BMW sebagai opsyen lain.

KIRAAN PINJAMAN

Besar kemungkinan anda akan melakukan pinjaman bank untuk membeli kereta. Jadi amatlah penting anda tahu untuk mengira apakah bayaran bulanan yang perlu dibayar. Sebagai contoh ambil harga kereta, harga deposit, kadar faedah dan tempoh pinjaman.

IKLAN

Beli Kereta ‘Second Hand’, Apa Yang Perlu Anda Tahu

SURVEY ONLINE

Untuk mengetahui berapakah paras harga semasa kereta terpakai yang ingin dibeli anda boleh melakukan tinjauan secara online. Laman sesawang seperti MotorTrader, Carlist atau Mudah boleh beri gambaran tentang range harganya. Dan perlu anda ingat untuk tak melakukan survey pertama di kedai kereta terpakai. Risau nanti anda ‘terpukau’ dengan kata-kata manis jurujual.

LIMA TAHUN KE BAWAH

Ini adalah untuk opsyen yang lebih selamat. Maksudnya di sini kereta tersebut berusia tidak lebih lima tahun sejak ia mula digunakan. Mungkin ada banyak kereta 5 tahun ke atas masih dalam kondisi baik tetapi cara ini secara tak langsung kurangkan risiko anda berdepan kerosakan lain di masa akan datang.

IKLAN

TERLALU MURAH?

Bila dapati ada kereta idaman yang ditawarkan untuk dijual pastinya anda akan berasa sangat teruja. Namun jangan tergopoh-gapah terlebih dahulu. Jika terlalu murah pasti ada yang tak kena. Sudah banyak kes menunjukkan kereta yang dijual terlalu murah pernah kemalangan teruk atau bertukar pemilik 3 atau 4 orang. Atau mungkin juga mileage yang sangat tinggi.

Beli Kereta ‘Second Hand’, Apa Yang Perlu Anda Tahu

INTERAKSI

Salah satu kelebihan melakukan tinjauan kereta secara online ialah anda boleh berinteraksi secara terus dengan pemiliknya. Ini kerana mereka akan jawab segala pertanyaan anda. Selain itu anda juga boleh melakukan ‘nego’ dengan lebih baik.

IKLAN

JADUAL SERVIS

Jika anda bertemu dengan pemiliknya, mintalah buku jadual servis. Menerusi buku tersebut anda boleh lihat bagaimana ia diselenggara sepanjang kereta tersebut digunakan sebelum ini.

PERIKSA LUAR & DALAM

Walaupun anda membeli kereta terpakai seelok-eloknya periksalah kondisi luaran dan dalamannya. Jika ada perkara perlu diperbaiki anda boleh minta pemiliknya memperbaikinya dahulu. Ataupun anda boleh minta pengurangan harga berdasarkan kerosakan itu.

PANDU UJI

Tidak kira sama ada anda berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai, anda sebenarnya ada hak untuk meminta dibenarkan memandu uji kereta yang mahu dibeli. Memandu uji di sini bukanlah setakat menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Kereta pilihan anda itu mesti bergerak.

Dapatkan aksesori kereta pada harga menarik di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI