BERDENGKUR MEMANG SINONIM DENGAN LELAKI.RATA-RATA BERPENDAPAT KEPENATAN BEKERJA JADI PENYEBAB MEREKA BERDENGKUR

 

Berdengkur Tanda Anda Ada Penyakit Lain Yang Tersembunyi



Ada yang beranggapan berdengkur bukan satu masalah ataupun pekara besar,apatah lagi dianggap sebagai penyakit. Malah melalui kajian yang pernah dijalankan,1:3 orang dewasa berdengkur dan kebanyakannya ialah golongan lelaki dari usia pertengahan ke atas dan individu bersaiz besar.



Dengkur ialah bunyi pernafasan yang terhasil daripada aliran udara ke atas tisu dalam kerongkong yang sedang berehat.Ia menyebabkan tisu dalam kerongkong tisu bergetar dan menghasil kan bunyi yang kuat dan kasar ketika tidur.



Ini disebabkan ketika tidur, otot pada lelangit lembut, iaitu bahagian lembut di hujung lelangit berhampiran tekak mempunyai tisu lembut yang kelihatan tergantung dipanggil uvula.



Apabila tisu dalam kerongkong ini berada dalam keadaan rehat,ia bergetar dan boleh menghalang laluan udara.Manakala keadaan lelangit lembut yang tebal dan rendah serta pembesaran tonsil boleh manyebabkan laluan udara menjadi sempit.



Semakin sempit laluan udara ini, ia menjadi semakin sukar dan membentuk tekanan yang tinggi mangakibatkan getaran akan bertambah dan menyebabkan bunyi dengkuran yang kuat.

Berdengkur Tanda Anda Ada Penyakit Lain Yang Tersembunyi



Antara punca berdengkur yang dikenal pasti ialah bentuk mulut. Ini kerana jika seseorang itu memiliki lelangit lembut yang terlalu rendah, ia merupakan faktor yang menghalang saluran udara.

Selain itu ada yang berpendapat berdengkur disebabkan oleh faktor keturunan, gaya hidup, kesihatan dan juga persekitaran.



Walaupun masalah ini tidak begitu ketara (kecuali pada waktu tidur), berdengkur boleh menjejaskan mutu hidup terutamanya dengkuran berbunyi lebih kerap dan kuat.Masalah bardengkur jika tidak di rawat, dikhuatiri akan membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti diabetis,tekanan darah tinggi,penyakit jantung dan strok



Lebih membimbangkan jika dengkuran anda merupakan gejala apnea gangguan tidur yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.Dengkuran akibat masalah pernafasan terhenti seketika 10 saat.

Apabila badan mengalami masalah kekurangan oksigen dan berlebihan karbon dioksida ia akan menyebabkan dengkuran kuat mempunyai rentak tertentu.Dalam keadaan serius, tisu kerongkong yang melendut akan menutup saluran udara dan secara tidak langsung ia memberhentikan pernafasan.


IKLAN

 UBAH GAYA HIDUP

Berdengkur Tanda Anda Ada Penyakit Lain Yang Tersembunyi

Berdengkur setiap malam apa pun kedudukan sedang tidur, memerlukan pemeriksaan doktor yang boleh mencadangkan rawatan yang bersesuaian. Rawatan yang betul dapat menhalan dan memperbaiki (reverse) kesan Apnea.

Jenis rawatan bergantung kepada tahap dengkuran seseorang.Ia dikelaskan megikut pandangan pasangan seperti:

IKLAN
  • Dengkuran hanya didengar jika ada di sebelah.
  • Dengkuran boleh didengar di seluruh bilik.
  • Dengkuran boleh didengar dari luar bilik (pintu terbuka)
  • Dengkuran boleh didengar dari luar bilik walaupun pintu ditutup.



Jika anda antara ribuan yang berhadapan dengan masalah dengkuran, anda boleh menghentikan kebiasaan ini dengan melakukan beberapa perubahan. Ini termasuklah:


Berdengkur Tanda Anda Ada Penyakit Lain Yang Tersembunyi

 1 Menurunkan berat badan

Kurangkan berat badan jika anda termasuk dalam golongan obes. Dalam kebanyakan kes, kegemukan adalah punca paling lazim menyebabkan orang berdengkur.Ini kerana mereka yang obes memiliki jaringan leher yang tebal, menyebabkan munculnya risiko berdengkur.


IKLAN

 

 2 Ubah posisi tidur

Tidur secara mengiring. Bunyi dengkur terjadi ketika lelangit, tekak, tonsil dan otot saling bersentuhan sehingga menimbulkan bunyi getar. Tidur telentang juga manyebabkan lidah tergelincir, menyepit dan menghalang laluan udara.


 3 Hindari ubat tidur dan alkohol

Elakkan memakan ubat tidur atau minum beralkohol sebelum tidur. Ini kerana alkohol bertindak sebagai sedatif yang merehatkan otot kerongkong. Kesesakan saluran pernafasan yang kronik juga boleh memburukkan keadaan.


Secara alternatifnya, anda boleh mengurangkan dengkuran dengan menyedut wap air sebelum tidur. Ini kerana hidung tersumbat juga antara faktor yang menyebabkan individu berdengkur. Menyedup wap juga berupaya menghilangkan lendir yang menyebabkan tersumbat.


Berdengkur Tanda Anda Ada Penyakit Lain Yang Tersembunyi

  4 Dapatkan rawatan doktor

Mengubah gaya hidup dapat membantu mengurangkan masalah berdengkur. Jika ia masih tidak berjaya, doktor akan mencadangkan beberapa kaedah lain iaitu pembedahan pada kerongkong secara tradisional atau laser untuk meluaskan laluan udara dan mengurangkan getaran tisu.
Alat bantuan pergigian juga boleh digunakan bagi membetulkan kedudukan lidah dan langit-langit supaya laluan udara terbuka, sekali gus membantu mengelakkan masalah berdengkur

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI