Gaya hidup sihat sering kali diabaikan oleh kebanyakan individu maka timbullah pelbagai penyakit yang memudaratkan kesihatan tubuh antaranya diabetes. Lelaki banyak yang terkena penyakit berbahaya ini kerana terdedah dengan gaya hidup yang tidak sihat umpamanya merokok dan minum minuman beralkohol. Keterbatasan pengetahuan yang dimilikinya sering kali mereka membiarkan gejala tersebut sehingga bertambah parah. Oleh kerana itu, lelaki perlu awasi  gejala diabetes seperti berikut.

Bibir Kering, Kerap Buang Air Anda Mungkin Penghidap Diabetes

  1. Rasa haus dan buang air kecil yang berlebihan
  • Pada umumnya penderita diabetes mengalami buang air kecil secara berlebihan kerana kadar gula dalam darah jumlahnya berlebihan. Oleh sebab berlebihan, tubuh dirangsang untuk mengeluarkan lebihan kadar gula tersebut melalui ginjal bersama air kencing.
  • Biasanya penderita diabetes buang air kecil secara berlebihan ini terjadi pada waktu malam terutama sewaktu tidur malam sehingga menjejaskan kualiti tidur. Hal ini disebabkan oleh kadar gula dalam darah pada malam hari relatif tinggi dibandingkan siang hari.
  • Sedangkan gejala rasa haus yang berlebihan kerana tubuh terlalu banyak mengeluarkan urin. Namun sebenarnya hal ini merupakan usaha tubuh untuk menghindari kekurangan cairan (dehidrasi).
  • Selama kadar gula dalam darah belum terkawal baik, maka akan timbul keinginan terus-menerus minum. Sebaliknya dengan minum yang banyak akan menimbulkan hasrat untuk buang air kecil.

 

  1. Penurunan berat badan
  • Tanpa disedari penderita diabetes akan mengalami penurunan berat badan tanpa diketahui penyebab yang jelas.
  • Pada penderita diabetes, turunnya berat badan disebabkan kerana dibuangnya sebahagian gula dalam darah ke sistem ginjal melalui urin. Akibatnya berapa pun jumlah makanan yang dimakan akan sisa-sia selama insulin tidak mampu menyalurkan gula sebagai sumber tenaga bagi tubuh.

 

  1. Penglihatan kabur
  • Gangguan penglihatan kabur ini sering disebut katarak dan biasanya dialami penderita diabetes yang sudah tua.
  • Katarak timbul kerana gula membentuk suatu lapisan yang menutupi lensa mata. Hal inilah yang menyebabkan lensa mata menjadi suram sehingga menghambat masuknya cahaya ke bola mata dan akibatnya mengganggu penglihatan.
  • Gangguan ini dapat diatasi dengan cara melakukan pembedahan mata dengan menggantikan lensa mata yang rosak dengan lensa plastik.

 Bibir Kering, Kerap Buang Air Anda Mungkin Penghidap Diabetes

 

IKLAN
  1. Peningkatan nafsu makan
  • Pada umumnya penderita diabetes mempunyai nafsu makan yang besar, namun berat badannya tidak naik.
  • Peningkatan nafsu makan didorong oleh kurangnya gula dalam tubuh meskipun kadar gula dalam darah tinggi sehingga membuat tubuh merasa lemah seperti kurang tenaga dan akhirnya timbul keinginan untuk makan. Padahal jika diperiksa, kandungan gula dalam darahnya sudah cukup tinggi.

 

  1. Disfungsi Ereksi
  • Dalam jangka waktu yang lama, penderita diabetes lelaki juga mengalami risiko disfungsi ereksi, iaitu berkurangnya jumlah sperma yang dihasilkan oleh hormon testosteron.
  • Disfungsi ereksi ini disebabkan terjadinya kerosakan sel saraf akibat diabetes. Diabetes dapat mengakibatkan terganggunya sistem aliran darah di sekitar sel-sel saraf seperti pada ginjal dan alat kelamin.
  • Jika tidak segera ditangani, maka dapat mengganggu hubungan keharmonian rumah tangga.

 

  1. Penyembuhan daripada luka menjadi lambat
  • Apabila terjadi luka, sering kali penyembuhan atas luka tersebut sangat lama. Hal ini disebabkan kerana berkurangnya aliran darah akibat menyempitnya pembuluh darah.
  • Untuk pencegahan, disarankan agar penderita diabetes selalu menjaga dan merawat kulitnya meskipun tidak terjadi luka.

 

IKLAN
  1. Kerosakan Saraf
  • Penderita diabetes juga mengalami kerosakan saraf kerana diabetes dapat merosakkan sistem saraf.
  • Rosaknya sistem saraf mengakibatkan terganggunya sistem aliran darah di sekitar sel-sel saraf seperti halnya pada mata dan ginjal.
  • Kerosakan sel saraf akibat diabetes disebut juga neuropati.
  • Bibir Kering, Kerap Buang Air Anda Mungkin Penghidap Diabetes

 

Selain gejala diabetes di atas, ada juga beberapa gejala seperti kelelahan, mulut kering dan sakit kepala. Hal ini disebabkan kerana tubuh kekurangan oksigen untuk membakar gula menjadi tenaga. Berkurangnya jumlah oksigen di dalam darah disebabkan gula bergumpal di pembuluh darah sehingga alirannya lambat. Akhirnya jantung akan bekerja lebih keras (berdebar-debar), sakit kepala, mulut kering dan mudah merasa lelah. Gejala diabetes pada lelaki dapat dicegah dengan pola makan yang sihat, mengurangkan makanan yang manis, menghindari rokok dan alkohol serta rajin berolahraga. Jika anda mengalami kegemukan, segeralah diet dengan mengurangi makanan berkalori, berlemak dan manis. Dengan begitu anda akan terhindar daripada risiko diabetes.

 

IKLAN

 

Makanan yang ideal untuk penderita diabetes ialah :

  • Epal , aprikot dan pir
  • Ikan makarel, sardin dan salmon
  • Labu dan biji rami
  • Sayuran dan buah – buahan
  • Oat
  • Roti gandum
  • Beras merah

Makanan tersebut disarankan kerana dapat memberikan  zat yang sangat diperlukan oleh penderita diabetes tanpa membahayakan kesihatan. Selain jenis makanan, penderita diabetes juga harus memperhatikan jumlah makanan dan pola/ jadual makannya. Dengan memperhatikan ketiga hal tersebut, kemungkinan meningkatnya kadar gula dalam darah dapat diminima .

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI