Sekarang ni seakan trend semua berlumba-lumba untuk keluarkan produk ‘pedas’ tidak kiralah mi segera pedas, ayam pedas ataupun terbaru snek (makan ringan) pedas.

Lebih ‘padu’ lagi ada pula trending terbaru iaitu ‘spicy challenge’ di mana seorang individu menguji tahap kepedasan yang mereka mampu bertahan.

Tetapi dari mana datangnya pedas itu? Adakah dari cili itu sendiri atau sebaliknya?

Sebenarnya, bahan aktif di dalam cili yang dipanggil copsaicin bertanggungjawab memberi rasa pedas. Ya, memanglah cili segar mempunyai kandungan anti-oksida dan boleh membantu meningkatkan metabolisma badan.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya jika kita mengambil makan yang terlalu pedas atau kerap, ia boleh memudaratkan kesihatan.

IKLAN


Ia boleh menjejaskan sistem peghadaman dan percernaan. Lebih teruk lagi ia akan menyebabkan radang perut, ulser serta buasir!

Bagaimana dengan biji cili, adakah ia hadam di dalam perut?

IKLAN

Menurut DrMaisara Yusra, merupakan Penolong Profesor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), tiada sebarang kajian saintifik berjaya membuktikan radang apendiks adalah disebabkan pemakanan.

Jadi, kepercayaan biji cili boleh menyebabkan apendiks ternyata mitos semata-mata. Malah dia percaya, kepercayaan ini adalah kepercayaan orang dulu-dulu.

IKLAN

Biji Cili Sukar Dihadam Perut & Jadi Punca Apendiks? Ini Jawapannya!

Segala makanan yang keras seperti biji cili atau biji buah-buahan yang lain akan hancur di dalam perut disebabkan oleh asid perut. Apabila ia hancur barulah ia akan masuk ke usus untk proses pembuangan najis.

Semua orang berisiko mengalami sakit apendiks walaupun tidak memakan biji cili sekalipun.

Tetapi ini bukanlah alasan untuk anda makan pedas secara berlebihan ya, ingat bersederhanalah ketika makan makanan yang pedas.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI