Joging adalah satu bentuk senaman yang paling mudah dan paling murah. Ramai orang menggemarinya kerana ia mudah untuk menghakis segala lemak kerana jantung anda bergerak seiringan dengan tapak kaki ketika joging.
Namun masalah timbul apabila berjoging kaki rasa sakit hingga melumpuhkan niat untuk kembali melakukannya di lain hari kerana tidak mahu rasa sakit.
Disebabkan itu, seorang pengguna twitter yang terkenal dengan nama Paih. Dia berkongsi bagaimana nak pastikan kaki tidak sakit serta tidak rasa penat ketika berjogging.
Di kalangan peminat kasut sukan jenama Skechers pastinya sudah tidak asing lagi bagi anda. Salah satu elemen yang sering dikaitkan dengan jenama kasut asal Amerika Syarikat ini ialah keselesaan serta sokongan pada bahagian kaki yang sangat baik.
Disebabkan itulah ramai yang memilih jenama Skechers untuk aktiviti seperti larian, senaman gym dan juga aktiviti harian yang lain. Skechers yang juga dikenali sebagai ‘The Comfort Technology Company’ kini turut dianggap sebagai dia antara pengeluar dan jenama pelopor dalam memperkenalkan produk gaya hidup dan kasut prestasi yang terbaik.
Terbaru, buat pertama kalinya Skechers memperkenalkan kasut khusus buat sukan gelanggang. Menurut Skechers, kasut yang lahir daripada kejuruteraan dan rekaan terkini mereka ini bakal menjadi penanda aras baharu dalam sukan gelanggang.
Skechers Viper Court telah dilancarkan secara rasminya baru-baru ini dan ia turut dibawa ke pasaran Malaysia bagi memenuhi keperluan dan permintaan peminat sukan gelanggang sama ada indoor atau outdoor.
MASKULIN turut berkesempatan mencuba sendiri menggunakan kasut ini selama lebih kurang seminggu. Persepsi pertama kali menyarungkannya ke kaki adalah meletakkan pada jangkaan cukup tinggi dan agak mengejutkan kerana ia sebenarnya sepasang kasut sukan gelanggang yang sangat baik.
Pertama sekali kita harus bercakap tentang elemen keselesaan. Sebagai kasut sukan gelanggang perkara di antara yang paling penting ialah kesesuaian atau ‘fit’ yang baik ketika dipakai.
Viper Court menawarkan keselesaan tersebut dengan mengetengahkan teknologi footwear terkininya seperti Arch Fit insole system dan sistem serapan ULTRA FLIGHT ‘cushioning’.
Kedua-dua teknologi ini merupakan aspek penting dalam sukan gelanggang kerana ia bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi boleh mengelakkan risiko kecederaan yang tidak sepatutnya. Selain itu, kasut sukan gelanggang juga wajib memiliki aspek cengkaman tapak yang sangat baik.
Ia bukan sahaja untuk keselamatan tetapi mampu membantu anda mendapatkan prestasi yang baik. Dilengkapi dengan tapak atau outsole dari jenama tayar terkenal, Goodyear Performance Outsole boleh membantu pergerakan lebih pantas dan kelicikan pergerakan di gelanggang menjadi lebih lancar.
Sukan gelanggang seperti badminton, tenis, ping pong, bola jaring dan juga sukan kian popular di Malaysia, Pickleball cukup memetingkan aspek cengkaman yang baik.
Skechers Viper Court kini boleh didapati dipasaran pada harga RM459 dan ia terdapat dalam varian untuk lelaki dan wanita. Setiap satunya hadir dengan tiga padanan warna berbeza.
Buat peminat sukan gelanggang, Viper Court ini boleh menjadi kasut yang cukup sempurna bagi melengkapi permainan dan gaya peribadi anda.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa aspek penting Viper Court yang menjadikannya sebagai sepasang kasut sukan gelanggang terbaik di pasaran:
● Relaxed Fit®
Rekaan kasut untuk memastikan keselesaan dan kestabilan optimum semasa sesi permainan yang panjang dengan memberikan ruang yang mencukupi pada kaki anda.
● Goodyear® Performance Outsole
Tapak yang tahan lama yang menggunakan bahan berkualiti tinggi yang sama dengan tayar Goodyear® untuk memberikan daya cengkaman yang unggul dan tidak meninggalkan tanda pada apa jua permukaan padang.
● Penampungan ULTRA FLIGHT®
Insole penampungan yang responsif dan ringan untuk membantu mengurangkan impak pada sendi anda semasa sesi permainan yang intens.
● Sistem insole Arch Fit® yang dipatenkan
Insole berkontur yang direka oleh pakar ortopedik, dibangunkan dengan 20 tahun data dan 120,000 pemindaian kaki tanpa beban, membantu meningkatkan penyebaran berat dan mengurangkan hentakan ketika pemain sedang beraksi.
Dengan harga yang berpatutan dan ciri-ciri teknologi terkini, koleksi Viper Court ini tidak hanya meningkatkan prestasi permainan anda, tetapi juga memberikan keselesaan yang tak tertandingi, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk setiap peminat sukan.
Bahkan baru-baru ini, sebagai meraikan kemunculan Viper Court di pasaran, Skechers telah menganjurkan ‘Skechers Invitational Pickleball Tournament yang berlangsung di Dewan Sri Putra di mana sebanyak enam kategori berbeza dipertandingkan.
Selain menyaksikan perlawanan mendebarkan, kejohanan ini turut memberi peluang para peserta merasai pengalaman dengan Skechers Viper Court.
Skechers telah menjadi pemacu utama dalam sukan pickleball, memperkenalkan koleksinya di Kejohanan Pickleball AS Terbuka 2022 dan menandatangani atlet elit, Catherine Parenteau dan Tyson McGuffin.
Untuk pengetahuan anda, pickleball merupakan satu sukan raket kian popular yang secara dasarnya kombinasi antara tenis, ping pong dan badminton. Sukan ini dimainkan di padang berukuran setengah daripada padang tenis standard dan melibatkan raket yang lebih kecil serta bola plastik berlubang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hardi Jaafar, nama yang tidak asing dalam arena bola sepak Malaysia, dikenali dengan ketajaman kaki kirinya dan visi permainan yang luar biasa.
Pernah mewakili beberapa pasukan ternama seperti Selangor FA dan Perak FA, serta mencatatkan 29 penampilan bersama skuad kebangsaan, Hardi bukan sahaja dihormati kerana prestasinya di padang, tetapi juga kerana keberaniannya bersuara demi kebaikan sukan ini .
Hardi Jaafar, baru-baru ini telah mencetuskan gelombang perbincangan hangat.
Ungkapan “Selamat Jahanam Liga Malaysia” yang dilontarkannya bukan sekadar kata-kata kosong, tetapi manifestasi kekecewaan mendalam terhadap keadaan semasa liga tempatan.
Sebelum ini Hardi Jaafar mempersoalkan keputusan MFL yang memperkenalkan peraturan 15 pemain import.
Dia menulis di Facebook miliknya dengan berkata: “Saya cakap ni bukan nak populariti atau apa, saya nak kepada pihak yang mengendalikan Liga Malaysia?
“Adakah patut atau tidak setiap pasukan memerlukan khidmat 15 pemain import seramai 15 orang? Kenapa tak letak satu pasukan terus?
“Dalam bahasa kasar, kepala bana korang. Ini semua akan membuatkan pemain tempatan gali kubur dan tanam sendiri.
“Otak kamu pergi mana. Korang sanggup lihat pasukan Kedah, Perak dan Pahang tarik diri dari liga.
“Padahal pasukan ni adalah yang terbaik dengan rekod mereka. Disebabkan satu dua pasukan bermain di ACL, kamu lupakan pasukan yang naikkan nama Malaysia dulu.
“Liga Malaysia sekarang dijajah oleh pemain luar. Bagi pasukan yang ada duit bagus.
“Yang tak berada ada duit memang jahanam. Setakat main dengan ramai pemain import, hanya dua pemain tempatan tak payah bangga.
‘Selamat jahanam Liga Malaysia’
“Kamu hanya bangga dengan piala yang rekod dalam Malaysia. Maaf cakap selamat jahanam Liga Malaysia,” tegas Hardi Jaafar.
Tidak lama selepas itu, bekas pemain kebangsaan Malaysia itu meminta maaf di atas kenyataannya yang agak emosi.
Dia berkata: “Assalamualaikum semua. Saya, Hardi Jaafar, mahu minta maaf di atas luahan perasaan saya selaku bekas pemain kebangsaan Malaysia dan rakyat Malaysia.
“Luahan saya hanyalah kata-kata tulus daripada seseorang yang sangat mencintai Malaysia.
“Sekali lagi, saya memohon maaf dengan sesungguhnya, sekiranya kata-kata saya telah melukakan hati sesiapa, ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak tertentu.
“Mungkin kata-kata saya kedengaran kasar, namun itu bukanlah niat sebenar saya dan bukanlah seperti yang mungkin ditafsirkan oleh orang lain.
“Pada hari yang mulia ini, saya dengan ikhlas memohon kemaafan sekali lagi. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Damailah Malaysia. Sayang Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang selalu terlupa nak buat workout di bahagian bawah badan iaitu paha dan betis hingga membentuk badan seakan-akan kon aiskrim. Atas tegap, tapi bahagian bawah keding!
So, MASKULIN nak share tip workout bahagian paha dan betis untuk pastikan resultnya mantap sepertimana yang telah anda lakukan pada bahagian atas badan. Ia juga boleh dilakukan tanpa menggunakan dumbbell.
Anda dinasihatkan untuk melakukan workout ini sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diimpikan.
Cari permukaan yang tingginya 4 inci dari tanah. Letakkan bahagian hadapan kaki dan tinggalkan separuh di bahagian belakang sedikit. Tekan tumit kaki ke bawah sebanyak 15-20 kali untuk lengkapkan 1 set. Ulangi sekurang-kurangnya 2 set.
Berdiri tegak dan majukan kaki kiri ke hadapan. Gunakan berat badan sebagai beban untuk menekan bahagian betis. Lakukan rutin ini sebanyak 15 kali untuk 1 set. Pastikan kaki anda turun 90 darjah untuk mendapatkan kesan yang mantap.
Mula-mula, turunkan badan kepada posisi workout out push up. Naikkan kaki kanan ke dalam secara 90 darjah. Selepas itu tukar kepada kaki kiri. Ulangi step ini dalam masa seminit dan kelajuannya mengikut kemampuan anda.
Senaman ini memfokuskan otot pada bahagian betis. Namun tanpa kita sedar, ia boleh membuatkan kita berpeluh seperti tengah melakukan workout kardiovaskular. Sebagai permulaan, anda boleh set kepada 1 minit seberapa banyak yang anda boleh lakukan. Cuba tingkatkan jumlah masa untuk hasil yang lebih memberangsangkan.
Perasan tak workout betis rasanya seperti anda sedang berlari? Untuk menutup sesi workout bahagian betis ini, anda mesti melakukan regangan bahagian bawah untuk meredakan semula otot yang sudah dilenjan sebelum ini. Ia juga penting untuk melindungi otot anda daripada kecederaan yang tidak diingini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.