Kecederaan ACL atau dipanggil sebagai “ligamen anterior cruciate” merupakan salah satu kecederaan yang paling biasa berlaku dalam sukan.
Ini terutamanya sukan yang melibatkan pergerakan cepat, pusingan dan perubahan arah yang mendadak seperti bola sepak, bola keranjang dan ski.
ACL merupakan ligamen yang menghubungkan tulang femur (paha) dengan tibia (betis) di lutut.
Foto : eCentral.my
Sendi lutut ini diselaputi kapsul dan distabilkan oleh beberapa ligamen yang penting iaitu ‘anterior cruciate ligament’ (ACL), ‘posterior cruciate ligament’ (PCL), ‘medial collateral ligament’ (MCL) dan ‘lateral collateral ligament’ (LCL).
Foto : eCentral.my
Kecederaan ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan memerlukan pemulihan yang panjang yang boleh menjejaskan aktiviti harian serta prestasi sukan.
Bagi pemain atau individu aktif bermain bola sepak, ia merupakan satu mimpi ngeri bagi mereka kerana kecederaan ACL ini banyak berlaku di kalangan atlet bola sepak.
Ads
PUNCA BERLAKU KECEDERAAN ACL
“Sebanyak 80% kecederaan ACL yang berlaku semasa bersukan terjadi bukanlah disebabkan oleh hentakan terus pada lutut (non-contact injuries).” – Physioworks, 2019.
Kecederaan ACL boleh berlaku akibat daripada pelbagai faktor antaranya:
Pergerakan Pusingan Mendadak
Kecederaan ACL sering terjadi apabila seseorang membuat perubahan arah yang mendadak, contohnya ketika seseorang cuba menggelecek bola sepak. Aktiviti sukan seperti bola sepak, bola keranjang, dan ragbi yang melibatkan lompatan dan pusingan adalah berisiko tinggi.
Foto : Sinar Harian
Hentakan atau Perlanggaran
Kadangkala, kecederaan ACL boleh berlaku akibat perlanggaran dengan pemain lain atau benda keras semasa bermain sukan.
Pendaratan Tidak Betul
Kecederaan ACL juga boleh berlaku ketika seseorang mendarat secara tidak betul, terutama selepas melompat atau menyentuh permukaan keras. Ini boleh memberi tekanan yang tinggi pada ligamen ACL.
Kelemahan Otot dan Ketidakseimbangan
Kelemahan otot-otot di sekitar lutut, terutamanya quadriceps dan hamstrings, boleh meningkatkan risiko kecederaan ACL. Otot yang lemah kurang mampu memberikan sokongan kepada ligamen ACL semasa aktiviti sukan.
RAWATAN SELEPAS KECEDERAAN
Foto : Physiomobile
Rawatan Segera (Peringkat Awal)
Setelah kecederaan ACL berlaku, langkah pertama yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan bengkak dan mengawal kesakitan adalah :
Ads
Rehat : Mengelakkan aktiviti berat yang boleh memburukkan lagi kecederaan.
Ais : Meletakkan ais pada lutut yang cedera untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan. Gunakan ais selama 15-20 minit setiap 2-3 jam dalam tempoh 48 jam pertama.
Kompresi : Menggunakan pembalut elastik untuk memberikan tekanan ringan pada kawasan yang cedera, tetapi pastikan ia tidak terlalu ketat.
Elevasi : Mengangkat kaki pada posisi yang lebih tinggi daripada paras jantung untuk mengurangkan pembengkakan.
Pemulihan Fasa Awal
Pada fasa pemulihan awal, tujuan utama adalah untuk mengembalikan mobiliti dan mengurangkan kesakitan contohnya :
Terapi Fisioterapi: Latihan untuk meningkatkan julat pergerakan lutut dan menguatkan otot sekitar lutut (hamstring, quadriceps). Terapi ini akan dijalankan oleh ahli fisioterapi dan melibatkan latihan berperingkat.
Foto : eCentral.my
Penggunaan Sokongan: Penggunaan pembalut atau penyangga lutut untuk memberi sokongan dan stabiliti pada lutut semasa aktiviti seharian.
Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk koyakan ACL yang lebih teruk atau bagi mereka yang ingin kembali ke aktiviti sukan yang intens.
Pembedahan ini melibatkan penggantian ligamen yang koyak dengan tisu transplant atau sintetik. Selepas pembedahan, pesakit akan menjalani proses pemulihan yang panjang, termasuk terapi fizikal dan latihan penguatan otot.
Kecederaan ACL memerlukan rawatan yang teliti dan berperingkat. Jika anda mengalami kecederaan ACL, pastikan untuk berunding dengan pakar ortopedik atau fisioterapis untuk menentukan rawatan yang terbaik mengikut keadaan anda. Cegah sekarang sebelum kecederaan menjadi lebih serius!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan di kalangan lelaki di antara masalah yang sering dirahsiakan mereka daripada orang lain adalah berkaitan dengan ‘prestasi’ hubungan intim bersama isteri.
Percaya atau tidak ramai lelaki yang berdepan masalah ini sering mencari penyelesaian yang tidak betul. Salah satu masalah yang sering menghantui kaum lelaki ialah ejakulasi pra-matang. Melakukan pelayaran tidak sampai dua minit sudah tertewas.
Ia bukan sahaja boleh menjejaskan keegoan atau keyakinan diri tetapi dalam jangka masa yang panjang merumitkan hubungan bersama pasangan. Mengamalkan gaya hidup yang sihat merupakan salah satu jalan atau solusi yang boleh membantu mengatasi masalah ini.
Selain melakukan senaman secara rutin, pengambilan jenis-jenis makan juga penting. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Dr Rauhana Ismail menerusi satu video hantarannya di laman media sosial. Menerusi video itu beliau menerangkan tentang lima jenis makanan terbaik buat lelaki tahan lama.
Jadi apakah makanan tersebut? Ikuti perkongsian di bawah!
TIRAM
Tiram memang dikenali sebagai sejenis makanan yang dianggap sebagai aphrodisiac semula jadi yang boleh membantu meningkatkan libido atau keinginan seksual. Ia kaya dengan zink yang merupakan salah satu mineral komponen untuk ‘air lelaki’ lebih berkualiti.
Siapa sangka buah yang sarat dengan air ini baik untuk lelaki. Paling penting anda perlu makan tembikai bersama empulur hijaunya kerana ia mengandungi citrulline yang juga dianggap sebagai viagra semula jadi. Jadi amalkan makan tembikai dalam diet anda ya.
BAYAM
Foto: Pexel
Sayuran hijau pekat seperti bayam mengandungi magnesium. Ia merupkan komponen yang sangat penting untuk kelajuan, kuantiti, kualiti ‘air lelaki’.
Ia juga merupakan mineral yang boleh membantu dan menyokong otot arteri atau pembuluh darah. Arteri mengangkut darah bersih dari jantung ke seluruh badan termasuklah ke bahagian sulit.
Buah yang banyak sekali khasiatnya. Untuk anda amalkan dengan meminum jus delima. Kisarkan buah delima sekali dengan bijinya kerana ia kaya dengan zink.
Delima juga kaya dengan iron atau zat besi. Selian itu ia mempunyai elemen antioksidan yang kata dan juga anti inflamasi. Delima juga bagus untuk tingkatkan prestasi lelaki ketika bersama pasangan.
Coklat di sini ialah dari jenis dark choco dari bentuk serbuk. Bukanlah coklat bar atau coklat biasa. Pilih coklat yang datang dalam bentuk serbuk yang asli dan pahit. Ia boleh trigger hormon gembira dikenali sebagai serotonin.
Ia juga mengandungi phenylethylamine yang boleh mencetuskan atau trigger hormon cinta. Sebab itulah coklat mampu merapatkan hubungan pasangan!
Semoga perkongsian kali ini boleh memberikan banyak manfaat untuk anda!
Sumber: Dr Raihana Ismail
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
8 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu dielakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.
Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri
Multi-color cool soft drink with straw on isolated white background
Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas. Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda seorang yang tak boleh nak kawal nafsu pemakanan? nak-nak bila KFC depan mata, mengundang kan? okay, cuba anda ikut petua ni, InsyaAllah boleh kawal nafsu pemakanan anda.
Makan awal
Makan setiap 3 – 4 jam. Ini adalah cara terbaik untuk kawal nafsu, kerana dengan kekerapan anda makan setiap 3 -4 jam, anda tidak memberI ruang untuk berasa lapar
Kerap Minum Air
Sepanjang Hari Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air kosong tidak mengandungi gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah. Minum masak dengan kerap agar anda kurang rasa lapar. serius, membantu.
Kunyah- kunyah secara sihat
Jenis yang kuat makan ni, mesti suka makan depan Tv kan? jadi, jika anda gemar mengunyah & makan ketika menonton TV pada lewat malam, sediakan snek yang sihat di rumah. Secara peribadi, saya memilih ‘carrot’. Bukan sahaja ranggup tetapi rendah kalori.
Jangan Mulakan Dengan Pencuci Mulut
Elakkan pencuci mulut ini sebagai permulaan hidangan, kerana gula dari pencuci mulut akan meningkatkan lagi selera makan anda. Sentiasa lah bermula dengan makanan yang lebih mengenyangkan (berserat & protein)
Kurang Kasih Sayang
Berapa banyak karektor dalam filem yang mengaitkan ais krim dan coklat setiap kali menghadapi kekecewaan dalam bercinta? Terlalu banyak, kan? Jadi carilah seorang kekasih dan cintai dengan sebaiknya agar dapat menstabilkan hormon dan emosi anda.
Kongsi makanan anda
Teringin merupakan perkataan yang paling susah nak elak. jadi, untuk menikmati makanan seperti donat, goreng pisang atau kerepek anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan. Amalkan pengambilan separuh,supaya anda tidak makan banyak. Dengan ini, dalam pada masa yang sama anda masih boleh menikmatinya tanpa perlu memakan dalam kadar yang banyak.
Sumber dari 45 tips kawal nafsu oleh Kevin Zahri
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.