Dalam dunia keibubapaan, tidak semua mampu menjadi guru, jurulatih dan inspirasi dalam satu masa.

Tapi itulah yang dibuktikan oleh seorang ayah luar biasa ini, yang bukan sekadar menyaksikan anak-anaknya membesar, malah membentuk mereka menjadi atlet bertaraf dunia dalam sukan pingpong seawal usia dua tahun!

Kini, salah seorang anaknya tersenarai dalam ranking ke-21 dunia bawah 11 tahun, satu pencapaian yang bukan calang-calang bagi seorang atlet muda dari Malaysia.

@era.je Pagi tadi 3 PAGI ERA call Encik Suhaidin, ayah kepada Habib & Radin, dua adik-beradik hebat yang dah mula pegang bat ping pong sejak umur 2 tahun! Power tau Encik Suhaidin ni latih anak-anak dia sampai masuk lists ranking dunia bawah 11 tahun. . Sekarang ni, 3 PAGI ERA nak ajak Habib & Radin friendly match, tapi rasanya diaorang kena masuk kelas dulu kot, risau kena tapau je dengan adik-adik ni 😂 #sharERA #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp ♬ Sports Background – Cassiopeia

Anak Kecil, Bola Kecil Tetapi Impian Besar

Semua bermula dari satu rutin kecil bermain bola pingpong di rumah.

Apa yang mungkin nampak seperti permainan biasa bagi orang lain, sebenarnya adalah proses membina asas disiplin, teknik dan mentaliti juara.

Si abang, yang kini berusia 10 tahun, mula dilatih sejak umur 2 tahun. Begitu juga adiknya yang turut menunjukkan potensi luar biasa.

Ads

“Kadang-kadang bila dapat satu, lepas tu terus masuk semua,” kata si ayah sambil ketawa, mengimbau saat-saat latihan anak-anaknya.

Bukan Ayah Biasa, Didikan Bapa Ini Bawa Anak ke Ranking 21 Dunia Pingpong!

Cabaran Ajar Anak Sendiri

Melatih anak sendiri bukanlah semudah yang disangka. Ia bukan sekadar soal teknik atau strategi, tapi juga emosi, kesabaran dan kepercayaan.

“Tak mudah ajar anak sendiri, tapi bila nampak mereka berjaya, semua penat hilang.” Akui si ayah yang kini juga bertindak sebagai jurulatih utama anak-anaknya.

Ads

Kini, salah seorang daripada mereka telah pun mencipta nama dalam ranking dunia bawah umur 11 tahun menduduki tempat ke-21 dunia.

Bukan itu saja, dua-dua anaknya telah pun mencatat ranking profesional, mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa.

Ads

Di sebalik ranking dan sorakan, terselit kisah kasih seorang ayah yang tak pernah berhenti percaya pada anak-anaknya.

Dan dalam dunia yang penuh cabaran ni, mungkin itu saja yang anak perlukan seorang ayah yang sanggup jadi pelatih, motivator, dan benteng terakhir bila semua orang lain belum nampak potensi kita.

Kerana kadang-kadang, kejayaan bukan bermula di gelanggang tapi di rumah. 🏓🇲🇾

Sumber : Tiktok era.je

BACA LAGI : Qawiy Kongsi Tips Kuatkan Hafalan Dengan Tinggalkan ‘Maksiat’

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI