
Seperti semua sedia maklum, sukan lasak seperti ragbi memang sinonim dengan pelanggaran antara atlet. Walaupun bersukan terbukti memberi banyak kebaikan kepada tubuh seperti menjadikan badan lebih cergas, otot dan tulang kukuh serta membantu kawalan berat badan, ada juga risiko tersembunyi yang tidak boleh dipandang ringan.
Antara risiko yang sering berlaku ialah kecederaan ketika berlaku rempuhan atau pelanggaran dalam permainan berintensiti tinggi. Persoalannya, bolehkah pelanggaran sebegini menyebabkan jantung berhenti secara tiba-tiba?

Punca Jantung Boleh Berhenti Akibat Pelanggaran
Pakar Jantung, Dr Onn Akbar Ali, pernah menjelaskan dua mekanisma utama yang boleh mengundang maut secara tiba-tiba ketika aktiviti fizikal lasak:
1. Direct Muscle Injury (Cardiac Contusion)
Apabila dada terkena impak besar – sama ada daripada pelanggaran atlet atau objek keras – otot jantung boleh rosak, saluran darah boleh koyak dan akhirnya mencetuskan serangan jantung. Keadaan ini sering dilihat dalam kemalangan motosikal, namun boleh juga berlaku dalam sukan ragbi atau tinju.
2. High Impact, Hard Object (Commotio Cordis)
Ini berlaku apabila objek keras melanggar dada dengan tepat pada waktu kritikal degupan jantung. Irama jantung jadi tidak stabil lalu berhenti secara mengejut. Kes seperti ini pernah berlaku dalam sukan bola sepak dan hoki – contohnya bola terkena tepat pada dada pemain.
Walaupun jarang berlaku (kurang 30 kes setahun dilaporkan di Amerika Syarikat), rekod National Commotio Cordis Registry menunjukkan lebih 220 nyawa telah terkorban sejak 1996 akibat keadaan ini.
@dronnakbarali Jantung boleh berhenti bila ada pelanggaran dalam sukan. #dronn #pakarjantung #kpjkajang #rugby #bolasepak ♬ original sound – DR ONN AKBAR ALI
Masih Boleh Diselamatkan
Individu yang terkena Commotio Cordis masih boleh diselamatkan jika rawatan kecemasan diberikan segera. CPR dan penggunaan Automated External Defibrillator (AED) terbukti meningkatkan kadar kelangsungan hidup. Sebab itu, kini banyak stadium dan gelanggang sukan mula menyediakan AED untuk kecemasan.
Siapa Paling Berisiko?
Lelaki di bawah umur 20 tahun
Atlet sukan lasak melibatkan objek keras (ragbi, hoki, futsal, tinju)
Mereka yang tidak menggunakan pelindung dada atau teknik yang betul
Jangan Lupa Faktor Kesihatan Lain
Menurut Dr Muhammad Imran Abdul Hafidz, Pakar Perunding Kardiologi Pantai Hospital Kuala Lumpur, risiko serangan jantung juga lebih tinggi jika individu ada faktor seperti:
Merokok
Berat badan berlebihan
Tekanan darah tinggi
Kolesterol tinggi
Sejarah keluarga penyakit jantung
Bersukan tetap memberi lebih banyak manfaat kepada jantung berbanding risikonya. Namun, lelaki aktif perlu lebih peka tentang keselamatan. Gaya hidup sihat, teknik permainan yang betul, pemakaian pelindung dada dan kesedaran mengenai CPR serta AED boleh menjadi garisan pemisah antara hidup dan maut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang


















