Nama Fathia dan Iqram terus menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.
Baru-baru ni, Hafiz Hamidun biarpun tidak menyebut nama Fathia, netizen mengandaikan nasihat Hafiz itu sebagai satu sindiran dan mendakwa tweet tersebut ditujukan kepada aktres itu berikutan tindakan yang dilakukan olehnya kepada Iqram.
Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia meninggalkan beberapa komen ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram miliknya. Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.
Tidak dapat dipastikan sama ada komen yang ditinggalkan oleh Fathia kepada Iqram berunsur gurauan atau serius.
Ads
Terbaru, penyanyi Hafiz Hamidun tampil memberikan komen mengenai isu tersebut secara umum menerusi laman Twitter . “Bunuh diri tu haram. Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran.
Ads
“What if orang yang kau suruh bunuh diri tu triggered dan betul-betul bunuh diri. Kau happy? Puas?
Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Hafiz itu dan berpendapat mereka yang mengalami tekanan mental berkemungkinan akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya apatah lagi jika ada pihak yang seakan “memberi dorongan” kepada perkara negatif.
Ada pepatah mengatakan, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kalau hendak bergurau haruslah kena pada tempatnya dan jangan memperlekehkan masalah jiwa seseorang. Jika terjadi perkara yang buruk, penyelasan Fathia tidak ada gunanya lagi.
Sumber : Beautifulnara
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Diet pemakanan dan senaman masing-masing mempunyai tujuan dalam menurunkan berat badan.
Diet dan senaman adalah dua tonggak kuat dalam skema gaya hidup sihat. Namun kedua-duanya mempunyai peratusan yang berbeza dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan atau menjaga kesihatan.
Dalam satu penyelidikan menunjukkan bahawa apa yang kita makan biasanya akan mengalahkan aktiviti fizikal kita. “Bahkan, jika anda tidak bersenam, namun anda makan dengan baik, maka tubuh anda boleh dilihat seperti atlet dan sihat,” kata Todd Astorino, ahli sukan dari University of California. Sebaliknya, jika diet yang kita jalani buruk, maka tidak ada satu jenis latihan pun yang boleh membantu kita untuk memperbaiki tubuh.
Itulah sebabnya, bila ‘cita-cita’ kita adalah menurunkan berat badan, maka mulakan dengan mengawal dan mengatur suapan makanan. Mengurangkan pengambilan kalori lebih efektif untuk melawan kegemukan dibanding meningkatkan frekuensi senaman. Kunci melawan kegemukan pada dasarnya adalah jumlah kalori yang dibakar harus lebih besar daripada yang diambil. Sebagai gambaran 3,500 kilo kalori sama dengan 0.45 kg lemak. Jadi, bila anda ingin mengurangkan lemak 0.45 kg setiap minggu, maka anda perlu mengurangkan 500 kilo kalori daripada menu makanan anda setiap hari.
Meskipun demikian, bukan bererti senaman tidak ada dalam kamus menurunkan berat badan. Sebab, diet bermati-matian tanpa diiringi dengan aktiviti fizikal maka tidak akan mendapatkan hasil yang optimum. Dengan bersenam, lebihan lemak yang tidak boleh dikurangkan daripada diet boleh dibakar dengan kegiatan yang positif. Selain itu, senaman rutin juga akan membuat berat badan lebih stabil dan tubuh lebih bugar. Senaman tubuh yang dilakukan juga akan menyihatkan jantung, melancarkan peredaran darah, dan memperbaiki mood. Penelitian terbaru juga menyebutkan banyak bergerak boleh mengurang nafsu makan.
Bukan itu sahaja, penyelidikan juga menunjukkan orang yang kerap bersenam mempunyai berat badan lebih stabil. Sementara itu, mereka yang hanya mengharapkan diet saja memang boleh menurunkan badan secara drastik, tetapi setelah dietnya berhenti, tubuh pun boleh kembali gemuk. Idealnya, perbaiki pola makan anda terlebih dulu. Anda perlu disiplin pada diri sendiri dan memilih makanan yang tepat untuk tubuh anda. Setelahnya baru gabungkan dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang teratur.
TIDAK SEMUA KAUM LELAKI MENYUKAI PERUT BUNCIT. SELAIN MEROSAKKAN PENAMPILAN, LEMAK YANG BERTIMBUN DI DALAM PERUT JUGA SANGAT BERBAHAYA PADA KESIHATAN. UNTUK ITU SEGALA CARA DILAKUKAN UNTUK MENJAGA BENTUK TUBUH KEKAL RAMPING. LANGKAH APA YANG HARUS DILAKUKAN SUPAYA TERHINDAR DARIPADA MASALAH PERUT BUNCIT?
Hindari minuman bersoda
Selain tinggi kalori, minuman bersoda juga tidak memberikan rasa kenyang, sehingga anda akan terdorong untuk terus meminumnya. Hal ini juga berlaku untuk soda diet, meskipun ada tambahan label diet, tetapi kandungan gula dan kalori di dalamnya tetap tidak baik terutama untuk penghidap diabetes.
Pengambilan walnut
Masukkan kacang walnut atau almond ke dalam menu diet anda. Selain rendah kolestrol, walnut juga mengandungi lemak tak tepu, yang akan membantu mengurangkan pengeluaran lemak jahat (LDL) dalam tubuh. Walnut juga boleh diambil untuk mengatasi masalah sembelit. Tapi jangan diambil secara berlebihan, minimum satu genggam kacang sahaja pada menu diet anda.
Tambahkan cili pada makanan
Cili dapat membantu tubuh membakar jumlah kalori yang setara dengan berjalan kaki selama 20 minit. Cili juga memiliki kemampuan untuk meningkatkan pencernaan dan meningkatkan penyerapan nutrisi daripada makanan. Lapisan luar biji cili juga mengandung fitonutrien yang memecahkan sel-sel lemak.
Rutin bersenam
Lakukanlah latihan fizikal secara rutin untuk membakar lemak tubuh. Anda dapat melakukan latihan seperti kardio, tekan tubi atau berenang. Acara senaman tersebut dapat membakar lemak perut dengan cepat. Sangat disarankan untuk melakukan tekan tubi ketika bangun dan sebelum tidur, agar hasilnya lebih maksimum.
Makan sedikit tapi kerap
Makanlah lebih kerap tetapi dalam jumlah yang kecil atau sedikit. Dengan makan sedikit tapi kerap maka perut anda tidak akan sempat merasakan lapar. Makan lebih kerap juga efektif untuk meningkatkan metabolisme tubuh sehingga anda boleh membakar kalori lebih banyak sepanjang hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KENAPA SUAMI ORANG JUGA PEREMPUAN TERKEJAR-KEJAR. SERONOK SANGAT KE GANGGU RUMAH TANGGA ORANG LAIN?
SI MAKCIK ITU JANDA
Kalau korang tengok drama-drama bersiri tipikal melayu. Asal ada si Janda yang berdressup maut je dalam kampung, mesti semua isteri dalam kampung tu tak akan senang duduk. Agak-agak korang kenapa? Ya, janda adalah lebih banyak pengalaman berbanding si anak dara? Sebenarnya ia lebih kepada perlakuan, layanan dan kegedikkan. Kenapa janda diaktakan suka kacau suami orang?
First, yeah they are good at sex since mereka pakar makan jamu, lama makan garam dan sebagainya. Tak seperti, si anak ‘dara’ yang tak berminat pun nak makan jamu even dah dua tahun berkahwin. Yang 10 tahun ‘kahwin’, tetapi baru 1 tahun nikah tu jangan tanya ah pasal jamu. Sure mereka tak sentuh.
Seterusnya layanan. Yang dah berpengalaman kahwin ni, kurang sifat merajuk terpekik terlolong sambil jerit. Biasanya janda ni tahu bila dia nak mengalah. Dia juga boleh kawal suami dia dan suami dia boleh kawal dia. Ada match bak kata orang. Tapi kalau anak ‘dara’, sikit-sikit nak ikut cakap dia. Tak matang langsung.
DAH KAHWIN = KEWANGAN STABIL = SECURE.
Perempuan sekarang tahu dia masih bergetah, “Im hot, Im sexy, Im fabulous. I should be rich.” Ya, rich. Rich dengan duit orang lain. Orang muda pun ramai yang kata-kaya. Nak-nak anak datuk. Tapi kenapa still nak yang berkahwin? Ya, sebab yang berkahwin, mostly boleh terus ajak berkahwin dan ada pengalaman memberi komitment terhadap seseorang. So, secure. MAKIN TUA, MAKIN HANDSOME
Lelaki berjambang lagi hot dari lelaki tak ada janggut? Semakin tua, makin bergaya? Semakin di minati? Semakin macho? Semakin matang? Contohnya, Robert De Nero. Horatio Caine (David Caruso) dan macam-macam lagi lah. Bak kata orang, lelaki, makin lama makin berharga. Perempuan makin lama makin… erm… errrr… antik. Lagi pun, men’s life start at 40 kan?
Sama juga macam di kolej. Market lelaki vs market perempuan. Semakin senior si lelaki, semakin tinggi market. Semakin senior si perempuan, semakin kurang market nya. Kan? Perempuan amat-amat tertarik dengan lelaki yang matang. Even lelaki tak handsome dan muka pelik serta tua, tetapi kejantanan dan kematangan lelaki memang akan buat perempuan tertawan.
LELAKI MAKAN LUAR
Why lelaki makan luar?
LELAKI YANG DAH KAHWIN TAHU NAK KASI ‘PANDANGAN MEMBARA’
Ini lagi satu salah lelaki. Lelaki bila dah kahwin, dia automatik tahu cara nak tackle, layan dan belai si gadis. Si gadis pula, punya lah naif dan lurus, terus cair. Lelaki yang dah berkahwin, amat jauh bezanya dengan lelaki yang belum kahwin. Seseorang yang dah kahwin, biasanya ada sifat sabar yang tinggi. Sifat matang yang kental dan pandai memberi pandangan serta nasihat yang amat lain. Which is, tak ada kat lelaki muda-muda. Sebab itu ramai wanita terpikat.
Olahan : theotherkhairul.blogspot
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti ramai kurang mengetahui kewujudan rongga Nasofariks yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Namun angkara kandungan garam berlebihan boleh menyebabkan kanser dan seterusnya membawa maut jika tidak dikesan dan diubati dengan segera.
DI MANA NASOFARIKS?
– Nasofarinks satu bahagian agak terlindung dalam struktur yang terdapat di kepala manusia. Ia adalah kawasan yang terletak di bahagian belakang rongga hidung seseorang. Sebahagian daripada farinks iaitu saluran pernafasan paling atas.
Penghubung antara rongga hidung dengan saluran pernafasan yang lain. Dalam keadaan normal, udara yang disedut sewaktu pernafasan akan masuk melalui hidung dan melalui Nasofarinks sebelum dihalakan ke Orofarinks, Larinks, Trakea dan sistem Bronkus yang meneruskan pengaliran udara ke paru-paru.
KETUMBUHAN TERSEMBUNYI
Kanser Nasofarinks jarang berlaku dan jika ia berlaku hanya pada kadar rendah berbanding dengan kanser-kanser lain di seluruh badan manusia. Gejala berdengkur, sakit tekak, jangkitan pada telinga atau kurang pendengaran yang berlaku pada salah satu bahagian telinga antara masalah yang sering terjadi.
Kanser jenis ini bermula dari satu bahagian dalam Nasofarinks yang dikenali sebagai Fossa of Rosenmuller (FOR). Bahagian ini terletak di sebelah bukaan tiub Eustachian yang turut terdapat di dalam Nasofarinks.
GARAM BERLEBIHAN
Pengambilan makanan tinggi kandungan garam seperti ikan, telur atau sayur masin secara terus-menerus dalam jumlah banyak dan dalam jangka masa panjang boleh memberi risiko berlakunya kanser Nasofarinks atau Nasopharyngeal Carcinoma.Ini disebabkan kandungan zat Nitrosamin yang terdapat dalam makanan tersebut mampu mengaktifkan virus Ebstein Barr sehingga menimbulkan masalah pada bahagian Nasofarinks.
GEJALA
HIDUNG- Saiz ketumbuhan yang membesar akan mengakibatkan pernafasan menjadi tersumbat. Ini akan menyebabkan seseorang itu bernafas melalui mulut dan mula berdengkur sewaktu tidur.
TELINGA- Eustachian di dalam Nasofarinks berfungsi untuk memberikan pengudaraan dan ventilasi pada telinga tengah manusia. Pengudaraan ini amat penting bagi memastikan telinga tengah mempunyai tekanan sama seperti tekanan di telinga luar (tekanan atmosfera).
Apabila Nasofarinks terjadi, maka bukaan ini akan tertutup atau terganggu fungsinya. Ini akan menyebabkan rembesan telinga tengah tidak dapat keluar, pengudaraan tidak dapat berlaku dan seterusnya mengganggu proses pendengaran.
KESAN SARAF
Lokasi Nasofarinks berada begitu hampir dengan struktur mata dan lantai otak (skull base). Kanser di kawasan ini boleh memberikan kesan terhadap saraf-saraf di sekitar atau melalui kawasan yang berhampiran dengannya.
RAWATAN
Sekiranya mempunyai tanda-tanda tersebut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengesahan selanjutnya. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap terutamanya endoskopi pada bahagian hidung untuk melihat kawasan Nasofarinks yang tersembunyi ini. Jika terdapat perkara yang mencurigakan, biopsi untuk mengambil sampel tisu di bahagian FOR akan dilakukan. Ia akan dibuat dengan kaedah bius yang efektif dan mudah.
Patut tahu
-Dilaporkan seorang dalam 100,000 orang penduduk di seluruh dunia menghidap ketumbuhan tersembunyi ini. Lebih banyak berlaku di negara China dan negara-negara sekitarnya yang mempunyai peratusan penduduk berbangsa Cina tinggi.
-Negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai risiko dalam kadar pertengahan.
-Kanser Nasofarinks lebih banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadar itu meningkat selepas berusia 30 tahun dan kemuncaknya pada lingkungan usia 40 hingga 49 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas membawa pengalaman marathon lebih lengkap ke SCORE Marathon 2026 menerusi House of Fast, Recovery Zone dan pelbagai ganjaran eksklusif untuk komuniti pelari.