[ File # csp11312209, License # 3336903 ]
Licensed through http://www.canstockphoto.com in accordance with the End User License Agreement (http://www.canstockphoto.com/legal.php)
(c) Can Stock Photo Inc. / diego_cervo
Siapa kata bau kaki itu perkara kecil? Kamu banyangkan jika orang lain buka kasut dihadapan kamu dan nah! Meloyakan! Tak lalu nak bernafas. Bau kaki juga melambangkan kesihatan tubuh seseorang itu. Jadi jika kaki kamu berbau busuk yang teramat, ini langkah untuk mencegahnya.
1, PILIHAN STOKIN YANG TEPAT
Seperti yang kita tahu, kaki berbau disebabkan peluh yang berlebihan di kaki. Jadi kami sarankan untuk sentiasa sarungkan stokin dan pastikan stokin itu dari nilon dan kapas. Nilon dan kapas membantu untuk memberi ruang dan menyerap peluh. Jika kamu benar-benar adal masalah kronik tentang peluh di kaki, lebih bagus jika kamu bawa stokin extra jadi boleh bertukar ganti jika kamu tidak rasa selesa.
2. RENDAMAN CUKA
Ads
Cuka bukan sahaja mampu membuang kulit mati di tapak kaki, malah ia juga membantu untuk menghilangkna bau kaki. Cara terbaik adalah dengan merendam kaki anda selama seminggu hingga ke dua minggu. Rendamkan kaki anda selama 30 minit. Pasti berkesan.
3. RENDAMAN AIR GARAM
Ads
Selain cuka, garam antara pilihan lain untuk menggantikan cuka. Tetapi, jika anda menggunakan garam, anda harus merendam kaki anda selama 20 minit. Seperti mana cuka, garam juga oleh menghilangkan kelembapan pada kaki khusunya tapak kaki.
4. SEMBURAN TEPUNG JAGUNG
Ads
Mungkin anda semua mengetahui tentang semburan disinfectant yang mampu membunuh bakteria. Namun, ada lagi cara lain untuk anda membunuh bakteria dengan menggunakan semburan tepung jagung. Selain menjimatkan kos, ia juga mampu untuk mengawal bau kaki dan meresap kelembapan kaki anda. Lebih berbaloi! Cara lain anda boleh taburkan tepung jagung pada bahagian dalam kasut.
5. AIR REBUSAN TEH
Asid dalam teh mengecilkan liang roma pada kaki dan sekali gus membantu untuk mengurangkan peluh. Selain itu ia juga membantu untuk bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluruh negara berduka cita sejak malam semalam dengan berita kematian ahli bomba yang dianggap wira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim. Pemergiannya selepas berjuang selama tiga minggu di Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan rapi sangat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
Adib yang mengalami cedera parah akibat dipukul ketika berlakunya rusuhan di sekitar Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu. Tragedi yang meragut nyawa anggota bomba berusia 24 tahun ini telah menimbulkan kekecewaan, kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan orang awam.
Pada tengahari tadi jenazah Adib yang dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk disemadikan. Kira-kira seribu orang awam datang menziarahi majlis pengebumiaan tersebut. Suasana pilu jelas terpancar di setiap wajah hadirin yang hadir.
Jenazah Adib yang diterbangkan dengan menggunakan helikopter di Pangkalan Udara JBPM Subang turut menerima penghormatan terakhir daripada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Ali.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melahirkan rasa takziahnya kepada keularga Adib dan meminta mereka untuk bersabar bagi menempuhi cabaran ini.
Mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pula merayu agar semua rakyat Malaysia untuk menghormati Adib yang digelarnya Wira Negara. Beliau juga meminta agar rakyat Malaysia bersabar dan tidak mencetuskan ketegangan di atas nama Adib.
Sementara itu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerusi kenyataan medianya memaklumkan bahawa seluruh rakyat negeri Selangor berdukacita dengan tragedi yang menimpa Adib.
Berikut merupakan reaksi daripada beberapa pemimpin di laman media sosial.
Sejak semalam juga #Justice4Adib telah menjadi tanda pagar paling tular di Twitter. Rata-rata pengguna laman media sosial menyeru kerajaan dan pihak berkuasa untuk mendapatkan keadilan untuk Adib.
Mereka juga tidak mahu keadilan ini dilengah-lengahkan dengan pelbagai retorik sama ada politik, perkauman atau kepetingan politik.
Kami di MASKULIN ingin sekali lagi mengambil kesempatan mengucapkan takziah buat keluar Muhammad Adib Mohd Kassim dan seluruh warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Sesungguhnya kita telah kehilangan seorang pejuang keamanan muda dan berbakti untuk negara yang tiada nilainya.
Semoga keadilan untuk Adib akan ditegakkan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Akibat sikap tidak bertanggungjawab dengan menunggang motosikal melawan arus, seorang penunggang motosikal yang lain telah mengalami kemalangan dan kehilangan nyawa.
Sebuah video telah tular semalam menunjukkan satu kemalangan yang cukup menyayat hati bagaimana seorang penunggang motosikal Ducati telah mengalami kemalangan akibat terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE).
Dalam kejadian yang berlaku pada 1.05 tengahari tersebut, mangsa telah mengelak sebuah motosikal lain yang memandu melawan arus. Susulan daripada itu dia dilihat hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh penghadang jejambat dan terjatuh ke bawah.
Mangsa yang mengalami cedera parah dipercayai maut di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas hasil siasatan awal diperoleh daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya.
Terdahulu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat memaparkan motosikal melawan arus tular di media sosial. Fenomena pengguna jalan raya yang seakan tidak ada akal dengan melawan arus ini bukanlah satu perkara baharu.
Rata-rata pengguna laman media sosial mengutuk keras sikap tidak bertanggungjawab penunggang motosikal yang melawan arus dan seterusnya menjadi punca mangsa hilang kawalan motosikalnya.
Sama ada penunggang motosikal atau pemandu kereta ia dapat dilihat berlaku setiap hari. Malah lebih mengharukan kemalangan maut melibatkan kes kemalangan akibat pemanduan melawan arus ini sering kita dengar.
Namun amaran keras pernah dilontarkan oleh Plis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadapmana-mana pemandu atau penunggang motosikal yang melakukan kesalahan melawan arus trafik.
Memetik satu perkongsian di FB rasminya, PDRM berkata, mana-mana pemandu dan penunggang yang melakukan kesalahan melawan arus trafik termasuk yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.
Ingatlah ya, corak pemanduan anda mampu mengubah segalanya. Usahlah ambil ringan dan tidak peduli keselamatan orang lain dan diri sendiri semata-mata nak cepat dengan memandu melawan arus.
Jangan jadi ‘pembunuh’!
Salam takziah MASKULIN ucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga di masa akan datang hukuman lebih keras dikenakan terhadap pemandu atau penunggang motosikal tidak bertanggungjawab seperti kejadian ini. Sama-sama kita ambil iktibar ya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman adalah selamat bagi kebanyakan individu untuk dijadikan amalan harian jika berasaskan prinsip senaman dan mengambil kira aspek keselamatan yang betul. Namun, bagi golongan berisiko, nasihat dan panduan dari mereka yang pakar haruslah diambil kira. Penilaian keselamatan untuk memulakan aktiviti senaman perlu dijalankan oleh semua golongan bagi memastikan manfaat yang maksimum dapat diperoleh dari aktiviti tersebut.
Dalam buku panduan ujian dan preskripsi senaman terbitan AmericanCollegeofSportMedicine edisi ke sembilan, penilaian risiko penyakit jantung oleh mereka yang berkelayakan perlu dibuat sebelum memulakan senaman. Selain itu, pemeriksaan perubatan, termasuk ujian tekanan juga diperlukan bagi memastikan senaman itu tidak membahayakan.
Ini khususnya bagi mereka yang mempunyai risiko seperti penyakit jantung. Namun, bagi mereka yang tidak berpenyakit, sekurangnya-kurangnya penilaian kendiri harus di lakukan. Satu cara menilai aspek keselamatan diri untuk melakukan senaman adalah berdasarkan soal selidik yang dinamakan borang Soal Selidik Kesediaan untuk Beraktiviti Fizikal.
Soal selidik ini bertanyakan jika seseorang itu;
Berdasarkan soalan – soalan tersebut, individu yang menjawab ‘ya’ untuk mana-mana soalan haruslah merujuk kepada pakar perubatan sebelum melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Namun, aktiviti fizikal masih boleh diteruskan secara beransur – ansur dari peringkat rendah atau aktiviti yang selamat mengikut panduan dan nasihat pakar. Jika mereka menjawab tidak bagi semua soalan tersebut, aktiviti fizikal adalah selamat untuk dimulakan.
Selain soal selidik yang di bina oleh Canadian Society of Exercise Physiology seperti di atas, satu borang soal selidik lain yang sering digunakan untuk tapisan keselamatan bagi individu yang ingin memulakan gaya hidup aktif adalah soal selidik yang di bina oleh American College of Sport Medicine dan American Heart Association.
Soal selidik ini terbahagi kepada beberapa bahagian dengan soalan-soalan yang khusus iaitu sejarah dan latar belakang diri, gejala penyakit jantung, lain-lain isu kesihatan dan faktor risiko masalah jantung.
Dalam bahagian sejarah, individu di tanya sama ada pernah
1.Mengalami serangan jantung
2.Menjalani pembedahan jantung
3.Menjalani prosedur mendiagnosis atau merawat masalah jantung dengan memasukkan tiub halus melalui arteri atau vena.
4.Angioplasti koronari (prosedur membuka salur darah yang tersumbat)
5.Menggunakan pacemaker
6.Mempunyai masalah injap jantung
7.Kegagalan jantung
8.Pemindahan jantung
9.Masalah jantung bawaan
Dalam bahagian gejala pula, soalan yang ditanya adalah berkenaan;
1.Ketidakselesaan bahagian dada apabila menggunakan tenaga
2.Mengalami sesak nafas tanpa sebab yang munasabah
3.Mengalami pening-pening, pengsan dan tidak sedarkan diri
4.Mengalami bengkak di bahagian buku lali
5.Mengalami kadar degupan jantung yang laju dan tidak selesa
6.Mengambil ubat untuk jantung
7.Selain sejarah dan gejala, soal selidik ini turut mengumpulkan maklumat berkenaan masalah kesihatan yang lain seperti
8.Mengalami kencing manis
9.Mempunyai penyakit lelah atau penyakit berkaitan paru-paru
10.Mengalami rasa kejang di bahagian kaki apabila berjalan
11.Mempunyai masalah otot dan tulang yang menghalang dari melakukan aktiviti fizikal
12.mempunyai kebimbangan berkaitan aktiviti fizikal dan senaman
13.Mengambil ubat – ubatan
14.Hamil
Jika seseorang menjawab ‘ya’ untuk mana-mana soalan di atas, nasihat dan panduan dari pakar perubatan harus diperoleh sebelum memulakan aktiviti senaman.
Bahagian terakhir soal selidik Health/Fitness Facility Preparticipation Screening Questionniare ini memberi tumpuan kepada aspek faktor risiko serangan jantung seperti yang di ulas minggu lepas. Ini termasuk,
1.Berumur 45 tahun ke atas,
2.Wanita berumur 55 tahun ke atas,
3.Perokok atau mereka yang baru berhenti merokok dalam tempoh enam bulan,
4.Mempunyai tekanan darah tinggi melebihi atau di tahap 140/90 mm hg yang diukur pada dua masa yang berlainan,
5.Mengambil ubat tekanan darah tinggi,
6.Tahap kolesterol melebihi 5.172 mmol/l,
7.Tidak mengetahui tahap kolesterol diri
8.Mempunyai ahli keluarga dekat lelaki atau wanita yang pernah mengalami serangan jantung atau mati disebabkannya sebelum umur 55 tahun (bapa atau saudara dekat lelaki) dan 65 tahun (ibu atau saudara dekat wanita).
9.Tidak aktif secara fizikal atau mempunyai penglibatan yang kurang dari 30 min sekurang-kurannya tiga hari seminggu
10.Tahap BMI 30 kg/m2 atau lebih
11.Mempunyai pra-diabetes
12.Tidak tahu jika diri mempunyai pra-diabetes
13.Jika individu menjawab ya bagi dua atau lebih perkara–perkara ini, pakar perubatan patut dirujuk sebelum memulakan aktiviti fizikal dan senaman.
Penilaian kendiri berkenaan keupayaan diri dan juga pengetahuan berkenaan perkara–perkara yang boleh mendatangkan bahaya semasa aktiviti senaman dapat membantu individu untuk menjadikan senaman sebagai satu aktiviti yang selamat dan bermanfaat. Dua rujukan ini boleh dijadikan panduan untuk menilai tahap keselamatan untuk melakukan senaman. Namun, perlu ditekankan bahawa jawapan‘ya’ kepada mana-mana soalan di atas tidak bermaksud aktiviti fizikal dan senaman tidak boleh dilakukan.
Sebaliknya, nasihat dan panduan dari pakar yang berkenaan harus diperoleh bagi memastikan senaman adalah selamat untuk di jalankan. Selain itu, walaupun soal-selidik diatasi boleh digunakan untuk penilaian kendiri, nasihat dan panduan dari mereka yang berkelayakan patut dirujuk jika ada kesangsian berkenaan keselamatan diri untuk memulakan senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang