Sebenarnya sudah acap kali MASKULIN perkatakan tentang senaman plank. Namun pernahkah anda lakukan cabaran plank setiap hari selama tiga minggu?
Perkara baik tidak salah untuk kita selalu kongsikan bersama. Apatah lagi jika ia dilakukan dengan teknik dan objektif berbeza. Kali ini MASKULIN ingin tunjukkan beberapa teknik dan rutin senaman plank tiga minggu yang mampu bantu anda ‘ghaibkan’ lemak perut.
Siapa sangka senaman yang dengan menahan badan dalam posisi melintang dengan menahan tangan mampu melakukan semua ini. Apa tidaknya, plank membuatkan teras badan menjadi lebih keras dan bekerja keras.
MASKULIN kongsikan tip senaman plank untuk anda lakukan selama tiga minggu atau 21 hari berturut-turut. Setiap satu minggu memberikan kesan serta impak berbeza buat anda.
Pelan aksi untuk melakukan senaman ini bergantung kepada teknik dan juga tempoh masa. Berikut pelan senaman yang boleh anda ikut:
Minggu 1: Mulakan dengan 20 saat dan dinaikkan sehingga 60 saat
Minggu 2: Perlahan-lahan naikkan dari 60 ke 90 saat.
Mulakan hari pertama rutin senaman dengan melakukan forearm plank. Letakkan tangan anda di atas lantai dan selarikan tangan hingga siku di bawah bahu. Pastikan tangan anda berada pada kedudukan selari dengan badan kira-kira pada kelebaran bahu.
Ads
Untuk lebih selesa anda boleh genggam kedua belah tangan semasa melakukan. Amat penting juga untuk anda tetapkan kedudukan kepada selari dengan tulang belakang. Lakukannya selama 20 saat.
Selepas selesa dengan forearm, anda boleh ubah dengan melakukan single-leg plank. Ia boleh dilakukan dalam kedudukan sama cuma sebelah kaki diangkat. Di akhir minggu pertama selang-selikan senaman sehingga mencapai 30 saat.
Ingat, jangan memaksa diri dan berehatlah seketika dengan meletakkan lutut di atas lantai untuk beberapa saat.
Mulakan hari pertama minggu kedua dengan melakukan standard plank. Letakkan kedua tangan di bawah bahu dengan kedua kaki di atas lantau. Kuatkan teras perut untuk menstabilkan badan. Dalam masa yang sama betulkan kedudukan tulang belakang dan juga leher. Tahan kedudukan ini selama 10 saat.
Kemudian bengkokkan siku sebelah kanan dan letakkannya di atas lantas. Ulang dengan siku sebelah kiri. Selepas itu kembali kepada kedudukan asal. Secara beransur tingkatkan masa plank anda dari 60 kepada 90 saat.
MINGGU KETIGA
Untuk minggu terakhir, selang-selikan melakukan forearm dan dolphin plank. Senaman ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh gerakan senaman yoga. Ia mampu menguatkan kekuatan teras badan, perut dan juga bahu.
Ads
Mulakan dengan melakukan forerm dan angkat pinggul ke atas sehingga badan membentu ‘V’. Kemudian kembali kepada forearm plank yang asal. Lakukannya sebanyak 15 kali.
Selepas semakin selesa, ulang senaman di atas yang dimulakan pada masa 90 saat kepada 120 saat pada hari yang ke-21.
Semoga tip senaman selama 21 hari ini mampu membantu anda membakar lemak degil yang berkampung di bahagian perut.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hajat di hati mahu kurus tapi tak sedar rupanya masih tidak boleh tinggal tabiat buruk. Patutlah berat susah nak turun. Sebenarnya nak buang lemak dalam badan ini impaknya macam korang pergi berperang. Punyalah susah tapi kalau ada kesungguhan nampaklah hasilnya nanti.
Ternyata lemak antara kandungan di dalam badan yang sukar untuk dihapuskan. Ditambah lagi dengan rutin dan tabiat buruk yang korang lakukan setiap hari, makin bertimbunlah lemak di dalam badan.
Macam-macam cara korang dah cuba tapi masih tak kurus-kurus. Mungkin 6 tabiat buruk ini menjadi punca berat korang susah nak turun. Check it out!
1. Selalu stres
Hormon kortisol yang keluar ketika stres boleh merangsang nafsu korang makan lebih banyak. Bila stres, hormon ni akan melambatkan lagi metabolisme dan membuatkan lemak dalam perut makin terkumpul. Chill bro, jangan stres stres!
2. Selalu berjaga malam
Berjaga malam memang ramai yang lelaki suka. Ada kajian mendapati, kurang tidur boleh meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon kenyang. Malah kajian juga membuktikan, tidur kurang daripada empat jam sehari akan menyebabkan obesiti. Mana tak berat susah nak turun kalau dah malam-malam makan. Betul tak?
3. Banyak ambil makanan masin & berlemak
Makanan berlemak yang terkumpul dalam badan akhirnya boleh menjadi lemak degil. Garam yang diambil berlebihan pula boleh mengakibatkan hipertensi dan cecair akan terkumpul dalam badan. Kalau nak ikutkan selera tekak makan makanan yang sedap-sedap, alamatnya memang susahlah berat badan korang nak turun.
4. Makan tak kira tempat
Tabiat yang ini pun susah lelaki nak tinggalkan. Sambil tengok tv atau sambil mengadap komputer, sambil itulah korang sumbat makanan dalam mulut. Akhirnya tak sedar berapa banyak yang dah korang makan, selain korang tak dapat menikmati makanan dengan sebaiknya. Ini akhirnya membuatkan korang rasa lapar lagi walaupun korang sudah makan.
5. Malas nak bergerak
Bila perut sudah kenyang, mulalah korang malas nak bergerak. Apa salahnya sambil bekerja, korang lakukan senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Bukan lama pun, hanya ambil masa lima minit setiap satu jam. Kalau tak pun, selepas satu jam bangun dan berjalan sekitar pejabat. Sekurang-kurangnya korang boleh membakar kalori daripada duduk diam tak buat apa-apa.
6. Jarang ambil produk tenusu
Yogurt bebas lemak, keju atau susu sangat jarang lelaki makan jika nak dibanding dengan wanita. Korang perlu tahu, produk tenusu seperti ini mempunyai lemak yang rendah dan mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuh. Khasiat kalsium daripada susu mampu membakar lebihan lemak di tubuh. Jadi banyakkan minum susu lepas ni!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebanyakan lelaki mengidamkan dada yang berotot tetapi tidak mampu atau tidak ingin mengeluarkan duit yang banyak untuk ke gym.
Maskulin kongsikan kepada anda 5 senaman yang wajib anda lakukan jika ingin besarkan otot di dada.
1) Push Up
Push up akan menguatkan otot di dada. Caranya tolak badan ke bawah dan ke atas seperti biasa.
Jika anda melebarkan sedikit tangan, ia akan mengurangkan tekanan terhadap tangan dan lengan.
2) Chest Fly
Ada memerlukan 1.5 liter atau 5.5 liter botol berisi air.
Caranya memerlukan anda baring, pegang botol dengan tangan yang lurus serta pastikan keadaan botol itu dipegang dalam keadaan stabil.
Kemudian bawa tangan ke kiri dan tengah badan dan repeat selama 15 kali. Otot atas dada akan bekerja dan membentuk.
3) Decline Push Up
Ambil kerusi atau bangku di rumah, letakkan kaki anda di atas kerusi dan tapak tangan di lantai dan bawa badan ke bawah selama beberapa ketika dan bawanya ke atas semula.
4) Reverse Grip Push Up
Gunakan dua kerusi, letakkan tapak tangan anda di kerusi tersebut dan kaki di lantai. Tekan badan ke bawah dan kemudian tolak badan ke atas sebanyak 20 kali.
Dengan lakukan senaman seperti ini, bahagian atas dada akan rasa terbakar dan akan menguatkan lagi bahagian tersebut.
5) Underhand Front Raise
Senaman ini bagus untuk ‘Upper Chest’ dan ‘Inner Chest’ anda. Caranya genggam botol air 1.5 atau 5.5 litter dan gerakan ke atas dan ke bawah. Pastikan upper chest dan inner chest anda bekerja dan otot anda tertarik saat anda membuatnya. Lakukan selama 10 kali ulangan.
Semoga beberapa tip senaman di atas dapat membantu anda mendapatkan otot ‘upper body’ terutamanya di bahagian dada dan abdomen dengan lebih mantap!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk tip senaman menarik!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nampaknya acara larian kini kembali rancak dianjurkan di seluruh negara. Selepas kira-kira dua tahun terhenti akibat pandemik, kini aktiviti larian dilihat diadakan setiap minggu di pelbagai lokasi.
Ia pastinya berita yang cukup menggembirakan buat peminat larian. Salah satu jarak larian yang popular terutamanya di kalangan pelari kasual ialah 10 kilometer atau dikenali sebagai 10K.
Ia merupakan jarak pengenalan sebelum seseorang melakukan larian lebih jauh seperti half marathon. Larian 10k memerlukan anda untuk ada stamina, kesungguhan, motivasi diri serta persediaan fizikal yang baik.
Jadi buat yang baru ingin mencuba melakukan larian pada jarak ini, MASKULIN nasihatkan agar melakukan persediaan. Selain bersedia dari segi fizikal dan mental anda juga harus makan dengan cara yang betul.
DIET DAN AMALAN SEBELUM MELAKUKAN LARIAN 10K
Ingat, sasaran anda ialah menghabiskan larian pada jarak 10k dengan selamat dan selesa. Sebelum mulakan larian anda harus makan dengan betul. Ikuti beberapa tip daripada MASKULIN di bawah.
1.
Pastikan pada malam sebelum hari larian anda minum air dengan cukup. Pada sebelah pagi semasa buang air kecil perhatikan warnanya. Jika ia terlalu kekuningan itu bermakna anda sangat kekurangan air. Jauhi minuman yang boleh menyebabkan anda alami dehidrasi.
2.
Sebelum larian makanlah sedikit makanan berasaskan karbohidrat. Antara makanan yang boleh anda ambil ialah pasta, nasi, roti, bijirin dan kentang. Sedikit protein juga tidak mengapa namun jauhi makanan tinggi lemak seperti keju, pastri dan krim.
3.
Sebaiknya makanlah sebelum 2 hingga 3 jam sebelum anda mulakan larian. Menu yang anda boleh ambil adalah seperti yang kami kongsi di atas.
4.
Minum air secukupnya sebelum melakukan larian. Sebaiknya minum minuman sodium atau minuman mengandungi elektrolit. Badan anda memerlukan air mencukupi untuk menjalani larian sejauh 10 kilometer.
All the best buat anda yang ingin mencuba melakukan larian pada jarak ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.