
Anda mungkin sudah biasa dengan push-up klasik, tetapi tahukah anda ada pelbagai variasi yang boleh anda cuba untuk sasaran otot yang lebih spesifik?
Salah satu teknik yang paling efisien untuk membentuk otot dada yang mantap dan juga melatih lengan anda ialah close-grip push-up.
Teknik ini penting dalam rutin latihan anda kerana ia berkesan “mengepam” bahagian lengan. Jadi, adakah teknik push-up yang anda lakukan selama ini sudah betul?
KEDUDUKAN POSTUR BADAN
Sebelum anda memulakan senaman, ingatlah bahawa setiap pergerakan memainkan peranan yang sangat penting.
Ini lebih-lebih lagi apabila anda melakukan push-up. Memberikan perhatian kepada postur badan yang betul adalah aspek kritikal yang tidak boleh diabaikan.
Dengan postur yang tepat, senaman anda bukan sahaja akan menjadi jauh lebih efektif, malah anda dapat memastikan setiap usaha yang dicurahkan memberikan impak maksimum kepada otot yang disasarkan.
Jadi ikuti teknik yang betul dengan beberapa langkah seperti berikut:
1. Kedudukan Badan
Untuk melakukan tekan tubi yang baik anda pertama sekali perlu pastikan badan dalam plank form yang baik. Lebih lurus badan anda lebih banyak beban yang perlu diangkat.
Jadi mulakan dengan kedudukan badan atau plank lebih lurus, ketatkan bahagian perut dan pastikan ia kekal sepanjang senaman,
BACA: Buat Larian 10 Minit Sehari Mampu Jauhi Risiko Penyakit Kronik
2. Diamond Bukanlah Segalanya
Ramai orang suka melakukan push up dengan merapatkan kedua-dua belah tangan bersama dan melakukan bentuk ‘diamond’. Jangan lakukan perkara seperti ini. Otot trisep anda bertanggungjawab meregangkan tangan hingga ke bahagian siku.
Jadi apa yang perlu anda titik beratkan ialah memastikan kedudukan siku tidak terlalu rapat dengan bahagian dada. Set tangan anda sedikit rapat berbanding lebar bahu.
BACA: Bagaimana Melakukan Senaman Burpess Dengan Cara Betul Dengan Hasil Maksimum
3. Rapatkan Siku
Elemen paling penting dalam melakukan push up close grip yang berkesan ialah apa yang anda lakukan dengan bahagian siku. Untuk memastikan trisep melakukan press up dengan betul, anda perlu pastikan bahagian dada tidak terlalu terdedah dengan tekanan.
Ia boleh dilakukan dengan memastikan bahagian siku anda terletak rapat ke bahagian torso semasa merendahkan badan ketika melakukannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI