Tidak dinafikan bawang putih memang kaya dengan pelbagai khasiat. Selain dijadikan penyedap dalam masakan, bawang putih juga boleh membantu merawat pelbagai masalah kesihatan.

Bukan semua orang mampu untuk makan bawang putih mentah begitu sahaja kerana baunya yang cukup kuat, tidak kurang juga yang mengalami perut sebu dan pedih ulu hati.

Selain untuk merawat darah tinggi atau kolesterol, bawang putih juga boleh membantu merawat demam atau batuk. Namun ada cara terbaik yang boleh anda amalkan dengan bawang putih ini.

Zaharinah Hussin yang juga isteri kepada Dr Suri Roowi berkongsi petua Dr Suri Roowi, cara-cara menggunakan bawang putih untuk merawat demam atau batuk.

Jika makan ubat pun masih tidak berkesan, apa kata cuba pula petua mudah ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Saya tak boleh telan la bawang putih tu!

“Puan makan ke bawang putih nya tu? ”

“Iyerla”

“Laaaahaai. Petua yang Dr Suri Roowi share tu, bukan makan bawangnya, puan. Minum air nya jer.”

Ingat tu ya kawan-kawan. Kak Ina pun tak tahan makan bawang putih mentah tu. Perut jadi sebu. Rasa pijar kat ulu hati. Tak tau nak explain dengan perkataan yang tepat.

Namun, rasa tak selesa jadinya. Duduk salah. Baring salah. Macam susah nak nafas.😫

IKLAN

Uisshh. Memang tobatla. Tak nak dah makan bawang putih mentah cenggitu jek.🙅

Cara Rawat Demam & Batuk, Ketuk Bawang Putih, Biarkan 10 Minit & Masukkan Dalam Air Suam! – Dr Suri Roowi

Bukan makan tapi minum air bawang putih

So, mulai saat ni. Minum air nya jer.
Ulang lagi.
MINUM AIR BAWANG PUTIH nya jer.

IKLAN

Pastikan bawang putih tu diketuk, BIARKAN 10 MINIT, baru masukkan dalam 1 mug AIR SUAM.

Bila rasa macam nak demam atau batuk je, Kak Ina minum air bawang putih ni sikit-sikit. Minum sepanjang hari. Alhamdulillah. Tak sempat habis pun 1 mug air bawang putih tu, dah lega dah batuk tu. Atau demam tu.

Alhamdulillah. Anak-anak pun serasi. Apapun, semua tu pun hanya dengan izin Allah.

Oh ya, air bawang putihnya je kita kita minum, habis tu, bawang putih tu nak buat apa?

Uols fikir boleh buat apa ya?😊

#DrVeeFormula

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI