Jam dinding merupakan salah satu barang keperluan dalam rumah yang tidak hanya berfungsi untuk menunjukkan waktu tetapi juga sebagai hiasan.
Untuk memastikan jam dinding anda berfungsi dengan baik dan tahan lama, penting untuk mengetahui cara yang betul untuk menukar bateri jam tersebut.
Tapi tak pernah tahu pula rupanya tak semua bateri sesuai untuk jam dinding. Bateri ini ada jenis-jenisnya dan kena guna pada alat yang sesuai dengan kemampuannya. Dkongsi oleh Zulkifli Bin Ahmad, hari ini kita belajar ilmu tentang bateri.
Ilmu tentang bateri
Puas fikir pasal apalah jam dinding kat rumah selalu rosak. Rupanya selama ini, main letak sajabateri AA. Malam ni baru tahu.
Ads
1. Bateri Alkaline untuk kamera dan remote ( mahal, dan paling kuat ). Kalau letak pada jam, memang jam akan cepat rosak.
Perubahan cara kerja global dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah mengubah sepenuhnya keperluan teknologi di tempat kerja. Dengan semakin ramai organisasi beralih kepada model kerja hibrid, keperluan terhadap komunikasi yang jelas dan efisien kini menjadi lebih kritikal berbanding sebelum ini.
Menyedari perubahan ini, Jabra tampil memperkukuh portfolio mereka dengan pelancaran dua inovasi terbaharu, siri Jabra Evolve3 dan Jabra PanaCast Room Kit, yang direka khusus untuk menyokong ekosistem kerja moden.
Trend kerja fleksibel bukan lagi pilihan, tetapi sudah menjadi norma baharu di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Kajian global oleh Zoom menunjukkan bahawa 75 peratus pekerja merasakan perisian kerja jarak jauh mereka masih memerlukan penambahbaikan, manakala 72 peratus mahukan pelaburan lebih besar dalam teknologi baharu.
Dalam konteks ini, teknologi komunikasi yang stabil dan berkualiti tinggi menjadi elemen penting untuk memastikan produktiviti tidak terjejas.
Salah satu produk utama yang diperkenalkan adalah siri Jabra Evolve3, headset profesional generasi baharu yang direka untuk memenuhi keperluan pekerja hibrid.
Menurut kajian dalaman Jabra, sebanyak 83 peratus pekerja mendapati kualiti audio yang lemah memberi kesan negatif terhadap mesyuarat dalam talian.
Siri Jabra Evolve3 hadir dengan teknologi Jabra ClearVoice yang menggunakan kecerdasan buatan untuk memisahkan suara pengguna daripada bunyi latar belakang, sekali gus memastikan komunikasi lebih jelas tanpa gangguan.
Selain itu, ciri Adaptive Active Noise Cancellation membantu menapis bunyi persekitaran secara automatik, menjadikan pengalaman penggunaan lebih fokus sama ada di rumah, pejabat atau dalam perjalanan.
Dengan jangka hayat bateri sehingga 37 jam serta fungsi pengecasan pantas, Jabra Evolve3 direka untuk menyokong penggunaan sepanjang hari tanpa gangguan. Ini memberikan kelebihan besar kepada pengguna yang sering menghadiri mesyuarat berturut-turut.
Selain peranti audio individu, Jabra turut memperkenalkan PanaCast Room Kit, solusi video pintar untuk ruang mesyuarat moden.
Sistem ini dilengkapi teknologi video panoramik 180 darjah serta keupayaan multi kamera yang mampu mengesan dan memfokuskan individu yang sedang bercakap secara automatik.
Dengan konfigurasi fleksibel melibatkan satu hingga lima kamera, sistem ini boleh disesuaikan mengikut saiz dan keperluan bilik mesyuarat.
Audio yang disepadukan pula memastikan setiap suara dapat didengar dengan jelas, tanpa mengira kedudukan dalam bilik. Gabungan ini melengkapkan penggunaan Jabra Evolve3 dalam ekosistem kerja yang lebih menyeluruh.
Apa yang membezakan pendekatan Jabra adalah keupayaan mereka menggabungkan audio peribadi dan sistem video dalam satu ekosistem yang saling melengkapi.
Menurut kajian Jabra bersama London School of Economics, 60 peratus profesional menjangkakan interaksi berasaskan suara akan menjadi kaedah utama dalam penggunaan teknologi kerja dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Pengurus Negara Jabra Malaysia, Melvin Phun turut menegaskan bahawa organisasi memerlukan teknologi kolaborasi yang boleh dipercayai, fleksibel dan mampu berkembang mengikut keperluan, termasuk penggunaan peranti seperti Jabra Evolve3 dalam rutin harian.
Pelancaran Jabra Evolve3 dan PanaCast Room Kit bukan sekadar pengenalan produk baharu, tetapi satu langkah strategik dalam membentuk masa depan kerja.
Dengan gabungan teknologi AI, mobiliti dan kebolehsuaian, Jabra jelas memposisikan diri sebagai pemain utama dalam ruang kolaborasi digital.
Dalam dunia kerja yang semakin fleksibel, kelebihan sebenar bukan lagi sekadar berada dalam talian, tetapi sejauh mana komunikasi itu jelas, lancar dan efektif untuk menyokong produktiviti jangka panjang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JBL baru-baru ini mengeluarkan JBL Go 4, lanjutan kepada model Go 3 yang popular. Sebagai nama yang cukup besar dalam industri peranti audio, JBL dilihat cukup agresif dalam menampilkan pelbagai produk setiap segmen.
Jika anda seorang lelaki yang aktif dan suka mendengar muzik di mana sahaja, JBL Go 4 mungkin adalah speaker yang anda perlukan.
MASKULIN sendiri sempat mencuba menggunakan peranti audio ini selama kira-kira seminggu.
Apa yang menarik tentang JBL Go 4? Ikuti review ini.
JBL Go 4 mengekalkan konsep ultra-mudah alih seperti model terdahulunya. Dengan berat hanya kira-kira 450 gram, ia sangat ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.
Bahkan ia boleh dimuatkan dalam poket belakang seluar jeans atau digantung pada beg galas tanpa kesan rasa berat. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk lelaki yang gemar aktiviti luar seperti hiking, berbasikal, atau sekadar bersantai di pantai.
JBL turut melakukan beberapa perubahan reka bentuk. Antaranya ialah port pengecasan USB-C dan gelung untuk menggantung kini diletakkan di sebelah kanan unit.
Manakala pada bahagian kiri menampilkan panel kawalan berlekuk dengan butang kuasa, Bluetooth, dan butang Auracast yang baharu. Ciri ini menjadikan Go 4 lebih mudah digunakan dan selesa untuk dipegang.
Salah satu ciri menonjol JBL Go 4 adalah penarafan IP67, yang bermaksud ia kalis habuk dan kalis air. Anda tidak perlu risau jika speaker ini terkena air atau jatuh ke pasir. Tambahan silikon di sekeliling tepi unit memberikan perlindungan tambahan, memastikan speaker ini tahan lasak untuk kegunaan harian.
Selain itu, JBL telah menambah kaki yang direka semula dan dua jalur silikon tebal di bahagian belakang, yang memberikan kestabilan tambahan jika anda mahu menggunakan speaker ini sebagai speaker yang mengarah ke atas.
Ini adalah peningkatan berbanding Go 3 yang hanya mempunyai kain sebagai bahan luaran.
Walaupun JBL Go 4 mengekalkan output 4.2W yang sama seperti Go 3, ia kini menyokong Bluetooth 5.3. Dan meskipun tidak menawarkan codec dengan bitrate tinggi, sambungan Bluetooth yang lebih baik memastikan kualiti bunyi stabil serta sambungan lebih jauh.
Ciri sambungan berbilang titik membolehkan anda beralih dengan mudah antara dua peranti, seperti telefon dan komputer riba anda.
Satu lagi peningkatan besar adalah sokongan aplikasi JBL Portable yang kini menyokong Go 4. Aplikasi ini membolehkan anda menyesuaikan bunyi menggunakan EQ 5-band yang boleh disesuaikan.
Anda juga boleh berpasangan dengan speaker JBL lain yang menyokong Auracast melalui ciri “Party Together”. Jika anda mempunyai dua unit Go 4, anda boleh menikmatinya dalam mod stereo untuk pengalaman audio yang lebih kaya.
Dari segi kualiti bunyi, perlu diingat bahawa JBL Go 4 adalah speaker yang kecil dan mudah dibawa.
Ia bukan untuk mereka yang mencari bass yang mendalam atau bunyi yang sangat kuat. Namun, dengan sedikit penyesuaian menggunakan EQ di aplikasi, anda boleh mendapatkan bunyi yang lebih seimbang dan memuaskan.
JBL Go 4 menawarkan sehingga 7 jam masa main balik dengan satu caj, berbanding 5 jam yang ditawarkan oleh Go 3.
Masa main balik ini boleh berbeza bergantung pada tetapan bunyi dan volume yang digunakan. Jika anda meningkatkan bass atau menggunakan volume tinggi, jangka hayat bateri mungkin sedikit berkurangan.
Secara keseluruhannya, JBL Go 4 adalah pilihan yang menarik untuk lelaki yang mahukan speaker Bluetooth yang kecil, tahan lasak, dan mudah dibawa.
Dengan peningkatan dalam reka bentuk, ketahanan, dan sokongan aplikasi, ia adalah peningkatan yang layak berbanding Go 3.
Sama ada untuk kegunaan di rumah, di luar, atau ketika bersantai, JBL Go 4 adalah teman yang sempurna untuk pengalaman mendengar muzik anda.
Rating MASKULIN – 4/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa sangka, hobi mengumpul dan bermain ‘toys’ atau figura aksi bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah semakin mendapat tempat dalam kalangan lelaki dewasa.
Menurut kajian psikologi, aktiviti ini boleh membantu meningkatkan kesejahteraan mental. Ia juga membantu lelaki melepaskan tekanan harian dan juga menjadi ruang ‘escapism’ yang sihat untuk mereka.
Pakar psikologi menjelaskan bahawa apabila seseorang meluangkan masa untuk mengurus dan bermain dengan koleksi ‘toys’, ia dapat memberi kesan menenangkan dan membantu menyalurkan fokus, serupa dengan amalan meditasi atau aktiviti santai lain.
Mainan seperti kereta kawalan jauh, figura, kapal terbang, motor atau drone adalah antara alat permainan yang diminati sesetengah golongan lelaki dewasa.
Mengurangkan Kebimbangan dan Tekanan: Aktiviti ini membantu otak berehat daripada tekanan harian.
Meningkatkan Kreativiti: Lelaki dapat mengembangkan imaginasi dengan mereka bentuk cerita atau susunan unik menggunakan koleksi mereka.
Membina Jaringan Sosial: Melalui komuniti peminat ‘toys’, seseorang dapat memperluas jaringan sosial dan berkongsi minat yang sama.
Meningkatkan Kemahiran Motor dan Ingatan: Mengendalikan figura ‘toys’ secara terperinci dapat melatih koordinasi dan daya ingatan.
Mungkin ada yang menganggap lelaki dewasa yang meminati benda sebegini dianggap ‘kebudak-budakan’ namun hakikatnya, itu adalah impian mereka yang tak mampu dimiliki suatu ketika dahulu.
Mulakan dengan pelaburan kecil terlebih dahulu.
Sertai komuniti dalam talian atau lawati kedai khusus untuk mendapatkan panduan dan sokongan.
Jadikan hobi ini sebagai waktu rehat yang konsisten untuk membantu mengurus tekanan.
Jadi, jika anda mengalami tekanan atau keletihan, cuba hobi baru dengan mengumpul dan bermain ‘toys’ yang anda suka masa kecil dahulu.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.