Malang memang tidak berbau, yelah tengah elok-elok bawak kereta sekali ada pulak batu melayang ke cermin kereta kita akibat daripada brader potong rumput kat tepi jalan tu. Agaknya apa yang korang akan buat?
Jangan Panik. Sila berenti ke tepi.
Jangan panik. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan brader mesin rumput tu. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor brader yang membuat kerja mesin rumput itu.
Ads
Setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans
Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.
Ads
Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.
Ads
Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.
Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.
Mempunyai anak-anak dalam linkungan 5 tahun ke bawah memang menguji tahap kesabaran yang tinggi sebagai ibu bapa. Bermain merupakan salah satu penerokaan yang paling penting. Oleh itu mereka perlu diberikan permainan yang sesuai dengan usia dan tingkat-tingkat kebolehannya.
Lelaki ini kongsi cara dan tip bagaimana untuk mengelakkan anak jiran dari mengambil dan elak permainan bersepah dalam rumah.Dan ternya cara ini sangat berkesan.
Memang tidak banyak permainan di rumah. Saya tidak ajar anak ‘boros’ membeli permainan. Power rangers,atomen,robot ini semua tidak ada dalam rumah. Yang ada sekarang lego bersaiz besar(main bersama saya) sebuah lori mainan saya hadiahkan kepada anak sempena hari lahir yang ke 2 tahun. Lori permainan yang orang buang saya ambil dan betulkan.
Selebihnya saya fokus kepada komunikasi,penggunaan otot,bina fisiologi beliau. Contohnya ajak anak berlari,merangkak,menconteng buku,bunyi haiwan. Ajak solat,Qasidah,menyanyi. Ajar anak bermain dengan jari tangan dan kaki.
Pesan kepada anak jiran bawa mainan mereka datang kerumah dan main bersama. Didik mereka kongsi dan tukar permainan. Pada awalnya mereka akan berebut,ketika itulah tugas kita untuk terangkan kepada mereka ‘hak’ masing-masing.
Buat permainan handmade guna barangan terpakai. Contohnya kereta menggunakan kotak dan tayar dari tudung botol plastik. Didik anak cipta benda yang kreatif dan tidak membazir. Kebiasaanya apa yang mereka cipta mereka akan lebih rasa untuk menghargai.
Didik anak hadiahkan permainan kepada anak jiran. Saya mulakan anak hadiahkan dan suap makanan kepada orang lain terutama kepada kita dan keluarga. Maksudnya didik anak bersedekah. Jangan didik anak untuk merasakan HAK MUTLAK semua permainan milik mereka.
Didik anak untuk minta izin jika mahu main permainan orang lain. Hatta untuk masuk bilik saya ajar anak ketuk pintu dan bagi salam. Didik anak jika umi solat kena ikut,kena hormat jangan lalu depan ketika solat.
Saya selalu ucap begini kepada anak jika dia berjaya kemaskan lego,masuk bilik ketuk pintu, bagi salam,ambil baju sendiri,berjaya makan sayur,makan buah. Muhammad afiq anak soleh,anak baik,anak bertuah,anak Allah dan Rasul sayang dan angkat tangan ajak anak berdoa sama-sama,doa dengan sebutan yang jelas.
Percayalah anak-anak akan terdidik jika kita mulakan perkara yang baik bersama mereka.
Temasya anugerah berprestij bagi pencipta kandungan media sosial, Tiktok Awards 2024 melabuhkan tirainya pada Ahad lalu menyaksikan ramai wajah-wajah baharu sebagai penerima anugerah dari pelbagai kategori.
Bagi Tiktok Awards 2024 kali ini, terdapat dua penerima anugerah yang menekankan kepentingan melanjutkan pelajaran. Individu itu adalah seperti berikut:
Pasangan kembar Muhammad Amin Othman dan Muhammad Abid Othman sememangnya dikenali dengan kreativiti mereka mencipta pelbagai barangan yang berguna.
Ketika sesi sidang media selepas menerima anugerah berkenaan, Abid mengakui yang kandungan media sosial yang bermanfaat akan bertahan lama jika dihasilkan dengan asas ilmu pengetahuan.
“Kalau kamu cepat naik, cepatlah kamu jatuh. Kalau kamu perlahan-lahan ambil pengalaman dan belajar daripada kandungan Tiktok, kamu akan lambat jatuh,” ujar Abid memetik pesanan seorang ustazah yang pernah menjadi guru mereka.
Selain itu, mereka juga memanfaatkan laman Tiktok mereka sebagai resume dan portfolio digital.
“Tiktok lah menjadi platform untuk kita tunjuk bakat kita, apa kemahiran kita kepada mata-mata yang memandang dekat luar sana,” jelas Amin.
Untuk rekod, Amin dan Abid merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara dalam bidang reka bentuk industri dan sedang menunggu tempoh istiadat konvokesyen.
Keputusan bagi penganugerahan kategori ini juga dibuat sepenuhnya berdasarkan penilaian juri.
Berbeza dengan pemenang anugerah Gaming Creator of The Year, Kingshahx atau nama sebenarnya Muhammad Shafiq tidak memiliki sijil akademik institusi pengajian tinggi.
Walaupun begitu, dia sering berpesan kepada pengikut-pengikutnya agar mengejar kelayakan akademik setinggi yang boleh dahulu
“Kejar dulu, cuba belajar paling tinggi kalian boleh buat,” pesannya ketika sesi sidang media sejurus selepas menerima anugerah berkenaan.
“Sebab apa saya cakap macam ini? Itu adalah satu benda yang saya gagal, yang saya tak dapat bagi dekat mak saya sekarang,” tambahnya lagi.
Kingshahx mengakui terkilan kerana tidak berjaya membanggakan ibunya dengan pencapaian akademik
“Saya tak pernah naik pentas ambil diploma ke apa,” kongsinya.
Bagaimanapun, Kingshahx tetap bersyukur berpeluang menjejakkan kaki di pentas Tiktok Awards 2024 meraih anugerah tersebut.
Terdahulu, ucapan kemenangan Khairul Aming ketika dinobatkan sebagai Creator of The Year di Tiktok Awards tahun lalu meraih pujian ramai.
Dia yang terkenal dengan perkongisan siri 30 Hari 30 Resipi setiap kali bulan Ramadan itu menyeru kepada anak muda agar menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun bercita-cita untuk menjadi seorang pencipta kandungan media sosial,
Menurut Khairul, menjadi seorang pencipta kandungan bukan semudah yang dilihat. Selain mencipta video yang menarik di laman sosial, ia juga perlu memberi manfaat kepada penonton.
“Content creator ni satu industri yang sangat memerlukan banyak skill dan juga pengetahuan. Bukan setakat pandai buat video, kena ada problem-solving skill, kreativiti, kena pandai komunikasi, kena pandai jaga adab dengan orang,” katanya ketika ditemui media sejurus selepas memenangi anugerah tersebut.
“Bila dah ada ilmu yang cukup nanti, share lah sebanyak mungkin, buatlah video sebanyak mungkin. Ramai orang boleh ambil manfaat nanti,” tambahnya.
Baginya, menjadi seorang pencipta kandungan bukanlah sekadar untuk menjadi tular semata-mata.
“Untuk relevan lama dalam industri ini, awak (golongan muda) perlukan banyak pengetahuan… Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita, okay?”.
Industri permainan video kini telah kembang dengan begitu pesat sekali. Platform permainan video juga telah banyak berubah dengan populariti gaming menggunakan telefon pintar meningkat mendadak dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Di antara permainan video yang sangat popular terutamanya di kalangan lelaki ialah Mobile Legend. Tidak dinafikan permainan video secara mobil mampu menghilangkan stres terutamanya seleps seharian menghadap kerja di pejabat.
Namun, lain pula jadinya di Melaka apabila sekumpulan lelaki ditangkap oleh pihak polis selepas bergaduh gara-gara tidak puas hati dalam permainan video melibatkan Mobile Legend.
Memetik laporan Astro Awani, polis menahan tujuh lelaki kerana disyaki memukul dua pemuda dalam lingkungan usia 20-an dalam pergaduhan dilaporkan berpunca daripada rasa tak puas hati permainan video tersebut.
Kejadian yang berlaku di Telok Mas itu berlaku di sebuah stesen minyak selepas mangsa didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal yang bertindak memukul mereka.
Susulan daripada kes itu pengadu atau mangsa telah menerima 10 jahitan di dahi dan juga mengalami kecederaan patah hidung. Dia dilaporkan mendapat kecederaan serius itu selepas dipukul dengan menggunakan topi keledar.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit, “”Siasatan awal mendapati pergaduhan itu tercetus berikutan rasa tidak puas hati kerana maki hamun ekoran keengganan bermain Mobile Legend”.
Tambahnya lagi, semua tujuh lelaki berumur 16 hingga 28 tahun itu ditahan di Jalan Kota di sini sekitar tengah malam tadi, dan kes disiasat mengikut 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera, serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.
Tujuh orang suspek juga telah direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Semoga perkara ini dijadikan iktibar oleh kita semua. Jangan disebabkan permainan dalam dunia buatan kita berkelahi sama sendiri di dunia sebenar. Apatah lagi jika masing-masing sebenarnya sudah dewasa dan mampu berfikiran lebih matang!
Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang