Pemain bola sepak masyhur, Cristiano Ronaldo terus membuktikan pengaruhnya belum pudar apabila mengekalkan takhta sebagai pemain bola sepak berpendapatan tertinggi dunia 2025, menurut laporan majalah kewangan ternama Forbes.
Pada usia 40 tahun, bintang Portugal itu masih menjadi wajah global bola sepak moden bukan hanya kerana kehebatannya di padang, tetapi kerana keupayaannya menjana kekayaan luar biasa. Ronaldo mencatat pendapatan keseluruhan AS$280 juta (RM1.31 bilion) tahun ini, mengekalkan statusnya sebagai pemain bola sepak pertama bergelar bilionair dan salah seorang atlet paling berpengaruh dalam sejarah sukan.
Ronaldo: Dari Padang ke Empayar Kekayaan
Pendapatan mengagumkan itu hadir selepas beliau menandatangani lanjutan kontrak dua tahun bersama Al-Nassr, kelab Arab Saudi yang kini menjadi rumah baharunya. Namun, kekayaan Cristiano Ronaldo bukan hanya datang dari gaji di padang — jenama peribadi CR7, rangkaian hotel, produk kesihatan, fesyen dan penajaan antarabangsa menjadikannya simbol kejayaan dan disiplin lelaki moden.
Ronaldo kini menghampiri rekod 1,000 gol sepanjang karier, satu pencapaian yang sukar ditandingi. Namun di luar padang, dia sudah mencipta sejarah lain — seorang atlet yang menjadikan nama sendiri sebuah empayar global bernilai bilion dolar.
Persaingan Elit Dunia Bola Sepak
Di tempat kedua, Lionel Messi yang kini bersama Inter Miami, mengutip AS$130 juta (RM610 juta) hasil gabungan gaji serta penajaan daripada jenama gergasi seperti Adidas, Lay’s dan Mastercard. Messi juga memperkukuh empayar perniagaannya dengan melancarkan minuman sukan sendiri, langkah yang menandakan bab baharu dalam warisan kariernya.
Ads
Karim Benzema pula berada di tempat ketiga dengan pendapatan AS$104 juta (RM488 juta) selepas berpindah ke Liga Pro Saudi bersama Al-Ittihad.
Dua bintang muda yang menjadi tumpuan masa depan bola sepak dunia, Kylian Mbappe (Real Madrid) dan Erling Haaland (Manchester City), masing-masing berada di tempat keempat dan kelima, menandakan peralihan generasi dalam senarai dominasi pemain elit dunia.
Ads
Lamine Yamal: Era Baharu Bermula
Namun kejutan terbesar datang daripada Lamine Yamal, pemain sayap sensasi Barcelona yang baru berusia 18 tahun. Menurut Forbes, Yamal kini tersenarai dalam 10 pemain bola sepak berpendapatan tertinggi dunia 2025 — dengan jumlah pendapatan AS$43 juta (RM202 juta).
Musim 2024 menjadi saksi kebangkitannya: 18 gol, 25 bantuan jaringan, serta membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024. Kontrak baharu hingga 2031 bersama Barcelona mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang masa depan.
Lebih simbolik, Yamal kini menyarung jersi nombor 10, nombor keramat yang pernah dimiliki Messi — tanda jelas era baharu sedang bermula di Nou Camp. Penajaan bersama Adidas, Konami, Powerade dan Beats by Dre turut menjadikan Yamal remaja jutawan pertama dunia bola sepak moden.
Ads
Ronaldo
10 Pemain Bola Sepak Berpendapatan Tertinggi Dunia 2025 (Forbes)
Cristiano Ronaldo (Al-Nassr) – AS$280 juta (RM1.31 bilion)
Lionel Messi (Inter Miami) – AS$130 juta (RM610 juta)
Karim Benzema (Al-Ittihad) – AS$104 juta (RM488 juta)
Kylian Mbappe (Real Madrid) – AS$95 juta (RM446 juta)
Erling Haaland (Manchester City) – AS$80 juta (RM376 juta)
Vinicius Jr (Real Madrid) – AS$60 juta (RM282 juta)
Mohamed Salah (Liverpool) – AS$55 juta (RM259 juta)
Sadio Mane (Al-Nassr) – AS$54 juta (RM254 juta)
Jude Bellingham (Real Madrid) – AS$44 juta (RM207 juta)
Lamine Yamal (Barcelona) – AS$43 juta (RM202 juta)
Ikon Maskulin: Disiplin, Nilai dan Kejayaan
Bagi lelaki moden, kisah Cristiano Ronaldo dan Yamal bukan sekadar tentang bola sepak — ia cerminan usaha, disiplin dan kebijaksanaan kewangan. Ronaldo membuktikan bahawa ketekunan dan strategi mampu mengekalkan relevansi walau usia menginjak 40 tahun.
Sementara Yamal menjadi inspirasi generasi muda bahawa kejayaan besar boleh dicapai jika bakat disertai fokus dan integriti. Dua era, dua bintang — satu mesej jelas: kejayaan sejati bukan datang dari bakat semata, tetapi dari mentaliti juara.
Pagi ini negara kita dikejutkan dengan berita sedih apabila sekurang-kurangnya lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan terkorban dalam satu nahas jalan raya yang tragis pagi tadi.
Insiden menyayat hati ini dilaporkan berlaku di Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.
Menurut laporan awal, nahas melibatkan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh anggota FRU dan sebuah lori yang membawa muatan batu.
Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 8:54 pagi dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.
Maklumat lanjut mendedahkan bahawa kenderaan FRU tersebut difahamkan dalam perjalanan pulang ke Ipoh.
Anggota-anggota FRU berkenaan sebelum ini telah melaksanakan tugas operasi yang dikenali sebagai “Op Chariot” di kawasan Teluk Intan, malah salah satu laporan menyebut mereka baru selesai menjalankan tugas kawalan keselamatan sempena perarakan Hari Wesak pada hari sebelumnya.
Kenderaan FRU tersebut dilaporkan membawa seramai 15 orang penumpang dan seorang pemandu semasa kejadian.
Akibat impak pertembungan yang dahsyat, beberapa mangsa dilaporkan terperangkap di lokasi kejadian dan mengalami kecederaan parah. Operasi menyelamat sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan dan pihak berkuasa berkaitan.
Mangsa-mangsa yang berjaya dikeluarkan dari bangkai kenderaan telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan lanjut, namun dukacita dimaklumkan, sekurang-kurangnya lapan daripada mereka disahkan telah kembali ke rahmatullah.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar nahas yang meragut lapan nyawa wira negara ini.
Kejadian ini merupakan kehilangan besar buat Pasukan Polis Diraja Malaysia khususnya unit FRU dan pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa serta seluruh rakyat Malaysia.
MASKULIN mengucapkan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga anggota FRU yang terlibat dalam tragedi ini.
Semoga roh para wira negara yang gugur ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi dugaan yang amat berat ini.
Sebenarnya memasak bukanlah suatu perkara yang sukar tapi bagi seorang lelaki mungkin ia bukan tugas yang mudah. Lagikan pula untuk orang bujang, memang tak sempat nak habiskan masa lama-lama didapur.
Bila dah siap masak lauk tiba tiba baru teringat nasi belum masak. Dah terlupa ini kita mesti nak nasi cepat masak tambah pula kalau perut dah lapar. Perkongsian Najib ini mungkin membantu.
Taktik nasi cepat masak
Taktik ini boleh menjimatkan separuh masa nasi dimasak. Jika biasa 10 minit,guna taktik ni boleh jadi 5 minit.
Cara;
1.Gunakan air panas untuk memasak nasi. Simple je.Sekarang air panas mudah boleh ambil melalui penapis air yang memang ada di rumah.
2. Ambil air panas, tuang dan sukar ikut kuantiti yang diperlukan macam biasa.
3.Tutup periuk tekan start, nasi akan masak dengan lebih cepat. 5 minit dah masak.
Sebagai lelaki MASKULIN merasakan sagat mustahil untuk anda tidak kenal atau langsung tidak pernah mendengar nama Cristiano Ronaldo.
Reputasi yang dibawa oleh pemain bintang asal Portugal yangpernah menyarung jersi pasukan handalan Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan yang terkini Juventus tersangatlah besar.
Malah tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa Ronaldo merupakan antara figura paling penting dalam dunia bola sepak dunia.
Perseteruan sihat antara dirinya dan Lionel Messi menjadikan generasi sekarang cukup bertuah kerana dapat menyaksikan dua pemain hebat sepanjang zaman ini berentap membuktikan kehandalan masing-masing.
Ronaldo yang kini maraih pendapatan £500,000 (RM2.6 juta) seminggu di kelabnya Juventus turut menjadi wajah penting beberapa jenama seperti Nike, Electronic Arts dan terkini Shopee.
Jutaan peminat bola sepak menjadikan dirinya idola dan pemain yang untuk dicontohi. Namun seperti pemain bintang lain, Ronaldo juga pernah berdepan pelbagai tohmahan terutama daripada pihak-pihak yang tak senang dengan kejayaannya.
Malah ada yang cukup obses mencari apa saja ruang untuk mengkritiknya walaupun hal-hal di luar bidang bola sepak seperti penampilan. Namun sejauh manakah kita mengenali sisi di sebalik pemain bintang Ronaldo?
Di bawah merupakan 10 perkara tentang dirinya yang mampu membuatkan seorang haters menjadi peminat kepada pemain hebat ini.
BUT EMAS EROPAH
Pada tahun 2011, Cristiano Ronaldo memenangi anugerah but emas selepas menjaringkan 40 gol bersama Real Madrid. But emas itu kemudiannya telah dilelong kerana Ronaldo ingin menjualnya untuk membantu badan kebajikan. Ia telah dijual pada satu majlis lelongan dengan harga £1.2 juta! Wang tersebut digunakan untuk membina beberapa buah sekolah di Gaza, Palestin.
BALLON d’OR
Ronaldo sekali lagu mengulangi tindakannya menjual trofi dimenanginya. Kali ini trofi yang cukup bernilai bagi seorang pemain, Ballon d’Or. Trofi istimewa dimenanginya pada tahun 2913 tersebut telah dilelong di London pada sebuah majlis gala-dinner. Ia berjaya dilelong pada harga £530,000 dan wang kutipan digunkan untuk membantu Make-A-Wish-Foundation.
Menggunakan pengaruh dibawa dengan sebaik mungkin. Itulah yang dilakukan oleh Ronaldo. Dia dengan hati terbuka menyokong dan menjadi duta kepada 3 buah badan kebajikan iaitu Save The Children, Unicef dan World Vison.
DERMA BONUS KEMENANGAN
Sebagai seorang pemain bintang Ronaldo memupnyai pelbagai klausa bonus di dalam kontraknya sama ada bersama kelab atau badan penganjur. Pada 2013, dia telah dinamakan sebagai salahs eorang UEFA Team of The Year dan melayakkan dirinya membawa pulang £89,000. Ronaldo telah mendermakan kesemua wang tersebut kepada badan kebajikan Red Cross. Dilaporkan ini juga bukan kali pertama dilakukan oleh Ronaldo.
DERMA DARAH
Jika anda perasan, Ronaldo merupakan pemain bola sepak yang bebas daris ebanag tatu. Berbeza dengan pemain-pemain berstatus bintang yang lain, Ronaldo memilih untuk bebas tatu kerana ingin sentiasa menderma darah.
BANTU PESAKIT KANSER
Ronaldo bersama ibunya yang menjadi sumber inspirasi kejayaannnya.
Pada tahun 2007, ibunya Dolores Aveiro telah sembuh daripada penyakit kanser. Menyedari akan bahaya penyakit kanser, Ronaldo telah memberi bantuan kewangan berjumlah £120,000 kepada pusat kanser di Portugal yang telah membantu memulihkan ibunya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.