Ketika anda mengambil cuka epal sebagai altenatif untuk kurus, sedarkah anda mungkin ada beberapa kesilapan yang telah anda lakukan. Adakah pengambilan cuka epal selamat dimakan dalam jangka masa panjang? Atau adakah benar cuka epal mampu mengakis perut dan mengakibatkan kanser?

Perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman menerusi laman Facebooknya menjawab segala persoalan. Jika anda mengamalkan cuka epal dengan cara yang betul, pasti anda mendapat kesan baik dan positif pada tubuh. Dan yang penting, pastikan anda elak melakukan 3 kesilapan ini ketika mengamalkan cuka epal.

BACA: Selain Buang Lemak, Ini 8 Lagi Khasiat Cuka Epal Yang Buat Orang Nak Beli!

CUKA EPAL, BAHAYA DAN TAK BERKESAN?

Mungkin ramai yang berani bersumpah dia jadi kurus sebab ambil cuka epal, cuka kurma atau cuka tin tanpa sebarang kesan sampingan. Korang percaya tak?

Betul ke berkesan? Saya nak ulas sedikit dari sudut saintifik. Kajian sebenarnya bercampur ada yang dapat keputusan positif dan ada yang tak dapat kurus seperti diharapkan. Betul ke tiada kajian klinikal kesan positif cuka epal ini? Tak sampai 5 minit pencarian saya terjumpa kajian bukti yang bagus (RCT) mengenai penggunaan cuka ini.

Kajian RCT ke atas subjek orang Jepun yang obes mendapati berat badan, BMI, lemak dalaman (viseral), ukur lilit pinggang serta paras lemak jahat trigliseride berkurangan secara ketara.

SELAMAT KE MINUM CUKA BERASID NI?

Cuka Epal Boleh Baiki Perut Tapi Kalau Buat 3 Cara Ini, Boleh Juga Rosakkan Perut!

Baru-baru ini, kecoh mengenai perkongsian pengalaman seorang pengguna cuka epal jenama Braggs. Saya rasa baik jika saya ulas beberapa kemungkinan kesilapan penulis bukan untuk mengaibkan tetapi sebagai panduan dan boleh dijadikan iktibar.

IKLAN

Elak buat 3 kesilapan ini masa minum cuka epal

1. Kuantiti Cuka Epal

Pada waktu bulan puasa, badan kita lazimnya tinggi stress. Stres lebih tinggi bagi mereka yang ada alahan seperti pesakit gastritis, GERD, ekzema dan asma.

Stres ini lah yang meningkatkan histamin. Histamin akan naikkan asid perut dan keradangan jadi teruk jika kita sudah ada masalah pencernaan. Saya ada jelaskan pada ramadhan lepas. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1795885707104901&id=100000504674719

Cuka merupakan makanan peram tinggi histamin. Jadi adalah kurang sesuai mula ambil cuka dengan kuantiti sudu. Mulakan dengan perlahan..2-3 titik dan naikkan kuantitinya sehingga toleran. Bukan semu orang boleh mula terus satu sudu.

IKLAN

2. Timing Pengambilan Cuka Epal

Kalau perut kita tahap nenek moyang tiada masalah. Namun hakikatnya ramai kita mempunyai perut jenis manja.

Usah berani mengikut saranan ambil cuka epal dengan perut kosong bancuh air ataupun madu (ambil madu lagilah tinggi stres..orang kata tajam). Bukan tak boleh untuk semua orang tetapi untuk kebanyakan orang, adalah lebih sesuai ambil selepas makan.

Waktu pagi pula adalah lebih sesuai pengambilan cuka ini. Penyakit keradangan seperti radang gastrik lebih biasa menyerang pada waktu malam. Follower saya tentu arif sudah bukan. Ini kerana hormon antiradang kortisol menurun pada waktu malam.

3. Repack Dalam Botol Plastik

Botol plastik apa gred sekalipun akan luluh apabila terkena asid asetik di dalam cuka. Bahan yang luluh ini bukan sahaja mungkin menggangu hormon, malah meningkatkan histamin dan seterusnya asid perut.

IKLAN

xenoestrogen (plastik) —-> naikkan histamin —> naikkan asid perut

Kenapa sakit macam nak bersalin? Ilmu ini khas kepada follower protokol histamin saya, berlebihan histamin menurut kajian saintifik memang boleh menyebabkan sakit senggugut dan secara teorinya, bengkak peranakan juga.

Cuka Epal Boleh Baiki Perut Tapi Kalau Buat 3 Cara Ini, Boleh Juga Rosakkan Perut!

Kesimpulannya, cuka semulajadi ni makan sihat dan terbukti berupaya membantu kesihatan kita antaranya mengurangkan berat badan. Gunakanlah dengan kaedah yang betul terutamanya bagi mereka yang sudah ada masalah kesihatan. Konsult dulu doktor dan jangan cuba-cuba tanpa ilmu. Selalunya makanan semulajadi ni bila datangkan reaksi, adalah berkait rapat dengan masalah kesihatan kita.

SHARE sebab ramai yang keliru dengan perkongsian viral tu.

Semoga perkongsian merungkai misteri dan menjawab tohmahan dan sangkaan buruk terhadap cuka epal, cuka kurma dan yang seumpamanya.
Cuka ni boleh baiki perut, boleh rosakkan perut juga.

Hafiz Sulaiman
Pejuang Kesihatan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI