Selama ini, larian 5km atau 10km mungkin sudah menjadi rutin yang anda kuasai, seakan-akan terlalu mudah untuk ditakluki.
Tetapi, inilah masanya untuk keluar dari zon selesa dan cabar diri dengan jarak yang lebih jauh, memecahkan rekod peribadi dan merasai pengalaman baharu yang lebih mendebarkan!
Menambah jarak bukan sekadar angka di aplikasi larian anda. Ia membawa cabaran mental dan fizikal yang lebih intensif, namun tak mustahil dicapai jika anda bersedia.
Larian sejauh 21km atau 42km bukan hanya memerlukan stamina yang tinggi, malah strategi persiapan yang mantap. MASKULIN ingin berkongsi beberapa tip penting yang perlu anda ketahui sebelum anda berani melangkah ke jarak maraton yang lebih mencabar ini.
Jangan lupa, tanpa persiapan yang cukup, anda mungkin terdedah kepada risiko kecederaan serius!
JAGA MAKAN
Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 300 kalori beberapa jam sebelum larian untuk memberi tubuh tenaga yang cukup.
Dalam beberapa minggu sebelum acara, uji jenis makanan yang sesuai dengan tubuh anda—pilih makanan yang mampu memberikan tenaga berpanjangan tanpa mengganggu perut.
Jika anda perlukan tambahan tenaga, ambillah snek ringan 30 minit sebelum flag off sebagai suntikan tenaga pantas.
KEKALKAN HIDRASI
Hidrasi yang optimum bukan hanya bermula pada pagi acara! Mulakan rutin hidrasi kira-kira 48 jam sebelum hari larian.
Ads
Pastikan badan sentiasa mendapat air secukupnya, agar siap untuk mengharungi cabaran jarak jauh.
Sebagai panduan, minumlah sekitar 200ml air kira-kira dua jam sebelum memulakan larian untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan terhidrat dan bersedia sepenuhnya.
Larian jarak jauh memerlukan keselesaan, apatah lagi dengan badan yang akan banyak berpeluh dan terdedah pada pergeseran sepanjang perjalanan.
Elakkan mengenakan pakaian yang berlebihan, kerana ini boleh meningkatkan risiko dehidrasi.
Paling penting, hindari memakai stoking, kasut, aksesori, atau pakaian baru pada hari larian. Sebaliknya, pilihlah pakaian yang sudah biasa dan selesa dipakai untuk memastikan fokus sepenuhnya pada larian.
Ads
KENALI LALUAN
Beberapa hari sebelum acara, ambil peluang untuk memeriksa laluan larian anda. Setiap laluan menawarkan cabaran berbeza—dari kecuraman hingga permukaan yang mungkin berbeza-beza.
Dengan mengetahui laluan lebih awal, anda boleh membuat perancangan yang lebih strategik dan bersedia menghadapi sebarang halangan di sepanjang jalan.
PANASKAN BADAN
Sebelum flag off, luangkan sekurang-kurangnya 15 minit untuk sesi pemanasan, diikuti dengan 15 minit regangan. Rutin ini membantu tubuh berada dalam kondisi optimal dan “terjaga,” siap untuk menghadapi larian dengan lebih mantap dan mengurangkan risiko kecederaan.
Jangan biarkan diri tertekan. Kekalkan ketenangan dan kawal degupan jantung untuk mengelakkan rasa berdebar-debar yang berlebihan.
Ingat, anda tidak perlu tergesa-gesa hingga menyebabkan nafas menjadi tidak teratur. Tarik nafas dalam-dalam dan biarkan setiap langkah menjadi sebahagian daripada irama larian anda.
Rasa teruja memang biasa, terutama bagi mereka yang baru pertama kali menyertai maraton. Adrenalin yang mengalir boleh membuat anda terdorong untuk memecut.
Namun, MASKULIN sarankan agar anda fokus pada pacing yang sesuai dengan kemampuan diri.
Tetapkan sasaran kecil—contohnya, 10 kilometer pertama—sebelum meneruskan sasaran seterusnya. Cara ini bukan sahaja menjaga momentum, malah memberikan motivasi berterusan sepanjang larian.
Semoga tip daripada MASKULIN kali ini membantu anda mencapai larian yang lebih bertenaga dan penuh keyakinan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda pasti pernah dengar kes tentang bagaimana seorang lelaki yang masih muda dan mempunyai fizikal normal meinggal dunia kerana terkena serangan jantung.
Atau bagaimana seorang yang dilihat sihat tiba-tiba didapati menghidapi penyakit kencing manis kronik.
Ya, perkara-perkara begitu memang pernah terjadi dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jadi bagaimanakah kita boleh elak daripada ia berlaku?
Untuk mengelak beberapa simptom dan penyakit memang banyak caranya namun salah satu langkah awal ialah melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Sebagai lelaki terdapat 5 jenis pemeriksaan kesihatan yang WAJIB anda lakukan dari semasa ke semasa.
Jangan fikir usia muda anda boleh bebas sepenuhnya dari masalah darah tinggi. Situasi sekeliling boleh menjadi punca tekanan darah meningkat atau dia juga boleh turun tanpa disedari. Jika tekanan darah korang bermasalah risau pula penyakit lain yang singgah. Serangan angin ahmar, pitam, serangan jantung atau kerosakan salur darah antara penyakit berangkai yang perlu boleh anda elak.
Menurut tinjauan di Amerika Syarikat, kira-kira 45 juta rakyatynya mengalami masalah mata akibat proses penuaan. Daripada jumlah itu hanya satu pertiga menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Pemeriksaan mata boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali. Jadi tak salah jika anda buat pemeriksaan mata. Iangat pemeriksaan ini bukan hanya memeriksa anda rabun atau tidak tetapi mengesan penyakit mata yang merbahaya juga.
Antara musuh utama lelaki ialah diabetes atau kencing manis. Ini kerana ia boleh menjejaskan secara langsung kualiti hidup lelaki seperti turunnya nafsu seks atau mati pucuk. Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan atau lahir dari keluarga penghidap kencing manis, ujian ini perlu dilakukan dengan lebih awal.
Sebaiknya mulakan pemeriksaan kadar kolestrol seawal umur 20 tahun. Dan setiap antara dua hingga lima tahun untuk pemeriksaan berkala, bergantung kepada paras normal. Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu High Density Lipoprotein (HDL) dan Low Density Lipoprotein (LDL). HDL merupakan kolesterol baik yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok, manakala kolesterol LDL adalah kolesterol jahat yang menyumbang kepada sakit jantung.
Ya, MASKULIN akui ini merupakan antara subjek taboo bagi ramai lelaki. Ini kerana ia boleh mencabar ego anda sebagau lelaki. Tapi tahukah anda bahawa kanser prostat merupakan antara pembunuh utama lelaki? 90 peratus pesakit kanser ini boleh disembuhkan sekiranya dapat dikesan daripada awal. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan mengesan sebarang benjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran alat sulit. Jika ada tanda-tanda macam tu, cepat-cepat jumpa doktor!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas kira-kira dua tahun acara larian dan seumpamanya menyepi kini pelbagai program telah diatur dan bakal dilangsungkan oleh beberapa penganjur. Salah satu pemain penting dalam penganjuran acara larian di Malaysia dan sangat popular di kalangan penggemar aktiviti ini ialah JomRun. Ia merupakan aplikasi cukup popular bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Asua Tenggara.
Terbaru, JomRun bakal membawa semula cabaran ikonik JomRun KL Tower International Towerthon Challenge (KLTITC) selepas menyepi selama dua tahun. Pertandingan larian tangga paling terkemuka di Malaysia ini bakal dilangsungkan pada 14 Ogos, Ahad jam 6 pagi. Mereka menjangkakan seramai 2,000 peserta akan mengambil bahagian.
Mengulas mengenai pengembalian KLTITC, Chang Yi Hern, Pengasas dan Pengarah Urusan JomRun berkata, “Kami amat berbangga dapat membawa kembali salah satu larian yang terkemuka di Malaysia. JomRun KL Tower International Towerthon Challenge telah mencabar dan memberi inspirasi kepada beribu-ribu orang selama ini dan kami yakin ia akan melakukan perkara yang sama sekali lagi pada tahun ini.
“Di JomRun kami berhasrat untuk mencipta lebih banyak peluang secara konsisten untuk penggemar larian maraton sambil mempromosikan gaya hidup sihat secara menyeluruh. Saya percaya bahawa Towerthon ini mencapai kedua-dua objektif ini melalui status ikonik dan cabaran uniknya.”
“Sebagai penganjur larian menara profesional yang pertama dan satu-satunya di Malaysia dengan perlumbaan yang mematuhi peraturan Persatuan Dunia Towerrunning, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan setiap peserta dijamin.
“Ini bermaksud, untuk mengelakkan sebarang kecederaan atau kecelakaan, pelari akan berlari menaiki menara seorang demi seorang dan pemenang akan dijuarakan berdasarkan masa yang diambil untuk menyelesaikan keseluruhan cabaran.
“Tahun ini, kami gembira melihat majoriti peserta kami setakat ini terdiri daripada warga Malaysia dan warga asing dari Singapura, Brazil, Jepun, Jerman dan banyak lagi – dengan peserta tertua kami berusia 73 tahun dan yang termuda hanya 11 tahun. Kami berharap lebih ramai orang menyertai larian dan menguji kebolehan mereka!” tambah Yi Hern.
Buat anda yang ingin menyahur cabaran ini, pendaftaran bagi KLTITC sudah dibuka dan bakal ditutup pada 12 Ogos 2022. Warganegara Malaysia yang ingin menyertai boleh menikmati kadar istimewa pendaftaran awal yang berharga RM80 manakala peserta antarabangsa boleh berdaftar sekarang pada harga RM120.
Setiap peserta yang mendaftar akan layak menerima barangan berikut- sehelai jersi acara daripada Ultron Superlite, bib perlumbaan dengan cip pemasaan TrackAsia RFID, sijil digital, insurans kemalangan diri, jamuan ringan dan pingat penamat bagi mereka yang berjaya melengkapkan cabaran. Para peserta yang berjaya mengakhiri acara ini juga boleh memilih untuk menambah jersi Premium Finisher eksklusif yang tersedia pada harga diskaun RM49.99.
Pemenang dari kategori terbuka masing-masing akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1000 dan sebuah piala, tempat kedua bakal menerima hadiah wang tunai RM 500 dan piala dan tempat ketiga pula bakal menerima hadiah wang tunai RM250. Bagi kategori veteran, pemenang akan menerima RM 500, RM250 dan RM 100 setiap sendiri berserta piala.
KLTITC dikuasakan oleh JomRun dengan Rakan Kongsi Pakaian Rasmi, Ultron – sebuah jenama pakaian larian No.1 Malaysia. Acara ini disokong oleh JomRun Running Club, TrackAsia – cip pemasaan RFID premium Malaysia dan Menara KL Malaysia.
Berkata tentang KLTITC, Ainol Shaharina binti Sahar, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur berkata, “Terdapat keterujaan yang besar di kalangan pasukan kami untuk akhirnya mengalu-alukan komuniti berlari kembali ke Menara KL.
“Setelah bersabar selama 2 tahun, kini pelari dapat merasai cabaran unik JomRun KL Tower International Towerthon Challenge sekali lagi. Larian ini mengukuhkan Menara KL sebagai destinasi yang mesti dikunjungi untuk budaya, pengembaraan dan alam semula jadi.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman di bahagian kaki penting seperti di bagian lain juga seperti lengan, dada dan otot-otot lain juga tetapi tidak ramai yang lakukan senaman untuk bahagian ini.
Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau pun kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat. Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya anda kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.
Semasa lakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu anda, pandang lurus kehadapan, langkah kehadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras peha anda selari dengan lantai.
Squat
Senaman ini agak popular dan sinomin dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara senaman yang paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga sebenarnya melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda. Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu anda, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan. Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut anda tidak melebihi hujung kaki anda dan peha anda sepatutnya selari dengan lantai.
Step Up
Step up senaman yang mudah anda lakukan dimana-mana sama ada di tapak rekreasi atau pun di rumah. Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras peha anda juga sepatunya selari dengan paras lantai. Sekiranya terlalu renda, ianya kurang berkesan dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kebolehan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan anda tegak, pandnag kehadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah kebelakang, tarik nafas anda . Jangan lakukan dengan terlalu laju. Pastikan permukaan bangku stabil. Cuba tambah beban secara progesif.
Sumo Deadlift
Senaman ini pula lebih effektif membina otot kaki kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban. Anda bole gunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda keatas dengan menggunakan tumit kaki anda dan hembus nafas anda. Pastikan juga kaki badan anda tegak dan jangan melengkung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui fakta sebenar tentang protein bar untuk lelaki aktif — adakah ia benar-benar sihat atau sekadar snek berkalori tinggi? Fahami cara pilih dan guna protein bar dengan bijak supaya badan kekal fit dan bertenaga.