Tidak dinafikan mungkin ramai yang berasa agak merendah diri dan segan apabila ingin mula bersenam. Apatah lagi jika anda merasakan fizikal serta kecergasan diri tidak berada pada tahap yang baik.
Namun anda harus fikir satu perkara. Jika tidak mula sekarang bila lagi!
Walaupun anda seorang yang sangat sibuk dengan pelbagai tugasan harian di rumah dan di pejabat janganlah tidak bersenam langsung. Lama-kelamaan stamina pun semakin menurun dan perut pun sedikit sebanyak menunjukkan kemajuan yang agak membimbangkan.
Apabila perkara ini berlaku anda pun akan mula rasa malas dan tiada kesungguhan ingin bersenam. Sebagai beginner anda juga harus tanam azam untuk menjadi lebih baik dan expert dalam jangka masa tertentu.
Sangat penting untuk anda ada sasaran!
Berikut MASKULIN kongsikan 8 cara terbaik untuk tingkatkan stamina!
Ads
CUBA GANDAKAN
Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian. Tambah dari semasa ke semasa. Pantas dan hasilnya pasti hebat.
Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.
SNEK SENDIRI
Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata anda cipta sendiri resipi makanan seperti burger tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.
Ads
BERSENAM DI LUAR
Ia, ini memang terbukti! Senaman di luar dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.
BEBAN & KARDIO
Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.
Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu. 87% – Peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.
Ads
PAGI LEBIH BAIK
Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.
LENGAN KETAT
Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.
Diharapkan tip dari MASKULIN kali ini mampu membantu anda mendapatkan stamina yang makin mantap! Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Orang kita seringkali membandingkan kehebatan perkhidmatan yang diberikan di hospital swasta lebih baik daripada hospital kerajaan. Namun, ramai juga yang masih tidak mengetahui bahawa tidak semua perkara hospital swasta boleh uruskan hingga pasti akan merujuk sesuatu kes ke hospital kerajaan.
Tidak dinafikan waktu menunggu di hospital kerajaan agak lama berbanding di hospital swasta, namun kita kena tahu mengapa perkara sedemikian berlaku, ini kerana ia bertujuan untuk Dr. serta jururawat mengesahkan kesakitan yang kita alami. Semuanya mestilah melalui beberapa peringkat pemeriksaan serta kajian.
Terpanggil dengan isu itu, Dr. Say Shazril membuat satu hantaran di Facebook miliknya untuk menjelaskan keadaan sebenar serta hubungkait di antara hospital swasta serta kerajaan.
Baby sy admit wad sejak Selasa for acute bronchiolitis (jangkitan virus di paru2). Rmi yg dm sy bertanye “Knape gi hosp kerajaan, nape xgi private?”. Sy tny balik “Ape salahnye hospital kerajaan, teruk sgt ke?”. Xdinafikan baby sy masuk wad stlh 18jam menunggu di kecemasan tp adakah semata2 sb long waiting time ni menyebabkan hosp kerajaan mendpt reputasi sebegini? Cukup tidak adil.
Nak kate “xsuke doktor latihan (houseman) dtg tny soalan bnyk2 & cucuk anak bnyk2 kali”, well semua pakar kt luar sana was once a doktor latihan & kalau kite xbg mrk peluang tuk tny soalan bnyk2, tuk cucuk anak kite, mase dpan nnt xkn ade pakar2. Nak kate “misi2 hosp kerajaan kasar & garang2” well mesti ade sebab misi jadi gtu & sebabnye sila amik cermin tengok diri sendiri cz manusia ni simple, kita xkn kasar2 & garang2 kecuali kite berurusan dgn org yg bebal. Jika anda bebal maka bebal lah layanan yg akan anda terima tp jika anda baik nescaya manis semua misi2 ni.
Baby sy pd awalnya diletakkan di wad biasa & tiba2 satu hari kesihatan dia merudum yg mana dia memerlukan oxygen yg kuat & nebulization setiap jam maka dia dipindahkan ke wad kritikal. Sekirany sy masuk hosp swasta kemungkinan besar mrk akan transfer baby sy ke hospital lain & pertukaran memakan masa + melambatkan rawatan. Atas sb ni sy teramat bersyukur sy pilih hosp kerajaan krn slaluny kemudahan hosp kerajaan lengkap. Sy xckp yg hosp swasta xbaguih tp apa yg sy cuba sampaikan hosp kerajaan sama ja kebagusannya maka jgn pndng remeh hosp kerajaan k peeps? Baby sy pun naik berkerut, ikut daddy dia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya orang akan pilih oat sebagai makanan untuk kurus. Selain membantu menurunkan berat badan, oat juga dianggap makanan sihat dimakan sepanjang diet.
Namun sejauh mana anda mengenali oat yang dijual di pasaran? Semuanya nampak sama tapi rupanya setiap satu oat itu ada jenis dan kesannya yang berbeza.
Pejuang kesihatan, Doktor Hafiz Sulaiman menerangkan jenis-jenis oat yang perlu anda tahu menerusi entri di Facebooknya. Sebelum anda nak pilih oat sebagai salah satu makanan kesihatan, pastinya anda kenali jenisnya dahulu.
Dah lama nak buat perkongsian berkenaan perbezaan oats ini. Hari ni saya sempat curi masa pergi Tesco tengok label produk oats untuk kepastian dan rujukan.
Quaker Oats ada beberapa jenis yang popular. Instant, Quick dan flavoured bagi yang diet untuk kurus dan sihat, pemilihan jenis oat yang sesuai mungkin memberi impak yang berbeza dengan ketara.
Saya merasa perlunya membuat perkongsian ini kerana terdapat nasihat kurang tepat beberapa bulan yang lepas si ruangan komen artikel saya. Pengambilan “instant oats” dan “quick oats” dikatakan sama sahaja kesannya kepada kesihatan.
Jika dilihat kandungan Quaker oats, kandungan nutrisi pada label Instant dan Quick Oats adalah sama 100%
Tiada beza langsung.
Adakah kandungan di dalamnya berbeza tapi tak dinyatakan?
Saya tidak rasa begitu. Kandungannya adalah 100% oats tanpa pengawet dan tanpa aditif tambahan. Syarikat makanan ternama seperti Quaker Malaysia tak mungkin ambil langkah sedemikian.
Maka apakah impak pada kesihatan adalah serupa antara kedua jenis oat ini?
Tidak tuan puan. Ini yang dikatakan sama tapi tak serupa.
Lupakan jenama. Saya cerita secara amnya ya. Nanti ramai pula pm saya tanya macam-macam brand okay atau tidak. ?? haru biru saya.
Beza antara instant oats dan quick oats ialah kaedah PEMPROSESANNYA.
Merupakan oat yang paling banyak diproses. Ia sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Maka teksturnya sangat halus dan berkrim apabila bercampur dengan air panas. Oat jenis segera ini boleh terus dimakan!
Oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu dimasak seminit dua.
Oat yang sudah digelek namun belum dimasak. Rolled oats juga dipotong lebih tebal. Maka ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit. Ia juga dipanggil oat “peseng lama” oleh orang teganu ? beginilah caranya oat dimakan oleh orang putih zaman dahulu kala. Potong halus dan gelek..lepas tu masak atas dapur ?
Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis “steel cut”. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah rasanya kenyal dan kekacangan sedikit perisanya.
Apabila diperhatikan pemprosesannya adalah secara fizikal semata tanpa bahan aditif apatah lagi bahan kimia. Kandungan nutrisi di dalam kesemua jenis oats masih sama walaupun berat semuanya sama.
Namun begitu, perbezaan paling besar yang memberi impak kepada kesihatan ialah
Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama.
Steel cuts paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah.
Rolled oats lebih mudah diserap.
Akhirnya quick oats dan instant oats paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.
Makan oats instant (dan quick) dari sudut kadar penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air coke dan Fanta ??? berdesup gula darah naik mencanak!
Oats instant punyai indeks glisemik yang sangat tinggi. Rujuk indeks glisemik dari Universiti Harvard. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.
Tinggi gula dalam darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis, tetapi juga meningkatkan KERADANGAN. Sakit sendiri, sakit jantung, kanser, buah pinggang dan banyak sistem dalam badan jadi punah sebab gula darah tinggi.
Gula tinggi dalam darah juga sebenarnya punca kegemukan. Lemak badan tak jadi kembang sebab makan banyak makanan berlemak. Tetapi lemak badan makin berkumpul dengan pengambilan gula berlebihan.
Macam mana nak sukat pengambilan gula berlebihan atau tidak ni. Senang saja tuan-tuan puan puan. Selagi boroi dikandung badan. Selagi itulah maknanya gula/karbohidrat dalam diet kita masih berlebihan.
Ironi sebab orang takut makanan kolesterol dan berlemak sebab takut gemuk. Walhal ia bukan penyebab kegemukan yang saintifik. Tetapi gula tinggi hasil daripada pemakanan tinggi indeks glisemik seperti instant oat inilah yang menyebabkan kita jadi semakin lapar, ketagihan makanan dan mengganggu aktiviti metabolik (hormon, biokimia) badan.
Ingat oat segera, ingat gula. Lupakan saja badan kurus atau sihat kalau masih ambil oats. Serat larut atau tidak, ia tidak akan “meneutralkan” kesan toksik gula berlebihan di dalam darah. Jangan buat kelakar.
Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik ya. Serat larut itu bagus untuk kesihatan jantung, tetapi gula berlebihan lebih bahaya untuk jantung. Pengeluar tak tipu dengan kata kandungan serat kesemua oat itu sama. Namun, pengeluar tak cerita pulak penyerapan gula dalam badan jadi tinggi!
Bukan kata tak boleh makan oats. Makan lah rolled oats. Jika rajin, boleh cari steel cuts. Kalau sanggup boleh makan oat groat ? itu boleh jadi lebih baik. Mungkin tidak hehe. Saya akan ceritakan lagi mengenai oats sebab ramai orang kita sukaa sangat oats ini.
Update: Cadangan pakar diet Tuan Hafiz Rosli yang sangat bernas. Jika nak kurangkan peningkatan gula darah apabila makan oat instant, jangan biarkan kosong. Kurangkan kuantiti dan tambahkan susu atau buah tinggi serat Insha Allah lebih kenyang dan gula lebih cantik. Terima kasih atas cadangan bernas tuan ???
Untuk pengetahuan tuan puan, pengambilan lauk lemak haiwan dan serat dalam sayuran juga mengurangkan penyerapan nasi putih sebagai gula dalam darah ?.
Update: Bagi yang ada masalah angin/GERD/alahan dan alergi/kembung dan dapat reaksi lepas makan oats, rolled oats mungkin beri reaksi lebih teruk. Pulihkan dulu perut. Kaedah pemakanan pemulihan di sini.
Pilihlah yang lebih selamat ya. Dah nenek moyang makan nasik, korang nak makan oats pulak. Nantikan fakta-fakta lebih pedas BAHAGIAN 2 daripada anak murid nenek moyang di sini ? Insha Allah.
Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mati pucuk bukan lagi isu yang hanya dikaitkan dengan orang berusia.
Realitinya, semakin ramai lelaki muda turut berdepan dengan masalah ini. Antara punca utama datang daripada faktor psikologikal seperti tekanan, kemurungan, keresahan, atau rasa nervous yang berlebihan ketika bersama pasangan.
Selain itu, faktor fizikal juga memainkan peranan, contohnya penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan tertentu.
Satu lagi punca yang sering dipandang ringan ialah tabiat seksual, terutamanya apabila lelaki terlalu biasa dengan onani.
Dalam jangka masa panjang, ada yang menjadi lebih “selesa” dengan genggaman tangan sendiri berbanding keintiman bersama pasangan, lalu memberi kesan kepada prestasi seksual sebenar.
Masalah mati pucuk di usia muda bukanlah pengakhiran, malah boleh dicegah dan dirawat jika lelaki mengambil langkah yang betul.
Pertama sekali, penting untuk mengurangkan onani, atau hentikan terus jika sudah sampai tahap ketagihan kerana ia boleh menjejaskan keintiman bersama pasangan.
Seterusnya, amalkan rutin hidup sihat dengan bersenam secara konsisten, menjaga pemakanan, dan mengawal tahap stres harian.
Jangan sesekali tunggu masalah menjadi lebih serius dapatkan rawatan awal dengan berjumpa doktor sebaik sahaja ada tanda-tanda awal ED.
Akhir sekali, jagalah hubungan dengan pasangan melalui komunikasi yang terbuka tentang isu seksual.
Dengan cara ini, tekanan tambahan dapat dielakkan dan hubungan akan menjadi lebih sihat, baik dari segi emosi mahupun fizikal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang