Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang. Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.
Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam
Ads
Pesakit gastrik selalunya akan mengalami kemurungan dan berasa sakit pada bahagian atas perut. Anda dinasihatkan untuk mengambil pemakanan yang sihat setiap 2 hingga 3 jam sepanjang hari untuk mengelakkan dari berasa sakit yang sangat kronik. Anda boleh mengambil kacang-kacangan dalam tempoh waktu makan utama agar berut anda sentiasa terisi. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oats, beras perang dan buah-buahan. Berhenti merokok dan kerap minum air sebanyak mungkin untuk terus terhidrat.
Ini antara senarai makanan yang boleh membantu mengawal dan mengurangkan simtom gastritis.
Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.
Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam Sayuran hijau – kerana lebih beralkali.
Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuamn Yaku*t . Kimchi pun ada probiotic.
Di bawah pula adalah makanan yang akan menjadikan simtom lagi teruk, jika anda mempunyai gastritis yang kronik.
Alkohol Kopi pekat Buah berasidik seperti tomato atau lemon Jus buah Makanan berminyak/bergoreg/bersantan/berlemak tinggi Air berkarbonat Makanan pedas
Lemah kawalan kencing menjejaskan rutin hidup apabila perlu bangun setiap malam untuk membuang air kecil sehingga mengganggu waktu tidur, sedangkan kita perlukan rehat yang cukup selepas seharian bekerja dan melakukan aktiviti pada sebelah siang.
Masalah ini boleh menjejaskan keadaan jasmani dan emosi serta orang lain di sekeliling pesakit. Simptom boleh bertambah buruk jika dibiarkan tanpa rawatan. Boleh diatasi dengan rawatan seperti senaman, ubatan dan pembedahan tetapi memerlukan doktor mencari punca masalah terbabit terlebih dulu.
Lemah kawalan kencing adalah tidak keupayaan mengawal pelepasan air kencing. Kadangkala masalah ini hanya sementara seperti jangkitan saluran kencing dan akan pulih apabila jangkitan itu diubati. Namun, masalah menjadi kronik disebabkan otot dan saraf di sekeliling pundi kencing terjejas.
Rawatan untuk lemah kawalan kencing ini berpandu pada puncanya dan beberapa jenis lemah kawalan kencing seperti akibat tekanan dalam perut atau pundi kencing meningkat tiba-tiba (stress incontinence) yang berlaku apabila seseorang bersin, batuk, ketawa kuat, angkat barang berat atau melompat.
Pundi kencing yang terlampau penuh (overflow incontinence) kerana kegagalan organ itu mengosongkan kandungan akibat kelemahan otot dan melepaskan air kencing sedikit demi sedikit juga mengakibatkan seseorang kerap ingin kencing.
Lemah kawalan kencing juga berlaku akibat tabiat seseorang yang suka menahan kencing (functional incontinence) sehingga pundi kencing tidak dapat menampung lagi kandungannya dan terkencing sebelum tiba ke tandas.
Walaupun masalah lemah kawalan kencing kerap berlaku dalam kalangan lelaki yang lebih berusia, tetapi masalah terbabit bukan kerana penuaan. Namun, kebanyakan pesakit tidak menemui doktor kerana memikirkan masalah mereka adalah perkara biasa disebab pertambahan usia.
Masalah berkaitan saraf juga membawa kepada lemah kawalan kencing dan ini boleh berlaku pada semua peringkat usia. Kerosakan saraf berlaku akibat menghidap penyakit lain seperti diabetes, strok, Parkinson dan sklerosis berbilang (multiple sclerosis) serta kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada saraf.
Simptom lemah kawalan kencing
– Terkencing ketika batuk, ketawa, angkat barang
– Gesaan kuat untuk buang air kecil tiba-tiba
– Terkencing tiba-tiba tanpa sebab
– Kerap kencing malam
– Aliran air kencing tersekat-sekat
– Aliran kencing perlahan
– Rasa pundi kencing masih penuh
– Terkencing ketika tidur
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
3. Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
4. Guna madu
Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
5. Guna timun
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
6. Guna daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
7. Guna daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Demam disusuli tubuh menggigil waktu tengah malam kerana kedinginan adalah antara petanda paru-paru dijangkiti kuman atau lebih dikenali sebagai pneumonia.
Gejala lain yang biasa dialami pesakit pneumonia adalah batuk yang mengeluarkan kahak yang kadangkala berwarna kuning atau hijau serta mengalami sesak nafas. Jangkitan kuman menyebabkan pundi atau alveoli di dalam paru-paru yang berfungsi menyerap oksigen dipenuhi cecair yang menyukarkan pesakit untuk bernafas.
Organisma yang paling kerap menjadi punca pneumonia adalah Streptoccocus pneumoniae iaitu sebanyak 50 peratus dan 20 peratus lagi disebabkan Haemophilus influenzae.
Kanak-kanak muda, pesakit tua, perokok, pesakit yang mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis adalah golongan paling berisiko mengalami pneumonia.
Membunuh empat juta setiap tahun
Secara global, pneumonia dijangka akan dihadapi oleh kira-kira 450 juta pesakit dan membunuh empat juta orang setiap tahun. Dengan rawatan sewajarnya pesakit akan pulih dalam masa tiga hingga tujuh hari sekiranya jangkitan yang dialami tidak terlalu teruk.
Sekiranya jangkitan lebih serius, pneumonia boleh membawa kepada penyakit paru-paru bernanah dan bagi pesakit yang tenat, mereka perlu diberi bantuan pernafasan dan malangnya ada yang maut.
Rawatan biasanya dengan mendapatkan rehat secukupnya, pengambilan ubat antibiotik, ubat mengurangkan demam seperti paracetamol serta kemasukan air menerusi salur darah (IV). Sesetengah pesakit mungkin memerlukan oksigen dalam tempoh diperlukan serta bantuan fisioterapi untuk membantu mereka mengeluarkan kahak.
Pesakit yang tenat memerlukan alat bantuan pernafasan bagi membantu mereka mendapatkan oksigen.
Kanak-kanak, orang tua berisiko tinggi diserang
Kadar kematian akibat pneumonia boleh mencecah sehingga 10 peratus disebabkan kekurangan oksigen, jangkitan kuman yang terlalu kuat untuk sistem pertahanan badan atau disebabkan organ lain tidak cukup kuat. Kebanyakan pulih sepenuhnya tetapi bagi sesetengah pesakit, terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga tua, pneumonia boleh mengurangkan kekuatan paru-paru mereka.
Paru-paru yang lemah akan mendedahkan pesakit sekali lagi kepada serangan pneumonia pada masa depan. Bagaimanapun, terdapat vaksin bagi melawan kuman Streptococcus pneumoniae bagi mengurangkan risiko mendapat pneumonia bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Vaksin terbukti mampu mengurangkan kadar kematian akibat penyakit ini.
INFO: Gejala pneumonia
– Batuk.
– Demam.
– Bernafas termengah mengah.
– Menggigil dan gigil bergeser akibat kedinginan.
– Sakit dada yang semakin sakit apabila batuk atau ketika menarik nafas.
– Denyut jantung laju.
– Merasa letih atau sangat lemah.
– Loya dan muntah.
– Cirit birit.
# Bagaimana pneumonia bermula: – Apabila kuman masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas. – Lebih cenderung dialami selepas mengalami demam dan selesema. – Mengalami penyakit kronik dalam jangka masa panjang seperti asma, jantung, barah atau diabetes.
# Adakah paru-paru berair sama dengan pneumonia?
– Paru-paru berair berlaku akibat cecair berlebihan di dalam paru-paru
– Berpunca daripada penyakit jantung.
# Langkah mencegah pneumonia: – Berhenti merokok. – Elakkan diri daripada terdedah kepada menghidu asap perokok. – Prihatin dengan keadaan persekitaran tercemar dengan melindungi diri. – Senaman dapat meningkatkan stamina dan kekuatan paru-paru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.