Ramai lelaki tak sedar bila hormon testosteron dalam badan makin berkurang, kesannya bukan sikit.
Badan jadi cepat letih, tenaga batin menurun, emosi pun senang terganggu.
Tapi berita baiknya, hormon lelaki ni boleh dipulihkan secara semula jadi tanpa perlu terus bergantung pada ubat.
Seorang doktor dari klinik SuamiSihat iaitu Dr Rakesh berkongsi beberapa cara mudah dan praktikal yang semua lelaki boleh amalkan dari pemakanan, senaman, sampailah ke latihan kemut yang ramai orang pandang sebelah mata.
@maskulinmyRasa lesu, cepat letih, hilang fokus dan kurang ‘drive’ dalam hubungan? Ini mungkin tanda testosteron anda rendah masalah yang ramai lelaki tak sedar sedang mereka alami. Tapi jangan risau, ada cara semula jadi untuk bantu tingkatkan hormon lelaki ini tanpa perlu bergantung pada suplemen atau ubat kimia. #maskulin #majalahmaskulin #isulelaki♬ original sound – Maskulin
Pemakanan Berkhasiat Bukan Sekadar Kenyang, Tapi Seimbang
Testosteron banyak bergantung pada apa yang kita makan.
Untuk bantu tubuh hasilkan hormon ni dengan lebih efisien, penting untuk ambil sumber protein yang sihat seperti daging tanpa lemak.
Daging ni bukan sekadar beri zat besi, tapi juga penuh dengan vitamin B yang membantu fungsi hormon lelaki.
Selain tu, jangan abaikan sumber lemak baik. Ikan adalah pilihan terbaik kerana kaya dengan omega-3, manakala minyak zaitun, kacang pistachio, walnuts, dan macadamia pula tinggi dengan good fats yang bantu rangsang hormon secara semula jadi.
Ads
Senaman Berstrategi Fokus Pada Otot, Bukan Ego
Senaman pun sama penting. Tapi ramai lelaki silap bila anggap kena bersenam sampai lunyai baru dapat hasil.
Sebenarnya, terlebih senaman boleh ganggu keseimbangan hormon, dan hasilnya jadi makin lemah.
Menurut doktor Rakesh, cukup kalau kita bersenam 3 ke 4 kali seminggu, dalam 45 minit satu sesi.
Yang penting, fokus pada senaman yang guna otot besar contohnya push-up, pull-up, shoulder press untuk bahagian atas, dan squat atau deadlift untuk bahagian bawah.
Ads
Tujuan senaman ni bukan nak jadi sado, tapi nak kuatkan otot yang bantu tubuh hasilkan lebih banyak testosteron.
Senaman Kegel Kecil Tapi Power Untuk Tenaga Lelaki
Satu lagi cara yang mungkin kedengaran pelik tapi sangat berkesan iaitu latihan kemut atau kegel.
Cara dia senang je. Bayangkan kau tengah buang air kecil, kemudian tahan aliran tu. Itu adalah kemut.
Tapi sekarang, kau tak perlu tunggu kat tandas pun. Dalam posisi duduk pun boleh buat. Kemut selama 10 saat, lepas tu relax. Ulang 5 kali satu sesi. Buat 5 sesi sehari.
Variasi minyak ikan seperti salmon dan mackerel mengandungi omega-3 yang dapat membantu memperlambatkan kerosakan rambut. Ikan juga mengandungi zat besi dan vitamin B12 yang dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit. Zat besi akan disimpan di dalam folikel rambut dan digunakan untuk berbagai proses penting seperti pembuatan hemoglobin, zat dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen.
Bijirin dari roti hingga cereal semuanya mengandungi zat zinc, vitamin B dan zat besi. Zinc adalah kunci kesihatan rambut kerana digunakan untuk memperbetulkan hormon dan secara langsung rambut anda akan tampak tebal.
Penuh dengan selenium dan mineral sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala anda. Kacang juga dapat mengurangi masalah kekeringan.
Sangat terkenal dengan menjaga kesihatan mata. Rupanya lobak merah juga membantu rambut lebih bersinar. Kandungan vitamin A, sayuran ini dapat membantu rambut lebih bersinar dengan menjaga kadar minyak pada kulit kepala. Selain lobak merah, sayuran lain yang ada vitamin A seperti tomato, apricot dan bayam.
Kekurangan vitamin B6 terbukti berkaitan dengan penipisan rambut kerana vitamin B membantu tubuh menyerap nutrisi dari makanan. Malah, turut mempengaruhi produksi sel darah merah yang membantu memelihara folikel rambut anda.
Bangun pagi dengan hidung tersumbat, simpan nasal spray dekat meja kerja, atau rasa tekanan dekat muka tapi anggap “alah resdung biasa” dah jadi rutin ramai rakyat Malaysia. Dalam cuaca yang tak menentu, ditambah pula aircond yang kuat, pencemaran dan habuk, simptom macam ni mudah sangat dianggap benda kecil.
Tapi menurut pakar, tabiat normalisasikan hidung tersumbat sebenarnya boleh membawa risiko lebih besar daripada yang kita sangka. Di Malaysia, sinusitis dianggarkan menjejaskan sekitar 12.8 peratus populasi, bersamaan hampir 3 juta orang yang hidup dengan masalah sinus berpanjangan.
Pakar ENT di Sunway Medical Centre Damansara (SMCD), Dr Natasha Ayla Binti Ahmad Zulkiflee dan Dr Noor Liza Ishak memberi amaran bahawa simptom yang nampak “biasa” itu mungkin petanda kepada masalah ENT yang lebih serius, dan pemeriksaan awal boleh membantu mengelakkan keadaan menjadi kronik.
Sinusitis berlaku bila rongga hidung menjadi radang dan tersumbat dengan mukus, lazimnya disebabkan virus, bakteria atau alahan. Dr Natasha menjelaskan, tempoh simptom sangat penting untuk menentukan sama ada ia masih kategori biasa atau patut diperiksa.
“Jika hidung tersumbat atau congested lebih daripada dua hingga tiga minggu walaupun sudah ambil ubat farmasi, itu masa untuk jumpa pakar.
“Selsema atau jangkitan virus biasanya pulih dalam tujuh hingga sepuluh hari, tetapi jika lebih lama, ia mungkin menandakan keradangan sinus, alahan, atau masalah struktur seperti septum bengkok,” jelasnya.
Antara tanda amaran yang patut anda ambil serius termasuk hidung tersumbat berterusan atau terpaksa bernafas melalui mulut, mukus pekat berwarna, tekanan muka, serta deria bau yang menurun.
Dr Natasha turut menambah, jika simptom ini datang bersama sakit kepala kerap, hingus mengalir ke tekak, nafas berbau atau berdengkur, pemeriksaan adalah sesuatu yang wajar dibuat.
Untuk kanak-kanak pula, bernafas melalui mulut secara kronik boleh memberi kesan kepada pertumbuhan rahang, struktur gigi serta kualiti tidur.
Ramai orang Malaysia sebenarnya “terbiasa” dengan simptom sinus sebab ia seolah-olah sebati dengan gaya hidup harian. Duduk lama dalam pejabat beraircond, ulang alik dalam trafik, terdedah kepada habuk dan asap, semuanya boleh mencetuskan iritasi pada saluran pernafasan.
“Pendedahan berterusan kepada aircond, habuk, jerebu atau asap rokok boleh menyebabkan saluran hidung menjadi radang,” kata Dr Natasha.
Beliau turut menyatakan kurang minum air dan tidur tidak teratur juga boleh memburukkan keadaan. Dalam jangka panjang, sinusitis yang meradang boleh menyebabkan keletihan dan brain fog kerana aliran oksigen tidak optimum serta tidur yang terganggu.
Dalam kes yang jarang berlaku, jangkitan hidung tersumbat atau sinus yang tidak dirawat juga boleh merebak ke struktur berhampiran seperti mata dan menyebabkan bengkak atau penglihatan menurun, atau lebih jarang, merebak ke otak. Namun menurut Dr Natasha, kebimbangan utama ialah bagaimana masalah ini secara perlahan menjejaskan kualiti hidup.
“Walaupun ia tidak kerap berlaku, kebimbangan yang lebih besar ialah bagaimana kesesakan jangka panjang boleh memberi kesan senyap kepada kualiti hidup, daripada sentiasa letih hingga produktiviti menurun,” katanya.
Ramai orang mengambil jalan mudah dengan ubat semburan hidung dan antihistamin kerana ia memberi kelegaan segera. Tetapi penggunaan terlalu kerap boleh menutup punca sebenar atau menjadikan masalah lebih teruk.
Dr Noor Liza memberi amaran, penggunaan berpanjangan semburan hidung jenis decongestant boleh menyebabkan rebound congestion, iaitu hidung tersumbat menjadi lebih teruk apabila kesan ubat hilang.
“Penggunaan yang berpanjangan boleh merengsakan lapisan dalam hidung dan menyebabkan keradangan kronik. Begitu juga jika terlalu bergantung kepada antihistamin, ia boleh menutup simptom tanpa merawat punca sebenar, lalu melambatkan diagnosis masalah seperti sinusitis kronik, polip hidung, atau saluran yang tersumbat akibat struktur,” katanya.
Beliau turut menjelaskan keadaan ini boleh membawa kepada rhinitis medicamentosa, iaitu lapisan hidung menjadi bengkak dan terlalu sensitif, selain boleh menjadi kering dan membentuk kerak kecil yang mengganggu fungsi normal hidung. Dalam kes yang lebih teruk, laluan hidung boleh menjadi sempit dan menyebabkan sumbatan jangka panjang.
Bagi mengelakkan risiko, Dr Noor Liza menyarankan semburan decongestant digunakan dalam tempoh tiga hingga lima hari sahaja.
“Jika seseorang perlu menggunakan semburan itu lebih kerap, ini mungkin petanda rebound congestion,” katanya.
Menurut pakar, langkah terbaik adalah mendapatkan pemeriksaan ENT lebih awal supaya rawatan boleh disesuaikan mengikut punca sebenar, sama ada melalui ubat, prosedur minimally invasive, atau perubahan gaya hidup. Ini membantu pesakit bernafas lebih lega, tidur lebih baik dan mengurangkan risiko jangka panjang.
“Bila dirawat awal, keradangan lebih mudah dipulihkan, tidur bertambah baik, dan pesakit biasanya rasa tenaga serta fokus mereka kembali. Ia bukan sekadar boleh bernafas lebih lega, tetapi memulihkan keselesaan harian dan kesejahteraan keseluruhan,” kata Dr Natasha.
Dr Noor Liza pula menyatakan pemeriksaan awal boleh memutuskan kitaran masalah sinus berulang serta mengelakkan kerosakan jangka panjang pada lapisan hidung.
“Mengesan masalah seperti alahan, keradangan sinus atau halangan struktur lebih awal membolehkan kita memulihkan fungsi hidung yang normal dan mengurangkan pergantungan kepada ubat yang berulang,” jelasnya.
Rawatan perubatan boleh melibatkan saline rinse, nasal steroid spray, kawalan alahan termasuk immunotherapy, dan antibiotik untuk kes jangkitan tertentu. Untuk kes berulang atau kronik, prosedur seperti endoscopic sinus surgery, septoplasty atau turbinoplasty boleh membantu mengurangkan sumbatan dan memulihkan aliran udara.
Untuk diagnosis yang lebih tepat, pakar akan melakukan pemeriksaan seperti nasal endoscopy dan ujian alahan. Dr Natasha menjelaskan nasal endoscopy membantu mengesan keradangan, polip, ketumbuhan atau masalah struktur yang tidak kelihatan secara luaran.
“Jika kami nampak polip atau nanah, atau halangan berterusan disebabkan turbinat yang membesar atau septum bengkok, itu biasanya menandakan keperluan rawatan yang lebih intensif atau pembedahan,” katanya.
Dr Noor Liza turut menyatakan ujian alahan penting untuk kawalan jangka panjang.
“Reaksi kuat terhadap pencetus seperti hama habuk atau debunga boleh mengesahkan allergic rhinitis dan membantu kita merancang rawatan lebih tepat seperti antihistamin, nasal steroid spray, elakkan alergen, atau immunotherapy,” katanya.
Kesimpulannya mudah. Hidung tersumbat yang datang sekali sekala mungkin normal. Tetapi jika simptom berlarutan berminggu-minggu, ia bukan lagi perkara yang patut anda biasakan.
Sinus congestion yang berpanjangan bukan sekadar mengganggu pernafasan, ia boleh menjejaskan tidur, tenaga, fokus dan produktiviti harian. Dan dalam jangka panjang, ia boleh menjadi masalah kronik yang lebih susah untuk dipulihkan.
Jangan tunggu sehingga hidung tersumbat jadi risiko kesihatan senyap. Dapatkan pemeriksaan lebih awal, supaya anda boleh kembali bernafas dengan lebih baik.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Panas baran yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Perkara sekecil kuman pun boleh jadi besar! Kemarahan yang tidak terkawal boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan dan hubungan anda. Maka, anda perlu atasinya agar tidak merebak lebih teruk sikap panas baran dalam diri.
Untuk hidup yang lebih bahagia dan tenang. Ikuti ini:
1. Ambil masa bersendirian
Bila anda rasa ingin meletup, cuba ambil masa bersendirian, jauh daripada orang sekeliling selama 10 hingga 15 minit, cuba tenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
2. Bila rasa tenang luahkan
Sebetulnya penting untuk anda tenang, tidak kisahlah dalam apa jua situasi sekalipun perlu anda rasa tenang. Hal ini kerana, jika anda tidak tenang nescaya anda rasa panas dan tidak tenteram, anda jadi kusut dan tidak tentu hala. Bila sudah tenang, luahkan apa yang terpendam dalam hati.
3. Senaman ringkas
Jika anda rasa panas naik perlahan-lahan, cuba pergi berjalan atau berlari, atau luangkan masa lakukan aktiviti fizikal kegemaran anda, jika perlu ke gim. Aktiviti fizikal merangsang pelbagai bahan kimia otak yang boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang.
4. Fikir sebelum cakap
Kita selalu dengar perumpamaan ‘fikir sebelum cakap’, hal ini penting kerana takut nanti anda menyesal tak sudah pula, kalau boleh fikirkan dulu apa yang anda ingin katakan, jangan main serkap jarang.
5. Cuba selesaikan masalah seboleh mungkin
Sebagai contoh jika bilik abang anda terlalu kotor, cuba tidak memasuki atau datang ke bilik tersebut, jika pinggan mangkuk langsung tidak dibasuh, ringankan tulang membasuhnya. Kiranya lebih baik anda selesaikan terus masalah anda daripada mengamuk. Sentiasa ingatkan diri bahawa mengamuk hanya mengeruhkan suasana sahaja. Tetapi kalau dah kerap sangat mereka melakukan kesilapan yang sama, lebih baik bersemuka tapi kena ada caranya, jangan serkap jarang okay.
6. Sentiasa gunakan ‘I Statement’ bila selesaikan masalah
Sebelum menuding jari kepada orang lain yang hanya keruhkan suasana – baik gunakan ‘I statement’ dalam ayat anda. Sebagai contoh, ‘Awak langsung tak buat kerja rumah’ tukar kepada ‘Saya kecewa awak tinggalkan meja begitu sahaja tanpa tawarkan bantuan pada orang lain’. Cuba gunakan ‘I Statement’ sebaik mungkin.
7. Jangan berdendam
Walau susah sekalipun cuba untuk maafkan individu tersebut. Jangan berdendam kerana ianya hanya akan menyakitkan hati anda sahaja. Jika anda maafkan individu tersebut, ia mengkin suatu pengajaran di masa hadapan jika berdepan dengan masalah sebegini lagi. Anda boleh sentiasa beringat!
8. Latih diri lakukan kemahiran tenangkan diri
Sebagai contoh, bila rasa panas sahaja cuba katakan ‘take it easy’, ‘mengucap Ashtagfirullah’, tarik nafas dalam, urut dada atau anda boleh cuba dengar muzik yang tenang dan nyaman. Orang kata senaman seperti yoga baik untuk ketenangan diri, jadi cuba amalkan.
9. Minta bantuan
Jika tidak boleh juga, hadirkan diri ke kaunseling ataupun terapi bagi baiki masalah panas baran anda. Yang paling penting, sentiasa berdoa pada-Nya.
10. Perlu ada sifat sense of humor
Anda perlu ada sifat sense of humor agar hidup tidak stress. Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi apa yang membuatkan anda marah. Cuba elakkan sindiran, ia hanya akan menyakitkan perasaan dan membuat keadaan lebih teruk.
Kawal amarah okay!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hobi penting untuk keseimbangan hidup, tetapi apabila bergelar suami dan bapa, lelaki perlu tahu keutamaan. Keluarga bukan penghalang kebebasan, sebaliknya amanah yang menuntut kehadiran.