Lelaki memang terdedah dengan kecederaan kaki seperti terseliuh. Bukan sahaja akibat bermain suka tetapi juga dengan aktviti kerja berat dan tugasan demi mencari rezeki.
Apabila kaki teseliuh, rata-rata daripada kita mengambil langkah sendiri dengan menyapu minyak panas atau mengurut untuk mengurangkan kesakitan.
Namun cara yang kita lakukan selama untuk atasi kaki terseliuh itu salah kerana ia mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk. Sekiranya anda mengalami kaki terseliuh, ini langkah segera yang sepatutnya anda buat sebagaimana yang dikongsikan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman Facebooknya.
Semoga perkongsiannya ini akan bermanfaat untuk anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerap melakukan aktiviti berlari, berjoging atau bersenam.
JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEJURUS KAKI TERSELIUH!
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
Ads
1. JANGAN URUT
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
2. JANGAN TUAM HABA
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).
Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:
1. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
2. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
Ads
3. PERLU BALUT
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
4. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang ekstra mencabar terutamanya di kalangan perokok. Jika sepanjang tahun boleh berasap sesuka hati tanpa mengira masa, kini tiba masa untuk melatih diri menahan keinginan melunaskan rasa ingin merokok.
Bagi MASKULIN, bulan Ramadan merupakan tempoh paling tepat untuk sesiapa yang ingin berhenti merokok. Paling tidak pun mengurangkan jumlah rokok yang diambil setiap hari.
Namun pernahkah anda lihat telatah sesetengah orang. Bila dengar sahaja azan Maghrib berkumandang dan masuknya waktu berbuka puasa, terus nyalakan rokok.
Ada mengatakan mereka sudah tidak dapat menahan rasa ingin merokok. Bagi sesetengah perokok, menahan lapar dan dahaga itu lebih senang berbanding nak hadapi keinginan diri untuk merokok.
Buat pembaca MASKULIN sekalian anda jangalah jadi sampai tahap macam itu ya. Apa yang mungkin adan sebagai perokok tidak sedar ialah sebenarnya merokok saat berbuka puasa sebenarnya boleh mendatangkan mudarat.
1. Meningkatkan risiko kanser usus
Tahukah korang selain kanser paru-paru rokok juga boleh menjadi penyumbang kepada beberapa jenis kanser lain seperti kanser mulut, hati, pankreas dan juga usus. Merokok dalam keadaan perut kosong boleh menyebabkan nikotin meresap ke dalam badan dalam jumlah lebih besar berbanding perut yang sudah terisi. Jadi ia secara tidak langsung meningkatkan risiko kanser usus,
2. Pembuluh darah menyempit dan mengeras
Kandungan nikotin dan pelbagai jenis racun di dalam rokok boleh meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan aliran darah ke jantung. Akibatnya tekanan darah meningkat akibat saluran atau pembuluh darah semakin sempit. Sangat bahaya tahu!
3. Proses penrcernaan terganggu
Apabila seseorang merokok dalam keadaan perut kosong, kandungan asid dalam perut akan memberi tindakbalas d an ia meningkat. Secara tak langsung terus menggangu proses pencernaan selepas itu. Ini juga menjadi antara sebab mengapa perokok hilang selera makan.
Di dalam asap rook juga terdapat kandungan karbon monoksida. Apabila masuk ke dalam aliran darah ia akan menurunkan kandungan oksigen. Apabila ini berlaku orang yang merokok dalam keadaan perut kosong akan merasa pening dan lelah. Ini kerana sel-sel badan berdepan dengan masalah kekurangan oksigen. Selain itu, ia juga akan meningkatkan kadar kolestrol dalam darah.
5. Usus berdarah
Merokok juga boleh meningkatkan risiko terkena masalah inflamasi usus dikenali sebagai penyakit Crohn. Tanda-tanda penyakit ini ialah berlakunya pendarahan pada usus, sakit perut berulang dan cirit-birit. Dan jika berlarutan ia boleh menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak.
Nasihat MASKULIN, jauhilah rokok.
Apa kata kira sama-sama menghayato bulan Ramadan yang penuh rahmat ini dengan sebaik mungkin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam dunia sekarang sudah tak ada istilah pelik untuk apa jua perkara yang bagi kita sebelum ini memang tak masuk akal.
Ini terutamanya bila bercakap tentang kesihatan. Manusia kadangkala akan lakukan apa sahaja untuk menyembuhkan diri mereka dari penyakit atau ras sakit yang buta mereka rasa tak selesa.
Tapi pernahkah anda dengar orang guna sperma sendiri untuk merawat diri?
Inilah yang telah berlaku kepada seorang pemuda berusia 33 tahun di Dublin, Ireland. Kisahnya seorang pesakit telah membuat sekumpulan doktor pening dengan kondisinya.
Tangannya yang bengkak dan mengalami ruam membuatkan doktor berasa hairan.
Dari laporan Metro.co.uk, leaki tersebut cuba menyembuhkan rasa sakit belakangnya dengan menyuntik sperma sendiri ke dalam badannya kerana mempercayai ia mampu menyembuhkannya.
Dia yang dimasukkan ke sebuah hospital di Dublin dikatakan melakukan perkara tersebut selama setahun setengah sebelum petugas perubatan dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Segalanya terbongkar selepas dia menemui doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang di hospital tetapi doktor pelik kerana mendapati lengannya bengkak dan mengalami ruam kemerah-merahan.
Menyangka dia menyuntik sejenis ubat, doktor memberitahu bahan terebut mungkin menyebabkan dia telah alami jangkitan selulitis.
Selepas ditanya dia akhirnya mengaku telah melakukan suntikan sperma sebanyak satu dos secara bulanan selama 18 bulan berturut-turut dengan menggunakan jarum hipodermik yang dibelinya secara online.
Doktor melakukan X-ray untuk melihat apakah keganjilan yang mungkin berlaku.
Namun suntikan itu tidak menjadikan dirinya bertambah baik, bahkan terpaksa bermalam selama beberapa hari di hospital untuk dirawat.
Sebelum doktor sempat melakukan pemeriksaan lanjut untuk membuang sperma dari badannya dia telah melarikan diri.
Ini merupakan satu kes yang agak pelik dan unik. Sehingga kini tiada sebarang kaedah perubatan moden yang menggunakan sperma manusia ke atas manusia. Malah doktor juga ujian terhadap kesan sperma ke atas urat dan otot manusia tidak pernah dibuat. Semoga lelaki tersebut menemui rawatan yang betul untuk sakit belakangnya.
Risau nanti bukan belakangnya sahaja sakit tetapi di bahagian ‘itu’ pula yang cedera akibat ingin dapatkan sumber suntikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kecederaan ACL atau dipanggil sebagai “ligamen anterior cruciate” merupakan salah satu kecederaan yang paling biasa berlaku dalam sukan.
Ini terutamanya sukan yang melibatkan pergerakan cepat, pusingan dan perubahan arah yang mendadak seperti bola sepak, bola keranjang dan ski.
ACL merupakan ligamen yang menghubungkan tulang femur (paha) dengan tibia (betis) di lutut.
Foto : eCentral.my
Sendi lutut ini diselaputi kapsul dan distabilkan oleh beberapa ligamen yang penting iaitu ‘anterior cruciate ligament’ (ACL), ‘posterior cruciate ligament’ (PCL), ‘medial collateral ligament’ (MCL) dan ‘lateral collateral ligament’ (LCL).
Foto : eCentral.my
Kecederaan ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan memerlukan pemulihan yang panjang yang boleh menjejaskan aktiviti harian serta prestasi sukan.
Bagi pemain atau individu aktif bermain bola sepak, ia merupakan satu mimpi ngeri bagi mereka kerana kecederaan ACL ini banyak berlaku di kalangan atlet bola sepak.
PUNCA BERLAKU KECEDERAAN ACL
“Sebanyak 80% kecederaan ACL yang berlaku semasa bersukan terjadi bukanlah disebabkan oleh hentakan terus pada lutut (non-contact injuries).” – Physioworks, 2019.
Kecederaan ACL boleh berlaku akibat daripada pelbagai faktor antaranya:
Pergerakan Pusingan Mendadak
Kecederaan ACL sering terjadi apabila seseorang membuat perubahan arah yang mendadak, contohnya ketika seseorang cuba menggelecek bola sepak. Aktiviti sukan seperti bola sepak, bola keranjang, dan ragbi yang melibatkan lompatan dan pusingan adalah berisiko tinggi.
Foto : Sinar Harian
Hentakan atau Perlanggaran
Kadangkala, kecederaan ACL boleh berlaku akibat perlanggaran dengan pemain lain atau benda keras semasa bermain sukan.
Pendaratan Tidak Betul
Kecederaan ACL juga boleh berlaku ketika seseorang mendarat secara tidak betul, terutama selepas melompat atau menyentuh permukaan keras. Ini boleh memberi tekanan yang tinggi pada ligamen ACL.
Kelemahan Otot dan Ketidakseimbangan
Kelemahan otot-otot di sekitar lutut, terutamanya quadriceps dan hamstrings, boleh meningkatkan risiko kecederaan ACL. Otot yang lemah kurang mampu memberikan sokongan kepada ligamen ACL semasa aktiviti sukan.
RAWATAN SELEPAS KECEDERAAN
Foto : Physiomobile
Rawatan Segera (Peringkat Awal)
Setelah kecederaan ACL berlaku, langkah pertama yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan bengkak dan mengawal kesakitan adalah :
Rehat : Mengelakkan aktiviti berat yang boleh memburukkan lagi kecederaan.
Ais : Meletakkan ais pada lutut yang cedera untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan. Gunakan ais selama 15-20 minit setiap 2-3 jam dalam tempoh 48 jam pertama.
Kompresi : Menggunakan pembalut elastik untuk memberikan tekanan ringan pada kawasan yang cedera, tetapi pastikan ia tidak terlalu ketat.
Elevasi : Mengangkat kaki pada posisi yang lebih tinggi daripada paras jantung untuk mengurangkan pembengkakan.
Pemulihan Fasa Awal
Pada fasa pemulihan awal, tujuan utama adalah untuk mengembalikan mobiliti dan mengurangkan kesakitan contohnya :
Terapi Fisioterapi: Latihan untuk meningkatkan julat pergerakan lutut dan menguatkan otot sekitar lutut (hamstring, quadriceps). Terapi ini akan dijalankan oleh ahli fisioterapi dan melibatkan latihan berperingkat.
Foto : eCentral.my
Penggunaan Sokongan: Penggunaan pembalut atau penyangga lutut untuk memberi sokongan dan stabiliti pada lutut semasa aktiviti seharian.
Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk koyakan ACL yang lebih teruk atau bagi mereka yang ingin kembali ke aktiviti sukan yang intens.
Pembedahan ini melibatkan penggantian ligamen yang koyak dengan tisu transplant atau sintetik. Selepas pembedahan, pesakit akan menjalani proses pemulihan yang panjang, termasuk terapi fizikal dan latihan penguatan otot.
Kecederaan ACL memerlukan rawatan yang teliti dan berperingkat. Jika anda mengalami kecederaan ACL, pastikan untuk berunding dengan pakar ortopedik atau fisioterapis untuk menentukan rawatan yang terbaik mengikut keadaan anda. Cegah sekarang sebelum kecederaan menjadi lebih serius!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.