Kita sedia maklum, tanda-tanda simptom COVID-19 antaranya ialah demam. Jadi sekiranya anda mengalami gejala demam disebabkan oleh jangkitan COVID-19, pastikan elak mengambil ubat demam ini.

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Latif Saad menerusi page TheDiagnosa, beliau menasihati mereka yang demam dan mempunyai simptom COVID-19 agar tidak mengambil ubat demam jenis Ibuprofen.

Ini kerana menurut beliau, ubat demam jenis ini boleh memungkinkan anda mengalami kesan yang serius.

Ikuti perkongsian bermanfaat beliau ini.

Elak ubat demam jenis Ibuprofen

Mereka yang mempunyai simptom COVID-19 dinasihatkan untuk tidak mengambil ubat demam jenis ini iaitu Ibuprofen.

Ibuprofen seperti mana yang kita tahu ia selalu digunakan untuk merawat demam terutamanya pada kanak-kanak. Ia juga selalunya digunakan sebagai ubat tahan sakit.

Dalam kenyataan WHO oleh Christian Lindmeier menyatakan bahawa tiada lagi kajian yang menunjukkan ubat tahan sakit jenis anti-keradangan meningkatkan kematian COVID-19. Pakar masih lagi sedang menjalankan berkenaan perkara ini. Akan tetapi mereka mengatakan,

IKLAN

“Kami mengesyorkan ubat demam paracetamol, bukan ibuprofen,” Kata Lindmeier.

Kenyataan ini dikeluarkan apabila terdapat kajian di dalam Jurnal The Lancet dimana ia menghasilkan satu hipotesis iaitu terdapat beberapa jenis ubat seperti ibuprofen meningkatkan risiko untuk seseorang itu menghadapi komplikasi daripada penyakit ini.

Bagaimana ibuprofen menyebabkan komplikasi dalam pesakit COVID-19?

Sebelum itu, kami perlu menceritakan tentang penemuan satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal berprestij The Lancet terlebih dahulu.

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati mereka yang mengalami jangkitan COVID-19 serta mempunyai masalah kencing manis atau darah tinggi akan mempunyai risiko yang tinggi mendapat komplikasi.

IKLAN

Ini disebabkan pesakit seperti ini selalunya akan mengambil ubat darah tinggi yang dikenali sebagai Angiotensin-Converting Enzyme Inhibitor dan juga Angiotensin Receptor Blocker.

Ubat seperti ini selalunya digunakan untuk mengawal tekanan darah dan juga untuk melindungi buah pinggang daripada semakin rosak.

Ketika mana pesakit ini mengambil ubat ini, ia akan menyebabkan peningkatan bilangan Angiotensin-Converting Enzyme(ACE) yang terletak pada sel di bahagian paru-paru.

Virus COVID-19 ini pula menjangkiti sel di bahagian paru-paru melalui ACE ini. Disebabkan pesakit kencing manis dan darah tinggi ini mempunyai bilangan ACE yang tinggi, ia menyebabkan virus ini lebih senang menjangkiti pesakit dan menyebabkan komplikasi.

IKLAN

Doktor Ini Kongsi Ubat Demam Yang Mungkin Boleh Sebabkan Pesakit COVID-19 Jadi Teruk!

Apa kaitan dengan ubat ibuprofen?

Ubat jenis ibuprofen dan juga ubat tahan sakit jenis nonsteroidal anti-inflammatory drug (nSAIDS) seperti ponstan (mefenamic acid) dan juga Voltaren (Diclofenac) akan menyebabkan peningkatan ACE pada seseorang.

Oleh sebab itulah, pengkaji mengeluarkan hipotesis bahawa jika seseorang itu sedang demam disebabkan jangkitan COVID-19, ia akan menjadi lebih teruk jika seseorang itu mengambil ubat ibuprofen.

Kesimpulan

Oleh itu, dinasihatkan kepada anda untuk mengelakkan pengambilan ubat demam jenis ibuprofen ketika ini kerana ia mempunyai risiko menyebabkan penyakit COVID ini menjadi semakin serius.

Bahkan kebanyakan daripada penyakit seperti demam denggi dan juga influenza akan menjadi semakin teruk disebabkan ubat ini.

Sumber:
1. https://www.dailysabah.com/life/health/who-reiterates-call-for-coronavirus-patients-not-to-take-ibuprofen
2. Lei Fang, George Karakiulakis, Michael Roth. Are patients with hypertension and diabetes mellitus at increased risk for COVID-19 infection?DOI:https://doi.org/10.1016/S2213-2600(20)30116-8

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI