Biasanya bila hidung berdarah, kita akan dongakkan kepala kononnya untuk menghentikan aliran darah tersebut. Rupanya cara yang kita buat selama ini salah.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih yang bertugas di Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung & Tekak), mendongakkan kepala ketika hidung berdarah berisiko menyebabkan darah hidung masuk ke saluran pernafasan.
Jadi apa yang sepatutnya anda buat? Kalau nak tahu langkah sewajarnya yang anda perlu buat bila hidung berdarah, ikuti perkongsian ini.
1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.
Ads
2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku!
3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.
4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.
Ads
5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.
6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.
Sila #kongsi tulisan ini kepada mereka yang anda sayang. Moga ia bermanfaat.
Dr Ezairy M.Sallih
#doktortelingahidungtekak
Jangan cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan. Ia tidak membantu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mempunyai badan yang berketak dan perut yang ramping memang menjadi idaman setiap orang. Jangan kata perempuan, lelaki juga idamankan benda yang sama dengan perut 6 pack seperti atlet.
Tetapi pasti anda tertanya-tanya sewaktu bila anda mahu lakukan senaman seperti ini dan di mana. Tak perlu panik, sebenarnya anda boleh lakukan di rumah sahaja.
Ini dia beberapa cara paling mudah untuk miliki 6 pack di rumah.
Leg Raise
Angkat kaki hingga 90 darjah, tangan anda di bawah punggung untuk memberi imbangan padan badan dan kemudian perlahan-lahan turunkan kaki anda. Ulangi gerakan yang sama selama 30 kali.
Leg Lift Circle
Tangan di punggung dan angkat kaki anda. Kankangkan kaki kanan dan kiri buat bulatan besar. Ulang pergerakan ini selama 15 kali.
Scissor kick
Angkat kaki kiri anda ke atas dan kaki kanan di bawah. Lakukan pergerakan ini seperti gerakan ‘gunting’ dan lakukan sebanyak 30 kali.
Cross Crunch
Tangan di belakang kepala dan lutut kanan bertemu dengan siku kiri. Kemudian selang selikan kanan dan kiri anda. Lakukan sebanyak 40 kali sehingga anda rasa ‘terbakar’ dibahagian otot perut.
Bicycle
Kedudukan yang sama seperti Cross Crunch, Cuma bezanya gerakan kaki sahaja. Tangan di belakang kepala dan kayuhkan kaki seperti sedang berbasikal sebanyak 40 kali. Anda akan rasa terbakar di bahagian otot peha dan otot perut. Jangan give up lakukan pergerakan ini sehingga habis.
Russian Twist
Duduk dan pastikan tangan anda di gengam serta kaki anda diangkat di bahagian lutut manakala tumit di lantai dan kaki hujung anda terangkat. Lakukan pergerakan ini dengan pusing ke kiri dan ke kanan. Anda akan rasa terbakar di bahagian otot perut dan teknik ini boleh mengecilkan pinggang. Lakukan sebanyak 30 kali.
Side Leg Raise (Kiri)
Pastikan anda di posisi mengiring di belah kanan. Tahan badan dengan lengan dan lengan kiri letakan di pinggang. Angkat kaki kiri anda ke atas dan perlahan turunkan kaki kiri anda. Lakukan sebanyak 20 kali.
Side Leg Raise (Kanan)
Ubah posisi anda ke kiri dan letakan tangan kanan anda serta angkat kaki kanan dan dengan perlahan turunkan ia. Lakukan pergerakan ini sebanyak 20 kali.
Plank Rotation
Meniarap seperti lakukan plank dan gerakkan pingang ke kiri dan ke kanan. Lakukan pergerakan ini sebanyak 30 kali.
Plank
Akhir sekali,lakukan plank seperti meniarap tetapi tahan beban badan dengan menggunakan lengan dan kaki anda statik di hujung posisi. Badan tengak selari dengan pungung dan lakukan selama 20 saat.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan Facebook untuk dapatkan update terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TABIAT PEMAKANAN YANG BURUK DAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN. JADI GAYA HIDUP SIHAT DAN PEMAKANAN SEIMBANG SANGAT PENTING. ANTARA CONTOH MAKANAN DAN MINUMAN YANG BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN ADALAH:
MAKANAN ATAU MINUMAN MENGANDUNGI GULA ATAU KARBOHIDRAT YANG DIPROSES
Molekul gula yang berlebihan akan bergabung dengan protein, menghasilkan AGE (Advanced Glycation End product) yang boleh merosakkan kolagen pada kulit.
MAKANAN YANG DIPROSES
Makanan diproses seperti sosej, daging burger dan nuget mengandungi sulfit dan banyak bahan pengawet lain yang boleh menyebabkan keradangan pada badan termasuk kulit dan mempercepatkan kita kelihatan tua. Tambahan pula, daging yang diproses biasanya mempunyai kandungan lemak dan garam yang tinggi. Ia boleh mengakibatkan pengekalan air dan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN LEMAK TEPU
Lemak tepu bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit jantung malah turut menyebabkan penuaan kulit. Kajian juga menunjukkan lemak tepu boleh meningkatkan kedutan pada wajah.
Selain itu, gaya hidup seharian juga boleh menyumbang kepada penuaan awal. Antara tabiat buruk yang perlu diubah ialah:
Kurang tidur:Tidak cukup tidur atau tidur yang tidak berkualiti boleh memberi pelbagai kesan kepada kesihatan seperti peningkatan berat badan, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan, mengurangkan tumpuan dan kulit menjadi pucat.
Tekanan:Tekanan berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak, meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
Merokok:Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Merokok juga meningkatkan risiko penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
Berat badan berlebihan:Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Mengambil makanan seimbang dan berkhasiat memang penting untuk warga emas bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Seperti golongan muda, warga emas juga memerlukan nutrien khusus kerana penuaan mempengaruhi proses penyerapan mineral serta penggunaan dan perkumuhan dalam badan.
Untuk itu, kombinasi makronutrien, vitamin, mineral, serat dan air sangat penting untuk membekalkan nutrien mencukupi bagi warga emas.
MAKRONUTRIEN
Sebahagian besar nutrien dalam diet seseorang terdiri daripada makronutrien. Ia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Setiap makronutrien terbabit membekalkan kalori, tetapi dalam jumlah berbeza. Karbohidrat membekalkan empat kalori bagi setiap gram, protein pula empat kalori setiap gram dan lemak sembilan kalori setiap gram.
SERAT
Serat adalah sebahagian daripada komponen tumbuhan yang tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman manusia. Ia hanya terdapat dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayuran, kacang dan bijirin. Antara kebaikannya adalah mencegah sembelit dan mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser contohnya kanser kolon.Warga emas pula disarankan supaya mengambil kandungan serat sebanyak 20 hingga 30 gram sehari.
VITAMIN DAN MINERAL PENTING BAGI WARGA EMAS
Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin dan mineral serta lebih mudah mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang.Vitamin A misalnya diperlukan badan bagi fungsi penghasilan pigmen retina (mata) juga membantu sistem imun badan berfungsi dengan baik.
Antara sumber utama vitamin ini ialah hati ayam, hati lembu, telur, susu penuh krim, ikan bawal hitam, ikan kembung dan susu tepung skim. Kekurangannya boleh menyebabkan beberapa masalah seperti rabun malam, hilang selera makan, kulit kering dan kasar juga sistem imun menjadi lemah selain kekeringan mata.
Vitamin C pula perlu untuk membantu badan melawan jangkitan, mengurangkan risiko penyakit dan membantu penyerapan ferum. Antara lain, ia boleh didapati daripada betik, jambu batu, kubis, oren, tomato dan mangga.
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kurang selera makan, skurvi, gusi berdarah, keletihan dan kemurungan. Kalsium sangat diperlukan bukan hanya untuk mengekalkan kesihatan gigi dan tulang malah ia membantu untuk mengurangkan kehilangan jisim tulang.
Ia juga membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang, mengekalkan imbangan homeostasis kalsium, membantu dalam pembekuan darah secara normal juga mengekalkan fungsi saraf dan kawal atur otot jantung.
Sumber kalsium antara lain termasuk dadih, tauhu, kailan, bayam, keju, susu soya, badan dan ikan bilis tanpa kepala. Ramai yang mungkin terlepas pandang zat besi sedangkan ia diperlukan badan untuk menghasilkan sel darah merah, mengangkut oksigen dalam badan juga penting untuk fungsi otak terutama bagi pembelajaran dan daya ingatan.
Antara sumber zat besi termasuk kerang, peria, kacang kuda, bayam, ayam, daging lembu tanpa lemak, kismis, telur dan ikan bilis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai mungkin akan memandang dengan skeptikal bila dengar orang cakap ‘tiada masa nak bersenam’. Tapi dalam kehidupan yang serba sibuk terutamanya di bandar-bandar besar perkara ini adalah satu realiti.
Bayangkan keluar rumah sejurus selepas Subuh dan pulang ke rumah selepas azam Maghrib. Ramai yang alami senario ini dalam kehidupan seharian. Jadi usahlah terlalu sinikal ya.
Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsikan rutin senaman selama tiga minit yang mampu membuatkan anda berpeluh sakan! Lakukan mengikut kemampuan anda. Jika tak mampu nak ikut masa yang ditetapkan, ikutlah pace sendiri. Biar perlahan asal selamat!
SQUAT
Sekiranya anda lakukan dengan betul, otot perut dan paha terasa tekanannya anda dapat lakukan sebanyak 10 kali dalam kiraan 20 saat.
PUSH UP
Lurus dan selarikan kaki dengan bahu di lantai. Tangan anda menyokong berat badan anda dan bawa ke bawah dan tolak ke atas. Lakukan selama 20 saat. Workout ini bagus untuk menguatkan otot di bahagian abdomen, paha, betis serta lengan anda agar nampak lebih gagah dan macho.
JUMPING JACK
Lompat bintang selama 20 saat dapat membantu membakar lebihan kalori. Malah ia juga baik untuk jantung dan meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh badan.
CRUNCHES
Baring dan angkat kaki seperti anda sedang duduk (90 darjah) dan dengan perlahan angkat badan serta rapatkan muka ke paha anda. Pastikan posisi tangan anda berada di belakang telinga anda untuk membantu menolak badan anda.
RUNNING CLIMBER
Selarikan kaki, bahu dan tangan di lantai. Dengan kadar segera angkat kaki kiri dan rapatkan di perut kemudian ulangi kaki kanan dan lakukan pergerakan yang sama. Pergerakan ini sama seperti anda sendang memanjat bukit. Lakukan selama 20 saat.
BURPEES
Turunkan badan dengan pastikan kaki selari dengan bahu dan tangan menahan berat badan ke lantai dan bawa ia ke bawah kemudian tolak badan anda untuk naik dan lompat.
Lakukan beberapa kali kerana Muscles target untuk senaman ini adalah chest, back, triceps, biceps, shoulder, peha, punggung dan perut. Workout ini bukan sahaja untuk turunkan berat badan, membakar lemak atau membina otot. Tapi senaman ini sangat membantu meningkatkan stamina kita lebih baik dan hebat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.