Resam memiliki kereta, boleh dikatakan setiap enam bulan atau 10,000 kilometer perjalanan kita perlu membawanya ke bengkel untuk servis. Buat anda yang ada kemahiran melakukan sendiri servis, itu satu bonus cukup besar. Bagi ramai orang memang tidak dapat elak untuk bawanya ke bengkel.
Namun bungkan servis berkala sahaja perlu kita lakukan. Kadangkala beberapa komponen perlu ditukar secara terus kerana ia melibatkan keselamatan seperti brake pad atau lampu hadapan atau belakang sekalipun.
Pernahkah anda berdepan situasi bila bawa kereta ke bengkel ada sahaja perkara lain yang rosak diberitahu oleh mekanik atau tuan punya bengkel?
Untuk elak dari rasa ragu-ragu anda mungkin kena tipu atau kena ‘ketuk’ dengan harga mahal atau tak masuk akal ada beberapa perkara penting perlu anda tahu.
Bukannya tidak percaya kepada bengkel tetapi tidak salah jika kita tahu hak sebagai pengguna. Berikut MASKULIN kongsi beberapa tip untuk elak anda daripada jadi mangsa.
MINYAK GEAR
Ketahuilah bahawa minyak gear hanya perlu ditukar setiap 60,000 kilometer perjalanan. Oleh itu amat penting untuk anda menyimpan segala maklumat bila kali terakhir anda melakukan servis penting. Kebiaaannya setiap kereta akan ada buku servis. Simpan buku itu elok-elok dan sentias rujuk sebelum nak tukar apa-apa.
Ads
FUEL FILTER
Ini satu lagi komponen yang mungkin tidak ramai orang tahu. Harganya tidaklah terlalu mahal malah oleh didapati dalam lingkungan harga RM20 hingga RM50. Dan ia hanya perlu ditukar setiap 40,000 kilometer perjalanan sahaja.
OIL FILTER
Bila tukar minyak hitam, automatik anda kena tukar oli filter. Jangan ingan mekanik nak tipu pula bola dia cakap kena tukar sekali. Ini juga penting, kalau tidak buat malu saja nanti.
Cecair yang kebiasaannya berwarna hijau ini boleh didapati di pasaran dalam harga RM20 KE RM30. Dan biasanya ia perlu ditukar setiap 60,000 kilometer perjalanan.
Ads
TIMING BELT
Ini agak unik sedikit kerana ia bergantung kepada jenis kereta yang anda bawa. Untuk kereta buatan tempatan kebiasaannya perlu ditukar setiap 60,000 kilometer. Manakala bagi kereta seperti Honda pula ada yang boleh tahan hingga 100,000 kilometer perjlanan. Tapi sebenarnya lebih afdal kalau cecah sahaja 60,000 kilometer, anda tukar saja terus.
SPARK PLUG
Dengan penggunaan normal, spark plug boleh bertahan di antara 30,000 hingga 40,000 kilometer perjalanan. Tapi amat disarankan untuk anda terus tukar bila ia cecah 40,000 kilometer kerana risau electrode sudah menipis. Kalau kereta tidak dapat dihidupkan ketika dalam perjalanan ke mana-mana memang boleh buat sakit kepala.
WATER PUMP
Tukar setiap kali kedua anda tukar timing belt. Sebagai contoh jika anda tukar timing belt pada setiap 60,000 kilometer, jadi anda tukar water pump pada 120,000 kilometer.
AIR FILTER
Ini antara yang paling kerap kena tukar. Biasanya bila cecah 20,000 kilometer sudah kena tukar. Melainkan anda menggunakan air filter yang berkualiti jenis boleh dibersihkan dan digunakan semula.
Ads
CLTUCH PLATE
Kebiasaannya ramai oranga kan tukar clutch plate bila kereta mula menunjukkan simptom ‘clutch slipping’. Tapi tidak salah kalau anda tukar sahaja bila sudah cecah 100,000 kilometer perjalanan.
POWER STERENG LIQUID
Bagi pengguna kereta yang menggunakan sistem power stereng, minyak ini sangat penting. Perlu tukar hanya setiap 60,000 kilometer perjalanan.
Semoga perkongsian ini boleh anda jadikan rujukan ketika membawa kereta ke bengkel atau pusat servis.
Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bayangkan anda memandu kereta dengan tingkap terbuka. Kemudian tidak semena-mena hujan lebat turun. Anda pun bergegas tekan butang power window untuk menurunkan tingkap kereta.
Namun malangnya ia tidak memberikan sebarang reaksi! Itulah antara situasi yang bukan sahaja menyakitkan hati tetapi menyusahkan hidup kita. Masalah power window ini sebenarnya bukanlah satu perkara asing lagi terutama buat kereta yang sudah berusia lima tahu ke atas.
Cuba tanya diri sendiri bila kali terakhir anda periksa kondisi sebenar power window? Sebelum ni tahu tekan turun dan naik sahaja, bukan?
Usah risau anda hanya perlu kenal pasti kenapa tingkap kereta tak dapat diturunkan seperti biasa. Anda peru memeriksa beberapa komponen power window dan melihat apakah kerosakan yang berlaku.
BUKA DAN PERIKSA KONDISI FIUS
Pertama sekali anda boleh periksa kondisi fius. Cuba tukar fius yang lain dan periksa sama ada adakah ia betul-betuk disebabkan oleh faktor itu. Jika ia masih bermasalah, cuba periksa bahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas.
Penting untuk anda tahu bahawa peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas atau pun terbakar. Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.
KADAR VOLTAN & SUIS TINGKAP
Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa.
Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru. Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.
MOTOR & REGULATOR
Jika sudah memeriksa arus elektrik dan suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Alat yang lemah mesti diganti baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat naik atau diturunkan dengan sempurna.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberikan manfaat untuk anda!
Bagi pemilik kereta baharu salah satu perkara yang cukup penting buat mereka ialah penjagaan cat kereta agar ia sentiasa nampak bersinar dan cantik. Tanyalah mana-mana pemilik kereta mereka pastinya mahu kereta baharu mereka akan terus kekal nampak berkilat dan catnya tidak nampak suram atau kedam.
Namun dalam keadaan cuaca di negara kita yang sekejap panas dan sekejap hujan, cat kereta boleh terjejas dari semasa ke semasa. Satu perkara yang perlu anda tahu ialah car baru pada kereta lama berbeza dengan cat pada kereta yang baru keluar dari kilang.
Cat kereta baru anda yang keluar kilang sudah menjalani proses penyembuhan atau ‘curing’. Jadi apakah tip terbaik nak pastikan cat kereta sentiasa dalam kondisi yang baik dan bertahan lama?
JANGAN PARK DI BAWAH POKOK
Ketahuilah bahawa banyak jenis pokok mempunyai getahnya yang tersendiri. Getah itu boleh datang dari dahan, ranting dan juga daun yang mungkin gugur di atas kereta anda. Selain itu, pokok juga menjadi persinggahan kegemaran burung. Najis burung boleh meninggalkan kesan tidak baik kepada cat kereta.
JAUHI EMBUN
Kalau boleh elakkan letak kereta di kawasan terbuka yang ada embun pada waktu pagi. Jauhkan dari terkena embun kerana embun mengandungi asid dan jika kereta terpaksa berembun bilas dengan air sebelum embun itu kering.
CARA CUCI KERETA
Sebaiknya carilah sabun atau cecair cucian kereta yang berkualiti. Jangan guna yang sembarangan kerana ia boleh menjejaskan kualiti cat. Selain itu, cuba elak cuci kereta di bawah matahari yang terik.
KERINGKAN SEGERA
Selepas mencuci kereta pastikan anda mengeringkannya dengan secepat mungkin. Ini kerana jika air dibiarkan kering pada cat baru ianya akan meninggalkan kesan pada cat. Sebab itulah di pusat cucian kereta pun mereka akan lap dengan segera sampai kering.
WAX & POLISH
Keluarkan sedikit bajet untuk melakukan wax dan juga polish cat kereta anda. Pilih jenis yang berkualiti dan disarankan oleh pakar cat kereta. Barulah ia akan lebih bersinar dan warnanya semakin menonjol. Lakukannya secara rutin kira-kira enam bulan sekali.
Semoga beberapa tip ini memberikan manfaat untuk anda dan kereta tersayang. Jangan lupa follow Telegram dan subscribe YouTube MASKULIN ya!
Kredit: Bro AutoPaint Garage
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keadaan ekonomi sekarang memang diakui agak menyukarkan hingga kita sanggup lakukan apa sahaja untuk berjimat. Ada antara kita yang sanggup berlapar hingga menyakitkan diri dan sebagainya.
Kalau beli barang rumah kita boleh berjimat, inikan pula untuk membuat servis kepada kereta. Berjimat ketika selenggara kereta ada kala boleh buat gaduh antara pelanggan serta pemilik bengkel, mungkin kos upahnya terlebih hingga membebankan pengguna atau sebaliknya.
Bila tempoh servis bersama pengeluar kereta sudah tamat, pemilik kereta pasti akan mencari bengkel lain yang membuat perkhidmatan yang sama. Namun ada isu yang bangkit iaitu, pengguna suka beli alat ganti sendiri & bawa ke bengkel. Langkah ini memang menjimatkan, tetapi ia ada kesan negatifnya yang tersendiri.
Sebuah laman web automotif telah membuat perkongsian kesan buruk beli sendiri alat ganti & bawa ke bengkel.
1. Bengkel tidak akan bertanggungjawab sekiranya alat itu rosak atau gagal berfungsi
Disebabkan barang tersebut dibeli sendiri oleh anda, pihak bengkel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada barang tersebut dan tiada jaminan dari pihak bengkel. Dari pandangan seorang mekanik di bengkel, anda boleh membeli barang ini daripada pelbagai sumber seperti individu lain (terpakai) atau barang yang murah tetapi tidak berkualiti.
2. Barang yang anda beli mungkin tidak betul
Ini sering terjadi bagi mereka yang tidak berpengalaman atau sekadar mempunyai pengetahuan asas sahaja. Anda boleh menjangka apa masalah kenderaan anda, kemudiannya membeli barang yang dirasa perlu ditukar. Tetapi apa akan terjadi apabila masalah sebenarnya bukan datang dari alat yang anda beli itu? Apatah lagi, kenderaan moden sekarang mempunyai sistem canggih dan bengkel mempunyai alat diagnosis untuk mengesan sebarang masalah.
3. Leceh
Apabila berlaku situasi seperti di atas, anda perlu membawa barang itu kembali ke kedai alat ganti dan menukarnya. Jika anda membelinya dari seseorang, ia perlu dipulangkan kembali dengan harapan mereka akan menerimanya dan memulangkan wang. Jika dibeli secara ‘online’?
4. Barang yang anda beli mungkin bukan yang terbaik
Untuk membeli barang sendiri anda juga perlu tahu yang mana satu adalah berkualiti baik dan sebaliknya. Disebabkan ingin mengurangkan kos, anda mungkin berakhir dengan alat yang tidak berkualiti. Mekanik di bengkel sudah berpengalaman dalam perkara ini dan berdasarkan hubungan perniagaan yang baik dengan pengedar alat ganti, mereka boleh membuat permintaan untuk barang yang baik.
Memang, bengkel mempunyai nisbah keuntungan tertentu daripada alat ganti. Tetapi, harga yang mereka dapat daripada pengedar alat ganti adalah lebih rendah berbanding harga yang kita sendiri beli kerana mereka adalah klien tetap kepada pengedar alat ganti tersebut.
Sumber: CARETA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.