Parkir di kawasan curam atau berbukit boleh menjadi cabaran besar, terutama jika tidak berhati-hati. Keadaan ini boleh menyebabkan kereta anda “mengelongsor” dan seterusnya mendatangkan risiko kemalangan.
Berikut adalah cara yang betul dan selamat sekiranya perlu memarkir kenderaan di kawasan curam atau berbukit:
1. Tinggalkan ruang
Jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit, pastikan anda meninggalkan ruang di belakang kenderaan. Ini bagi memudahkan kita mengeluarkan kenderaan kemudian.
Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, tinggalkan ruang di hadapan kereta, ia juga untuk memudahkan anda mengeluarkan kereta kemudian.
2. Teknik pusing tayar
Pusingkan tayar hadapan ke arah berlawanan daripada tembok tepi jalan jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit (rujuk gambar).
Ads
Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, pusing tayar hadapan menghadap tembok tepi jalan (rujuk gambar di bawah).
Cara ini menghalang kereta anda mengundur ke belakang atau maju ke hadapan jika kenderaan bergerak, di mana tembok berfungsi sebagai penghalang.
Ads
3. Guna gear yang betul
Selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan dan tukar gear daripada mode D kepada P bagi kereta automatik.
Bagi kereta manual, selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan. Tukar kepada gear reverse jika parkir menuruni bukit, dan tukar kepada gear 1 jika menghadap bukit.
4. Sebaiknya pilih parkir di tempat yang lebih selamat
Jika ada pilihan, sebaiknya elak dari parkir kereta di lokasi berbukit atau curam terutama jika keadaan cuaca hujan lebat. Sekiranya air deras melalui kawasan ini ada kemungkinan terjadi tanah runtuh.
Memasang atau menggunakan aksesori tambahan di dalam kereta merupakan perkara lazim yang dilakukan oleh pemilik kenderaan. Kebanyakan aksesori yang dipasang atau digunakan tersebut dipercayai mampu memberikan kemudahan dan keselesaan yang lebih baik dan tidak ditawarkan hadir bersama dengan kereta standard.
Tapi sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa ada sesetengah aksesori kereta tidak sesuai digunakan. Malah ia sebenarnya boleh mendatangkan bahaya sama ada meningkatkan risiko kemalangan dan juga faktor keselamatan yang lain.
Regulasi barang aksesori dan produk tambahan untuk kereta sebenarnya sudah ada namun tidak ramai yang ambil serius akan hal ini. Tambahan pula di pasaran online sekarang sangat mudah untuk dapatkan aksesori yang murah. Tapi sejauh manakah faktor keselamatan ia dapat tawarkan kepada pengguna?
Terdapat beberapa jenis aksesori yang tidak selamat dan bahaya digunakan. Berikut MASKULIN kongsikan.
Karpet kereta yang dimaksudkan di sini ialah karpet di bahagian pemandu yang tidak mempunyai saiz yang betul. Penggunaan karpet bersaiz lebih besar dari yang biasa boleh menyebabkan pedal brek tersangkut padanya. Ia sekaligus menyebabkan kereta akan brek dengan mengejut.
Pemilik kereta yang kononnya ingin menjaga kondisi dashboard atau papan pemuka sering menggunakan dashboard cover. Dan penggunaan ini sebenarnya agak bahaya kerana ia boleh menghalang airbag keluar dengan sempurna jika berlakunya kemalangan. Jadi elaklah gunakan aksesori seperti ini.
Tahukah anda tali pinggang keledar kereta dihasilkan selepas melalui ujian yang sangat ketat? Jadi MASKULIN sendiri agak kurang faham kenapa ada orang suka menggunakan klip seatbelt. Kadang-kadang orang yang suka guna klip ini kerana tidak mahu menggunakan tali pinggang tetapi dalam masa sama tidak mahu penggera amaran berbunyi.
Penggunaan klip ini bersama dengan tali pinggang pula tidak menjamin keselamatan yang baik. Jika berlaku impak kuat besar kemungkinan ia boleh pecah atau tercabut. Lebih teruk insurans juga tidak akan cover jika dapati anda gunakan aksesori seperti ini!
Cermin pandang belakang sering dijadikan lokasi pemandu untuk serlahkan kreativiti atau personaliti mereka. Antaranya ialah aksesori seperti rantai, tasbih malah tali fon telinga. Ia sebenarnya tidak selamat bukan sahaja untuk anda malah kepada penumpang.
Pasaran motosikal berkuasa besar kini memperlihatkan satu perkembangan yang baik di Malaysia. Ini terutamanya dalam segmen motosikal berjenama mewah dari kategori roadster.
Sebagai salah satu jenama yang cukup disegani, BMW Motorrad sentiasa menyerlah ke hadapan memperkenalkan jentera dengan spesifikasi dan rekaan yang cukup menawan.
Baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan jentera BMW R nineT 100 Years yang serba baharu. Lebih menarik, ia hanya terhad kepada 1,923 unit sahaja di seluruh dunia. Ia juga sebagai simbolik kepada tahun kelahiran BMW Motorrad dengan hanya 10 unit bakal disediakan secara khas untuk pasaran Malaysia.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Menjadi ikon seni reka bentuk dalam eranya, BMW R nineT telah mengorak haluan bagi jentera roadster yang bukan sahaja menawan tapi juga berkuasa tinggi, yang terus mengusik jiwa para peminatnya sehingga ke hari ini.
“BMW R nineT ini telah diperhalusi dan ia memiliki sofistikasi yang merangkap tradisi roadster BMW Motorrad, menjadi kemuncak bagi usaha pembangunan motosikal selama 100 tahun dan cita ke atas enjin Boxer.”
“Sementara kita meraikan ulang tahun BMW Motorrad yang ke-100 pada tahun ini, kami juga berasa amat teruja untuk mempersembahkan 10 unit BMW R nineT 100 Years yang eksklusif buat warga komuniti kita di Malaysia.
“Jentera ikonik BMW R nineT menjadi model dambaan para peminat roadster dan dengan menatap jentera ini sahaja, ia pasti dapat membangkitkan perasaan nostalgia dalam hati mereka,” tambahnya lagi.
Bahasa reka bentuk BMW R nineT 100 Years yang ringkas memperlihatkan tangki serba kompak serta posisi tempat duduk yang menegak, di samping aneka material berkualiti tinggi dan juga elemen-elemen penggayaan yang menawan.
Memberi penghormatan kepada sejarah dan tradisi BMW Motorrad berusia 100 tahun, yang berkait rapat dengan enjin Boxer, edisi roadster klasik yang eksklusif ini didefinisikan oleh aneka ciri serta konsep permukaan yang serba istimewa.
Warna metalik Black Storm yang menghiasi tangki bersadur kromnya merupakan ciri khas bagi edisi jentera 100 Tahun ini, ia memetik ilham daripada model R 75/5 yang dikeluarkan pada tahun 1969.
Elemen warna hitam dan krom pada BMW R nineT 100 Years mempamerkan teknik pemadanan yang bersofistikasi tinggi, turut menyerlah dengan jalur kembar putih pada bahagian tangki, disempurnakan dengan pad pencengkam serta jata 100 Tahun pada tangki tersebut.
Kemasan krom serba klasik juga dapat dilihat pada permukaan pelitup tempat duduk belakang, sementara dapra hadapannya pula didatangkan dalam rona hitam berserta jalur kembar berwarna putih.
Menyimpulkan iras jentera ini yang menawan ialah sentuhan warna hitam dan “oxblood” pada bahagian tempat duduk. Komponen-komponen berwarna hitam seperti tiub serampang dan salur masuk udara snorkel juga didatangkan bersama BMW R nine T 100 Years baharu.
Kelengkapan standard bagi motosikal ini termasuk lampu hadapan LED berserta lampu tunggangan waktu siang, indikator dwikelajuan dan indikator sensor kelajuan rasional dengan kandungan komputer terintegrasi, Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), Mod Tunggangan “Rain & Road”, rangkaian pemacu dan pemacu akhir dalam rona hitam, serta suspensi belakang dengan prabeban spring yang boleh dilaras sepenuhnya oleh serampang teleskopik songsang.
Aneka kelengkapan yang ekstensif ini turut disempurnakan dengan tawaran Aluminium Package dan Aluminium Fuel Tank, di samping Comfort Package, ia mencakupi Riding Modes Pro, kawalan luncur dan penggenggam berciri hangat.
Menjadi jantung BMW R nineT 100 Years ialah enjin Boxer empat lejang berkembar 1,170cc dengan ciri penyejuk udara/minyak yang mampu menjana 80 kW (109 kk) serta 116 Nm tork.
Untuk membekalkan daya cengkaman yang setara dengan kuasanya, BMW R nineT 100 Years menampilkan brek cakera berkembar dengan empat angkup piston di hadapan dan brek cakera tunggal dengan dua angkup piston apung di belakang.
Bagi menjamin tahap keselamatan yang tinggi, generasi BMW Motorrad ABS Pro yang terkini juga dibawakan secara standard.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Naza Italia memperkenalkan pilihan tambahan bagi model Maserati Levante ke pasaran Malaysia. Pada Mac lalu, Naza Italia memperkenalkan Levante diesel. Terkini, Levante S pula menjengah pasaran tempatan.
Berikut 5 perkara perlu anda ketahui tentang Levante S:
1) ENJIN Levante S menawarkan pilihan jana kuasa petrol menerusi enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar dengan sistem pancitan bahan api (GDI). Ia mampu menghasilkan kuasa 430hp pada 5,750rpm tork 580Nm pada 5,000rpm.
Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi ZF 8 kelajuan automatik. Gabungan berkenaan membolehkan Levante S memecut dari sifar sehingga 100km/j dalam tempoh 5.2 saat dengan pecutan maksimum 264km/j.
2) DUA PILIHAN KEMASAN AKSESORI GranLusso Luaran: plat skid depan dan rel bumbung dengan semburan cat metalik, lencana GranLusso pada fender sisi dan skirting sisi dengan warna badan, brek kaliper warna hitam serta rim aloi Zefiro 19 inci. Kabin: Gabungan sutera Ermenegildo Zegna atau uphosteri Itali premium bersama kemasan kayu Radica dan stereng balutan kulit. Tidak ketinggalan pelarasan kerusi 12 cara, sistem audio Harman Kardon, stereng dengan pelarasan elektrik, sil pintu iluminasi, sensor parking, sistem navigasi dan pintu dengan ciri vakum.
GranSport Luaran: Gril depan, rel bumbung dan plat skid warna hitam piano, lencana GranSport pada fender, brek kaliper merah dan rim Nereo 20 inci. Kabin: Stereng kemasan kulit dengan pelarasan elektrik, kerusi kulit dengan pelarasan 12 cara, pedal shifter, sistem navigasi dan sensor parkir.
3) KABIN Pengeluar kereta Itali itu menawarkan unit Maserati Touch Control Plus (MTC Plus), skrin sentuh 8.4 inci bersama kawalan rotary baharu sebagai standard. Tidak ketinggalan kawalan pendingin hawa dual zon, sensor kualiti udara dan keyless entry serta rangkaian radio digital.
4) ORIENTASI SUPERCAT MASERATI Maserati Levante masih berorientasikan prestasi seperti jentera supercar Maserati yang lahir terlebih dahulu. Selain menggunakan material lebih ringan, agihan berat ideal 50:50 dan pusat graviti terendah dalam kelasnya menyumbang kepada pengendalian lebih lincah. Peralatan standard seperti suspensi udara, penyerap hentak Skyhook kawalan elektronik dan sistem pacuan semua roda (AWD) Q4 melengkapkan ciri teknikal SUV kategori mewah itu.
Selain itu, ciri tipikal kereta sports berprestasi tinggi turut dipinjamkan bagi kecekapan aerodinamik Levante yang menyumbang kepada pekali seretan terbaik dalam kelasnya iaitu 0.31 Cd.
5) HARGA Levante S dijual pada harga RM788,800 seunit dengan waranti standard 3 tahun tanpa had perbatuan bersama *Maserati Permium Servis Plus 3 Tahun/60,000km (yang mana tiba terdahulu).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang