Makan dan terus tidur adalah satu tindakan yang kurang bijak. Bayangkan tubuh anda sedang melakukan proses penghadaman tetapi anda sudah memberi isyarat istirahat, tidakkah tubuh badan keliru dan menggangu proses penghadaman?

Tambah pula kandungan kalori dan gula yang terlalu tinggi akan memberi kesan pada kesihatan anda.

Ini dia 7 makanan yang tidak boleh dimakan sebelum tidur jika anda tidak mahu ada masalah kesihatan.

1. Kopi

Elak minum kopi sebelum tidur kerana kafein yang ada pada kopi akan mengganggu waktu tidur anda. Bukan kitu sahaja, ia juga akan mempengaruhi kualiti tidur anda.

2. Makan coklat atau makanan bercoklat

IKLAN

Coklat juga mempunyai kandungan kafein yang tinggi, selain kopi yang memberi efek menghilangkan rasa mengantuk. Jadi, makan coklat atau makanan yang mengandungi coklat atau koko seperti kek, muffin dan brownies akan menyebabkan anda berjaga malam dan sukar tidur.

3. Makanan pedas

Makan pedas sebelum tidur ternyata sesuatu yang tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan badan heartburn. Bukan itu sahaja, ia juga akan mengganggu proses metabolisme dan membuatkan tubuh badan bekerja lebih kuat walaupun badan sudah memberi isyarat beristirahat. Malah boleh meningkatkan suhu dalam badan.

IKLAN

4. Keju

Elak mengambil keju sebelum tidur kerana keju boleh memberikan gangguan pada perut. Selain itu, keju juga adalah makanan yang tinggi lemak, kalorinya tidak bagus untuk kesihatan dan boleh membuatkan badan anda semakin berisi.

5. Soda

IKLAN

Jangan kerap ambil minuman soda sebelum tidur kerana kandungan gula yang ada di dalamnya agak tinggi dan akan menyebabkan anda mudah terkena serangan jantung atau diabetes.

6. Manisan

Ia sama dengan soda, kandungan gula yang ada padanya terlalu tinggi hingga menyebabkan gula dalam darah meningkat. Jika anda kerap makan manisan sebelum tidur, bimbang anda akan terkena kencing manis.

7. Burger

Burger memang sedap untuk dimakan, tetapi jika kerap diamalkan bimbang salur darah jantung akan menjadi sempit dan akhirnya menyebabkan anda terkena serangan jantung kerana ia mengandungi lemak dan kalori yang terlampau tinggi.